Showing posts with label one day. Show all posts
Showing posts with label one day. Show all posts

Sunday, 1 July 2012

Bila yang muda menegur yang lebih tua

Assalamualaikum,


Kejadian berlaku di depan pondok pengawal, SMS DUNGUN pagi semalam. Lebih kurang pukul 10.15 pagi. Saya, adik dan mak tengah bergegas mengejar masa. Kami sepatutnya berada di Kuala Terengganu sebelum pukul 12 tengah hari. Adik perempuan saya baru nak masuk rumah sewa, sebab dapat kerja di sana. Dia janji dengan tuan rumah, nak ambil kunci pukul 12 tengah hari. Dalam perjalanan, adik lelaki yang belajar di SMS Dungun minta kami singgah sebentar. Asalnya si adik lelaki sepatutnya menunggu kami di pintu masuk sekolah pada pukul 10. Disebabkan dia tiada di situ waktu kami tiba, jadi adik perempuan saya minta kebenaran pengawal keselamatan sekolah untuk masuk berjumpa dengan dia. Kata pengawal perempuan tu, pukul 11 pagi, barulah pelawat dibenarkan masuk. Saya tak kisah pasal pukul 11. Kami boleh tunggu. Tapi, yang saya kisah, cara pengawal tu bercakap. Kasar, marah-marah dan semestinya raut wajah tak dihiasi senyuman. Lagipun ini bukan kali pertama pengawal tu bersikap demikian. Dah acap kali. 

Saya : Assalamualaikum makcik. Saya mintak maaf ye. Saya nak tegur sikit. Saya rasa, tak elok makcik cakap kasar-kasar mcm tu. Tadi adik saya tanya elok-elok, patutnya makcik jawab la elok-elok. Tak perlu rasanya terjerit-jerit dengan muka nak marah. 

Mak guard : Eh awk ni. Pandai-pandai pulak cakap macam tu. Bila masanya saya marah??

Saya : Ni bukan kali pertama makcik cakap kasar-kasar macam ni. Kalau saya datang lawat adik saya sebelum ni pun, makcik cakap macam tu. Dengan mak saya pun, macam tu. Tak pernah makcik cakap elok-elok. Cuba makcik cakap baik-baik, senyum. Haa.. tengok abang ni haa, dia senyum je. Cakap pun baik-baik.. 

Abang guard : *senyum-senyum*

Mak guard : Awk jangan pandai-pandai nak mengajar saya. Tu antara saya dengan tuhan.

antara feedback di facebook peribadi

Friday, 29 June 2012

Road Trip ke Barat Great Britain: Dimensi Baru Pengembaraan di UK

*warning : super long entry. patience is much needed :)*


Assalamualaikum,

Bila sebut saja United Kingdom, mesti orang akan bercakap pasal London, Manchester, Cardiff, Edinburgh. Kalau dalam tahun ni (2012), United Kingdom sinonim dengan Olympics 2012. Tak pun, biasanya orang akan terbayangkan Old Trafford, Fish and Chips, All England Badminton Tournament atau mungkin syurga membeli belah di Oxford Street dan outlet-outlet tersohor di sana. Untuk yang ingin lari dari kelompok percutian biasa, apa kata cuba terokai tempat-tempat menarik di bahagian barat United Kingdom. 

Kalau tak silap, 3 minggu sebelum cuti Easter 2010, aku dan kawan-kawan mula merancang aktiviti kembara kami. Masing-masing mahu lari dari tempat yang biasa dikunjungi pelajar-pelajar Malaysia di sana. France? Italy? Atau mana-mana lokasi lain di Eropah? Tak. Kami semua sepakat untuk tidak keluar dari United Kingdom. Idea untuk menjelajah ke barat Great Britain timbul setelah kami terpandang gambar sebuah keluarga melayu yang bercuti ke sana tidak lama sebelum itu. Tujuan mereka ke sana didorong oleh minat mereka dalam mengumpul cangkerang. Kami? Kami mahukan kelainan :P

Bersusah payah juga kami aturkan itinerary road trip 4 tu. Pun begitu, aku kongsikan di sini peta perjalanan jelajah kami selama 4 hari 3 malam - bukan route yang tepat seperti mana yang kami lalu. Mana tahu, kot ada yang nak jadikan peta ini sebagai rujukan road trip mereka pula. Kalau tengok peta kat bawah, mungkin korang dapat tengok serba sedikit tempat-tempat yang aku dan kawan-kawan singgah dan lawati. Dah ada peta, boleh lah buat jadual perjalanan,kan? :) 


Day 1: Guildford - Cornwall 

dari atas kanan dan clockwise: Porthcurno beach, Eden Project, Minack Theatre, Lands End.
Kami mulakan perjalanan dari Guildford seawal jam 5 pagi. Masing-masing bangun awal atau mungkin ada juga yang tak tidur langsung. Kelengkapan semua dah siap, enjin kereta dah dipanaskan dan wuduk dah sedia ambil untuk memudahkan kami solat di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan. Siap bawa bekal nasi goreng untuk sarapan pagi lagi. Hehe. Destinasi pertama kami; tempat menarik di sekitar Cornwall. Pemandangan di kiri kanan jalan sangat memukau sepanjang perjalanan dalam county Devon dan Cornwall. Cantik teramat tapi dalam masa yang sama, menenangkan. Macam lukisan. Setibanya di Lands End, aku dan kawan-kawan bertambah-tambah teruja dengan apa yang kami tengok. Macam tak percaya! Cerunan tebing tinngi Lands End betul-betul di depan kami. Waktu tu, masih awal pagi. Belum ramai orang di sana. Jadi, kalau kami macam orang jakun sekali pun, kami tak kisah! :)

Puas bergambar, kami putuskan untuk ke Minack Theatre. Porthcurno beach tak termasuk pun dalam perancangan asal. Oleh sebab Porthcurno beach hanya bersebelahan dengan open theatre tu, apa salahnya melencong sekejap, kan? :D Laut yang mengelilingi Minack Theatre sangat bersih. Warna air laut tu nampak biru kehijauan. Walau pun nampak macam panas terik (tengok gambar), tapi tolong jangan tertipu. Angin yang bertiup kuat dari laut mampu buat aku menggigil juga walau dah pakai jaket tebal. Teater ni masih digunakan untuk pementasan. Mesti syok dapat tengok teater di tempat terbuka macam ni, Tepi laut pula tu. 

Awan berat menemani kami separuh perjalanan ke Eden Project. Alhamdulillah, sesampainya di Eden Project, cuaca baik walaupun awan kelihatan sedikit mendung. Syukur tak hujan. Apa yang menarik pasal Project Eden ni ialah, pengunjung dapat merasai kelainan iklim di dalam glob hemisfera yang berlainan. Kalau di Malaysia, kita ada rumah 4 musim di Bukit Cerakah. Konsepnya sama. Selain itu, pelbagai aktiviti lain juga boleh dilakukan, terutamanya aktiviti untuk kanak-kanak. 

Kami bermalam di Etap Hotel, Plymouth. 

Saturday, 14 April 2012

Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, selepas 10 tahun

Assalamualaikum,

boleh nampak air terjun di puncak bukit dari kejauhan
Kali terakhir aku ke sini lebih kurang 10 tahun lepas. Ye, dah lama. Tu pon, pegi sbb ikut trip sekolah. Netballers dgn girl basketballers trip. Diiring 2 cikgu perempuan, seorang coach basketball (lelaki) dan seorang pembantu coach. Dari rumah, perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit. Keadaan jalan boleh dikatakan baik. Cuma, suka utk aku ingatkan, berhati-hati dgn 'jerangkap samar' sewaktu drive. :P Kamu semua taknak tayar kereta cantik kamu di saluti dgn sisa kumbahan lembu. 



Tuesday, 10 April 2012

Kongsi pengalaman temuduga SPP utk jawatan PPPS DG41

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah lepas sesi interview SPP pagi td. Interview secara berkumpulan. 1 kumpulan ade 6 org - mixed options. Ada 2 org cikgu j-Qaf, 1 kimia, 1 maths, 1 English dan 1 pendidikan khas. Disebabkan kami semua berlainan option, jadi soalan lebih menjerumus kepada dasar2 kerajaan. Tidak ada soalan khusus (berkaitan option) yang dibincangkan. 

Panel penemuduga : Encik Munusamy A/L Periasamy
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan, Marang, Terengganu.
Tarikh / masa : 10.04.2012 / 7.30 pagi
Tempoh : Lebih kurang 1 jam.

Topik2 yang dibincangkan: 

FPK 
Modal Insan
Kaitkan modal insan dgn FPK
Huraikan input2 penting dalm FPK
Dasar 1 Malaysia
Rukun Negara
Perlembagaan Malaysia
Dewan2 dalam parlimen - siapa yg pilih ahli dewan
Apakah set induksi? refleksi?

Friday, 30 March 2012

Jangan underestimate mak bapak!

Assalamualaikum, 

Pagi tadi, mak sediakan sarapan. Bagi sesetengah org, 'mak sediakan sarapan pagi2' adalah benda biasa. Tapi, dalam family aku, mmg rare sgtlah gejala ni. Jadi, bila pagi tadi pegi dapur, nampak apam berkuah terhidang elok atas meja, terselit juga rasa bahagia. Kahkah. 

Oleh kerana mak dah sediakan kuih, jadi aku rasa bertanggungjawab utk buat air. Hah. Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas, aku ade beli instant Old Town White Coffee yg original punya. Hajat dihati nak la jugak tahu selera mak ayah kena ke tak dgn white coffee tu. So, aku hidang la white coffee utk beliau dan beliau. 

Tiba-tiba, ada respon dari ayah.

Ayah : Air ape ni kak long?
*pause kejak smbil memikir2 cemana nk eksplen pasal air tu*
Ayah : Nak kate nescafe, bukan. Teh, memang dah bukan.
Mak : Air ape kak long?
Aku : Kopi ayah. Erm.. kopi susu (agak hesitate)

Monday, 20 February 2012

Arak perbarisan, bukan arak minuman

Assalamualaikum,


Hari sabtu lepas, aku sempat (ceh, mcm x byk ms free je kan) gi Dataran MPK, Kemaman utk join perarakan Maulidurrasul peringkat daerah kemaman, 2012. Ramai oi orang kt sane. Sampai2 sane je, sedang elok peserta2 dah mulakan perarakan. Kiranya aku sampai tu, dah memang terlepas perasmian dan ucap tama majelis la. Peserta yg ambik bahagian pon boleh tahan ramainya. Menurut surat khabar Sinar, kesemua peserta berjumlah 40,000. Entah ya, entah tidak. Maklumlah, bukan boleh percaya saya surat khabar kt Malaysia ni. Heh~ Perarakan dimulakan dengan barisan yg dikepalai oleh MB Terengganu sendiri, YB Dato' Ahmad bin Said, dan YB Dato' Shabery Chik, selaku ahli parlimen kemaman.

Sempat la jugak snap beberapa gambar di kalangan peserta yg ambik bahagian. Boleh tahan kreatif dan bersemangat jugak dorg ni. Modal mesti besar tu, kalo dah baju nak same, aksesori nak same, sepanduk lagi, kan?

dorg ni, siap berkawad lagi, smpi habis berbarisan pulak tu
 - Majlis Perbandaran Kemaman 

Sunday, 20 November 2011

kisah 1 hari dgn 4 kenduri kawin

Assalamualaikum,

Semalam, 19/11/2011 adalah hari aku attend kenduri kawin paling banyak so far - 4. Sebelum ni, paling byk pon aku pernah attend dalam 1 hari yg sama ialah 2. Salah 2 (bkn salah 1) kenduri tu, terdiri dari kalangan jiran-jiran aku. Satu jiran depan rumah, satu jiran sebelah rumah. Yg lg 2, kat area lain, tp xde la jauh sgt. Pukul 8.30 pg, mak dah ajak aku pegi rumah org depan ni. Nak tolong apa yg boleh katenya. Aku ikut je lah. Xde byk keje yg dah pon yg tinggal. Cuma dorang nk goreng ayam dgn buat rojak buah. So, aku tolong la potong buah2 tu dgn beberapa org makcik yg lain. Sambil potong, makcik2 tu sembang kemain lagi. Dah aku je yg xde geng nk sembang, so aku buat je la keje aku, sambil sekali sekala buah2 tu aku ngap jugak masuk dalam mulut. 

aku sgt jakun tgk bekas telur ni.. haha..
tp akak tu x letak telur dlm tu, dia letak 2 mini puddings 
Lebih kurg pukul 11 pagi, keje2 potong buah selesai. Lepas dijamu dgn karipap dan air teh O' yg sedap, aku dgn mak melangkah masuk ke dalam rumah, nak tengok pengantin. Pengantin baru lepas bersiap utk majlis akad nikah. Akak ni mmg creative lah. Seme gubahan hantaran dia buat sendiri. Pelamin, hiasan rumah, meja makan beradap, gifts, termasuk utk candy treats, dia usahakan sendiri! Kagum seh. Pelamin dia simple sgt, tp very nice. Lepas check out sane sini ala2 paparazzi, aku gesa mak utk balik rumah. Kami pulak yg perlu bersiap - nak pegi kenduri2 yg bersusun kadnya di rumah. Ade 7 kesemuanya, so terpaksa la dibahagikan kepada 2 team; team ayah dan team mak :P

Pukul 12 tgh hr, aku dgn mak gerak ke kenduri yg pertama, yg terletak paling jauh berbanding yg lg 3. Jemputan berkoyan-koyan tengah makan waktu aku smpi. X kurang jugak yg memenuhi ruang2 rumah pengantin. Lepas makan sket, jumpa pengantin, kami langsung ke wedding ke-2 pulak. Buat benda yg same. Makan sket, jumpa mak pengantin (kali ni x jumpa pengantin sbb dia tgh solat) then balik rumah. Waktu ni, perut aku dah mula bagi hint rasa x selesa - ruang udara x banyak dah. Disebabkan kami tggl kt kawasan perumahan, jalan menuju ke rumah kami mmg jamned teruk. Kwsn perumahan, jalan lebar mana la sgt. Dah la tu, elok plak ade kereta blok depan laman nk masuk parkir. Terbakar mak aku membebel. Dah nk buat mcm mana, kan. Adat lah kalo tempat sempit macam tu. Aku, tanpa buang masa, keluar dari kereta dan terus menuju ke arah kereta berkenaan sambil sinsing lengan baju. Ketuk2 tingkap kereta itu ala2 org dtg nk tarik kereta dan mintak budak kt dalam tu alihkan sket kereta dia. Chare, kan? 

tengok! dpt 3.. cute, kan?
Dah elok parkir kereta, aku dgn mak berlenggang, eh tipu x berlenggang sbb aku pegang hadiah, menapak ke rumah mak cik depan rumah kami. Jumpa pengantin lagi sekali - kali ni dia dah dalam persalinan bersanding, bersalam-salaman then baru g makan. Walopon perut x berapa nk ada ruang, aku tetap jugak makan. Hidangan yg tersedia sgt menarik2 aku utk ambil pinggan dan makan. Yg paling masyuk, siap ade air tebu! Ye, cni area kampung, tp aku duk kwsn perumahan. Ssh nk faham? Xpe, xyah faham pon. Mesti lah tambah lagi secawan kan. Rare kot kat kampung aku ni kalo kenduri org kasi minum air tebu. Mmg kaw air tebu dia. Manis dan pekat nya susah utk aku gambarkan dgn kata2.

Balik rumah, dah dekat pukul 1.15 pm. Pukul 2 nak gerak ikut rombongan lelaki jiran sebelah rumah pulak, ke kemaman. Sejam perjalanan dari rumah kami. Kemain lagi ayah, mak dan aku rushing nk bersiap. Mandi, smyg, borak. Ye, borak pon kne rushing sbb nk update team masing2 psl kenduri2 yg dah di-attend - x nyempat2, mcm x boleh nk tggu borak dlm kereta nnti. Tepat pukul 2 (kali ni tibe2 punctual pulak), berduyun-duyun kereta yg nk ikut rombongan mula serang rumah jiran sebelah. Jalan jadi makin sesak. Kereta ayah aku pulak yg x bleh kuwa dr parking. Ye lah, dgn kereta rombongan nk ke kemaman, kereta2 rombongan lelaki utk jiran depan rumah yg baru sampai, kereta2 jemputan nk pegi kenduri, kereta2 org awam yg nk lalu-lalang.. Lepas ayah aku dan sorg pakcik bertungkus lumus jadi polis trafik, reda la sket. Bleh la kami keluarkan kereta. Tambah dengan jamned kt area pembinaan jambatan baru kemaman, rombongan jiran aku selamat smpi kt rmh pengantin perempuan pukul 3.45 pm.

Si pengantin lelaki pulak belum bersiap. Kne pulak tggu dia bersiap dlu. Bunga telur utk hantaran pon belum disiapkan. So, lepas siap dah semua yg patut, baru la gerak selo-selo (read : slow) ke rumah pengantin perempuan. Masuk rumah pengantin, prung prang tgk pengantin bersanding, prung prang makan sket (kali ni makan bubur pulut hitam je sket), prung prang borak sepam dua.. Then, kami gerak balik. Masa tu dah pukul 4.30 pm. Ayah dah sound awal2 td, dia nk tgk bola semi-final pukul 5. Maksalahnya mmg x sempat la nk tgk dari pukul 5 kann..

Hari aku semalam berakhir dgn kesaratan perut dan kemalasan berganda sampai aku x keluar bilik langsung malam tu.

FJ : Hari ni, 20/11/2011 pasti lagi ramai org kawin. Tarikh cantik la katekan. Aku da x heran dah dgn tarikh cantik ke hape. 11/11/2011 hari tu dah bawak bala kt aku. 

Thursday, 25 August 2011

Aktiviti Sosial & Sosoal #1

Assalamualaikum,

Lokasi : Di sebuah majlis berbuka puasa kurang sosial tapi byk sosoal.. 

Setibanya di majlis, aku sbg gadis melayu yg penuh tatatertib dan sopan tolong mak menyusun juadah2 berbuka yg kami bawa. Ouh, majlis ni ala2 pot-luck (setiap hadirin bwk juadah masing2 dan share dgn org lain). Lepas tu, aku berjalan lenggang menuju ke sekelompok wanita2 yg tak aku kenali sdg bancuh air. Ye lah,  kena la jugak beramah mesra sket kan, walopon dalam hati x eklas. Tak jauh dr aku, kelihatan mak aku sedang rancak berbual sakan dgn 2-3 org wanita lain yg juga tak aku kenali. Ayah pula sudah mula buka cerita ke-2. 

Puan A : Eh, Puan B dah sampai. Anak2 mana?
Puan B : Ada dengan suami kat sinun tu ha.. 
Puan A : (setelah melihat aku dgn raut wajah kurang pasti..) Eh, ni org rumah (wife) siapa? 

Ya, aku faham soalan tu ditujukan kepada aku. Dan.. aku agak tercengang dgn soalan yg aku kira agak tak munasabah itu.

Aku : Errr... Saya belum jadi org rumah siapa2 lagi. Saya anak Puan Nizan.
Puan A, B, C & D : *gelak berjemaah*
Puan A : Takde, tanya tadi sbb ingatkan org rumah staff lelaki yg kami tak kenal.. 
Aku : Ouh.. bukan2.. =.= 

FJ : "Ouh, sy isteri ##########, cikgu lelaki yg tgh duduk kt sana tu.." Ada org suh aku jwb mcm ni, bila aku kongsikan kisah tragis ini dgn dia. 


Sunday, 7 August 2011

Perbualan dgn mak #2

Assalamualaikum,

Lokasi : Dapur

Mak : Jom kita buat kuih puteri mandi hari ni.
Aku : Boley saje..

***

Mak : K.long ambek nyor (baca: kelapa) tu parut dengan mesin nyor. Nanti nak buat kuih.
Aku : Laa.. anak jantan ada, nak suruh anak pompuan jugak buat benda ni? Amat, meh k.long ajar mcm mane nk mesin.
Amat : Jom. Amat bukan x reti. Tapi, mak yang x bagi buat.
Aku : Hah? (dengan pandangan x percaya)
Mak : Eh, x boleh. X boleh. Anak laki mak ni kecik lagi. Nanti kena tangan, luka. Susah nak menulis kat sekolah nanti.
Aku : Mcm tu pulak? Dah tu, anak pompuan mak ni, nanti nak sarung cincin. Kalau luka kena mesin nyor, nanti tangan x cantik dah. Mak jugak yg nak sgt anak mak ni kawin, kan.. *sakarstik* 
high-5 dgn amat
Amat : Ntah. Betul3.

Mak jeling dgn riak tak puas hati, sambil melayangkan sedas cubitan di lengan kiri aku.

FJ : We combine sarcasm with jokes in our family :)

Sunday, 17 July 2011

Kotak besar dengan keranda

Assalamualaikum,

*ehem* Biasalah, pagi2. Suara kne tune dulu. Dah lebih sebulan - atau lebih tepat dah lebih 7 minggu - saya jadi penganggur terhormat. Dalam bulan pertama pengangguran saya, saya sempat ke sana-sini dengan adik saya. Sekarang, tak de dah. Kalao ade sekali pon, dalam lingkungan kawasan berjejari 40km dari rumah. Itu sahaja. Tapi, bukan kerjaya tanam anggur yang nk diceritakan kat sini. 

***

Saya tengah rushing waktu tu. Ada hal penting yang perlu saya selesaikan dengan segera. Malangnya saya telah tersesat. Entah macam mana, dalam pada masa saya tengah pening tengok lakaran ringkas jalan di kertas kuning itu tadi, tiba-tiba saya sampai di sini. Suasana kawasan ini agak berlainan. Mungkin kerana jalannya menuju ke balik bukit sana. Mungkin kerana di kiri kanan jalan ada terlalu banyak pokok pisang. Atau mungkin kerana ini kali pertama saya sampai di sini. 

Ada sesuatu yang buat saya lalai tentang tujuan asal saya merentasi jalan ini. Tempat ini terlalu hijau. Kelekaan saya menyebabkan saya brek mengejut bila mendapati saya terlanggar sesuatu atau seseorang. Saya keluar dari tempat pemandu. Saya dapati, kereta saya dah 'tercium' satu kotak besar yang entah macam mana boleh tersadai di tengah-tengah jalan. Pelik dengan saiz dan rupa kotak tersebut, saya beranikan diri menyisip intai isi di dalamnya. 

"Ya Allah! Ada orang!" Saya tak dapat berfikir dengan tenang. Sekejap saya rasa saya hanya perlu tinggalkan kotak itu di situ dan cabut lari. Namun, ada juga rasa bersalah dalam diri saya. Mungkin orang dalam kotak tu mati kerana saya. Lalu, dengan kudrat yang ada, saya muatkan kotak tu ke dalam kereta. Entah apa yang menghasut saya supaya berani berbuat demikian, saya sendiri tak pasti. Yang saya tahu, saya perlu kebumikan mayat tersebut selayaknya. Saya padamkan ingatan saya tentang tujuan asal saya ke daerah itu. Kereta yang dipandu terus laju menuju ke rumah. 

Setibanya di rumah, saya keluarkan kotak besar itu. Saya takut untuk mencerikan hal sebenar kepada mak dan ayah. Takut dimarahi kerana kecuaian saya. Kotak besar itu saya letakkan di tepi garaj kereta. Dalam rancangan saya, petang nanti saya akan bawa kotak tersebut ke rumah pak imam kampung. Malangnya, hujan lebat turun mencurah-curah. Kereta pula tak ada. Mungkin adik yang guna ke pasar malam. Saya matikan niat ke rumah pak imam.

Keesokan harinya, disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja, saya terlupa tentang kotak besar itu. Setibanya di rumah, kata emak ada seorang perempuan datang ke rumah mencari saya. Katanya ada hal penting. Bila emak ke bilik mencari saya - mak fikir saya sudah pulang - tiba-tiba perempuan itu menghilang. Saya tidak mengesyaki apa-apa. Mungkin kawan sekolah. Timbunan kerja yang terlalu banyak buat saya terus lupa tentang kotak itu dan niat asal saya. Berhari-hari saya biarkan kotak itu di situ. Selama itu juga, kata ayah ada seorang perempuan yang datang setiap hari ingin menemui saya. Menurut emak, itu adalah perempuan yang sama yang datang pada hari pertama dulu. Aneh dengan apa yang baru saya ketahui, saya putuskan untuk tidak ke tempat kerja hari berikutnya. 

Saya nantikan kedatangan wanita itu. Dia datang tepat seperti waktu biasanya dia ke rumah mencari saya. Bila saya tanyakan apa yang dia mahu, dia halakan tangannya ke garaj kereta. Terperanjat besar saya bila mendapati ada sebuah keranda di situ. Entah dari mana datangnya, bila masa ia berada di situ, saya tidak pasti. Seperti selalunya, wanita tadi menghilangkan diri. Rasa takut datang menyelinap dalam diri saya. Lantas saya ceritakan semuanya kepada mak dan ayah dalam tangisan kuat saya. Perihal kotak itu, dan niat saya yang tertunggak. Ternyata, mak dan ayah terkejut besar dengan apa yang mereka dengar. 

***

Seram sejuk badan bila saya ceritakan semula ini semua di sini. Ya, ia mimpi. Mimpi itu terputus di situ. Saya sendiri tidak pasti apa kesudahan mimpi itu. Yang saya tahu, mimpi ini datang lepas saya sambung tidur, usai sahur.

FJ : siyes.. mimpi ni menakutkan aku

Thursday, 9 June 2011

Aku dan malaysia - untuk masa ini.

Assalamualaikum,

Dah lame sangat kan aku x update blog. Kalo x silap aku, ni adalah entry pertama aku untuk bulan Jun. Entah. Abaikan. Alhamdulillah, aku selamat sampai di Malaysia. Kali ni, aku boleh cakap, pulang untuk kali terakhir. Btol ke mcm tu? Seingat aku, aku pernah ckp dlm entry aku dlu, psl 'tiap kali balik msia je, aku shock'. Xde niat langsung nk ckp besar or wat-so-ever. Kali ni, bukan je culture shock, tp siap dtg dgn package weather shock. Cuasa panas kt msia dah buat aku sakit tekak dan hilang suara. I mean, I barely can speak. Dah la sakit tekak, nk bercakap ssh, org len plak x paham ape yg aku ckp. So, terpaksa pulak ulang2 dlm keadaan sakit tekak tu. Masuk hari ni, dah 2 hari lah aku mcm ni. Kdg2, jadi bahan gelak ketawa org, sbb suara aku tu. Hurm, terima kasih la sbb tlg gelak. Aku mmg tgh buat lawak pon -.- 

Kurang 2 bulan dari skrg, insyaAllah aku akan mulakan life aku sbg pendidik, officially. Masih blom tahu penempatan aku kat mane. Ntah la, nk berharap pon, byk pros and cons. Dlu, ms pilih, aku mmg siyes utamakan family (mak, ayah & adik2). Skrg, benda lain pulak yg tibe2 dtg utk aku fikirkan. Dlm ms yg same, aku perlu plan ape yg aku nk buat utk beberapa years ahead. Yup, I should've planned it long ago. Tp, aku dah semak dgn plan yg asek kne rombak. Sbb tu aku hold seme mende smpi la aku start keje. 

Perkara lain? Haha. Aku seakan-akan still x bleh nk adapt the fact that i'm not returning back to uk. Honestly speaking, aku selesa di sana. Even hidup kat negara asing, dgn org2 yg budayanya asing dgn aku, aku senang mcm tu. Lg bagus. Xde yg nk menyibuk dan xde ape yg nak disibukkan. Cume, life kt sane, tanpa family, sgt x best. Kalo aku bleh bwk seluruh family aku duk sane, kan best? Plan utk sambung lagi belajar di sana? Ada. Plan tu ada. Yg xde skrg ni, duit. Plan utk blog? Aku x pasti berapa lame blog ni akan bertahan. Kot2 nnti, aku privatekan je blog ni. Tgk lah, ape yg akn jadi nnti. 

FJ : Perasaan ini aneh. 

Wednesday, 25 May 2011

Day Out : Windsor.. for like the 100th time

Assalamualaikum,

Dear readers, (by this, I really really mean to those who always read and wait for the update - bukan nk perasan oke?)

I am in the middle of trying to sort things out. My final assignment which due in 2 days and my school evidence which also due in 2 days. I really really need to work my ass off for these before I can say, "Yahoo! I'm free!" -.- After managed to finish the essay part of my assignment, I went for fresh air. The destination was Windsor. Why Windsor even I've been there like sooo many times? Because it's a unique place in my eyes, and I'd like to go for sight-seeing, not shopping or what-so-ever-things-that-spend-much-money. Plus, it's not far from my house. Took about half an hour by train :) 


The Round Tower of Windsor Castle at the background
So here some of the pictures. I love the first one! Heeee.. It was a sunny day. But, please do not get tricked by the sunshine! It cold still!!!! I lost my count, for how many visits did I pay to this place. However, I NEVER have been IN the castle. Well, visitors can pay for about £14 to get into the castle, looking around and maybe take some pictures. 

Oki doki. I have to stop now. Work loads are waiting. I'll write again in the nearest-distance future for sure! :D

FJ : Hey you! Do you miss me? *ke ke ke* Hey.. over there! Please forgive me.. If I'm coming on too strong :P

Monday, 23 May 2011

Why getting married?

Assalamualaikum,

The 'wedding season' is around the corner, isn't it? So, kamu2 semua dah attend berapa banyak wedding reception? Or dah dapat berapa kad jemputan? Atau kamu2 sendiri yang buat jemputan? Congratulations, if that's the case. Aku doakan, yang akan mendirikan rumah tangga tu, akan sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat. Bagi yang belum tu, the time will arrive someday. Sabar, yek :)

comel, kan?
FJ : I wonder myself, when 'the time' will come for me *peace*.

Thursday, 28 April 2011

Tgk bola @ Stamford Bridge Stadium : Chelsea vs Birmingham City

Assalamualaikum,

Sejak akhir2 ni, semangat nk berblog dah makin susut, bertentang dgn semangat perkembangan fizikal. -.- Baru je abes cuti Easter sebenarnya. Tp, time cuti tu pon, even xde buat ape sgt kt rumah, xde jugak initiate nk update blog yg dah kusam ni. So, tgh mlm2 buta ni, baru nk update. (sebenarnya, baru sedar yg blog ni dah slalu sgt diabaikan) Lebih kurang seminggu yg lepas. Aku ikut member2 tgk bola kat stadium. First time la tu kot experiencing the live football match ever in my life. Sementara hari masih awl lagi, kitorg lepak2, jalan2, n makan2 dlu area bayswater. Makan peking duck! Haha. Lama kot kitorg duk kt kedai tu. Amoi kt situ pon dah pandang semcm je kt kitorg. Ala, bukan ade ramai org pon~~ Lek laa..


Kenyang makan itik yg penuh dgn lemak tu, kitorg g solat asar kt MSD. Lepas tu, dlm duk tgh kenyang tu pon, sempat lg layan teh tarik segelas sorg pulak. Bila pekena teh tarik, tambah pulak dgn perut penuh, nak bjalan pon x larat. Haha. Buruk kan, perangai? Tube dr bayswater ke stadium penuh sesak dgn org baru nk balik keje dan jugak penyokong2 bola yg same hala tuju dgn kami. 


mcm ramai je org, kan?
Oleh sbb member aku tu penyokong chelsea, so, aku pon terpaksa la masuk geng dia. Kalo ikutkan, aku xde fav football club pon, sbb x ikut sgt perkembangan bola. (shame, kan? hukhuk) Sbb aku pergi sekadar nk experience je, so xde la aku bersemangat waja smpi nk g beli jersey chelsea mcm budak 2 org ni. Adoi~ Tp agak berbaloi la kot, sbb hr tu dorg ade wat sale. Harga asal dlm £42, tp dorg dpt £25. Ade org ckp, harga jersey kt stadium lg murah. Aku x rs mcm tu. Seingat aku, mase aku pergi tour Old Trafford n Liverpool stadium dlu, harga jersey x murah pon. Same je dgn harga biasa. Cume, besenye, kalo nk travel ke stadium semata2 nk beli jersey, mmg x berbaloi la kan. 


Dah shopping2 sket, baru la kitorg masuk stadium. Yg pasti, bukan aku la yg duk shopping tu. Aku tgk je. Hehe. Waktu tu, dlm stadium blom ramai org yg masuk n ambek seat masing2. So, kami2 di ajak oleh mamat diehard chelsea (alep) g ronda2 tgk kwsn. (dah mcm wakil rakyat la plak) Pemain birm city tgh warm up n training kt padang. Beberapa minit lepas tu, baru la pemain chelsea masuk. Mcm2 aksi la jugak dpt tgk, tp x dpt lawan tgk aksi 'press'. Sorg2 bwk camera dgn lens yg panjang dan besar gedabak, kot~ Kagum gile tgk. Haha. Bape kilo la agaknya berat camera tu ek? :P





Puas bergambar, kitorg balik kt seat masing2. Lagipon, segan la plak nk mencapab bila dah ramai org mula masuk, kan? Tgh2 aku syok tgk gmbr yg da disnap2, game bermula. Lebih kurang 3 minit lepas game start, chelsea dah score first goal. Aku mcm, "haaa? biar betik birm!" Siyes. Terkejut jugak. Sbb menurut si alep tu, game before ni, chelsea dah penah bertemu dgn birm g stadium lawan dan kalah kt tangan birm. So, ni mcm pay back la ye? Konon nk proof 'we play better at our own place'? Teori aku je tu, sila jgn salah sangka. 

lawa x shot ni? haha - syok sendiri
after first half, press terus update ape yg patut
Abes je first half, chelsea dahului game dgn 2-0. Beberapa minit lepas start 2nd half, ade 1 ketika tu, aku yg x reti tgk bola ni pon bleh marah tgk chelsea main. Sorry la ek peminat chelsea. Main mcm pondan! Apekah? Passing ntah ape2, mcm da xde energy je. Naseb baik few seconds je jd mcm tu. Ni, kalo pemain msia yg main lwn indonesia, org yg buat spekulasi dah. Konon2 kne jampi or pukau. Biasala, melayu~ @.@ Aku x sure dlm minit ke berapa birm score nk pecahkan mata 0 dorg. Yg pasti, gol tu dari hasil free kick atau penalti. Lupa dah. Chelsea pon ade dpt 1 free kick dlm kotak penalti. Drogba yg ambek. Heh~ Syg je, sepakan yg x berapa menarik, x dpt score. Game berakhir dgn mata chelsea 3 dan birm 1

Utk pengetahuan pembaca sekalian, aku bkn peminat bola dan sama skali bkn penganalisis sukan bola sepak. So, ulasan2 kt atas ni, dari kaca mata dan perspektif aku sendiri. Ingin aku tegaskan kt cni, kalo nk taw ape sebenarnye jadi, pi lah bace review atau blog2 org lain. Lgpon, match ni dah seminggu berakhir kan. Mesti dah mcm2 berita yg kuwa. 

FJ : Nak tdo dah. Esok ade klas -_-

Friday, 15 April 2011

Prank that isn't funny at all


I took it really serious as I counted down things to say and do after this 
my heart was beating so fast as my chest wanted to explode
yet you asked me how I feel and I wasn't sure myself how to express it
I thought I lose something important, but I don't know what it was
I thought it was the end of the friendship
a great shock indeed

FJ : It wasn't april fool, it wasn't my birthday, neither do yours.. I wonder, what was the prank for? You! Answer me! *dush dush*

Monday, 4 April 2011

kisah ular dengan pinangan

Assalamualaikum, 

aku sepatutnye dh tdo skrg. Tp, sbb da tdo lepas maghrib td, skrg dah x ngantuk. Haishh. Esok kena pergi skolah utk mggu terakhir sebelum bermulanya cuti musim bunga. Siang td, aku ade call family kat msia. Ade cerita kelakar (dan cemas) utk aku kongsikan kt cni. 

Kisahnya bermula dgn situasi cemas. Waktu tu, petang di hujung minggu. Biasanya petang2 mcm tu, mak aku (kdg2 dgn adik aku yg skrg ni ade kt rumah) duk melepak depan rumah sambil borak2, minum teh, atau buat kerja dgn laptop masing2. Sedang mak aku busy dgn urusan kerjanya, tibe2 dia terperanjat bila seekor ular yg panjangnye antara 1.5-2.0 meter tibe2 muncul kat halaman rumah kitorg. Terus mak aku call ayah aku, yg biasanya petang2 mcm tu, dia busy dgn urusan bisnes kecil2an dia. Menurut mak aku, ular tu, hampir2 nk masuk dlm rumah! Woh~ Aku yg dengar pon, agak cemas juga (aku x panic, cool je, cume cemas sket :P) Seingat aku, kali terakhir aku nmpk ular kt kwsn rumah aku, waktu aku umur dlm lingkungan 10-11 tahun. Dah lame sgt, sbb aku pon dah umur berapa, kan.. 

Part yg x-tahan-x-bleh-blah, malam hari kejadian, mak aku mimpi adik aku dipinang orang! Nah~! Kata mak aku, ade sorg budak laki, yg apparently mmg wujud di alam nyata (dan mak aku mmg kenal sgt dgn dia n mak dia) bertanyakan kat mak aku perihal adik aku. Mula2, mak aku ckp, "mak cik xbleh lah nk ckp ape2, kne tanya dia sendiri la.. kalo xde org, xpe.. " Ayat mak aku ni, dah berunsur2 perjanjian dah. Sbb, kalo adik aku 'xde sape2', maknanya dia kne kawin dgn budak tu la kan? Budak tu pon, balik la dgn hati yg hampa. Beberapa minggu lepas tu, dia dtg lagi, bertanyakan hal yg sama. Oleh sbb waktu tu (dlm mimpi mak aku lah, realitinya aku x pasti) adik aku mmg xde berhubungan dgn sape2, mak aku terpaksalah terima pinangan budak tu. Kata mak aku, dlm mimpi dia, adik aku tu, ala2 konpius dan rela-paksa je kawin dgn budak laki tu. Aduhai~ Mak aku siap cerita kt cikgu2 skolah dia psl mimpi tu. Dorg gelak sakan! Lawak seyh!

Mesti mak aku terfikir2 sgt psl ular tu, sbb tu dia mimpi mcm tu. Ala, biasanya, org2 tua ckp, kalo mimpi dipatuk ular, nnti ade org nk masuk meminang. Tapi, kisah mak aku ni lain pulak. Terbalik. Nampak ular kat realiti, hal pinangan dlm mimpi. Sbb ape aku ckp lawak? Satu, sbb yg mcm aku explain kt atas ni, benda yg terjadi terbalik. Dua, adik aku tu, memanglah bukan jenis yg ikut-je-mak-ayah-cakap-ape. Dia mesti melawan punyalah! Tiga, budak lelaki tu, sebenarnya (by this, i mean mmg sebenar-benarnya) dah kawin pon! Xkan la pulak adik aku jadi wife no 2 kan? Aigoo~ Empat, aku rase, mak aku x sabar2 kot nk dpt menantu. Jumaat hari tu, dia beria2 duk handle majlis bertunang sepupu aku. Ni penangan majlis tu la kot.. Hehe :D

Lepas bergelak ketawa, aku tanya balik adik aku psl kes ular tu. Yelah, risau jugak, kan.
"Ayah buat ape bila sampai rumah?"
"Nak buat ape, ularnya dah menghilang ntah ke mana."
"Then, ayah xde cakap pape?" -> ayat stendet aku nk taw reaksi ayah.
"Ayah ckp, ular tu, ayah yg bela.."
"Hah???" --> terperanjat abes wa ckp lu.
"Ayah ckp, ayah mmg slalu jumpe ular tu kat blakang rumah kalo ayah pegi tgk pokok2 buah. Ayah buat x taw je sbb ular tu x berbisa."

Adoi~ ayah aku. Apekehei pulak buat ular jadi pet, nih?? Nway, korg, ade cite ular & pinangan yg real, mau share, x?

FJ : Kena paksa tdo jugak. Tomorrow will be a long day for me. Byk preparation, revision, discussion yg akan membawa kpd rase tension dan stress. Hukhuk. Selamat hari isnin semua. I know monday is suck. But, we have to face the reality. 

Monday, 28 March 2011

Entri ala2 diari *rolling eyes*

Assalamualaikum,

Oleh sebab esok dah start mggu baru, yg bermakna kita2 semua dah start balik ke kelas, atau ke tempat keje, jadi aku rs ade baiknya utk diri aku update belog mlm ni. Baru je lepas masak utk bekal esok. Malas nak bangun awal pagi, sbb tu masak malam. Ye, aku ni pemalas. Utk lelaki2 sekalian, jangan cari calon isteri yg pemalas mcm ni ye. Ouh, ya. Aku masak kari. Ni lah 1 benda psl kari yg aku x reti. Kari aku x cantik mcm kari yg mak aku masak. Siyes la, x pandai nk masak kari. Oh, bukan, in general, aku bukan pandai masak pon. Sekali lg, lelaki2 sekalian, jgn cari calon isteri yg x pandai masak mcm aku. 

Tomorrow will be a long day for me. Walopon ade extra free time waktu skolah, tp ade extra class pulak after school hours. In other words, balik lambat sket lah esok. -.- Oleh sbb daylight savings dah start, esok bermula lah hari aku menjadi mangsa keadaan. Haha. Daylight savings punya pasal, pagi esok, before subuh abes, dah kne terpacak kt bus stop, tggu bas nak pegi skolah. Dah la esok first day join tutor group. Kalo jamned teruk jugak otw nk g skolah, x pasal2 nnti terlepas form time. Apa pulak kata cikgu nnti. No-No. Nanti x mcm professional pulak. 

tak perlu nk zoom, xde menda menarik pon
Rs mcm skejap je masa berlalu. Few days lagi, dah nk masuk bulan 4. Rs mcm baru je masuk bulan 3. Aku ni, tiap2 hari duk pangkah calendar. X sabar nk balik kot. Maybe. Entahlah. Kalo xnak pon, kne balik jugak. Aku ade 'hutang' dgn rakyat Malaysia. Bukan nk jadi patriotik sgt. Tp, aku rs, sbg org Islam, aku ade tanggungjawab nk 'bayar balik' duit cukai rakyat sara aku blajar kat cni 4 tahun (lg setahun aku sara sendiri). Sbb tu, bila ade kwn2 lain yg pnah blajar kt oversea jugak, ckp kt aku, "buat ape balik? stay sane je, lagi best.. nnti kalo balik x best, menyesal, etc etc.." Ntah.. mungkin dorg x faham. Biarlah. 

Ouh ya. Bila aku fikir2 balik, aku rs, aku kne ade organizer lah. Kesian, kan? Xde organizer/diary, smpi kne jot down everything kt wall calendar. Calendar free plak tu! (dpt free ms beli brg sport) Adoi.. cheapskate la.. Hukhuk. So, b4 aku beli, ade sape2 nk hadiahkan organizer x? Haa? Ade org nk belikan ipad2? Wohoo! Hahaha.. perasan je lebey. Angan2 atas punggung rusa (ayat mak aku) laa, nak pakai ipad2. :(

Nota: Aku nak sgt cerita psl pengalaman aku kat skolah. Nnti la ye.. skrg belum sempat.. 

FJ : Ya Allah, bantu aku untuk perbaiki diri ini, menjadi lebih baik dari hari2 sebelumnya. Sungguh, aku amat perlukan petunjuk-Mu Ya Rabbi, Ya Rahman, Ya Rahim.. 

Sunday, 27 March 2011

Be the hero, for yourself



It's mixing up..
Dejected, sad, gloomy, downhearted.. 

If it's happy, then I'll smile lovingly..
If it's exciting, I'll give my everything and go on..
If it's promising, I'll walk confidently.. 

Is it really 'hope' that I'm waiting for?
I do not have the answer.. 

Saturday, 12 March 2011

Praktikal kat skolah omputih (lagi)

Assalamualaikum,

Setelah 2 minggu aku bersenang-lenang dgn fikiran yg serabut-serabai, akhirnya, aku dpt jugak confirmation perihal placement aku. Hukhuk. Xtaw lah nk gambarkn perasaan mcm mane. Org lain dah 2 mggu start placement, dah progress byk dah. Aku br nk start. Dalam seminggu pertama penantian aku, semangat nk pergi skolah still melonjak2. Masuk minggu kedua, aku pon x taw lah ke mana semangat tu pergi. Agaknya, dia melonjak tinggi sangat, smpi hilang ditiup angin musim bunga. Kali ni, lg skali, dpt skolah all girls'. Pon, aku x taw jugak nk react mcm mane. Dlu, ms placement dah dpt 'skolah agama' (read: catholic school) pompuan. Ni lg skali. Jauh ke x? Xde lah jauh sgt kot. Lebih kurang sejam dr rumah kalo naik public transport. Ouh ya. Name skolah tu, Ursuline High School, specialized in business and language. So, aku plan, nnti aku nk join business club dorg. Tgk lah mcm ni. Skolah ni kt wimbledon, zone 3 london. Kena beli travelcard nmpk gaya. Tp, mahal. Dan allowances pon x masuk2 lagi. T.T

Lepas presentation td, entah mcm mane, aku terfikir utk pergi skolah tu ptg hr ni. Bukan nk mengajar terus, cume nk tgk berapa lame ms nk ambek utk smpi kt sane, surrounding dia mcm mane, jauh ke x dgn bus stop or rail station, etc. Mungkin jugak, aku cuba nak himpun balik semangat yg dah berterabur ntah ke mana. Nak mengajar pon kne ade mood wei. Pernah dgr x, teaching is an art? X pnah? Pi tanya cikgu angpa sema. Ok-ok. Jadi, ape hasilnya? Boleehhlaaa.. 

jalan ni menghala ke atas bukit.. nasib skolah tu x kt atas bukit.. semput nnt aku..

Aku agak ragu2 sebenarnya. Sbb nmpk mcm skolah ni kecik je dan bangunan dia x mcm bangunan skolah. Mcm rumah org pon ade. Mungkin skolah ni mmg kecik je kot. Duk berlegar2 depan tu, smbil ambek gmbr utk letak dlm blog, aku rs org mungkin fikir aku nk stalker kot. Haha. Yelah. Smpi sane dlm pkol 6 mcm tu. Waktu maghrib. Dah gelap. Tibe2, ade org duk ambek2 gmbr kt skolah tu, dr luwa pagar yg berkunci. X ke semacam? 

gmbr pon blurry je, nmpk sgt xde mood
Bila aku jalan ke depan sket, barulah aku btol2 sure, yg ni lah sekolahnya. Sbb ape? Haaa.. pandai! Sebab ade terpampang kat situ, Ursuline High School. Ouh ya. Walopon ni adalah all girls' school, tp, dia punye A-Level ade je boys. Beselah kt cni, bile masuk A-Level, dorg akan cmpur dgn skolah boys yg berdekatan dgn dorg. Konon nk collaborate n share resources. And, aku pon nnti, mungkin skali skala akan kne transfer jugak ke all boys' school tu. Hahaha *evil laugh* Ouh, aku x btaw ke, aku kne ngajar budak A-level? :D

FJ : Keje blambak. Tapi kurang rajin. Mcm mane nk tambah rajin tu? Kalo nk tambah rajin senang mcm nk tambah berat badan, aku mmg confident jek.

Wednesday, 16 February 2011

Satu hari di kingston

Salam,

Pertama skali, sblom aku start ape2, Salam Maulidur Rasul utk semua umat Islam di seluruh dunia. Kat msia hari ni cuti am, kan? Maka seronok la seme org yg keje kerajaan, dpt cuti extra lg. Manfaat ke x cuti tu, jgn tny aku. Smalam, 14 februari, Vday. Aku bukan nk cite psl masyuk celeb Vday, tp nk cite pasal perangai 'tak senonoh' classmates aku dgn aku skali. Smalam hari isnin, budak2 pgce lain pening dahi duk bglumang dgn placement, kitorg seme beronok2 pulak kuwa buang duit. Apa mimpi pon aku xtaw, tp kitorg 1 klas pakat2 nk g main bowling kt kingston. Mula2 aku igt ade 2-3 ketul je yg nak join. Rupenya, 11 org yg join. Klas kitorg ade 13 org je. Seme melayu pulak tu. Layankan je lah, sementelah kitorg x pnah waima skalipon kuwa hang out same2. Time main bowling ok lagi, sbb kan weekdays, org g keje, so x ramai org waktu tgh hari. 



depan masjid kingston; langit cantik
Aku x la terer pon main bowling smpi skali baling berterabur pin jatuh. Cume boleh la nk tunjuk ajar sket2 utk org yg xtaw main. Hakhak. Ade peningkatan jugak anak didik bowling aku tu. Dah abes main bowling n solat asar, kitorg g tgk wayang, cite kartun. Separuh je yg join. Kitorg tgk cite Gnomoe and Juliet 3D. Best woo~ Comel2 kartunnya. Nanti kalo aku rajin, aku buat review psl filem tu. Esok2 la ye. Mlm ni ade keje lain. Cite tu abes dlm pkol 6.30 ptg mcm tu. Kuwa je screen, bapak ramai gile org kt foyer! Ha ah, office hours dah abes n hari tu kan Vday! Wajiblah org ramai. Pakwe-makwe duk bkepit2 bwk bunga masuk screen, dgn pop corn, coke dan x lupe jugak coklat.

Perut masing2 dah buat show dah. Oleh sbb kt situ ade kedai makan halal, kitorg decide nk dinner kt situ je. Smpi je kt entrance restaurant tu, mak aii~ Ramainye org! X memasal kitorg kne tggu dlm 15 minit utk seating. Name kedai makan tu Frangos. Sempena dgn Vday, maka byklah decor2 bentuk lep-lep kt Frangos tu. Belon la, free gift (coklat) la.. Pon aku x kesah. Dinner smalam, classmate aku, Farid baik hati nk belanja. Dan kitorg pon baik hati jugak, xde la smpi pow dia smpi kering bile dia ckp nk belanja. 




Dah abes makan, sembang2 dan bicara hati sket, kitorg gerak balik. Nice jugak mcm ni skali skala dgn classmate. Next time, maybe bleh libatkan 13-13 org. Lg meriah iye dak?