Friday 29 June 2012

Road Trip ke Barat Great Britain: Dimensi Baru Pengembaraan di UK

*warning : super long entry. patience is much needed :)*


Assalamualaikum,

Bila sebut saja United Kingdom, mesti orang akan bercakap pasal London, Manchester, Cardiff, Edinburgh. Kalau dalam tahun ni (2012), United Kingdom sinonim dengan Olympics 2012. Tak pun, biasanya orang akan terbayangkan Old Trafford, Fish and Chips, All England Badminton Tournament atau mungkin syurga membeli belah di Oxford Street dan outlet-outlet tersohor di sana. Untuk yang ingin lari dari kelompok percutian biasa, apa kata cuba terokai tempat-tempat menarik di bahagian barat United Kingdom. 

Kalau tak silap, 3 minggu sebelum cuti Easter 2010, aku dan kawan-kawan mula merancang aktiviti kembara kami. Masing-masing mahu lari dari tempat yang biasa dikunjungi pelajar-pelajar Malaysia di sana. France? Italy? Atau mana-mana lokasi lain di Eropah? Tak. Kami semua sepakat untuk tidak keluar dari United Kingdom. Idea untuk menjelajah ke barat Great Britain timbul setelah kami terpandang gambar sebuah keluarga melayu yang bercuti ke sana tidak lama sebelum itu. Tujuan mereka ke sana didorong oleh minat mereka dalam mengumpul cangkerang. Kami? Kami mahukan kelainan :P

Bersusah payah juga kami aturkan itinerary road trip 4 tu. Pun begitu, aku kongsikan di sini peta perjalanan jelajah kami selama 4 hari 3 malam - bukan route yang tepat seperti mana yang kami lalu. Mana tahu, kot ada yang nak jadikan peta ini sebagai rujukan road trip mereka pula. Kalau tengok peta kat bawah, mungkin korang dapat tengok serba sedikit tempat-tempat yang aku dan kawan-kawan singgah dan lawati. Dah ada peta, boleh lah buat jadual perjalanan,kan? :) 


Day 1: Guildford - Cornwall 

dari atas kanan dan clockwise: Porthcurno beach, Eden Project, Minack Theatre, Lands End.
Kami mulakan perjalanan dari Guildford seawal jam 5 pagi. Masing-masing bangun awal atau mungkin ada juga yang tak tidur langsung. Kelengkapan semua dah siap, enjin kereta dah dipanaskan dan wuduk dah sedia ambil untuk memudahkan kami solat di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan. Siap bawa bekal nasi goreng untuk sarapan pagi lagi. Hehe. Destinasi pertama kami; tempat menarik di sekitar Cornwall. Pemandangan di kiri kanan jalan sangat memukau sepanjang perjalanan dalam county Devon dan Cornwall. Cantik teramat tapi dalam masa yang sama, menenangkan. Macam lukisan. Setibanya di Lands End, aku dan kawan-kawan bertambah-tambah teruja dengan apa yang kami tengok. Macam tak percaya! Cerunan tebing tinngi Lands End betul-betul di depan kami. Waktu tu, masih awal pagi. Belum ramai orang di sana. Jadi, kalau kami macam orang jakun sekali pun, kami tak kisah! :)

Puas bergambar, kami putuskan untuk ke Minack Theatre. Porthcurno beach tak termasuk pun dalam perancangan asal. Oleh sebab Porthcurno beach hanya bersebelahan dengan open theatre tu, apa salahnya melencong sekejap, kan? :D Laut yang mengelilingi Minack Theatre sangat bersih. Warna air laut tu nampak biru kehijauan. Walau pun nampak macam panas terik (tengok gambar), tapi tolong jangan tertipu. Angin yang bertiup kuat dari laut mampu buat aku menggigil juga walau dah pakai jaket tebal. Teater ni masih digunakan untuk pementasan. Mesti syok dapat tengok teater di tempat terbuka macam ni, Tepi laut pula tu. 

Awan berat menemani kami separuh perjalanan ke Eden Project. Alhamdulillah, sesampainya di Eden Project, cuaca baik walaupun awan kelihatan sedikit mendung. Syukur tak hujan. Apa yang menarik pasal Project Eden ni ialah, pengunjung dapat merasai kelainan iklim di dalam glob hemisfera yang berlainan. Kalau di Malaysia, kita ada rumah 4 musim di Bukit Cerakah. Konsepnya sama. Selain itu, pelbagai aktiviti lain juga boleh dilakukan, terutamanya aktiviti untuk kanak-kanak. 

Kami bermalam di Etap Hotel, Plymouth. 


Day 2: Cornwall - Devon - Bath - Cardiff

Dorset, Devon :  Lulworth Covedan Durdle Door
Sebaik selesai solat subuh dan sarapan pagi, kami mula berkemas untuk check out dari hotel. Aku rasa, Front Office hotel terperanjat juga bila kami check out terlalu awal. Muka dia pun macam mamai lagi waktu kami serahkan kedua-dua kunci bilik. Pagi sangat lagi. Semuanya kelihatan kebiruan di luar hotel. 

Cuaca sedikit mendung ketika kami tiba di Lulworth Cove. Waktu tu, masih awal pagi. Belum ada orang pun sampai kat kawasan parking lot di situ. Lulworth Heritage Center pun, masih belum dibuka. Disebabkan rasa sedikit ragu-ragu (betul ke tak tempat ni? betul ke?), kami putuskan untuk berehat sekejap dalam kereta. Lepas 20 minit, baru lah ada 2 buah kereta lain sampai di situ. Sila jangan salah anggap yang kami penakut. *ehem* Lulworth Cove ni, tempat yang cantik dan tenang. Teluknya unik. Masa kami di sana, angin sangat kuat. Masih terasa sejuknya walaupun kami dah berjaket tebal. 


Tak jauh dari Lulworth Cove, terletaknya satu lagi tourist attraction di kawasan Dorset iaitu Durdle Door. Durdle Door merupakan sebuah gerbang batu kapur semulajadi. Kagum sangat bila tengok gerbang semulajadi seumpamanya. Cuma nak kasi warning awal-awal. Untuk berada dekat dengan gerbang ni, pengunjung kena menuruni cerunan bertangga. Hati-hati masa turun. Bukan apa, takut tergelincir pulak. Kedua-dua Lulworth Cove dan Durdle Door adalah tempat di bawah penyeliaan Jurassic Coast World of Heritage Site, Dorset. 



Bath City
Kami dah maklumkan awal-awal pada Gamal tentang ketibaan kami. Alhamdulillah, dia sedia tumpangkan kami 1 malam di rumahnya. Apa yang best kat rumah Gamal? Kami sempat main wii! Masing-masing bermalas-malasan nak pergi mandi dan bersiap untuk keluar makan malam. Syok sangat layan guitar hero. Bila semua dah bersiap, baru lah kami keluar makan malam di sebuah restoran buffet halal di bandar Cardiff. Sedap betul makanan kat situ. Harga pun berpatutan. Aku cuba macam-macam jenis makanan, sampai rasa perut nak pecah! Nama pun, buffet, kan? Dah bayar, takkan nak makan sikit. Perut masing-masing dah penuh dengan makanan yang banyak, barulah kami beransur pulang. Tidur malam tu? Siapa yang tak tidur nyenyak waktu badan dah penat dan perut dah sarat? :D

Day 3: Cardiff - Leeds (passing Snowdonia & Bangor)

Cardiff Bay
Sarapan pagi kami disediakan istimewa oleh chef Gamal. Sementara berada di Cardiff, kami mengambil peluang untuk ke Cardiff Bay. Gamal pun tak ada apa-apa perancangan. Jadi, kami heret dia bersama. Aku tahu Gamal takkan cakap 'tidak' sebab Brunei Boy seorang ni, memang suka sangat bergambar. Sudah banyak kali sebenarnya aku ke Cardiff. Cuma baru kali ni berpeluang naik bot yang bawa pelancong di sekitar Cardiff Bay. Lepas berpisah dan ucapkan selamat tinggal pada Gamal, kami teruskan journey.

Dari Cardiff, kami teruskan perjalanan ke Leeds melalui Snowdonia dan Bangor. Perjalanan kali ni memakan masa yang sangat panjang. Banyak kali jugak kami singgah-menyinggah untuk betulkan urat badan :P Dalam perjalanan, pelbagai tempat yang cantik aku sempat tengok. Rasa macam tengah ada dalam filem lama orang putih pun ada. Tak puas tengok keindahan ciptaan tuhan. Kami tiba di Leeds dalam pukul 8.30 malam. Kawan aku, minta tolong cousin dia yang tinggal di Leeds tumpangkan kami tidur. Alhamdulillah. 



Day 4 : Leeds - York - Guildford


Sarapan pagi kami ditaja khas oleh Abang Ngah dan Kak Wawai. Abang Ngah dan Kak Wawai juga baik hati bawa kami ke York City. Abang Ngah cakap, York City ni salah satu ancient city yang masih terpelihara nilai-nilai kepurbaannya. Salah satu simbol purba York City ialah York City Walls yang mengelilingi bandar York. Dengan jarak sejauh 2.5 batu, memang sempat penat juga lah berjalan. Lepas separuh jalan, kami pilih untuk naik York City Tour Bus. Hehe. Bukan mengelat. Cuma kalau seharian berjalan atas City Walls tu, bila masa pula nak ronda-ronda kawasan lain, kan?

Lepas ucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Abang Ngah dan Kak Wawai, kami mulakan perjalanan pulang. Jauh juga York City dengan Guildford. Jadi, lebih baik kalau bertolak awal-awal. Sekurang-kurangnya tak lah lewat sangat sampai nanti. 

road trip great britain
compilations
Secara keseluruhan, aku berpuas hati dengan road trip ni. Mungkin juga kerana aku tak perlu drive (dua-dua kawan lelaki sangat gentlemen). Dulu lagi teringin nak tengok country scenery di tanah Inggeris. Akhirnya, tercapai jua hasrat. Dari segi perbelanjaan, aku boleh katakan semuanya masih dalam bajet. Makan-minum, tiket masuk, minyak kereta, parking tiket, dan shopping. Oh ya, kami sempat singgah di Clarks Village, Somerset. Cuma aku tak ingat bila dan hari apa. Sebab itu tak dimasukkan dalam tentatif story line. Syukur Gamal dan Abang Ngah sedia tumpangkan kami bermalam di rumah mereka. Kalau tak, naik juga kos penginapan. Hehe. 

FJ : This road trip was something new for me. Another experience in foreign country. 

P/s: Gambar-gambar adalah hak milik aku dan kawan-kawan; Am, Fikri dan Wani

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)