Monday, 14 March 2011

Tahniah Lee Chong Wei! Yonex All England Badminton Championship 2011

Assalamualaikum, 


*sigh* Aku x berpeluang menonton pertarungan akhir badminon men single Malaysia-China hari ni. Tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei yg menang straight set 21-17, 21-17 menentang Lin Dan di NIA, Birmingham td. Ini adalah kemenangan kedua utk Lee Chong Wei sejak beliau mula menyertai All England Badminton Championship pada 2004. Kemenangan pertama ialah pada tahun lepas, 2010. Di facebook, ribuan (malah jutaan aku kira) ucapan tahniah dan rasa bangga rakyat Malaysia utk Chong Wei. Walopon aku x berada di sana, aku boleh faham macam mana bangganya penyokong Malaysia di NIA tu td. 

aku da selongkar semua tmpt; external hdd, friendster aku, friendster kwn2, facebook utk cari gambar aku tgk All England 2007, tp xde... ni je yg aku jumpe; gmbr kwn2 yg turut serta menyokong
4 tahun lepas, pada tahun 2007, aku dan rakan2 lain menjadi saksi kemenangan regu lelaki Malaysia di NIA utk kejohanan yg sama; All England Badminton Championship. Waktu tu, Malaysia menentang China jugak. Regu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong beraksi, diiringi dgn laungan kata2 semangat oleh penyokong Malaysia. Kalo pemain bertarung tenaga, penyokong pulak bertarung sorak. Ada ketikanya, dah macam pertarungan psikologi pon ade. Sorakan lantang penyokong Malaysia sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi regu China. Aku x pasti berapa ribu penyokong Malaysia yg hadir waktu tu. Yg aku taw, aku  hadir dgn 20 rakan2 yg lain. Tapi, kami semua (seluruh penyokong Malaysia) bersatu menyorak kata2 semangat. Tiap kali pasukan China score, kami tenangkan regu Malaysia. Beri mereka semangat utk lawan balik. Omputih2 yg ade kt situ pon, kagum dgn semangat kenegaraan kami. Kemenangan berpihak kpd regu Malaysia; menang straight set 21-15, 21-18. Lepas game, beberapa org kwn aku ade jumpe dgn Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong. Aku xtaw lah waktu tu aku tgh buat ape smpi aku x ikut serta dorg. Kien Keat dan Boon Heong ucapkan terima kasih atas sokongan kami semua. Terharu beb! Dorg ckp mcm tu in person. Tahun ni, regu lelaki Malaysia, Tan Boon Heong-Koo Kien Keat kalah di tangan regu Denmark. Regu Malaysia menang pada set pertama dgn 21-15 dan tewas pada set kedua dan ketiga dgn mata 18-21, 18-21.  Aku x pasti ni round mane. Kne check balik. tp mcm biasa, aku x berapa rajin.

Lee Chong Wei waktu tu (2007) sempat mara ke suku akhir je. Aku x tengok game dia, sbb hari lain. Tahun 2008, Chong Wei berentap di separuh akhir menentang Chen Jin dan tewas. 2009, beliau tewas di pertarungan akhir di tangan Lin Dan. Aku pasti Chong Wei puas hati utk tahun ni. Begitu jugak penyokong Malaysia, terutamanya yg hadir sendiri utk jadi saksi kemenangan td. Aku faham rs kepuasan mereka dan aku masih igt mcm mane rasa tu. Nway, tahniah sekali lagi kpd Lee Chong Wei. Semoga kemenangan ni akan berulang lagi tahun depan, terutamanya dalam Olympic London 2012. 

FJ : Kalo aku kt sini lagi tahun depan, kan da boleh tgk Olympic 2012. 

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

4 Responses so far

  • RABUN says:

    kalau macam ni punya performe ok jer...nampak gaya Chong wei suka main kat england...

  • haha.. ye kot.. dia suka main kt england

  • lobos says:

    Tan Boon Heong-Koo Kien Keat kalah final :(

  • la.. yeke? ic.. syg btol..
    sbb penyokong dia ni x pegi..
    sbb tu la kot.. eceh

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)