Tuesday, 10 April 2012

Kongsi pengalaman temuduga SPP utk jawatan PPPS DG41

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah lepas sesi interview SPP pagi td. Interview secara berkumpulan. 1 kumpulan ade 6 org - mixed options. Ada 2 org cikgu j-Qaf, 1 kimia, 1 maths, 1 English dan 1 pendidikan khas. Disebabkan kami semua berlainan option, jadi soalan lebih menjerumus kepada dasar2 kerajaan. Tidak ada soalan khusus (berkaitan option) yang dibincangkan. 

Panel penemuduga : Encik Munusamy A/L Periasamy
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan, Marang, Terengganu.
Tarikh / masa : 10.04.2012 / 7.30 pagi
Tempoh : Lebih kurang 1 jam.

Topik2 yang dibincangkan: 

FPK 
Modal Insan
Kaitkan modal insan dgn FPK
Huraikan input2 penting dalm FPK
Dasar 1 Malaysia
Rukun Negara
Perlembagaan Malaysia
Dewan2 dalam parlimen - siapa yg pilih ahli dewan
Apakah set induksi? refleksi?


TIPS : 

  1. Pakaian : penting utk semua guru yg menghadiri temuduga utk dress up sebagai guru. You have to appear presentable - name tag dipakai di dada kiri, berpakaian sopan, tie + long sleeve shirt utk guru lelaki, lebih bagus kalo pakai blazer.
  2. Folder : Susun semua dokumen asal dan salinan (yg telah disahkan) berturutan spt yg disenaraikan dlm surat panggilan temuduga. Bawa dokumen2 lain juga (kdg2, panel nak tgk penglibatan dlm ko-ku di Uni). Label folder dgn nama anda supaya senang panel nak tahu, folder tu siapa punya.
  3. Adab : Silent / Off hp. Ketuk pintu sebelum masuk. Ucap salam kepada panel. Jgn duduk jika tak disuruh duduk (kalo dah lame sgt berdiri, tanya la boleh duduk ke tak). Benarkan panel habiskan soalan dulu sebelum mula menjawab. 
Tu je kot yg boleh dikongsi. Untuk bahan bacaan lanjut, klik sini

FJ : Menunggu keputusan seperti menunggu hukuman dijatuhkan. T_T


If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

8 Responses so far

  • Salam, folder tu blh tahu x mcm mna rupa nk susun?

  • salam..
    mula2.. susun dokumen2 penting yg mmg wajib dibawa (list dokumen ni, ade diberi dalam surat temuduga)...
    diikuti dengan sijil2 penglibatan lain waktu belajar.. dari universiti ke sekolah menengah.. kalo banyak sgt sijil2 nya, pilih yg mane2 yg outstanding je.. kadang2, interviewer nk tahu sama ada kita aktif atau tidak waktu belajar..

  • idin23 says:

    slm tolong emelkan shabat. emel saya idin23@gmail.com

  • thanks kongsi pengalaman..hehe

  • Ni Na says:

    brpe lme result kuar ek lpas intebiu tu?

  • paling cepat biasanya sebulan setengah..

  • ahmad says:

    kalau kita tak boleh jawab soalan, boleh ker kawan-kawan lain bantu. Contohnya beri isi atau idea, kita hurai

  • kalo ikutkan pengalaman saya, itu bergantung kepada interviewer.. kalo dia minta org lain jwb, boleh la kwn kita tu jwb

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)