Monday 27 August 2012

Bila orang lain kawin.. dan bila engkau kawin


Assalamualaikum,


Tibanya Syawal tiap2 tahun datang skali dengan pakej musim kawin. Perkara mcm ni dah jadi budaya pon kat Malaysia. Kalo dulu2, lepas seminggu masuk bulan Syawal baru ada jemputan kawin, skrg tak lagi. 2 Syawal pon org dah sibuk nak buat kenduri. Kesibukan umat Malaysia berhari raya ditambah pula dengan bermajlis kawin menyumbang kepada kesesakan trafik yg teruk – ceh, mcm info trafik dah. Utk kali ni aku bukan nk membicarakan psl trafik. Tu keje polis trafik. Walopon topic yg aku bawa nix de kaitan pon dgn keje aku, tp aku nk tulis jgk.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, bersepah-sepah pengguna facebook buat jemputan kawin through facebook event. Aku tak ckp salah dan tak cakap betul. Suka hati masing2. Kalo rasa praktikal utk buat mcm tu dan jemput semua friends dlm facebook pon, buatlah. Kalo rasa tak praktikal sbb org pon bukan nk rsvp sgt, maka tak perlu buat. Aku sendiri pon, tak berapa rajin actually nk rsvp facebook event. Lagi2 kalo yg jemput tu, org yg aku sekadar kenal kat facebook je, yg add pastu tak pernah2 nak bersapa – stok2 stalker lah org muda kate. Suka utk aku bersetuju bahawa kebanyakan korg pon mcm aku. Ke, korg pegi jugak wedding ‘unfriendly friends’ dlm facebook tu? Kalo korg pegi pon, tak layak aku nk ckp ape2.

[sumber]
Aku ada beberapa org kawan yg spesis akan sentiasa memenuhi jemputan weddings. Siyes. Apa yg mendorong mereka ni buat mcm tu, aku tak pasti. Yg aku dapat kata kat sini, aku puji sikap dorg. Bila kawan2 kawin, tak kiralah kawan sekolah ke, kawan 1 universiti ke, kawan 1 kampung ke, kawan rapat mahupon yg tak berapa rapat, mereka2 ni akn hadir meraikan pengantin. Bagus mcm tu. Org2 mcm ni, bg aku, sgt mementingkan tanggungjawab sosial. Korg pon spesis mcm ni? Bagus sgt dah tu. Cuma nasihat aku, ikhlaskan lah hati tu attend wedding kawan utk rai pengantin.

Jangan pulak nnti, time korg kawin dan org lain x dpt attend majlis korg, kecoh duk ungkit sana-sini. Ada lah tu sebabnya kenapa mereka x dapat datang. Ada lah perkara2 yg tak dapat mereka elakkan yg ditakdirkan tuhan berlaku pada hari korg kawin. Kena igt, org lain x sama mcm kita. Kalo kita ni jenis yg xde byk tanggungjawab, senang nak pegi sana-sini, org lain x semestinya mcm kita jugak. Kalo sesetengah jemputan x dpt hadir, masih ada lagi jemputan yg lain hadir, kan? Takkanlah smpi xde sorg pon hadir. Tu dah kira lain mcm bila xde sorg pon hadir. Kahkah.

FJ : Dah abes cuti raya, umat Malaysia mulalah feeling monday blues.. Ya, takde org pon yang ceria di pagi isnin T_T

Sunday 19 August 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum,

1 Syawal. Hari Raya Aidilfitri. Bunyi mercun. Rendang. Ketupat. Satay. Kuih raya. Semuanya sinonim. Suasana raya tahun ni, mungkin ada bezanya dengan tahun-tahun sudah. Tak mengapa. Yang penting, kita tetap panjatkan rasa syukur kepada Allah. Buat semua umat Islam di seluruh dunia, terutamanya pengunjung blog ini, 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon maaf zahir dan batin



Tuesday 14 August 2012

Tentang hati

Assalamualaikum,

Sudah lebih 2 tahun barangkali. Entah. Mungkin betul, sudah lebih 2 tahun. Dedaun pintu hati tertutup kemas. Rapat. Sedang kuncinya pula dilempar entah ke mana. Usai sela masa yang tidak pernah ditetapkan bila limitnya, tiba-tiba ada rasa aneh dalam hati.

Hati kata, dirinya tidak mahu lagi dikurung sendiri.
Hati kata, dirinya ingin teman.
Hati bersuara, sudah banyak kali rasa sunyi menjengah.
Hati bersuara, dia sudah sedia untuk memberi.
Hati minta akan keterbukaan.
Hati minta kunci dedaunnya dicari kembali.

[sumber]
Mungkin, ini rahmat-Nya. Rahmat di bulan mulia, Ramadhan. Kurnia Tuhan buat hati yang sekian lama menolak dan menyepi. Aku percaya yang hati sudah semakin matang. Hati banyak sudah, belajar tentang kedewasaan. Wahai hati, tenanglah. 

FJ : Moga Yang Maha Pengasih tunjukkan jalan.

Monday 13 August 2012

Jagalah Diri

It's a great song, sung by a great singer, written by a great composer. Presenting, 'Jagalah Diri' by Jaclyn Victor. One of the beautiful songs featuring in '29 Februari' film.



Mata kau berhenti menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana dia takkan kembali

Takdir mengubah hubungan 
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada Yang Esa

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh 
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku 
Pertemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya

Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku pertahan ke nafas terakhir

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Pertemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon Kau 
Jagalah dirinya

Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya

Sunday 5 August 2012

Lee Chong Wei hadiahkan perak buat Malaysia #Olympics2012 London

Assalamualaikum,

4 tahun yang lepas, Dato' Lee Chong Wei tewas di tangan musuh tradisi beliau, Lin Dan di perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olympics Beijing 2008. LCW hanya mampu membawa pulang pingat perak. Kekalahan LCW jelas bukan sahaja dirasai oleh beliau, malah oleh seluruh rakyat Malaysia. Untuk perlawanan kali ini, harapan yang besar disandarkan pada pemain badminton tersohor Malaysia untuk membawa pulang pingat emas di perlawanan akhir perseorangan lelaki Olympics London 2012 menentang Lin Dan (China).


Lee Chong Wei dan Lin Dan masing-masing bermula dengan tenang dan berhati-hati dalam set pertama. Set pertama berakhir dengan keputusan memihak kepada LCW 21-15. Dalam set kedua, Lin Dan berjaya meninggalkan LCW jauh dibelakang ketika pertengahan permainan dan set berakhir dengan 10-21, kemenangan di pihak Lin Dan. Dalam set penentuan (rubber set), kedua-dua pemain saling mengejar mata. Kesilapan kecil mereka memberi mata percuma buat pihak lawan. Set tamat dengan LCW 19 - 21 Lin Dan. 


Lee Chong Wei looked very upset with the results. We can see your tears coming down. You did your best to fight for gold medal. Anyhow, regardless the colour, you're still bringing in the medal for Malaysia, LCW! And that IS a big gift for us Malaysian. Thank you dato' Lee Chong Wei. May we have another badminton athlete as powerful as you in the future to continue your legacy. 

FJ : He must have suffered emotionally. He even tweeted "I'm sorry" after the game finished. 

Wednesday 1 August 2012

Kerja pun ibadat, kalau dibuat dengan betul

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dah masuk bulan Ogos. Bulan Ramadhan pun dah masuk hari ke-12. Oh ya, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa dan selamat memperbanyakkan ibadat di bulan Ramadhan. Kejap pulak rasanya bulan Ramadhan tahun ni. Sementelah blogger-blogger lain sibuk update blog dengan kisah-kisah Ramadhan,  kat mana nak buka puasa sedap-sedap, buffet Ramadhan kat hotel mana yang menarik dan harga berpatutan, warung mana nak lepak sementara tunggu sahur waktu weekend, aku pulak masih lagi cuba (sedaya upaya) untuk adapt dengan alam pekerjaan. Orang lain ada yang sempat baca Quran di celah-celah waktu kerja, tapi aku nak betulkan tudung pun dah tak sempat. Tengok, penangan kerja kat aku. Mungkin sebab dah lama sangat dalam mode hibernasi, jadi bila mula kerja, susah nak sesuaikan diri. Apatah lagi dengan tugas-tugas sampingan yang datang secara berlonggok tanpa mengira masa dan ketika. Sampai demam, baq hang! (Serius tak tipu) 

Datangnya bulan Ramadhan bawa banyak kebaikan untuk ramai orang. Nak-nak lagi bila kita sebut tentang gandaan reward kalau buat ibadat. Satu perkara yang aku tak faham, ialah ramai orang akan define 'ibadat' dengan perlakuan-perlakuan seperti solat, baca Quran, bersedekah sahaja. Padahal, konsep ibadat tu sendiri pun meliputi keikhlasan hati tolong orang, buat kerja dengan amanah, pergi dan balik dari kerja pada waktu yang bersesuaian (seperti yang sepatutnya). So, kalau penat sangat berpuasa, pastu tiba-tiba nak habiskan masa dengan tidur di bilik rehat dalam waktu kerja, rasanya tu tak masuk dalam ibadat dah. 

Nak cakap lebih-lebih pun, nanti korang kata 'engko bukan ustazah' kan. Aku sendiri pun masih dalam proses belajar untuk berkerja. Mohon aku tabah. Keke.

FJ : Bulan Ramadhan ada lebih kurang half way to go. Kalau konsisten untuk beribadat dalam puasa, kenapa tak teruskan sampai bulan Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah dan seterusnya? :)