Saturday 25 January 2014

Senarai harga barang di Pasar Malam dan Pasar Karavan Jengka selepas kenaikan harga

Assalamualaikum,

Aku ingat nk mulakan projek baru. Projek survey harga makanan di Jengka. Kat sini, ada UiTM Jengka, Kolej Sentral dan Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang selain penduduk felda setempat dan golongan yang berkerja. Boleh dikatakan permintaan tinggi untuk sesuatu barang (bukan semua). Tapi, lepas kenaikan harga minyak, harga makanan memang naik. Aku xtaw nak mengharapkan apa dari projek ni. Cuma mungkin rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan2 lain boleh join dan inform harga makanan kat tempat masing2. Peningkatan harga utk jenis2 makanan tertentu ade yang capai hingga 50% yang bagi aku sangat tinggi. Aku akan cuba update post ni dari masa ke semasa. Kalo ade student2 uitm jengka yang nak join, bagus jgk. Tekanan kenaikan harga makanan sedia masak paling dirasai oleh golongan students sebenarnya.

Ok, kita mulakan dengan dapatan hari ni


Pasar Malam

[Update pada 25/1/2014]
Air balang (cup kecil) RM1.50 (bulan lepas RM1.00) disesetengah gerai
Murtabak ayam RM4.00
Murtabak daging RM5.00
Air cendol (cup kecil) RM.150
Coconut shake RM2.00 (bulan lepas RM1.50)
Putu bambu RM1.00 (bulan lepas 5 ketul, skrg 4 ketul)
Kuey tiaw goreng Che Wan Fried RM3.00 (bulan lepas RM2.00)

Pasar Karavan

[Update pada 9/1/2014]
Nasi kukus RM6.00 (harga pada 2/1/2014 ialah RM5.00)
posted from Bloggeroid

Wednesday 8 January 2014

Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam bagi Tahun 2014

Assalamualaikum,

Akauntan Negara Malaysia telah pun mengeluarkan Surat Pekeliling Bilangan 4 tahun 2013, bertujuan untuk memaklumkan tarikh bayaran gaji bulanan bagi penjawat awam tahun 2014. Berikut adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2014.

Bulan
Tarikh
Catatan
Januari
23.01.2014
Tahun Baru Cina (31 Jan & 1 Feb)
Februari
25.02.2014

Mac
25.03.2014

April
24.04.2014

Mei
22.05.2014
Pesta Keamatan (30-31 Mei)
Jun
25.06.2014
Hari Gawai (1-2 Jun)
Julai
22.07.2014
Hari Raya Puasa (28-29 Julai)
Ogos
25.08.2014

September
25.09.2014

Oktober
16.10.2014
Hari Deepavali (23 Okt)
November
25.11.2014

Disember
18.12.2014
Hari Krismas (25 Dis)

Sumber : http://portal.anm.gov.my/public_html/pek/spanm42013.pdf

FJ : Boleh mula buat belanjawan keluarga/sendiri dan rancang percutian masing-masing :)

Saturday 4 January 2014

Solemnization : The moment I become his and he becomes mine.

Assalamualaikum,

Pada pendapat aku, xde sorg perempuan pon yg akan lupakan saat2 dia dinikahkan dgn suami dia. Bagi aku personally, pengalaman duduk dibirai katil (kalo perempuan lain duduk kt birai katil la kot) adalah saat2 yg mendebarkan utk seorang pengantin perempuan. Oke, aku x duduk kt birai katil. Aku duk melompat2 dalam bilik nak hilangkan rasa nervous aku sementara nak tggu jurunikah panggil aku keluar. Suara jurunikah aku bapaklah kuatnya. X payah nk pakai mic segala. Jangan kata dalam bilik, kalau duduk belakang rumah pon still boleh dengar suara dia baca khutbah nikah. Dah abes khutbah baru la jurunikah panggil aku keluar. Dup dap dup dap wei jantung. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, kami sah jadi suami isteri. Ayah yg nikahkan kami. Which is bagi aku sgt precious dan sgt significant - mcm penyerahan tanggungjawab gitu.










FJ : yang ni gambar2 yg aku sendiri edit.

Friday 3 January 2014

Roasted potato with veggies and prawn

Assalamualaikum,

Semalam aku ade belek2 buku recipe yg bos aku hadiahkan ms aku kawin hr tu. Then terpandang lah pada veggie salad yg sgt tempting ni. Tekak terasa nak. Perot cakap nak nak nak! Misi mencari bahan2 bermula lepas keje td. So, bahan2 yg aku perlu ada ialah;

Ubi kentang
Udang
Tomato
Brocoli
Carrot
Sos thousand island
Garam
Air

The best way utk masak kentang ialah dgn cara roast dlm oven. Oleh sbb oven aku baru je meletup waktu maghrib td (seriously happen, dia meletup sambil bunyi 'pang!' dgn sgt kuat) jadi aku terpaksa rebus ubi aku dengan carrot yg dh dipotong2 ikut selera aku. Ambek sedikit ms utk rebus ubi dgn carrot sbb dorg ni pesen sayur keras kan. Sambil2 tu boleh bersihkan udang.

Elok2 timing udang siap dibersihkan, ubi kentang dgn carrot dh cukup empuk. Keluarkan dan masukkan udang. Udang kjp je. Jgn lame2 sgt. X sedap. Nmpk dh masak sket, terus tutup api. Biar kjp dlm periuk then terus angkat. Lepas tu potong tomato. Udang, ubi dgn carrot td aku gaulkan dgn garam. Ok, sbb ape dh masak baru gaul garam? Sbb aku baru je dpt 2 paket garam beriodin free. Guna jelah. Org yg faham, fahamlah. X faham sudah. Korg kalo nk garam2 kan sket, patut letak garam waktu rebus ubi dgn ketang tu.



Orait, mengapakah dlm pinggan aku xde benda hijau yg dipanggil brocoli tu? Ms kt mart td, brocoli xde. Jd aku x letak. Kalo ade, letaklah. Stim atau rebus kjp je. Lame2 x sedap. Seme bahan2 td, gaulkan dgn sos thousand island. Aku rasa meal aku ni x berapa fun. Jd aku tambahkn elemen fun sket. Buka freezer, capai fries gemuk, goreng! Sambil2 tu, salad td aku letak dlm pinggan. Taruk sos cili dgn cheezy sos sket. Angkat fries kasi join dlm pinggan. Terangkat jugak beb! Udang rasa manis. Kentang dgn carrot cukup masak. Fries gemuk pon sedap. Alhamdulillah, tercapai hasrat.

Korang, try lah! Kalau ade penambahbaikan share dgn aku tahu!

FJ : 2 gian dilepaskan malam ni. Makan dan update blog. :)
posted from Bloggeroid

Idea gubahan hantaran perkahwinan atau pertunangan

Assalamualaikum,

Chinese New Year dah dekat. Ramai sangat kawan2 aku yang kawin waktu Chinese New Year. So far, dah 3 jemputan aku terima. Tempat jauh2 pulak tu. So, terpaksa lah aku pilih 1 je. Nak pegi 3-3 sekaligus mana nak boleh. 1 kat Klang, 1 kat Johor, 1 kat Terengganu. So, aku nak share sket sebanyak gambar gubahan hantaran waktu aku kawin hari tu. Gubahan buat sendiri je noks. Mak I tolong buatkan. Kalau tempah kat kedai, mau kne charge at least RM55 1 dulang. Tu kalau pakai bunga plastik. Kalau nak fresh flowers gitu, lagi mahal. Kalau aku, tak kisah sangat fresh flowers ke, ape ke. Asal ada flowers cukup lah. Artificial pon boleh.

Ok, yang ni hantaran perempuan untuk lelaki:










Yang ni pulak dari lelaki untuk perempuan - hantaran digubah oleh kakak ipar aku.










Gubahan kitorang biasa2 je, tapi dah cukup cantik pada pandangan mata aku. Barang2 hantaran pon biasa2 je. Cukuplah untuk apa yang kami berdua nak pakai. Xde kasut Jimmy Choo pon xpe. Yang penting bukan barang2 ni, bukan duit hantaran, bukan pelamin, bukan meja makan beradap, tapi kehidupan yang akan kami bina lepas dah berumah tangga. Kan?

Wedding Photo (belum basi kot) dan cerita di sebaliknya

Assalamualaikum,

Hello 2014! So, the opening entry would be surely on my wedding photos. Hehe. Please vomit. Xde lah nak letak semua kan. Mana2 yang sesuai je letak. Owh, dan aku sangat suka gambar black and white dengan sephia tone. Kalau kena dengan gambar, black and white ataupon sephia lagi outstanding dari full colour. Tu bagi aku lah. Photographer aku book agak lewat jugak. Rezeki aku la, budak photographer tu free waktu tu. Ouh, dia memang budak sbb lagi muda dari aku. Nama dia Syamil. Boleh visit facebook page dia; Syamil Photography. Untuk yang tinggal di sekitar area Dungun, Paka, Kerteh, ok lah kot ambek dengan dia. Memang dia bukan pro. Tapi bagi aku dah good enough untuk pengantin yg low budget.












Sebenarnya, hari majlis tu, aku demam. Kalau diikutkan hati, aku memang xnak keluar outdoor segala bagai. Sebab memang badan dah lembik. Tak larat yang teramat. Oleh sebab husband cakap nanti kang xde gambar outdoor pulak, aku gagahkan diri untuk dia. Kesian tengok muka dia. Banyak kali jugak photographer tegur psl expression muka aku. Dah tak larat dik, apa mau buat.. Balik rumah dalam keadaan lembik tak bermaya, aku tidur je terus. Badan makin panas waktu maghrib. Malam tu, abang bawak aku pegi klinik. Masa kt klinik, asek duk menanges je sebab kepala pening sangat. Nasib baik ada suami. Boleh picit2 kan kepala. X peduli dah orang tengok ke, apa ke. 

FJ : Untung ada suami, kan? :D