Thursday, 21 June 2012

Kenapa 5 Pelumba Terengganu Layak ke London Olympics 2012?

Assalamualaikum,

gambar captured 4 hari lepas, waktu on the way ke kuala terengganu
Baru-baru ni dah diumumkan 5 nama pelumba berbasikal dari Terengganu yang berjaya melayakkan diri mewakili Malaysia ke London Olympics 2012. Mereka ialah;
  • Mohd Adiq Husainie Othman (pelumba acara lebuh raya Olympics 20120
  • Amir Mustafa Rosli (pelumba acara lebuh raya Olympics 2012)
  • Fatehah Mustapa (pelumba acara lumba trek Olympics 2012)
  • Mohd Azizulhasni Awang (pelumba acara lumba trek Olympics 2012)
  • Mohd Zamri Saleh (pelumba simpanan)

Dari berita-berita yang aku dengar, mereka ni dapat sponsor masyuk dari kerajaan negeri. Kalau tengok gambar kat atas, dah boleh tahu kenapa mereka-mereka ni dipilih. Banyak kali juga terserempak dengan mereka berkayuh di area Marang. Sebenarnya, buat apa-apa perkara pun memerlukan latihan yang banyak dan semangat yang kuat. Lagi satu, disiplin diri kena ada. Disiplin diri tak bermaksud skema. Tapi, terapkan sifat-sifat yang bagus ke dalam diri macam tepati masa, sistematik dan berfikiran positif. 

FJ : Alangkah bestnya kalau sekarang ni masih berada di London. Boleh tengok Olympics 2012 sambil memberikan sokongan yang padu untuk Team Malaysia. Apa pun, selamat maju jaya untuk atlit-atlit Malaysia dia London Olympics 2012!
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

2 Responses so far

  • kan..best kalau kat london. patriotik level tahap lain macam :)

  • couldn't agree more, dila!

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)