Assalamualaikum,
Lokasi : Di sebuah majlis berbuka puasa kurang sosial tapi byk sosoal..
Setibanya di majlis, aku sbg gadis melayu yg penuh tatatertib dan sopan tolong mak menyusun juadah2 berbuka yg kami bawa. Ouh, majlis ni ala2 pot-luck (setiap hadirin bwk juadah masing2 dan share dgn org lain). Lepas tu, aku berjalan lenggang menuju ke sekelompok wanita2 yg tak aku kenali sdg bancuh air. Ye lah, kena la jugak beramah mesra sket kan, walopon dalam hati x eklas. Tak jauh dr aku, kelihatan mak aku sedang rancak berbual sakan dgn 2-3 org wanita lain yg juga tak aku kenali. Ayah pula sudah mula buka cerita ke-2.
Puan A : Eh, Puan B dah sampai. Anak2 mana?
Puan B : Ada dengan suami kat sinun tu ha..
Puan A : (setelah melihat aku dgn raut wajah kurang pasti..) Eh, ni org rumah (wife) siapa?
Ya, aku faham soalan tu ditujukan kepada aku. Dan.. aku agak tercengang dgn soalan yg aku kira agak tak munasabah itu.
Aku : Errr... Saya belum jadi org rumah siapa2 lagi. Saya anak Puan Nizan.
Puan A, B, C & D : *gelak berjemaah*
Puan A : Takde, tanya tadi sbb ingatkan org rumah staff lelaki yg kami tak kenal..
Aku : Ouh.. bukan2.. =.=
FJ : "Ouh, sy isteri ##########, cikgu lelaki yg tgh duduk kt sana tu.." Ada org suh aku jwb mcm ni, bila aku kongsikan kisah tragis ini dgn dia.
Post a Comment
Have something to say? ;)