Thursday 4 December 2014

Jadual Tarikh pembayaran gaji bagi penjawat Awam untuk tahun 2015

Assalamualaikum,

Rujuk Jadual.

Bulan
Tarikh
Catatan
Januari
22.01.2015

Februari
12.02.2015
Tahun Baru Cina (19 & 20 Jan)
Mac
23.03.2015

April
23.04.2015

Mei
25.05.2015
Pesta Keamatan (30-31 Mei)
Jun
25.06.2015
Hari Gawai (1-2 Jun)
Julai
9.07.2015
Hari Raya Puasa (17 & 18 Julai)
Ogos
24.08.2015

September
17.09.2015
Hari Raya Aidil Adha ( 24 Sept)
Oktober
22.10.2015

November
23.11.2015
Hari Deepavali (10 Nov)
Disember
17.12.2015
Hari Krismas (25 Dis)

Thursday 30 October 2014

FREE poster for breastfeed mothers : NATURAL FOODS

Assalamualaikum,

Aku feeling demotivated pasal pengumpulan stok ebm. Macam struggle sket nak express breastmilk lately. Pam sejam pon baru dapat 2 oz. So, aku rasa aku mesti buat something to boost up motivation. Aku buat la poster sket. Kalo rasa nak download or whatever, silakan. Tapi kalau nak letak kat blog masing2, please link kan semula ke blog ni ye.



Lepas ni, rasenye kne mengurut. Mungkin saluran susu tersumbat. Malas nak cerita lebih-lebih. Malu. Haha. 

Thursday 9 October 2014

Baru mula kumpul stok ebm. Sempat ke?

Assalamualaikum,

Maternity leave ade lagi 3 minggu. Stok ebm anak baru mula nak buat. Tu pun jadual pam tak menentu sebab baby meragam. Jangan kata jadual pam, waktu makan pun tak terurus. Dan benda2 ni semua beri efek kepada perkara2 lain. Huuu.. lain kali la cerita hal ni.

Ramai org kata, dalam usaha nak kumpul ebm ni, si ibu kena kuat semangat dan stay positif. Graf semangat aku skrg ni turun naik. Sokongan dari org2 sekeliling pon x menggalakkan. Kalau ikutkan mak, ayah, mak mertua, ayah mertua, ipar2, semua suruh bagi susu formula je. SENANG. Xde la susah nanti nk memerah utk anak waktu dah mula kerja. Dari kalangan tu memang xde yg nak menyokong. Cuma lately je nampak mak mcm pasrah je aku nk teruskan jugak dgn susu ibu. Suami pulak baru nampak nak beri sokongan.

Apa yg aku perlukan sekarang bukan milk booster. Tapi aku sangat2 perlukan spirit booster. Ade semangat baru boleh dapat susu banyak. Dalam kepala ni selalu je fikir, sempat ke? Cukup ke? Igtkan lepas dah beli Medela Swing semangat akan naik mencanak. Rupanya tak jugak. Kepala asik fikir anak meragam. Macam mana la semangat nak naik.



Tapi bila fikir2 balik. Mcm mana sekali pun, kena teruskan jugak. Chest freezer dah beli. Pam dah ada. Manual ada, letrik pon ada. Storage bottles dah ada. Storage bags pon dah ada. Tinggal nak pam susu je. Kne biat sesuatu utk dtgkan semula semangat tu.

posted from Bloggeroid

Wednesday 17 September 2014

Bagaimana untuk redakan bengkak susu dengan cepat?

Assalamualaikum,

Bengkak susu memang common bagi ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. The good thing about it is, si ibu sebenarnya mampu untuk menyusukan bayi dengan supply yang ada. Dan supply si ibu cukup banyak - production overcome demand. Jd, think positive. The not-so-good thing about it, ialah ia menyakitkan dan boleh menyebabkan ibu demam. Ok, kita tidak mahu ini terjadi. Sebab apa? Bila demam, perhatian pada bayi akan berkurangan. Jadi, apa cara yang efektif untuk redakan bengkak susu? Ade org ckp kena pam susu keluar. Betul. Tapi, kalau dah bengkak smpi buah dada jadi keras, jangan harap susu akan keluar. Melalui pengalaman peribadi, ini yang aku buat.

1. Tuam dahi dan dada dengan ais. Buat hanya jika you're burning up. Utk low kan body temperature.

2. Tuam dada dengan tuala suam. Basuh atau rendam sekejap tuala dalam air suam2 panas. Letakkan di atas dada. Do this repeatedly. Tuala dah mula sejuk sikit, rendam lg.

3. Mandi dengan air suam. Mandi lama sikit pun takpe. Waktu mandi, siram badan dengan air suam banyak2.

4. Lepas mandi, terus pam. In Sha Allah, susu mudah keluar. Susu yg dipam boleh simpan buat stok.

5. Constantly bagi bayi anda menyusu. Hisapan bayi anda lebih berkesan dari pam. Tapi, jangan sampai tak pam langsung.

Alhamdulillah, aku berjaya redakan keperitan bengkak susu dalam masa 24 jam. Boleh jugak kalo nk pam susu keluar lepas dah tuam dgn tuala. Kobis?? Didn't work for me at all. Kalo org lain, tak tahulah. Apa2 pon, be positive. Cara ni hanya akn efektif kalo ibu-ibu positif dan konsisten.

Kalo ada yg dah cuba, boleh share berjaya atau tak.

posted from Bloggeroid

Thursday 5 June 2014

Free Design Template untuk DIY sticker bulat

Assalamualaikum,

Lately, ramai bride-to-be yang mintak template utk sticker bulat. Bare in mind, template itu ialah template kosong ye! Tak ada apa2 design. Dalam entry ni, I nak share antara simple design yang bride-to-be sekalian mungkin boleh pakai utk template kosong sticker bulat korang. Template ni hanya ada design sikit2. Ada juga design utk sticker petak (square sticker). Atau kalo korg nak pakai square design tu utk buat benda lain pon boleh. Words korang kne type sendiri la ye. Guna la apa2 software yang ada. Kalo terdesak sangat, paint pon bolehhh. Then, utk jadikan dia sticker bulat, sila crop sendiri.

Ni antara design yang ada. Kalo nk download, link ada disediakan di bawah. Bukan semua warna ada, ok. Kalo warna idaman hati takde, minta maaf la. I ols buat mende ni suka-suka je. Kalo nak lebih2, sila order dengan orang yang buat bisnes mende ni.


baby pink - brown

navy blue - cream

Antara design yang ada:
  1. baby pink - brown
  2. black - cream
  3. hot pink - turqoise
  4. lilac - maroon
  5. maroon - baby blue
  6. peach - tiffany green
  7. navy blue - cream

Disclaimer : 
  • I ols x bertanggungjawab di atas mana2 broken link utk design ini. 
  • Design adalah scrap work dari I ols.
  • Sebarang request tidak akan dilayan.

Wednesday 4 June 2014

Baby-related : Considering Cloth Diapers

Assalamualaikum and good day mothers!

I've been thinking of using cloth diapers for my baby for some reasons. The first one would definitely be; to reduce the cost of baby diapering. I realise that we (my hubby and I) would have to spend a lot of money on the diapers (disposable diapers to be exact). Then a friend of mine telling me that she has been planning on saving some money to buy cloth diapers for her baby. It hit me right away at the moment that I may need to consider cloth diapering my baby. So I made research on cloth diapering. How to use them. How to clean them. What it made from. How much the cost per diaper. Where to buy. How much of the diaper my baby might use per day. The pros. The cons. EVERYTHING. Out of all thing, the important thing in my mind was; would my husband agree with this plan? It won't work out well if my husband wouldn't agree. Why? Because I won't get any help in maintaining the cloth diaper. Heee..

Fortunately, he agreed! #widesmile. Then, I started buying cloth diapers from friends (second hand but in great condition) and online shops. As for now, I have 9 of them in the baby's drawer. As I go through websites and blogs about cloth diapering, I was stunned by the fact that disposable diapers are easy to produce yet hard to get rid of! I wasn't a GREEN person myself. But learning this made me feel relief as I won't be the one who will contribute more rubbish to this land.

Are you a cloth diapers user? In case you haven't notice, onebabyworld and SentuhanBaby are now having sales on certain items on their racks including cloth diapers and cloth diapers accessories (wet bags, pail liners, laundry bags, inserts)
Sales on cloth diapers by Sentuhan Bayu

Among the sale items at onebabyworld

Sentuhan Bayu Cloth Diaper pack

Sunday 1 June 2014

juzQ30 : produk penjana minda berasaskan makanan sunnah

*This is a sticky post. Pls scroll down for latest entry*

PROMOSI diskaun 10% termasuk penghantaran! Selagi stok masih ada! 

Assalamualaikum, 

Rata-rata penduduk Malaysia hari ini mempunyai keprihatinan yang tinggi dalam aspek penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Bagi pihak ibubapa, selain aspek kesihatan anak-anak, aspek kecergasan fizikal dan kecerdasan minda juga diberikan perhatian yang khusus. Saya dengan berbesar hati ingin memperkenalkan satu produk yang dikenali sebagai juzQ30

JuzQ30 merupakan satu produk makanan tambahan yang diformulasikan daripada Air Zamzam, Glukosa, Za'tar, Manna, Pegaga, Ginkgo, Kismis, Kurma, Delima, Badam, Garam bukit dan Perisa Blackcurrant yang bermutu tinggi dan ianya dipercayai dan diyakini dapat meningkat Aras Kecerdasan Minda (IQ). JuzQ30 ini adalah produk terbaik untuk minda yang ada dalam pasaran. 
Harga Jualan Runcit ialah RM80/- sekotak yang mengandungi 15 sachet. Terdapat 20 ml dalam setiap sachet. Hanya perlu koyakkan sachet dan terus makan di awal pagi ketika perut kosong. JuzQ30 ini boleh diambil oleh semua peringkat usia termasuk ibu-ibu yang sedang mengandung. Malah lagi awal pengambilannya lagi bagus kerana otak sedang membesar dan berkembang.



Bahan-bahan : 
Air, Glukosa, Za'tar, Manna, Pegaga, Ginkgo, Kismis, Kurma, Delima, Badam, Garam bukit dan Perisa Blackcurrant.

Cara penyediaan :
Koyakkan sachet dan terus minum.

Dos yang syorkan : 
Minum satu (1) kali sehari, pada waktu pagi ketika perut kosong.

Cara menyimpan produk :
Simpan di tempat kering pada suhu bilik. Jangan terdedah kepada cahaya matahari.



Saiz Hidangan
Per Setiap / 100ml
Per Setiap / 20ml
Tenaga
200 kcal
40 kcal
Jumlah Lemak
0.0 g
0.0 g
Karbohidrat
35.0 g
7.0 g
Protein
0.1 g
0.0 g

sumber : juzQ30  

Berminat untuk membeli produk ini? Hubungi saya:

Fathiah - whatsapp/sms 0111-9722807 atau emailkan kepada wanfathiah[at]gmail.com

Sunday 25 May 2014

Jangan salahkan Daren utk Thomas!

Assalamualaikum,

Aku syak, rata2 rakyat Malaysia tgh pegang iron sekarang. Atau, baru nk bukak almari cari baju nak pakai esok. Atau, worst dah siap iron baju. Ternyata, esok tak cuti. Heh. Tahniah Jepun (ucapan ini langsung tidak ikhlas). Tahniah Daren Liew. Pejuang terakhir Malaysia di Piala Thomas. Bukan Daren punca kita tewas. Kita tewas mungkin sbb kita semua. Doa tak cukup, usaha belum keras, sokongan penonton x padu, pemain tak konsisten. Mungkin. Mungkin jugak super saiya tak cukup power. Heh. Macam2.


Dengar2 ni ialah Thomas terakhir Lee Chong Wei. Patut dia asek duk garu kepala je tadi. Frust sangat agaknya. Ok lah tu. At least boleh main. Super Dan x merasa langsung tahu! Dan esok, oh tak. Malam ni mungkin dah ada. Akan keluar berita bertajuk ala2 "Malaysia hanya mampu meraih Perak". "Thomas : Kita sekadar berpuas hati di tempat kedua". Ayat senang utk kerja sukar. Boleh ludah kat org2 macam ni.

FJ : Tadi aku perasan, Piala Thomas tu dah tercabut tapak dia masa coach Jepun terima dari siapa-ntah. Curious. Dah berapa puluh tahun piala yang asal dipakai? Memang tak tukar2 ke? Maaf jika soalan tak relevan.

posted from Bloggeroid

Thursday 22 May 2014

Stok barang2 tommee tippee dan avent melimpah!!

Assalamualaikum,

Belum berkesempatan lagi nak update barang2 tommee tippee kt blog ni. Kat instagram dgn fb Blog de efjay dah update. Projek menjahit pon x sempat nak update lagi. Banyak betul update tergendala. Well, kita tunjuk teaser je dulu ye. Update, nanti2 lah. Haha. Kalo nk tgk, bleh skodeng fb 'Blog de efjay' atau instagram 'fathiah jasni'.



Antara stok yg ada dalam gambar ni ialah pelbagai corak dan warna botol susu Tommee Tippee (150ml dan 260ml), botol susu Avent (260ml), Avent Manual Breast Pump, Avent Food Storage dan Tommee Tippee Travel Bottle Warmer.

Sementara we ols update, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Fathiah Jasni. Whatsapp/sms 0111-9722807.

posted from Bloggeroid

Sunday 18 May 2014

Go! DIY bantal kekabu baby

Assalamualaikum,

Bila balik rumah mak, barulah projek menjahit utk baby jalan. Kt rumah sendiri takde mesin jahit. Kalo kt rumah mak, mesin ada, tok guru pon ade. Kali ni, aku buat bantal kekabu. 2 bantal peluk. 1 bantal tidur.

Bahan2 & alat2 yg diperlukan;

Kain cotton (aku guna cotton flannel)
Kertas (aku pakai surat khabar lama)
Benang
Mesin jahit
Kekabu
Gunting

Caranya,

Mula2 aku lukis pattern dlu atas surat khabar. Sbb aku ni mmg bkn pro menjahit, jd pattern tu penting. Kalo nk guna pattern aku pon boleh. Tp simple je la. Kt bwh ni ukuran utk bantal peluk yg aku buat. Bantal peluk aku x buat bentuk bulat pon. Sentiasa kne spare utk basi bila menjahit. Kalo x, ukuran akan jd salah nnti.



Untuk ukuran bantal tidur, aku buat (14 inci × 10 1/2 inci termasuk basi 1 inci setiap pnjang dan lebar). Dah siap buat pattern, tekap pattern pada kain dan boleh start gunting kain. Kain tu, terbalikkan siap2.



Then, bleh start jahit. Ingat ye. Basi 1/2 inci setiap side ye. Salah 1 side kain2 tu jangan jahit penuh. Spare ruang di tengah2 untuk masukkan kekabu. Ruang tu mestilah cukup untuk saiz tangan kita. Jangan spare ruang di hujung kain. Sbb, nnti bucu bantal jd x berapa cantik.





Dah siap semua sarung, skrg masanya utk masukkan kekabu. Untuk bantal peluk, boleh isi kekabu penuh supaya bantal jadi padat. Untuk bantal tidur, isi kekabu secukup rasa je. X boleh padat, sbb nanti bantal jd terlalu keras untuk baby. Baby newborn x sesuai bantal padat. Gunakan hujung gunting utk bentukkan bucu bantal supaya cantik. Isi kekabu pada bucu bantal. Kalau x isi, bucu bantal x nmpk kemas.





Dah siap isikan kekabu, jahit semula di ruangan yg terbuka td. Jahit tangan boleh, guna mesin pon boleh. Siapkan ke 3-3 bantal. Skrg, dah siap bantal kekabu untuk baby mama!!





2 jenis kain lagi tu, aku ingat nk buat sampul bantal dan cadar baby. Kain 1.5 m yg aku beli utk buat sarung bantal ni pon ade baki lg. Kekabu pon berlambak. So, boleh buat dimple pillow dgn nursing pillow. Semoga terbuat.
posted from Bloggeroid

Wednesday 14 May 2014

Berusaha siapkan printable new born check list utk baby

Assalamualaikum,

Hari ni adalah hari gigih aku nak siapkan design utk my baby's checklist. In Sha Allah akan dikongsi (atau dijual?? Heeee) bersama readers yang lain. Check list ni aku sediakan untuk kegunaan aku sendiri. Actually x taw lagi gender baby, boy or girl. So, ingatnya nak prepare 2-2 design kalau sempat. Banyak blog sebenarnya dah buat checklist ni. Tapi sikit sangat yang offer printable version. Printable New Born Baby Checklist ini In Sha Allah akan membantu mama2 dan papa2 diluar sana dalam membuat persiapan untuk menyambut ketibaan baby anada nanti. Senarai yang aku sediakan adalah berdasarkan keperluan hampir lengkap untuk semua parents. Tapi, tak semua yang merasakan semua barang2 perlu untuk disediakan. 

Keperluan barang baby sebenarnya bergantung kepada 2 faktor utama. Pertamanya, mestilah melibatkan kewangan ibu bapa. Faktor kedua ialah situasi ibu bapa itu sendiri. Ok, malas nak cakap banyak. Jom sneak peak!! 


Haaaa.. amacam? Comel tak? Heee.. aku bukanlah pro designer pon. Aku siapkan ni pon untuk diri sendiri. Design still lagi dalam proses editing. So, yang ni bukan final design. Aku ada masa dalam setengah jam lagi untuk siapkan benda ni Harap2, sempat laa... 

Aku akan notify balik once check list ni dah siap, ok? 

FJ : berusaha!

[updated 14/05/14 4:45 PM] yeaaayyy!!! check list dah siap!



Tuesday 13 May 2014

Suka makan kerabu tak?

Assalamualaikum,

Minggu lepas, waktu balik rumah mak di Terengganu, sempat jugak singgah rumah tok. Tok tu biasalah. Kalau kitorg dtg, ade je yg nk dia bgi buat bekal balik. Kali ni, kitorg dibekalkan dgn 3 beg plastik besar mangga muda! Aku xtaw nk masak apa dgn 3 beg plastik besar mangga tu. Nak mkn colek, I am not really into colek even tgh pregnant. So, aku putuskan utk bahagi2kan mangga tu. Bagi jiran sket, bagi tokwan sket, tinggal utk mak sket and buat jeruk manis. Since nak makan jeruk yg kt kedai tu x boleh (sbb byk sgt pengawet), aku buat sendiri je lah.

Then, mak ckp nak makan kerabu. Aku ni x lah pakar pon buat kerabu. Setakat nk makan sket2 bolehlah. So, bahan2 yg diperlukan ialah;

Secawan kelapa parut (fresh)
5 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam
3 ekor ikan kukus saiz sederhana
- boleh guna selayang atau kembung
Semangkuk taugeh
Kacang botol - lg byk lg sedap
Sebiji mangga muda saiz besar
Sedikit gula
Garam secukup rasa



Cara2:

1. Gorengkan kelapa parut sehingga kekuningan. Tumbuk sehingga menjadi halus. Asingkan.
2. Tumbuk bawang merah, lada hitam dan ikan kukus sehingga lumat. Asingkan.
3. Basuh taugeh dan kacang botol. Potong kacang dgn ketebalan yg sesuai - halus sgt pon x sedap.
4. Parutkan mangga muda.
5. Gaulkan semua bahan2 dari 1-4. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.

Dah siappp. Heee. Kerabu mcm ni boleh jumpa kt terengganu dgn kelantan je taw. Kalau negeri2 lain buat kerabu biasanya mmg takkan letak ikan. Cara utk kukus ikan senang je. Bersihkan ikan. Masukkan dlm periuk dgn jumlah air yg sedikit. Masukkan garam kasar, asam keping dgn hirisan lengkuas. Pastikan periuk ditutup. Masak dalam 10 minit. Ikan x ambek masa yg lama pon utk masak.

Selamat mencuba! Sorry, gambar yg dah siap gaul xde. Hehe..

posted from Bloggeroid

Monday 12 May 2014

Chest drawers untuk baby, checked! !

Assalamualaikum,

Dalam pada duk fikir2 apa lagi yg perlu dibeli (again, PERLU dibeli) utk baby, hampir2 terlepas pandang part clothes storage. Waktu otw nk pegi KL, tiba2 terlintas dalam kepala ajak suami singgah kedai perabot. Bincang2 dgn suami, kami setuju utk beli chest drawers yg plain, bukan yg cartoon2 tu. Keperluan utk beli full hanging wardrobe blom ade. Sbb bg kami, yg cartoonize tu after years akan jd x relevan. Haha. Terlalu jauh kami fikir. Well, otg yg berduit boleh la kan. Mula2 beli yg utk baby, pastu beli yg sesuai utk kanak2, lepas tu beli yg utk remaja pulak. Hohohoo.. kami x boleh mcm tu. Ok, balik pd cerita td, jumpa la 1 chest drawers ni, plain tp nmpk elegant la jgk. White-dark brown. 4 levels dgn top level ade 2 drawers. Harga boleh runding katenye. Lepas rundingan damai, dapat RM450. X beli terus.

Kami teruskan perjalanan ke KL. Dalam kereta, I asked suami to visit IKEA. Dia setuju. Alhamdulillah, hajat ke IKEA tercapai. Hari ahad, lepas program di Palace of the Golden Horses, my bff bwk pegi IKEA. Rambang mata jgn ckp lah. Banyak kali jgk duk tukar2 dari satu ke satu chest drawers. Sampailah kami putuskan utk beli BREMNIS chest of 3 drawers. Ade 3 kaler. Suami pilih warna merah since kitorg blom ade furniture warna merah. Haha. X fikir pon sesuai ke x dgn baby. Main pilih suka hati ikut taste mama dgn abi je. Ouh ya, it costs us RM299.



Sampai je kt self collection department, kami x jumpe yg warna merah. Dah la susunan x ikut pon nombor rak. Hampa jugak la di situ. Since my bff and her hubby dah lama menunggu, kitorg rembat je lah yg warna hitam. Dah selamat bawak balik ke rumah pon. Petang td, bermulalah our first experience assembling the parts together. Before this, kalau beli perabot mesti yg dah siap pasang. Gigih lah kitorg duk pasang parts yg ada ikut instructions manual.



Lama jugak duk mengadap benda ni. Sempat lenguh2 pinggang jugak. X boleh biar suami buat sorg2, sbb nnti dia serabut. Hehe. 2 org buat kerja cepat la sket siap kan.






After all the hardwork.. taraaaaa!!



For the time being, kitorg decide utk letak chest drawers ni dalam bilik kitorg. The only furniture yg warna hitam dalam bilik. Yg lain seme putih. Though, it still looks good. Heeee...

FJ: ni yg rasa nak tambah koleksi perabot lg ni.. hehehehee..
posted from Bloggeroid

Friday 9 May 2014

Barang2 Phillips Avent di FJShoppe

1) Avent Natural Starter Set (newborn)



Set inclusice of;
2 × 260ml/9oz natural feeding bottles
2 × 125ml/4oz natural feeding bottles
1 × bottle & teat brush
1 × newborn orthodontic soother

Harga : RM152 per set + RM8 (postage S.M)


2)Avent Natural Manual Breast Pump



Harga : RM155 + RM8 (postage S.M)

3) Avent Natural 260ml / 9oz bottles



Harga :
RM37 each pc + RM6 (postage S.M for 1-4 pcs bottles; boleh mix dgn botol lain)

RM95 (pack of 3pcs) + RM6 (postage S.M)





Berminat?
Sms/whatsapp fathiah 0111-9722807
Sms/whatsapp fathiah 0111-9722807
Sms/whatsapp fathiah 0111-9722807

#sayajual #sayajualbotolsusu #sayajualbabystuffs #sayajualavent #FJShoppe #berbaloibaloi

posted from Bloggeroid

Monday 28 April 2014

Pemburuan barang baby bermula..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dengan izin Allah Yang Maha Kaya, Maha Pengasih, Maha Penyayang kandungan dah masuk minggu ke-26. Setiap perempuan yg diberikan nikmat mengandung punya kelebihan dan kesusahan yang tersendiri. Penyesuaian badan si ibu yang mengandung x sama antara satu sama lain - ni bahasa sopan aku untuk orang2 yang suka mengata dan membanding beza tentang kondisi orang pregnant. Aku dah naik angin nanti, mungkin bahasa sopan aku hilang. Orait. Bukan nak cerita isu tu pon. Nak cerita pasal harga barang baby. Satu perkataan je boleh describe semuanya. MAHAL.

Selalu jugak aku dengar (mostly dari orang2 tua) jangan beli barang baby awal. Takut itu. Takut ini. Ada yang sebut pasal pantanglah. Biasalah. Orang melayu. Percaya pantang lebih dari percaya Tuhan! Aku bukan nak tunjuk pandai atau apa, tapi kalau semua benda nak beli masa dah 8 bulan pregnancy, siapa boleh jamin yang waktu tu sesorang ibu yang tgh mengandung still belum deliver lg? Yang tu satu hal. Satu hal lagi, barang baby quite pricey. Kalau semua benda nak beli last minute, mana nak cekau duit. Jadi, untuk org mcm aku ni, ade duit sikit, aku dan suami beli dulu sikit. Sediakan kelengkapan asas mana yang boleh, mana yang mampu.

Betul la, x bg beli awal2 sbb nnti takut jd apa2, lepas tu sedih bila tgk barang2 baby. Betul. Tak dinafikan. Sebab tu, persediaan mental dan emosi pon penting. Persediaan sekiranya berlaku kehilangan. Sebab bila dah tahu mengandung, si ibu dan ayah akan excited. Tertunggu-tunggu. Dalam hati kena belajar redha. Dari awal2 tempoh kandungan dah kena mula belajar untuk bersedia dari segala segi. Mmg cakap senang. Aku sendiri nak belajar buat pon susah. Setiap hari mohon dalam doa supaya perkara2 buruk x berlaku.

Semalam, kami pergi Mom & Baby Expo kat Zenith Hotel, Kuantan (opposite to East Coast Mall). Boleh tahan jugak ramainya manusia. First time sebenarnya pegi ekspo baby, so dari segi penyertaan dan bilangan booth x boleh nak komen laa. Maybe Mom & Baby Expo kt KL lagi besar dan byk booth kot. Barang2 kt sana x semua pon murah. Kena pandai pilih. Kalau baju2 yang longgok2 tu, boleh ckp murah la. Baby bibs RM2, RM3 dah boleh dapat. Rompers pon macam tu, dalam RM5 sehelai. Kalo stroller, yang aku tgk semalam xde la murah sangat pon. Breast pump atau botol susu (ni utk brand yang bagus mcm Avent, Medela) pon xdenya murah gila. Aku rasa kalo cari kat online shop lagi murah. Botol susu Tommee Tippee yang aku jual lagi murah (ni dah kira sekali dengan postage cost) dari harga yang ditawarkan kt ekspo tu. Sterilisation set pon macam tu. Jadi, nasihat aku, barang2 botol susu, breast pump, milk storage, better survey online dlu. Benda2 mcm ni mahal. Jangan sampai dah beli, then jumpa yg lagi murah nnti menyesal.

Well, kalo nak share blogshop barang baby yg servis bagus dan harga ok sila komen ye. Nnti aku update barang2 tommee tippee dan avent yg ada dalam stok. Kalo xnak tggu lama2, boleh follow my ig 'fathiahjasni' atau like fb 'Blog de efjay'.

posted from Bloggeroid

Monday 21 April 2014

Projek hari jumaat : blueberry cheese tart

Assalamualaikum,

Hari jumaat lepas, aku sempat lg buat blueberry cheese tart waktu rehat tgh hari. Biasanya mmg waktu rehat tgh hr aku dan suami akan balik rmh. Memandangkan rasa nk makan cheese tart yg tggi, maka aku dah tempah 80 tart shell dgn sorg colleague. Nak buat sendiri, acuan tart shell tu xde. Nak cari beria kt kedai malas la pulak. Lagipon colleague tu jual 30 sen je 1 shell. 40 dah selamat dikorbankan untuk mentee2. So, ade balance 40 lg utk aku buat nk makan sendiri, bg MIL dgn mak kat terengganu.



Ini bukan entry resipi, sbb aku x buat sendiri 100% tart ni. Aku buat filling dia je. Taruk blueberry filling sket, lepas tu cheese filling. Cheese filling tu aku beat 250g cream cheese, 2 tablespoon butter, dan confectioner sugar (yg ni bleh taruk ikut taste sendiri). Dah nmpk light and fluffy, masukkan 3 tablespoon wipping cream, sebiji telur (aku pakai telur itik) dan 1 teaspoon esen vanila. Beat lg smpi sebati. Then, boleh pipe ke dalam tart shell.





Dah siap, bakar dlm oven selama 20 minit dengan suhu 185°C. Nnti korg akan nmpk kegebuan tart korg. Hehe. Lepas dh siap, aku pipe lg sekali blueberry filling atas cheese filling tu. Org lain biasanya akan ukir2 seni khat dlu atas tart tu sebelum bakar. Aku ni mmg x reti nk buat seni halus ni. Colour yg sesuai pon xde. Makanya, aku buat style aku je lah.



Bluberry filling yg aku beli ni mmg dh manis (masam2 manis). So, aku punye cheese filling tu aku x buat manis. Jimat sket gula aku.

FJ : berat badan naik mendadak. Sebab tu kne kurangkan gula. Tu sebenornya. Bukan aku kedekut gula tahu.

posted from Bloggeroid

Saturday 12 April 2014

Recipe : Rainbow cake

Assalamualaikum,

My sister and I made this cake about more than a month ago but I forgot to share the recipe. I did promise someone (soo sorry K.Dila) to post up an entry on the cake recipe.

The original recipe is perfect for 5 inch cake pans - you could afford for 6 colours with this size of pan. We used 6.5 inch cake pan. Thus it explained the 4-colour layers. Well.. Here it goes.



Ingredients;

2 1/4 cups of cake flour
1 tablespoon of baking powder
1/2 teaspoon of salt (ignore if you use salted butter)
1 1/4 cups buttermilk (we used yogurt)
4 large egg whites
1 1/2 cups of sugar
2 teaspoon grated lemon zest
125 gm unsalted butter
1/2 teaspoon of pure lemon extract
Food colouring (colours of your choice)
2 teaspoon vanilla essence
Vanilla cream cheese frosting

How it's done

1. Preheat oven to 180°C. Line your cake pans - use more than 1 cake pan to save time.
2. Sift the flour, baking powder and salt together in a bowl. Set aside.
3. In another bowl, whisk egg whites with buttermilk.
4. By using electric mixer with medium speed, beat the butter and sugar in a separate bowl until light and fluffy. Add the lemon extract and lemon zest.
5. Beat in half of the egg-buttermilk mixture and half of the flour mixture into electric mixer bowl. Then, beat in another half of the egg-buttermilk and flour mixture. Beat the entire batter on medium high speed for 2 minutes until it completely smooth.
6. Divide the batter evenly into 4 bowl ( or 6 if you're using 5 inch cake pans). Dye each batter with different colours.
7. Bake for 20 minutes or until the cake layer do not stick when it tested with toothpick.
8. Cool the cake layers on the wirerack. Top them with cream cheese frosting once they're completely cool.




Tips n tricks;

1. If you skip the lemon extract and lemon zest, your cake would still be perfect.
2. You may want to cut down the sugar. I only put 1 cup of sugar.
3. Wrap the cake immediately once it cools down and keep them chill to ensure moistness.
4. Decorate your cake creatively :)

FJ : you can find the vanilla cream cheese frosting at the red velvet cupcakes entry. Happy baking! Click here for the cream cheese recipe.
posted from Bloggeroid

Thursday 10 April 2014

Recipe : red velvet cupcakes with vanilla cream cheese frosting

Assalamualaikum,

The recipe is from chanteksekali bakery owner. An excellent recipe I'd say. This is the 3rd time I'm baking red velvet with this recipe. It tasted marvellous and addicting. Hehe. You'll find the recipe is simple and easy to follow.

Ingredients
2 1/2 cups of flour (I used blue key cake flour)
1/2 cup of cocoa powder
1 teaspoon of salt (ignore if u use salted butter)
1 cup of unsalted butter
2 cups of sugar
4 eggs
1 cup of sour cream ( I used natural yogurt)
1/2 cup of milk (I used low fat Dutch Lady milk)
1 bottle of red food colouring (I only used 1/2 bottle)
2 teaspoon of pure vanilla extract (I used vanilla essence)
Vanilla cream cheese frosting for topping



Methods

1. Preheat oven to 350°F or 180°C. Sif the flour, cocoa powder, baking soda and salt in a bowl. Put aside.

2. Beat butter and sugar in a large bowl by using electric mixer with medium speed until the mixture becomes light and fluffy.

3. Beat in eggs, one at a time.

4. Mix in the sour cream (yogurt), milk, red colouring and vanilla extract.

5. Beat in the flour mixture with low speed. Do not overbeat.

6. Spoon the mixture in 30 paper-lined cups until it fills 2/3 of the cup.

7. Bake for 20 minutes or until it does not stick to toothpick.

8. Take out from the oven and cool on wirerack.

9. Add the topping on top of it once the cupcakes are fully cooled.





Recipe for vanilla cream cheese frosting;

Beat 1 package (8 oz) of cream cheese, 1/4 cup butter, 2 tablespoon of yogurt and 2 teaspoon of vanilla extract until light and fluffy. Beat in 1/2 cup of confectioner sugar.

Tips:
1. Always let your butter and cream cheese softened before beat them in a bowl. This is to avoid unfairness of the mixture.

2. You can always modify the sugar amount to suit your sweetness level.

3. If you prefer some sour taste in your topping, I would suggest you to add some lime or lemon zest (or juice) into the cream cheese frosting.

4. Leave me some feedback once you have your own version of red velvet!



FJ: I am totally not good at decorating. This is the best I could present. Well, my hubby said it was good enough for him. I'm over the moon.. :)

posted from Bloggeroid

Tuesday 8 April 2014

Belajar uruskan akaun bisnes kecil-kecilan. Bagaimana?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur sgt2 kepada Allah kerana Dia dah makbulkan doa hamba-Nya ini. Doa aku untuk memulakan bisnes kecik2 Dia makbulkan. Dia bantu aku. Selama ni, minat ada, tapi semangat xde. Skrg, semangat berkobar2. Mungkin Allah dah sematkan dalam2 kat hati aku yg aku akan ada anak yg akan jd tanggungjawab aku. Aku x boleh nk fikir diri sendiri dah. Mcm tu jugak dgn suami. Kami masing2 beri sokongan antara 1 sama lain.

Sejak aku terima order dan mula order stok, aku ade terfikir mcm nk mane rekodkan semua ni. Rekod yg aku buat sendiri nmpk mcm byk kekurangan sbb bila aku tgk, aku sendiri x faham. Jd, aku google sket cari info pasal cara nk rekod atau uruskan akaun bisnes kecil-kecilan. Sgt sikit bloggers yg tulis psl ni. Tp aku berjaya jumpa 1 entry yg bg aku penerangan yg dia bg dh cukup simple utk aku faham. Maka, terhasilkan jadual2 mcm kt bwh ni.



Menurut apa yg aku baca (x igt dah blog tu, dah check history nnti aku link-kan kat sini), sesebuah perniagaan perlu utk ada akaun khas utk perniagaan tu. Maksudnya JANGAN campur duit bisnes dgn duit personal. Then, perlu ada 5 jadual utk rekod cash flow.

♡ Belian (kos inventori) - utk rekodkan semua belian barang2 yg hendak dijual.

♡ Jualan - utk rekodkan semua jualan yg telah dibuat

♡ Lain2 kos - utk rekodkan kos2 yg bukan belian. Mcm sewa kedai, bil, postage, dll.

♡ Ambilan - utk rekod brg2 dr bisnes yg diguna sendiri (bisnes > personal)

♡ Modal - utk rekod masukan modal dlm perniagaan dari segi tunai mahupun bahan mentah (personal > bisnes)

Ok, yg ni dah cukup utk perniagaan kecil esp yg terlibat dgn online shop kan. X perlu nk belajar accounting smpi senak kepala utk uruskan akaun bisnes masing2. Then, aku terfikir pulak pasal pengurusan stok, harga dan tempahan pelanggan. Jadi, aku tambah lg 2 jadual.



Mungkin kemudian hari nnti, aku perlukan lebih jadual lg. Yg tu, nnti2 la fikirkan. Skrg dh ade 7 jadual. Dah cukup setakat ini. :)

FJ : ada terfikir nk tmbh bisnes.. apa kate tmbh bisnes servis utk download jadual2 ini? hehehe... yg simple2 kita jual murah je.. yg nak custom-made sekali dgn colour, logo bisnes n etc kita kire harga lain.. agak2 ade yg berminat x? hehehe..
posted from Bloggeroid

Saturday 5 April 2014

Coming soon... lebih banyak akan datang

Assalamualaikum,

In sha Allah, akan ada lebih banyak produk yang akan membarisi produk2 dalam FJ Shoppe. Yang ready stock, sekarang dah ada juzQ30 dan Jamu Ratus Warisan Plus. Dan yg menariknya, FJ Shoppe bagi diskaun 10% utk FJShoppeR yg membeli produk juzQ30 dan Jamu Ratus Warisan Plus (JRWP). Jadi, harga dah jadi RM72 sekotak termasuk kos penghantaran!! Tawaran ni boleh cakap memang susah nak dapat dan ianya terhad kepada 40 kotak juzQ30 dan 30 kotak JRWP sahaja!! Lepas ni, harga akan balik ke normal iaitu RM80 sekotak. Alhamdulillah, harga promosi sudah mula mendapat sambutan. Semoga sambutan bertambah meriah. Amin... :)

Selain supplement, in Sha Allah, FJ Shoppe akan memperkenalkan beberapa produk dlm kategori tools, baby stuffs dan minuman berkhasiat. Tools kat sini maksudnya peralatan moden yg membantu aktiviti harian kita. Produk2 ini dah diperkenalkan di instagram fathiahjasni. Boleh intai2 dlu slow2.


posted from Bloggeroid

Monday 31 March 2014

Testimoni pelanggan

Assalamualaikum,

Mungkin ramai yang berat hati, berat mulut dan berat tangan untuk bertanya lebih lanjut berkenaan produk yg FJ Shoppe perkenalkan. Oleh itu, meh saya tunjukkan sket testimoni pelanggan produk2 Jamu Ratus Warisan Plus, juzQ30 dan Kopi Pegaga Warisan.





Sebagai pengguna produk ini, saya akan bagi testimoni saya sendiri.

Sekarang ni saya tengah mengandung 5 bulan. Dari awal usia kandungan lagi, saya ada masalah sembelit yang teruk. Lepas saya mula amalkan juzQ30, dengan izin dan rahmat Allah, masalah sembelit saya dapat diatasi. Nak buang air dah tak seksa. Alhamdulillah. In sha Allah jika ada kesan baik yg lain saya akan kongsikan lagi.

Haaa.. Tunggu apa lagi? Contact sekarang! 0111-9722807 atau emel wanfathiah[at]gmail.com
posted from Bloggeroid