Wednesday 31 July 2013

Persiapan #2 : Perabot! Bila nak beli?

Assalamualaikum,

Tak lame lagi waktu yg tinggal dalam bulan puasa. Masuk je syawal, maka bulan kawin pon tiba. Masa2 mcm ni dah kira kritikal lah utk bakal2 pengantin. Baju raya, kuih raya, langsir raya dan segala apa yang berkait dgn raya dah ditolak tepi. Yg datang dalam kepala adalah baju kawin, kek kawin, hantaran dan.... perabot! Ramai antara pasangan yg nak kawin skrg nakkan perabot baru utk hari bahagia mereka. Bagi aku, perabot baru x penting sgt utk majlis perkahwinan. Mana yg boleh pakai lagi, yg still elok, pakailah. Membazir adalah x perlu. Byk lg benda lain nk pakai duit ye dak?

Apa2 pon, itu hak masing2. Walau pon begitu, aku ade jugak beli perabot dan barang2 letrik. Jgn salah faham ye. Barang2 tu seme dah loading ke rmh kitorg - rmh lepas kawin. Sebut rmh kitorg, excited la pulak. Haha. Oh, ya.. so, bila waktu yg sesuai nak beli perabot? Sekarang! Di hulan puasa. Rata-rata kedai, segala mcm jenis kedai akan ambil kesempatan bulan puasa utk buat sale raya. So, kalo perlukan perabot atau brg letrik, skrg adalah waktu yg tepat utk beli. Namalah kedai apa pon yg jual perabot, MESTI ada sale!

2 minggu lepas, cik abg ajak gi Courts Mammoth sbb dia ade usha peti ais, tv dgn washing machine kt situ sebelum puasa. Alhamdulillah, rezeki kami ada. Lepas banding2kan harga dgn barang2 yg ada, cik abg decide utk beli peti ais dgn washing machine. Heee.. washing machine 7 kg (brand x igt) + peti ais LG (x igt pulak berapa liter capacity) + shipment = RM1557.

Minggu lepas pulak, kitorg meronda mengusha perabot2. Kat area jerantut, jengka, dan temerloh. Mmg byk kedai yg buat sale sempena raya. Kena pilih je mana yg berkenan dan kena dgn bajet kita. Aku aim nak cari set sofa dgn set bilik tidur. Rasanya, yg basic perabot tu je lah. Aku decide utk beli set sofa kt jerantut, kedai perabot tauke Cina depan TenTen. Murah je sofa tu, kena lah dengan saiz dan design nya. Aku pilih set 1+2+3 sofa. Beli yg L-shaped kang, simple sgt. Tauke kedai letak harga RM799. Aku tny psl coffee table. Dia ckp " harga dah offer maa.. xkan mau bagi free lagi.." Padahal, aku g survey kedai2 lain, even harga offer, dorg kasi je coffee table free.

So, aku btaw lah dia psl tu. Dia fikir2 kjp, then setuju kasi free coffee table. Still lg x puas hati, aku mintak dia turunkan harga RM750. Beberapa minit jgk duk tawar2 harga. Sampai aku kasi ayat, "kalo u kasi harga tu, nnti sy ambek set bilik tidur dgn u jgk".. Dia setuju terus woi! Haha.. Jd pembeli, biarlah bijak. Jadi bijak, jgn jadi penipu. Yg lain nnti2 lah aku cerita.. hehe.. Maka, dapatlah set sofa tu kt aku.

Hari khamis lepas, peti ais sampai. Hari jumaat, set sofa sampai. Alhamdulillah.. rezeki. :)

FJ : Mengantuk dahhhh
posted from Bloggeroid

How to make the simplest ever table tags?

I were given sort of last minute task, which actually belong to someone else. Well, you know how hard some people would try to let themself out from task. Please, do not be one.

We're going to have this dinner event for breaking fast at work. For some reasons, table tags are needed. I am sooo not an expert in making table tags. These are the least thing I could do.

Step 1: Draw some kind of table in Word with the tags on it.



Step 2: Cut them into small pieces.





Step 3: (top left) Fold the small piece into 2.

Step 4: (top right) Then, fold again into 2, so it makes the small piece of paper into 4 sections, according to the drawn table - refer down left.

Step 5: (down right) Glue one of the sections and stick the glued one to the other end of paper.

There you go, you simplest ever table tags are ready to go.


posted from Bloggeroid

Sunday 28 July 2013

Kerja menjahit menjelang raya

Assalamualaikum,



Sekejap je rasenye dah hampir ke 2/3 bulan ramadhan.. tiap2 tahun pon rasa mcm ni. Hari ni first day berpuasa.. tiba2 je tinggal lg 2, 3 hari je dalam ramadhan. Apa2 pon, bersyukurlah kita semua kerana masih punya peluang utk bertemu ramadhan, sekurang-kurangnya hingga ramdhan kali ini. Alhamdulillah..

Kalau org lain sibuk dgn persiapan raya, aku x rasa nk bersiap sgt utk raya. Ada lah beli kuih raya sket2 nak bawak balik utk mak. Kesian pulak mak nnti. Kalau nk buat, mmg x dah rasenye. Pastu, tukar duit utk duit raya. Baju raya.. tudung.. kasut.. seme xde lg. Kalau sempat siap baju raya, pakai lah. Kalau x sempat, pakai je mane yg ade. Kasut mmg x beli baru dah. Tudung nk beli 1 je. 1 lg pinjam je dgn adik.

Walau pon begitu, aku ade huat kerja menjahit sket. Ade 1 baju yg dlm proses nk siapkan. Buat simple2 je. Nak pakai mlm hari majlis nnti, ataupon pakai mlm sebelum majlis. Ramai org kt rmh nnti. Xnak la pengantin selekeh2. Hehe.

Baju ni dah lame beli.. beli kain chiffon 4 meter utk buat baju. Utk kain x yah beli. Rembat kain pelikat ayah je. Ayah ada byk sgt kain pelikat yg dia x pakai. So, aku ambek je selai. X nmpk mcm kain pelikat sgt pon sebenarnya. Kalo x btaw, no one knows. Hehe.



FJ : pening kepala nk cari duit buat persiapan @_@

posted from Bloggeroid

Wednesday 24 July 2013

Teaser : Buka puasa ramai2

Assalamualaikum,

Dah 14 ramadhan. Baru berkempatan buka puasa dengan students. Tengah fikir2 bahan apa lg nak beli. Semalam dah pergi pasar, beli ingredients. Bila check balik, rupanya ada lagi yg x beli. Dan ade student request nk mkn koktail buah. Layankan je lah. Kesian pulak..



Haa... cuba teka menu-menu buka puasa kami hari ni..

posted from Bloggeroid