Saturday 30 July 2011

Doa : bukan hanya untuk kita..

Assalamualaikum,

Pernah dengar tentang doa untuk org lain (yg tidak diketahui oleh org tersebut) adalah lebih dahulu diterima? Aku ingat2 lupa tentang ni. So, aku cari sket;
Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).
Jadi, apa tunggu lagi? :)


FJ : Tak akan putus-putus.. 

Tuesday 26 July 2011

Mak mertua dlu2 vs Mak mertua moden

Assalamualaikum wbt,

*ini bukan entry troll mak mertua*

Pasar & Sepa

Dulu : Rosmah, kamu buat ape lagi tu? Cepat la sket.. Temankan mak pergi pasar.. Dah pukul berapa ni..

Moden : Mummy ingat nak pegi spa la esok. Dah lame tak massage badan. Roziey ikut mummy, ok?

Kasar & Halus

Dulu : Bagus betul anak kamu ni Romelah. Rajin buat kerja. Untung la anak aku nanti, dapat isteri yang pandai uruskan rumah tangga.. (sambil belek2 tangan bakal menantu yg dah kasar sket)

Moden : Amboi, kot lah iya pon kamu ni selalu buat chores, takkan lah tak reti nak pakai losyen. Kasi lembut sikit tangan kamu tu. Kalo takde losyen, nanti mak pinjamkan untuk kamu. Pakai yg ade aloevera lah. Boleh lembapkan kulit. Sapu 3 kali sehari, especially before tdo. 

Ahli musik & Artis top

Dulu : Pantang keturunan nenek moyang aku berkahwin dengan ahli musik!

Moden : Joe, anak Datin Dee tu artis top taw. Cantik. Sexy lagi. Bibir dia macam Kila Fairy tu haa. Beruntungnya mama kalo dapat bermenantukan dia.

Cucu & Society

Dulu : Rajin-rajin la sikit bawak Roslan tu balik rumah mak ni. Rindu pulak mak kat dia. Cucu dah la ada sorang je. Sekali sekala, nak jugak mak jaga dia, main-main dengan dia, lepaskan rindu. Lagi pon, kat rumah ni dah takde siapa dah. Tinggal mak dengan ayah kamu je. Kalo ayah kamu lepak main dam dengan kawan-kawan dia, sunyi pulak mak kat rumah ni. 

Moden : Mummy busy la Fatin. Sekarang ni, persatuan mummy nak buat projek amal. Selalu ada meeting. Kalo Fatin bawak Idham datang sini, nanti Fatin bawak balik semula la ye. Tak sempat la mummy nak tengok-tengokkan dia. Bibik pon busy dengan kerja yang berlambak kat rumah ni. Dah la. Mummy dah lewat ni. Kawan-kawan mummy dah tunggu nak mula meeting. Mummy pergi dulu.

Tradisional & Moden

Dulu : Latif, mak mertua kamu ada pesan jamu untuk isteri kamu. Mak dah tanya kat Mak Limah sebelah rumah. Katanya set bersalin Jamu Mustika Ratu dah habis. Tapi, set bersalin Jamu Mak Dara ada lagi. Cuma bengkungnya yang tak ade. Stok lama dah habis. Dalam minggu depan, stok baru sampai. Ye lah. Telefon ni dah berbunyi dah. Mak tak cukup duit syiling. Minggu depan mak telefon kamu lagi. *tutt tutt tuuuuutttt*

Moden : Dear Yuyu, how are you and baby? Yuyu dah boleh start ambek supplement yg ibu recommend hari tu. Tapi, ingat. Check with your doctor dulu. Gym dah register ke belum? Ibu cadangkan Yuyu register dgn Slimming World. Skrg ade promo utk new mummy, taw. 
Sent from my iPad.

FJ : Nanti kali rajen aku buat version menantu pulak. Keke.. 

Sunday 24 July 2011

Perbualan dgn mak #1

Tempat: dapur

Mak : Sedapnya nampak gulai tu. Rasa nak makan nasi la pulak.
Aku : Bukan tadi kate baru lepas makan ke kat jamuan sekolah tadi?
Mak : Ye la.. Tapi gulai dalca tu nampak sedap.

Mak ambil pinggan, letak nasi dan mula makan.

Mak : Erm.. sedap2. Ni kalau dah pandai masak dalca sedap, dah boleh kawin la ni.
Aku : Takde duit.
Mak : Kalau kak long nak kawin, mak sponsor semua.
Aku : Time takde calon lagi boleh la nak cakap macam tu.
Mak : .....

FJ : Dah 4 hari berturut2 hujan lebat waktu petang..

Tuesday 19 July 2011

Once upon a time: big hole in the middle of heart

Assalamualaikum,

Aku still igt kali pertama aku meraung kerana cinta. Dan seingat aku, itu kali terakhir. Waktu tu, bukanlah kali pertama aku bercinta. Tahun ke-2 aku di UK. Masih igt lg, kerana dek tak tertahan nk menanggung sorg diri, aku ke bilik rakan. Aku luahkan semuanya pada dia. Aku mula dgn esakan kecil, sampai akhirnya aku meraung x sedarkan diri. Walau raungan aku tu kuat, boleh didengari oleh rakan2 lain, aku dah x peduli. Yg aku taw, hati aku sakit dan aku x mampu utk tanggung bebanan perasaan. Aku x jadi diri aku. Irrational. Aku sedar waktu tu, hati aku mmg dah terlanjur sayang. Terlalu sayang. Tibe2, apa yg aku harapkan tak menjadi kenyataan. Takdir Dia, aku kandas sekali lagi dalam relationship. 

Bila aku fikir2 balik, aku sendiri pelik kenapa aku meraung benar waktu tu. Reaksi aku x seperti sebelumnya, waktu aku kandas bercinta, juga x seperti sesudahnya. Mungkin kerana aku anggap things we had were different. Different from my past or even my distant future. Bukan aku xtaw, kelakuan aku tu salah. Cume waktu tu, aku x boleh nk berfikir dgn betul. Bg aku, things should have not supposed to turn that way. Hati aku teramat sakit waktu tu. Pedih. Mcm disiat-siat, dikelar- kelar dgn pisau tajam. Hati aku rasa kosong. Mcm ade lubang besar yg baru ditebuk kt situ. Menangis jgn ckp lah. X surut air mata ni jatuh menuruni pipi. 

neveragainx0.tumblr via momoiya

Aku teringat ni seme waktu aku tgk movie Nur Kasih td. Ye, aku taw, aku ni x macam korg yg dah tgk cite tu. Korg kan advance.. First screening dah p tgk dah cite Nur Kasih tu. Sedar jek, aku tertinggal berkilo-kilometer di belakang -.- Ok, balik ke story aku. Dlm movie tu, byk bercerita soal kehilangan dan pengorbanan. Aku x faham mcm mane kehilangan secara zahiriah - mksd aku, org tu dah xde, dijemput Allah - sbb aku x pernah rasa seumpamanya. Tp, aku faham mcm mane kehilangan. Mcm mane rasa sakit dan perit dalam dada menanggung rasa sedih. Mcm mane fikiran aku lose focus dan x boleh berfikir dgn btol. Waktu tu, aku x kuat. Dan aku x dpt kekuatan dr sesiapa. Aku cuma kumpulkan apa yg ade dlm diri aku, utk aku hadam ape yg terjadi. Aku juga lupa, aku sentiasa.. sentiasa ada Dia. Tu silap aku yg paling besar. (_ _)

Kita hanya akan faham ape yg org lain lalui, jika kita pernah lalui perkara yg sama. Stakat ckp "ya, aku faham.. tp ko kne banyak2kan bersabar.." x bermakna kita faham ape yg org tu lalui. Betul la kata pepatah. Berat mata memandang dan telinga mendengar, berat lagi hati yang menanggung! Byk mende yg buat aku tersentuh tgk movie tu td. Antaranya; aku teringin ke tmpt2 yg dorg pergi dlm movie tu. Terutamanya satu tmpt istimewa tu. Nak sgt ke sana. 

Adam : Nur xkan sesat.. Sbb Adam akan cari Nur sampai bila-bila.. 
Adam : Ya Allah, ambillah apa saja.. apa saja melainkan dia.. 

FJ : Beruntung Nur, ada Adamnya.. 

Sunday 17 July 2011

Kotak besar dengan keranda

Assalamualaikum,

*ehem* Biasalah, pagi2. Suara kne tune dulu. Dah lebih sebulan - atau lebih tepat dah lebih 7 minggu - saya jadi penganggur terhormat. Dalam bulan pertama pengangguran saya, saya sempat ke sana-sini dengan adik saya. Sekarang, tak de dah. Kalao ade sekali pon, dalam lingkungan kawasan berjejari 40km dari rumah. Itu sahaja. Tapi, bukan kerjaya tanam anggur yang nk diceritakan kat sini. 

***

Saya tengah rushing waktu tu. Ada hal penting yang perlu saya selesaikan dengan segera. Malangnya saya telah tersesat. Entah macam mana, dalam pada masa saya tengah pening tengok lakaran ringkas jalan di kertas kuning itu tadi, tiba-tiba saya sampai di sini. Suasana kawasan ini agak berlainan. Mungkin kerana jalannya menuju ke balik bukit sana. Mungkin kerana di kiri kanan jalan ada terlalu banyak pokok pisang. Atau mungkin kerana ini kali pertama saya sampai di sini. 

Ada sesuatu yang buat saya lalai tentang tujuan asal saya merentasi jalan ini. Tempat ini terlalu hijau. Kelekaan saya menyebabkan saya brek mengejut bila mendapati saya terlanggar sesuatu atau seseorang. Saya keluar dari tempat pemandu. Saya dapati, kereta saya dah 'tercium' satu kotak besar yang entah macam mana boleh tersadai di tengah-tengah jalan. Pelik dengan saiz dan rupa kotak tersebut, saya beranikan diri menyisip intai isi di dalamnya. 

"Ya Allah! Ada orang!" Saya tak dapat berfikir dengan tenang. Sekejap saya rasa saya hanya perlu tinggalkan kotak itu di situ dan cabut lari. Namun, ada juga rasa bersalah dalam diri saya. Mungkin orang dalam kotak tu mati kerana saya. Lalu, dengan kudrat yang ada, saya muatkan kotak tu ke dalam kereta. Entah apa yang menghasut saya supaya berani berbuat demikian, saya sendiri tak pasti. Yang saya tahu, saya perlu kebumikan mayat tersebut selayaknya. Saya padamkan ingatan saya tentang tujuan asal saya ke daerah itu. Kereta yang dipandu terus laju menuju ke rumah. 

Setibanya di rumah, saya keluarkan kotak besar itu. Saya takut untuk mencerikan hal sebenar kepada mak dan ayah. Takut dimarahi kerana kecuaian saya. Kotak besar itu saya letakkan di tepi garaj kereta. Dalam rancangan saya, petang nanti saya akan bawa kotak tersebut ke rumah pak imam kampung. Malangnya, hujan lebat turun mencurah-curah. Kereta pula tak ada. Mungkin adik yang guna ke pasar malam. Saya matikan niat ke rumah pak imam.

Keesokan harinya, disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja, saya terlupa tentang kotak besar itu. Setibanya di rumah, kata emak ada seorang perempuan datang ke rumah mencari saya. Katanya ada hal penting. Bila emak ke bilik mencari saya - mak fikir saya sudah pulang - tiba-tiba perempuan itu menghilang. Saya tidak mengesyaki apa-apa. Mungkin kawan sekolah. Timbunan kerja yang terlalu banyak buat saya terus lupa tentang kotak itu dan niat asal saya. Berhari-hari saya biarkan kotak itu di situ. Selama itu juga, kata ayah ada seorang perempuan yang datang setiap hari ingin menemui saya. Menurut emak, itu adalah perempuan yang sama yang datang pada hari pertama dulu. Aneh dengan apa yang baru saya ketahui, saya putuskan untuk tidak ke tempat kerja hari berikutnya. 

Saya nantikan kedatangan wanita itu. Dia datang tepat seperti waktu biasanya dia ke rumah mencari saya. Bila saya tanyakan apa yang dia mahu, dia halakan tangannya ke garaj kereta. Terperanjat besar saya bila mendapati ada sebuah keranda di situ. Entah dari mana datangnya, bila masa ia berada di situ, saya tidak pasti. Seperti selalunya, wanita tadi menghilangkan diri. Rasa takut datang menyelinap dalam diri saya. Lantas saya ceritakan semuanya kepada mak dan ayah dalam tangisan kuat saya. Perihal kotak itu, dan niat saya yang tertunggak. Ternyata, mak dan ayah terkejut besar dengan apa yang mereka dengar. 

***

Seram sejuk badan bila saya ceritakan semula ini semua di sini. Ya, ia mimpi. Mimpi itu terputus di situ. Saya sendiri tidak pasti apa kesudahan mimpi itu. Yang saya tahu, mimpi ini datang lepas saya sambung tidur, usai sahur.

FJ : siyes.. mimpi ni menakutkan aku

Tuesday 12 July 2011

Jalan-jalan Johor

*entry tertunggak - dah dekat 2 mggu*

Assalamualaikum, 

It's been 2 days since I return from Johor. Jalan2 lagi, sementara masih menganggur. Hah, dah taw menganggur, duit xde, pi perabih duit lagi sape suro? Ok, journey ke johor dr dungun, took about 9 hours kot. Lenguh pinggang aku duk dlm bas. Pkol 7 pm, smpi Pasir Gudang bus station. Badan penat x yah ckp lah. Smpi rumah sewa adik aku, pening kepala tgk rumah pecah. Kesian dorg kne kemas rumah. 

On Saturday, kuwa tgk wayang lepas isi perut. Cite ape? Transformers: Dark of the Moon. 3D version punye, KCL, JB. Nk review pasal movie tu pon, x kan kat cni kot, kan? Nanti, kalo aku rajin, aku buat la entry lain utk review. Kalo rajin, ye :P Pegi tgk wayang, xkan sorg2 kot, kan? Kami pergi bertiga. Aku, adik aku dan Mr Johor. Movie start pkol 1, abes dlm 3.30 mcm tu kot. Lepas solat kt sebuah masjid ni, kitorg gerak balik ke PG. Oh, haa.. Pasal masjid tu. Ade something yg unik (pd mata aku) tntg masjid tu. Mungkin sbb architecture-nya yg x seperti masjid2 biasa yg aku pnah jumpe. Mksd aku, biasanya masjid ade main kubah kan? Tp, masjid ni xde. Dari jauh, nmpk mcm bangunan lame yg ditinggalkan pon ade. 

menara masjid
Malamnye, kami ke Danga Bay. I had no idea what's there in Danga Bay. Ikut je org bawak kite jalan2, kan? Kate x pnah pergi.. Keke.. Bile smpi sane, baru taw.  Ouh, ade fun fair ye. Sempat la jugak naik 1 ride; pirates ape ntah name dia. Sbb x warm up dgn rides yg ringan dlu and tibe2 terus gasak ride yg scary, jantung x ready bai. Tiap kali smpi peak point, and the ride turned back, mak ai.. Rasa mcm jantung tertinggal pon ade. Mr Johor yg mule2 xnak naik tu pon, tibe2 terexcited plak menjerit. Keke. Adik aku la ni, suh kitorg naik gak. Nak blanje katenye. Ye, blanje saket jantung.



Benda pirates tu the only ride yg aku naik mlm tu. Bukan nk red-riding-hood sgt.. Nak jalan2 jek. Adik aku dgn osmet dia yg beria sgt main itu-ini. Lepas minum air 'gula' (aku order jus tembikai kot.. tp air yg dia bg rs gula je, walopon airnye kaler merah - mahal plak tu!) n layan angry birds kt tab Mr Johor, kitorg gerak balik PG.

Pagi esoknye, lepas Mr Johor bawak aku p klinik sbb aku x bape sehat (baik kan, Mr Johor tu? :P), kitorg gerak g Desaru. Picnic yow! Aku mmg suke picnic2 ni. Tp, adik aku dgn Mr Johor x bape suke. Maybe, sbb tu kot, duk sane x smpi 1/2 jam, tibe2 hujan lebat dtg mencurah2. Mule2 smpi tu, cerah + panas yg amat. Ramai gile kot org kt situ. Yelah, smpi pon dah tengah hari kot. Org g picnic, pagi2 lg dah smpi pantai. Kitorg smpi lmbt. Ada yg dah gerak balik pon ms tu. Tibe2 je, nmpk sign awan berarak mendung. Igt dia nk turun pelan2 la. Rupenye.. NAH.

ni angah

nmpk awan dah mendung, kan?
Dah mcm tu, ape lg. Gerak balik la. Fikir2 balik, lawak pon ade. Picnic ape x smpi setengah jam :P Xpelah, at least, bleh gak jejak Desaru. Kan? Kan? Smpi PG, kitorg lunch. Perut aku da penuh senanya waktu tu. So, aku mkn sket je la. Tu pon, x abes. Huuu.. Mulenye igt nk g karok. Tp, sbb Mr Johor penat and adik aku pon nk bermesra2 dgn osmet dia, so plan g karok cancel. Mr Johor baik hati kasi aku gune tab dia. So, ber-angry-birds-lah aku ptg tu. Haha.

Tiket bas aku balik terengganu pkol 9.30 am. Hari tu, hari isnin. Lepas breakfast and borak dgn angah and Mr Johor, aku gerak balik. Pagi tu, angah ade urusan lain yg dia kne settle. Aku pon x pasti urusan yg sepatutnye dia settle hari tu, berjaya disettle-kan atau x. Mr Johor pulak patutnye masuk keje pkol 8 am. Sbb dia baik hati, dia ambek 2 hours leave, nk anta aku kt bus stop. Thanks ye angah and Mr Johor :) Thanks ye Mr Johor, bawak sy jenjalan. I shall visit again, if.. if both of you want me to be there again :)

ni la Mr Johor :P
Smpi paka dlm pkol 4 mcm tu. Smpi2 je, mak terus ajak p beli kain. Katenye, kain pasang utk buat baju kurung aku, yg aku beli hr tu, x ckop . Mak nak tambah lagi. Aku turutkan je.

FJ : Akhirnye, siap jugak entry ni.. After about 4 years.. we have met.. again (:

Friday 8 July 2011

Cure your 'heart disease'


Maka jika engkau (Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang yang membaca kitab sebelummu. Sungguh, telah datang kebenaran kepadammu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau termasuk orang yang ragu, dan janganlah sekali-kali engkau termasuk orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, nanti engkau termasuk orang yang rugi.
10 : 95-95

Ragu2 @ confuse ni 'penyakit hati'. Penyakit yg kite kdg2 x nmpk atau x sedar wujud dlm diri kita. So, ape kate kita same2 amalkan ayat ni. Mudah-mudahan, rase was-was tu hilang. 

FJ : Wahai Tuhan Yang Maha Memperkenankan permintaan, perkenankanlah.. 

Thursday 7 July 2011

It's okay not to be perfect..

Assalamualaikum,

Hari ni, seme benda yg aku buat x kena. Kalo org tgk, mmg kena.. Kena gelak. Pagi td basuh baju, tibe2 letrik xde. Bile dah siap lunch br teringat baju terendam lg dlm washing machine. Lipat baju, susun elok2, kucing buat hal duk main aci-kejar, p langgar menara baju aku. Masak kat dapur, dah gaya mcm org nk berperang. Ketung-ketang ketung-ketang. Naseb la xde lauk yg termasin. Dah. Utk entry ni, aku bkn nk cite psl tu seme. Aku nak share 1 cite; pasal adik aku. Aku try sedaya boleh utk igt story line nye secara details. 

***

It happen about 2 years ago. Ms tu, Angah baru masuk politeknik kalo x silap aku. Still tinggal dlm hostel. One day, sorg member Angah (aku namekan dia Minah) masuk bilik Angah. Angah ckp, dia pelik dgn kelakuan budak tu. Xtaw ape yg Minah cari dlm bilik dia. But one thing for sure, Minah asyik duk pandang locker Angah yg terbukak sket pintunya. Lepas dorg borak2, Minah left the room. Then, Angah g bilik mandi. Angah made mistake bile dia x kunci locker dia. Sebaik masuk je dlm bilik, Angah tgk pintu locker dia terbuka luas. To make things worse, hp dia hilang! Matanya melilau keliling bilik, mencari hp yg mungkin dia salah letak di mana2. Tiada. Angah mmg dah x syak org lain lagi selain Minah. 

Angah run to Minah's room upstairs. Dia masuk bilik tu tanpa ketuk. Logik la, org tgh marah kot. Angah nmpk Minah dalam bilik tu. Minah terperanjat tgk ade org menyergah masuk biliknya. 

"Kau ambek hp aku?" tanya Angah.
"Err.. tak. Mane ade.." tergagap Minah menjawab.

Angah mula menggeledah seluruh bilik. Atas meja study. Tiada. Dalam drawer meja. Tiada. Dalam locker. Same. Minah memerhati gerak geri Angah. Maybe dia cuak. Angah terpandangkan katil. Dia hulurkan tangannya di bawah tilam. Bingo! Air muka Minah berubah.

"Ni ape?" hp dalam genggaman Angah disuakan ke muka Minah. "Kau curi hp aku, kan? Kenapa diam?" Angah masih x puas hati. "Baik kau mengaku. Kalau aku report kt warden, kau kena buang dari poli, tahu!" Angah sedikit mengugut. 

"Bukan aku yang curi.. " perlahan suara Minah. 

Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Minah. Minah tergamam. Angah mmg tgh marah. Rakan sebilik Minah yg baru jejak masuk bilik pon terkejut dgn benda pelik yg br dilihatnya. "Ape dah jadi ni?"

"Kawan kau ni, curi hp aku, pastu x nak mengaku.." datar sedikit suara Angah. "Kau, kalo xde duit, cakap. Pinjam la dgn kwn2. Jangan nak mencuri. Tak baik.." 

"Aku mintak maaf.. Aku xde duit. Nak makan pon ssh.." perlahan suara Minah.

Kawan sebilik Minah mengiakan. Katanya, kadang2 smpi berhari2 Minah x makan nasik. Dia datang dari keluarga susah. Angah melangkah ke biliknya. Dia dapatkan ape yg dia nak, kemudian kembali ke bilik Minah. 

"Nah. Ambik ni. Beli makanan. Aku xnak dengar kau mencuri lagi, faham?" Not RM50 dihulurkan kepada Minah. 

***

Aku mmg x reka cerita ni. Siyes ckp, terselit rase bangga dalam diri aku, kat Angah. Ade ke org dlm dunia ni yg bg penampar kt org yg curi brg dia, then, bagi duit pulak kt pencuri tu? Ya, ade. Tp, berapa kerat? Aku sgt2 berharap, budak pompuan tu, dah x mencuri lg. Aku btol2 harap, dia terbangun dgn tamparan Angah, dan simpati Angah pada dia. Mula2 aku dengar kisah ni dari Angah, aku mmg terkejut besar; berani benar ko pi tampar anak org! Respon susulan dia, buat aku berfikir sendiri. Siyes, aku respect adik aku. 


Kadang2, kita perlukan teguran kasar utk buat kita sedar akan perbuatan kita. Teguran kasar yg dtg dgn simpati. Stakat nk bg pelempang brg sekeping dua, pastu blah dgn mulut x henti memaki hamun, mmg 2-2 pihak x dapat ape2. Semua org buat silap. Tapi, x semua org sedia utk tegur kesilapan org lain. Aku tahu, kdg2, org akan letakkan maruah lebih tggi dari perbuatan diri. Sbb tak nak org mengata dia miskin, tak berduit, jadi budak tu putuskan untuk mencuri. Mungkin dia rs, dia xkan tertangkap. Mungkin. 

FJ : Entri aku pasal Johor tertunggak. Tibe2 idea nk update psl visit ke Johor lesap ditiup angin kipas. Selamat malam semua. Semoga hari esok membawa bahagia untuk kita semua. 10 : 94-95. 

Wednesday 6 July 2011

You and your woman..


While you scream at your woman
there's a man wishing he could whisper in her ear..
While you humiliate and offend her
there's a man flirting with her and reminding her how beautiful she is..
While you hurt her
there's a man wishing he could take her pain away..
While you make her cry
there's a man stealing smiles from her..

FJ : A campaign against domestic violence and mental abuse.. 

Friday 1 July 2011

cuti2 menganggur

Assalamualaikum,

Seingat aku, ini adalah cuti menganggur pertama utk aku dalam seumo hidup ni. Ok, aku define cuti menganggur sebagai cuti lepas belajar dan x keje. Lepas spm dlu, keje. Lepas matriks pon keje. Skrg je.. x keje, tp tggu keje. Cuti2 sebelum ni x declare cuti menganggur sbb cuti sem or cuti nk sambung blajar, kan.. Kehkehkeh.. So, ape yg aku buat selama nearly sebulan aku dah balik? Utk pembaca2 yg dah sedia taw, mula2 smpi dlu, aku busy dgn wedding. Errr.. bukan wedding aku, wedding cousin aku. Then, wiken lepas, aku g selangor. Ronda-rondi sekitar shah alam n putrajaya. Bukan ronda sgt pon. Ade urusan sket. P kenduri kawin kwn dgn lapor diri kt bmkpm. Gerak dr dungun pkol 10.30 pagi, smpi shah alam pon dah ptg, dlm pkol 5.30. Lame gile journey. Mmg laju gile lah bas tu.. 

Sbb kali ni aku bawak adik aku, so aku ajak cousin aku yg tggl kt pinggiraan USJ tu, pegi i-city. Kalo ikutkan aku, xde lah nk pegi sgt (sbb dah pegi), cume nk bawak angah jalan2 kt situ. Malam wiken. Org mmg ramai. Tambah plak dorg kt i-city ade buat reptile show. Siap boleh ambek family photo dgn reptiles n birds u ols! Aku mmg x ambek la. Geli kot dgn iguana tu. Semacam jek.. (aku mmg geli dgn reptile). So, ape yg aku buat? Jalan2 ambek gambar la.. ape lagi..



Well, antara sebab aku p putrajaya, ialah; attending a friend wedding. Kwn aku yg pompuan tu, nama dia huda. Bila masing2 dah abis blajar, kt event mcm ni lah besenye kitorg gather. Waktu g kenduri huda tu, jumpe jugak kwn2 lain yg dr university yg same ms kt UK dlu (siyesli, bile sebut UK dlu, rase mcm rindu nk balik sane). Basyeer, kak my, zali a.k.a abg long, AC, Nazim & k.amal, iman, am, syam, mior, pian and kak yanti. Tu je lah yg sempat aku jumpe. Xtaw la kalo ade lg yg lain dtg, tp x sempat jumpe, kan.

The next day, pegi lapor diri kt bmkpm, putrajaya. Lapor diri x smpi 3 minit pon. -.- Disebabkan aku pegi sane dgn cousin aku, so, kitorg bertiga jalan2 la kt area putrajaya tu. Bkn jalan beria sgt, sbb sane PANAS x hengat, nyah! Tmptnye mmg la cantek and aku suke dgn architecture di putrajaya. Cume, sbb panas sgt, x bleh nk tahan jalan lame2. Ish, mmg la x cair.. adoii.. >.<

Aku balik terengganu hari berikutnye (selasa). Bas pagi. Ade cerita x bleh blah dlm journey back. Aku kne tahan nk buang air kecik 3 jam bai! Dari pkol 11 pgi, membawak ke pkol 2 ptg. Hah, sape berani nk celen kasi taw aku. Waktu kt highway (gambang) aku da mintak dgn pak cik driver bas tu, benti kt hentian sebelah gambang, nk g toilet (ms tu aku dah tahan selama 2 jam). Taw driver tu jawab ape? "Jap lagi la benti.. nk sampai chendor dah ni". Mmg stendet driver bas, benti rehat kt chendor, tp aku yg x tahan nk buang air ni pe cite? Menderita tu, toksah ckp ah. Jap la sgt kan. Sejam jugak dr gambang nk ke chendor tu. Korg seme bayanglah.. Dalam saat2 genting mcm tu, dibuatnya aku terkucil dlm bas.. Aishh.. mmg trauma hidup jadinya nnti.

FJ : Dah malas dah nk update byk2. Jap lagi nk gerak g johor plak.