Sunday, 1 July 2012

Bila yang muda menegur yang lebih tua

Assalamualaikum,


Kejadian berlaku di depan pondok pengawal, SMS DUNGUN pagi semalam. Lebih kurang pukul 10.15 pagi. Saya, adik dan mak tengah bergegas mengejar masa. Kami sepatutnya berada di Kuala Terengganu sebelum pukul 12 tengah hari. Adik perempuan saya baru nak masuk rumah sewa, sebab dapat kerja di sana. Dia janji dengan tuan rumah, nak ambil kunci pukul 12 tengah hari. Dalam perjalanan, adik lelaki yang belajar di SMS Dungun minta kami singgah sebentar. Asalnya si adik lelaki sepatutnya menunggu kami di pintu masuk sekolah pada pukul 10. Disebabkan dia tiada di situ waktu kami tiba, jadi adik perempuan saya minta kebenaran pengawal keselamatan sekolah untuk masuk berjumpa dengan dia. Kata pengawal perempuan tu, pukul 11 pagi, barulah pelawat dibenarkan masuk. Saya tak kisah pasal pukul 11. Kami boleh tunggu. Tapi, yang saya kisah, cara pengawal tu bercakap. Kasar, marah-marah dan semestinya raut wajah tak dihiasi senyuman. Lagipun ini bukan kali pertama pengawal tu bersikap demikian. Dah acap kali. 

Saya : Assalamualaikum makcik. Saya mintak maaf ye. Saya nak tegur sikit. Saya rasa, tak elok makcik cakap kasar-kasar mcm tu. Tadi adik saya tanya elok-elok, patutnya makcik jawab la elok-elok. Tak perlu rasanya terjerit-jerit dengan muka nak marah. 

Mak guard : Eh awk ni. Pandai-pandai pulak cakap macam tu. Bila masanya saya marah??

Saya : Ni bukan kali pertama makcik cakap kasar-kasar macam ni. Kalau saya datang lawat adik saya sebelum ni pun, makcik cakap macam tu. Dengan mak saya pun, macam tu. Tak pernah makcik cakap elok-elok. Cuba makcik cakap baik-baik, senyum. Haa.. tengok abang ni haa, dia senyum je. Cakap pun baik-baik.. 

Abang guard : *senyum-senyum*

Mak guard : Awk jangan pandai-pandai nak mengajar saya. Tu antara saya dengan tuhan.

antara feedback di facebook peribadi

Saya : Sembahyang. Itu yang antara makcik dengan tuhan. Yang sama-sama manusia ni pun, makcik kena jaga. Cuba makcik cakap elok-elok, senyum. *senyum-senyum*

Mak guard : Dah.. awak tak payah nak mengajar saya. Keluar sekarang. Keluar! *raut wajah bengang*

Saya : Makcik, saya ni, tahan je marah saya.

Mak guard : Oh, kalau macam tu, terajang la meja ni.

Saya: Bukan cara saya makcik, kalau marah-marah nak terajang kerusi meja. Abang, salah ke, apa yang saya cakap tadi? 

Abang guard : Tak salah dah. Dah betul tu. 

Mak guard : Dah! Dah! Keluar sekarang! Awak baik keluar. Ini kawasan saya. Pandai-pandai datang sini nak mengajar orang.

Saya : Ya lah makcik. Saya keluar dulu. Saya minta maaf ya makcik.

***********

Nak tergelak besar tadi bila dengar makcik tu cakap 'ni kawasan saya'. Makcik ni mesti banyak sangat tengok filem berunsurkan gangsterism. Saya harap, benda macam ni tak terjadi di sekolah saya dulu.. Alumni of Sekolah Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.. hehe 

Bila orang muda tegur orang yang lebih tua, macam ni la kot jadinya. Ayat 'jangan pandai-pandai nak mengajar saya' memag akan keluar. Saya tak expect langsung yang makcik tu akan berubah. Tapi, kalau dia berubah, alhamdulillah. Saya cuma nak dia tahu 2 perkara:
1) dia kena sedar yang dia selalu cakap kasar dengan org lain
2) dia kena tahu yang ada org berani tegur dia - lagi-lagi orang yang lebih muda.

FJ : Selalu tak faham kenapa sesetengah orang tak boleh nak cakap baik-baik, bila kita cakap baik-baik dengan diri. Why do they have to be harsh and disrespectful as if we have hurt them in some ways? The thing is, we know we have not hurt them. And the other thing we know, we master the 'ego handling', unlike them :) 
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

4 Responses so far

  • Pada pendapat Lily, mungkin kita kena cuba berada di situasi makcik itu juga. Untuk menghadapi manusia begini, kita kena faham psikologinya biarpun emosi kita juga macam tak terkawal. Makcik ini sudah tua. Mungkin cara dia dibesarkan adalah dalam persekitaran yang tak sihat dan mungkin orang tuanya dahulu suka marah2 padanya. Kan orang zaman dahulu cara bela anak lain. Rotan adalah salah satu cara didikan. Lagi satu, mungkin dia ada keluarga yang bermasalah. Anak dan suami ada kes masing2. Serabut kepala tuanya memikirkan.

    Untuk berhadapan dengan manusia macam ni, sebagai orang muda, solusi terbaik, kita ikutkan jelaa. Lagi kita menegur, lagi berapi egonya. Pedih memang pedih. Apa kata kita buat sesuatu yang menjernihkan personaliti nya? Hadiahkan teh limau ais yang sejuk yang dibeli dari kantin. Saya kalau yang garang2 ni, saya suka buat main. Orang tengah marah, saya boleh lagi nak tergelak. Terukkan saya ni?

    Mungkin solusi di atas, boleh buat dia cool down sedikit.

    Lama2, boleh jadi kawan. Serius. Akhirnya, saya jadi tempat aduan nya. - Warden saya.

  • bgs jugak cadangan tu..
    tp ade cons buat mcm tu.. dia mungkin akan baik dgn sy je.. dgn org lain, mcm mane?

    nway, thanks lily for dropping by! :)

  • Itu jangan difikirkan lagi. Kalau tiada action, kita tak boleh jangka selanjutnya. Mana tahu, hati makcik akan menjadi lebih penyayang dan lebih respect kat kita. Yeah.

    Macam psikologist pulak saya ni. hehe.

    Kesimpulannya, kita banyakkan bergaul dengan orang supaya kita dapat memahami orang lain.

  • heeee.. xpe2.. nnti bleh jadi kaunselor :)

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)