Thursday 24 November 2011

Running Man Ep 69 Eng Subs [Grasshopper hunting] is out!!!!

Hello!

I was waiting passionately for this episode! It is finally out with English Subs! *happy to death* Thanks to KShowNow.net subbing team for this. Thanks again!

It's a 'payback' episode of Choi Min-soo taking his revenge towards Running Man, especially Yoo Jae-suk (grasshopper).

For those who might want to watch it, do visit Kore Anshownow facebook, and check out other shows too.

Running Man Episode 69 with English Subs
[1]  [2]  [3]  [4]  [5]  [6]  [7]

FJ : At least, there's something I could do to cheer myself up :)

Tuesday 22 November 2011

Kita Satu - Spider



Seringku bertanyakan
Di manakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafazku bisikkan

Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

FJ : Dengar lagu ni first time masa tgk drama Cinta Elysa kt tv3. Tiap2 minggu tgk drama ni x pernah miss. Haha. Mula2 tgk dlu, mcm menarik pulak drama ni. Dah lama2 menyampah pulak aku dengan watak Elysa tu. Patut letak tajuk Cinta Aril, baru btol. ^-^

Emas untuk bola sepak Malaysia SEA Games 2011

Assalamualaikum,

Kalau dah rezeki tu Allah tentukan untuk kita, dengan usaha, semangat dan faith in Allah, rezeki tu tetap milik kita. Alhamdulillah, syukur. Akhirnya skuad Harimau Malaya berjaya meraih emas untuk Malaysia di SEA GAMES 2011. Tahniah untuk anda2 semua, jurulatih, juruletih, jururawat, jurusokong dan semua juru2 lain juga. Kalau x silap, ni emas ke-59 Malaysia dalam SEA GAMES 2011. Kalau silap, sila betulkan. 

Utk skuad Harimau Malaya, syabas sekali lagi. Hari rabu nanti, 23/11/2011 kita akan saksikan sekali lagi Harimau Malaya bertarung untuk kelayakan Olympic pusingan ke-3. Jadi, untuk masa yang ada, rehat secukupnya. Untuk penyokong-penyokong setia bola sepak Malaysia dan Harimau aum-aumm.. berikan sokongan anda sekali lagi dan lagi dan lagi untuk mereka. :)

FJ : Pertarungan malam ni, betul2 bawa erti pertarungan akhir. 

Sunday 20 November 2011

kisah 1 hari dgn 4 kenduri kawin

Assalamualaikum,

Semalam, 19/11/2011 adalah hari aku attend kenduri kawin paling banyak so far - 4. Sebelum ni, paling byk pon aku pernah attend dalam 1 hari yg sama ialah 2. Salah 2 (bkn salah 1) kenduri tu, terdiri dari kalangan jiran-jiran aku. Satu jiran depan rumah, satu jiran sebelah rumah. Yg lg 2, kat area lain, tp xde la jauh sgt. Pukul 8.30 pg, mak dah ajak aku pegi rumah org depan ni. Nak tolong apa yg boleh katenya. Aku ikut je lah. Xde byk keje yg dah pon yg tinggal. Cuma dorang nk goreng ayam dgn buat rojak buah. So, aku tolong la potong buah2 tu dgn beberapa org makcik yg lain. Sambil potong, makcik2 tu sembang kemain lagi. Dah aku je yg xde geng nk sembang, so aku buat je la keje aku, sambil sekali sekala buah2 tu aku ngap jugak masuk dalam mulut. 

aku sgt jakun tgk bekas telur ni.. haha..
tp akak tu x letak telur dlm tu, dia letak 2 mini puddings 
Lebih kurg pukul 11 pagi, keje2 potong buah selesai. Lepas dijamu dgn karipap dan air teh O' yg sedap, aku dgn mak melangkah masuk ke dalam rumah, nak tengok pengantin. Pengantin baru lepas bersiap utk majlis akad nikah. Akak ni mmg creative lah. Seme gubahan hantaran dia buat sendiri. Pelamin, hiasan rumah, meja makan beradap, gifts, termasuk utk candy treats, dia usahakan sendiri! Kagum seh. Pelamin dia simple sgt, tp very nice. Lepas check out sane sini ala2 paparazzi, aku gesa mak utk balik rumah. Kami pulak yg perlu bersiap - nak pegi kenduri2 yg bersusun kadnya di rumah. Ade 7 kesemuanya, so terpaksa la dibahagikan kepada 2 team; team ayah dan team mak :P

Pukul 12 tgh hr, aku dgn mak gerak ke kenduri yg pertama, yg terletak paling jauh berbanding yg lg 3. Jemputan berkoyan-koyan tengah makan waktu aku smpi. X kurang jugak yg memenuhi ruang2 rumah pengantin. Lepas makan sket, jumpa pengantin, kami langsung ke wedding ke-2 pulak. Buat benda yg same. Makan sket, jumpa mak pengantin (kali ni x jumpa pengantin sbb dia tgh solat) then balik rumah. Waktu ni, perut aku dah mula bagi hint rasa x selesa - ruang udara x banyak dah. Disebabkan kami tggl kt kawasan perumahan, jalan menuju ke rumah kami mmg jamned teruk. Kwsn perumahan, jalan lebar mana la sgt. Dah la tu, elok plak ade kereta blok depan laman nk masuk parkir. Terbakar mak aku membebel. Dah nk buat mcm mana, kan. Adat lah kalo tempat sempit macam tu. Aku, tanpa buang masa, keluar dari kereta dan terus menuju ke arah kereta berkenaan sambil sinsing lengan baju. Ketuk2 tingkap kereta itu ala2 org dtg nk tarik kereta dan mintak budak kt dalam tu alihkan sket kereta dia. Chare, kan? 

tengok! dpt 3.. cute, kan?
Dah elok parkir kereta, aku dgn mak berlenggang, eh tipu x berlenggang sbb aku pegang hadiah, menapak ke rumah mak cik depan rumah kami. Jumpa pengantin lagi sekali - kali ni dia dah dalam persalinan bersanding, bersalam-salaman then baru g makan. Walopon perut x berapa nk ada ruang, aku tetap jugak makan. Hidangan yg tersedia sgt menarik2 aku utk ambil pinggan dan makan. Yg paling masyuk, siap ade air tebu! Ye, cni area kampung, tp aku duk kwsn perumahan. Ssh nk faham? Xpe, xyah faham pon. Mesti lah tambah lagi secawan kan. Rare kot kat kampung aku ni kalo kenduri org kasi minum air tebu. Mmg kaw air tebu dia. Manis dan pekat nya susah utk aku gambarkan dgn kata2.

Balik rumah, dah dekat pukul 1.15 pm. Pukul 2 nak gerak ikut rombongan lelaki jiran sebelah rumah pulak, ke kemaman. Sejam perjalanan dari rumah kami. Kemain lagi ayah, mak dan aku rushing nk bersiap. Mandi, smyg, borak. Ye, borak pon kne rushing sbb nk update team masing2 psl kenduri2 yg dah di-attend - x nyempat2, mcm x boleh nk tggu borak dlm kereta nnti. Tepat pukul 2 (kali ni tibe2 punctual pulak), berduyun-duyun kereta yg nk ikut rombongan mula serang rumah jiran sebelah. Jalan jadi makin sesak. Kereta ayah aku pulak yg x bleh kuwa dr parking. Ye lah, dgn kereta rombongan nk ke kemaman, kereta2 rombongan lelaki utk jiran depan rumah yg baru sampai, kereta2 jemputan nk pegi kenduri, kereta2 org awam yg nk lalu-lalang.. Lepas ayah aku dan sorg pakcik bertungkus lumus jadi polis trafik, reda la sket. Bleh la kami keluarkan kereta. Tambah dengan jamned kt area pembinaan jambatan baru kemaman, rombongan jiran aku selamat smpi kt rmh pengantin perempuan pukul 3.45 pm.

Si pengantin lelaki pulak belum bersiap. Kne pulak tggu dia bersiap dlu. Bunga telur utk hantaran pon belum disiapkan. So, lepas siap dah semua yg patut, baru la gerak selo-selo (read : slow) ke rumah pengantin perempuan. Masuk rumah pengantin, prung prang tgk pengantin bersanding, prung prang makan sket (kali ni makan bubur pulut hitam je sket), prung prang borak sepam dua.. Then, kami gerak balik. Masa tu dah pukul 4.30 pm. Ayah dah sound awal2 td, dia nk tgk bola semi-final pukul 5. Maksalahnya mmg x sempat la nk tgk dari pukul 5 kann..

Hari aku semalam berakhir dgn kesaratan perut dan kemalasan berganda sampai aku x keluar bilik langsung malam tu.

FJ : Hari ni, 20/11/2011 pasti lagi ramai org kawin. Tarikh cantik la katekan. Aku da x heran dah dgn tarikh cantik ke hape. 11/11/2011 hari tu dah bawak bala kt aku. 

Kenapa Samsung Galaxy S2?

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, Denaihati.com dah senaraikan aku sbg antara blogger yg berjaya utk ke stage seterusnya dlm Contest Gadget Idaman. Utk next task, peserta diminta utk nyatakan sbb apa dorang nak/impikan gadget-yang-dorang-nak-sangat-tu. 

contest gadget impian 300x250 Banner

Aku tetap dgn pilihan aku, Samsung Galaxy S2. Sbbnya?


  1. Alang2 org nk bagi free and aku nk mencuba naseb, mesti lah nk cuba dapatkan gadget yg blom ada lagi + dah lame nk beli tp ongkos nipis.. 
  2. Samsung Galaxy S2 xkan menang the best gadget kategori telefon bimbit terbaik 2011 for nothing, kan?
  3. S2 ialah sebuah smart phone yg guna latest OS ( prefer Android dari iOS), dgn pacuan mantap dual-core processor disamping ade bluetooth function - yg mane, function ni, sgt3 lah berguna utk aku (iphone pon bgs, tp bluetooth?? buat ape guna hp canggih manggih kalo hp tu x menepati kehendak dan keperluan kita, kan?)
  4. Lg 1, S2 ade organizer. Setelah sekian lame aku cuba utk mendisiplinkan diri dgn guna manual hand written organizer, nampaknya x membuahkan hasil. At the end of the day, aku akan selalu tertinggal organizer aku tu kt mane2 dan mula teraba-raba bila nk guna -.- Dan bagi aku, sgt x practical utk ade 2 gadget yg sebenarnya berfungsi lebih kurg je utk kegunaan yg x maximum. Mcm beli ipad utk jadikan organizer, tp dah ade iphone - mcm je ea, mcm.. Jangan nk sentap2 plak. Every individual needs are differ to each others. 
  5. Twitter dah jadi 1 medium communication yg sgt effisien utk aku. Bertwitter kat nokia 5800 sgt tidak syok berbanding dgn S2, tak gitu? (ye, twitter kt iphone pon syok juga, but again, no bluetooth function + x bape minat dgn iOS)
  6. I'm a video watcher. Dgn screen dimension- 4.3 inch yg superb, syok la nk tgk video - kalo tgk cite korea, siap boleh nmpk terang2 kot subs dia tu.. heee
  7. Lg? USB, secondary camera (opkos kalo ade secondary, mesti ade primary kan, and it's 8MP not bad at all!), talking and stand by hours yg lame dan kelajuan 4G download.
  8. InsyaAllah x lame lagi aku akan start keje. Being a teacher, surely aku akan deal dgn all sort of Office Pack. Kalo lah ada S2, kan senang2 je aku nk buat @ edit lecture slide aku kt mane2, without having to carry Vaio aku yg berat amat ni! :)

Hurm.. tu je kot. Oke, byk. Xpe. Semoga percubaan sulung aku ni, membuahkan hasil.

*****

Lg satu... sbb aku nk Samsung Galaxy S2 dari Denaihati.com ialah..

Anak : Mak, mak.. Mak tahu kan, along x keje.. 6 bulan dah duk tggu org panggil posting, tp x panggil2..
Mak : Ye, mak tahu.. Mak pon sedih jugak tgk keadaan kamu ni.
Anak : Kalo mak yg tgk sedih, along yg tanggung ni, lagi sedih mak. So, along igt, along nk tukar hp la.. bagi ceria sket jiwa ni..
Mak : Mcm tu pulak nk bagi ceria jiwa?
Anak : Jadi mak, along nak mintak duit dgn mak la, nk beli hp baru ni. Kira pinjam2 la mak. Nanti along bayar balik..
Mak : Eh, eh. Kamu nk ceriakan jiwa kamu, nak 'sapu' mak pulak? Tak boleh tak boleh.. Kalo dpt hp baru boleh ceriakan jiwa, mak pon nak beli hp baru jugak lah..
Anak : £$^&~@##

[keke.. bukan cerita asal]

Oh ye! Korang korang korang yg budiman sekalian.. Mahu mintak tolong sket~ hee..
Mohon jasa baik korang utk like, +1, Tweet atau comment kt entry ni ea.. Kalo setiap sorg buat kesemua 4-4 perkara ni pon lagi baik. Mana taw kot kalo la aku menang gadget idaman ni, korg yg byk membantu tu, dpt habuan jugak sket. Jeng jeng jeng! Terima kasih daun keladi in advanced! 

FJ : Oke, baru taw yg S2 comes with three colour! White, black and pink! Pink you ols! #oversudah. 

Tuesday 8 November 2011

Contest Gadget Impian

Assalamualaikum and good day,

Denaihati.com tengah kencang anjurkan contest meletop; Contest Gadget Impian, di mana Denaihati.com memberi peluang utk bloggers sekalian mencapai hasrat utk memilik gadget idaman. Haaaa.. menarik, kan? kan?

Mmg dah agak lame jugak aku berhasrat nak beli gadget ni. Kalau ada rezeki (duit) lebih, mmg aku beli terus. Tapi, kalo Denaihati nak kasi free, lagi la syok, kan? :)

Teng teng teng...

Samsung Galaxy SII
Yezzaa... mmg dah lame berniat nk tukar hp, setelah pakai skrg ni selama 2 tahun 3 bulan.

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak.

Utk anda2 semua yg nak sertai contest ni sama, tarikh tutup penyertaan adalah pada 11.59 pm, 09/11/2011. Utk maklumat lanjut tentang penyertaan dan syarat2nya, sila lah ke Denaihati.com. Good luck! :)

FJ : Kalo la btol2 menang gadget ni, bleh la jual hp skrg. Kot boleh sponsor Denaihati sket utk next contest, kan. Mane taw? Hahahaaa... Oke, abaikan. Ini bukan jenaka 'mencucuk'. Zzzzzz...