Monday 29 April 2013

Sutera crepe from terengganu for sale - ini crepe tidak boleh makan

Assalamualaikum,


Code: SC001B
RM290
(Sold)

Cantik kan? Hehe.. kalau berminat nak beli.. boleh contact personally through my blog fb atau komen kt bwh - harga tidak termasuk pos.
Sutera ni ori dari terengganu. Nak pakai sendiri boleh, nak hadiahkan kt someone special boleh, nak dijadikan hantaran lagi boleh :)

InsyaAllah, more will come.. tunggu ye.. hehe

FJ: saya budak baru bertatih.. ini sutera kain crepe.. semestinya bkn durian crepe
posted from Bloggeroid

Tuesday 23 April 2013

Blog yang jadi pilihan?

Assalamualaikum,

Minta maaf, aku memang fail bab2 nak letak tajuk bila buat entry kat blog. Kadang-kadang, tajuk tak ada kaitan pun dengan isi kandungan. Hukhuk. Orait. Beberapa minggu lepas, aku diminta oleh unit latihan dan pembangunan staff untuk beri kursus kepada staf kolej. Kursus berkaitan asas pembinaan blog. Alhamdulillah, ramai juga yang berminat nak membina blog. Kebanyakan dari peserta memang tidak tahu tentang pembinaan blog - they started from zero. Ada 2-3 orang yang dah biasa dengan blog, especially blogspot. Oleh sebab pada pandangan aku, platform blogspot ni adalah platform yang user-friendly dan mudah untuk dipelajari bagi beginner, jadi aku ajar mereka buat blog masing-masing dengan blogspot. 

Kursus yang aku berikan adalah hands-on based. Jadi, kalau aku share slide yang aku buat kat sini pun, slide tu tak berapa lengkap. Buek malu yooo orang nengok. 

******

Untuk memberi galakan bagi peserta terus memanfaatkan ilmu yang mereka belajar, aku 'pancing' mereka dengan contest simple. Peserta dikehendaki mempunyai progress dalam blog masing-masing. Peserta juga dikehendaki menulis sebuah entry berunsurkan alam bagi memenuhi kriteria pemilihan sebagai pemenang. 

Alhamdulillah, pemenang sudah pun aku pilih. Ni lah dia pemenangnya ----> blog tangan pancing. Hadiah dah pun aku bagi. Hadiah biasa-biasa je, tak seberapa. Bukan percutian ke Pulau Perhentian mahupun Alaska. Dan aku harap bloggers baru ini akan terus sama-sama memeriahkan dunia blogging. Aku ni, tak adalah terror benor pun. Cuma, setakat apa yang aku tahu, aku bantu. InsyaAllah. Berkongsi ilmu, tak jadi kurang pun ilmu tu. 

FJ : Orang kat sini duk kecoh pasal declare dengan lhdn. Tahun ni tak kena bayar cukai lagi. Kalau tak daftar lagi, tak pe ke?

Tuesday 2 April 2013

Traveltab tergendala

Assalamualaikum,

Bila aku check balik travel tab kat blog ni, rupanya masih banyak travel entry yg aku x post. Boleh tengok la kat dashboard aku macam kat bawah ni. Few travel logs project delayed since ages (by ages didn't mean like months but years) - some of the post were dated august 2008. Just imagine. *sigh*


Things are kinda mixing up lately. Banyak perkara yang perlu dirancang dengan baik dan berkesan. Dan semestinya I'm not a great planner; not in a thousand years. Dengan keadaan laptop yang agak menekan perasaan - hdd crash, thus semua gambar2 untuk travel posts dah macam tipis harapan untuk diselamatkan dan buat masa ini belum ada usaha untuk menyelamatkan files dalam hdd atau beli hdd baru. 

Aku mulakan projek traveltab ni waktu menganggur sekitar setahun yang lepas. Memandangkan sekarang aku sudah mengepal, jadi ruang masa untuk meneruskan projek itu agak terhad. Untuk setiap entry yang aku buat, kadang2 ambil masa sampai 5 hari untuk aku siapkan. Tak apalah. Mungkin nanti2, projek ni boleh diteruskan balik. 

FJ : Ada terfikir nak cari writer lain jugak untuk blog ni. Tapi, macam sayang je. Bertahun bertungkus lumus hingga ada macam sekarang, tiba2 nak dikongsikan dengan orang lain yang belum tentu sama kepala dengan aku.