Friday 20 January 2012

Pelangi Musim Sejuk [1]

[source] gambar hiasan 
Dingin musim sejuk kian terasa. Salji yang terus-terusan turun kelihatan indah sekali di pandangan mata Faruq. Tidak pernah terlintas di fikirannya selama ini yang dia bakal menyaksikan semua ini dengan matanya sendiri. Merasai salji sejuk yang mencair di tapak tangannya. Faruq tersenyum sendiri. Kepalanya didongakkan ke langit dengan mata terpejam. Tangan kanan kejap di dalam poket wind breaker. Tangan kirinya pula menggenggam sesuatu yang nampak seperti sekeping kertas. Faruq menarik nafas panjang. Tompok-tompok sederhana besar yang jatuh mendarat di atas mukanya dibiarkan. Di tengah-tengah kawasan lapang berumput yang luas itu, dia berdiri berseorangan. Faruq tidak pedulikan mata-mata asing yang memandangnya. Di fikirannya, ada sesuatu yang menjengah. 

***

"Aku tahu, hari ni, salji turun kat sana." Sebaris ayat itu terpapar di tetingkap skype-nya. Dia terkocoh-kocoh duduk sambil membuka jaket tebal yang membaluti tubuh. Jaket itu dihumban ke lantai. Sejuk udara luar masih terasa walau pun biliknya punya heater. Luthfiyah perhatikan waktu pesanan itu dihantar. Jam 11:25. Matanya beralih pula pada jam laptop. "Sekarang dah pukul 2.50 ptg. Kat sana pukul 8.50 malam.

Thursday 19 January 2012

Segmen dapur : Kerapu stim

Assalamualaikum,

Dah lama rasenye aku x share resipi memasak kat sini. Asyik share baking recipes je, bosan jugak, iya dak? Sebagai serirumah yang talented, aku fikir, ade baiknya aku share resipi ni dengan kome2 semua. Kot ada yg nak terai ke, kan? Kalau kome tanya kenapa kerapu ni aku stim, aku akan jawab; sebab semalam aku dah masak kerapu 3 rasa, xkan hari2 nak masak 3 rasa? 


Bahan2 yang diperlukan;

2 ekor ikan kerapu (saiz sederhana besar)
3 sudu minyak jagung (utk menumis)
4 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji tomato (dipotong dadu / cincang)
1 biji limau nipis
Cili padi (bergantung kpd tahap pedas yg dikehendaki)
2 sudu besar sos tiram
2 batang serai (dititip)
2 helai daun limau purut
3 sudu besar kicap cair
1 inci halia (dihiris nipis)
1 1/2 cawan air
1 keping nenas sederhana tebal (di potong dadu)
Garam (jika perlu)
Sedikit daun sup

Kaedah;

  1. Bersihkan ikan kerapu. Gunakan 1/2 dari limau nipis utk rendamkan ikan kerapu - tujuan : hilangkan bau hanyir ikan.
  2. Tumis bawang putih, tomato, halia dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Kacau sebentar, kemudian masukkan air. 
  3. Perahkan baki limau nipis ke dalam kuali. Masukkan serai. Sebelum matikan api dapur, pastikan kome rasa dulu kuah ikan ni. Kalau tak cukup masin, taruk la garam sket.
  4. Panaskan steamer kome. Bilas ikan kerapu tadi. Letakkan ikan tu dalam bekas yg tahan panas di dalam steamer.
  5. Curahkan kuah yg ditumis tadi ke dalam bekas ikan. Stim selama 15 minit.
  6. Selepas 10 minit, masukkan nenas, sambung stim balik. 
  7. Hidangkan di dalam bekas. Tabur sedikit daun sup yg telah dimayang halus ke atasnya. 
Dah pon siap ikan stim kome. Oke, kalo kome perasan, kt bahan2 tu, ade bahan yg aku highlight dgn kaler ijo. Bahan2 tu jenis acidic @ masam. Tomato dgn limau nipis dah masam, kenapa nak tambah nenas lg, kan? Xnak letak nenas pon, suke hati kome la. Bagi aku, nenas tu, rasa masam dia lain macam sket sedapnya. Haha. Kalo terus letak nenas tu awal2, nnti by 15 minutes, nenas tu lembik sgt. X berapa sedap tekak aku nak makan. Kehkeh. 

Kalo suke kuah lebih, pon boleh. Kome kne la tambah air dgn bahan perasa lebih sket (kicap cair atau garam). Ikut suke kome la nak buat macam mane pon. Kome jugak yg nak makan nanti, kan? Itu saje lah dari aku. Kome cuba nanti, share la dgn aku, macam mane rasenye. Hehe. 

Selamat maju jaya dalam bidang memasak. ^_^




Monday 16 January 2012

Dedikasi | Sepanjang hidup

Assalamualaikum,

It's beautifully written. Read between the lines and you'll be immersed in it.
Another Maher Zain's.
Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Dan padamu ingin ku sampaikan
Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir membasuh segalanya
Oh inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih penguat jiwa
Ku berdoa kau dan aku di Jannah
Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh, inilah janji kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

Bersamamu ku sedari inilah cinta
Tiada ragu dengarkanlah
Kidung cintaku yang abadi
FJ : #dearmufuturehubby, this is for you :)

Tuesday 10 January 2012

My blog has grown mature with me :3

Assalamualaikum,

Can't remember the last time I change this blog's template. For some reasons that I, myself can't identify, I just felt that I shouldn't use the previous template any longer. While browsing for new template, I came across with this site; besttheme.net. Went through one template to another, few of them has caught my interest. Finally, I decided to go with this one.

the original template
As you all can see, the template is slightly different from mine. Well, I have to change few things. Frankly speaking, it was not an easy task for me since I don't have much idea on what the heck HTML is about. pfffftttt.. The hardest part, I may say; creating my own blog's logo. As the template designer do not really design a 'clear' header and he was using a title logo, I had to find my very own logo. You see the big word 'de efjay' in blue up there? I worked my brain off to make it as it is. 
I am so not a Photoshop user. Far from using Photoshop Skincare or Photoshop Weight Management.

Monday 9 January 2012

Sekitar fenomena hari ini

Assalamualaikum,

Senario politik kat malaysia tak pernah tenang. Macam-macam isu yang nak dibangkitkan, baik dari pihak kerajaan, mahupun pembangkang. Aku, secara peribadi tak berapa berminat nak tulis pasal politik kat blog ni. Tapi entah macam mana, hari ni macam tergerak hati pulak nak kongsikan pandangan peribadi aku tentang politik kat malaysia. Mungkin sebab aku dah semak sangat dengan bermacam umpat-keji kat timeline twitter dan news feed facebook. Penyokong parti masing-masing dah butthurt agaknya dengan macam-macam yang dah jadi. Masing-masing tak nak mengaku kalah. Ada saja ayat pangkah-memangkah yang keluar dari keyboard. Kutukan, hinaan tu tak payah nak cakap lah. 

Terbaru, hari ni, Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat oleh Hakim Mahkamah Tinggi. Personally, aku tak terperanjat sikit pon dengan keputusan hakim. Cuma, aku tertanya-tanya sebenarnya. Adakah pembebasan ini memang betul-betul atas dasar bukti yang diragui sebagaimana yang diberitahu oleh hakim atau sebenarnya pembebasan ini adalah agenda lain dari pihak kerajaan. You know, kalau Anwar bebas, dia secara peribadi dah tak boleh nak menjadikan isu peribadi dia sebagai 'pancing' untuk raih sokongan pengundi dalam PRU13, atau penyokong dia sendiri.

Sunday 8 January 2012

#dearmyfuturehubby

Assalamualaikum,

Dear you,
These are some of my tweets collection for you. Even I don't know who you really are, but I'll keep waiting for the moment to arrive. The moment you come to me and we'll happily be together. Let's pray for the best. 


FJ : Enough said.

Saturday 7 January 2012

Carrot Cake dengan Cream Cheese Frosting

Assalamualaikum,

I baked a carrot cake two days ago. First time I buat carrot cake. Before ni pernah. Pernah makan je :P Well, obviously I xde my own recipe. So, I intai-intai la kt google utk cari recipe yg suit my taste. It turned out, banyak teramat recipe carrot cake yg ada. I pilih recipe yg I rase seswai je. I mean, nama carrot cake, tapi kenapa nak kena letak nenas and pisang? Dah mcm mixed fruit cake pulak kan. I meant no harm. Kalo you guys suka carrot cake yg mcm tu, be my guest. 

this was how my carrot cake looked like
Now, jom check out the ingredients and methods;

Friday 6 January 2012

the New Year of 2012

Assalamulaikum, 

Dah 6 hari dalam tahun baru, dan ini adalah entri aku yg pertama untuk tahun ini. Oh ya. Selamat Tahun Baru 2012 kepada yg menyambutnya. Kalau org lain sibuk kemas kini azam utk tahun baru, aku x sibuk utk itu. Bagi aku, tahun baru x bermakna azam baru. Sbb apa? Cuba bagitahu aku, apa gunanya kita nak kena update azam baru setiap kali tiba tahun baru? Walhal, azam tahun lepas, 2 tahun lepas, 3 tahun lepas pon masih ada yang blom dilaksanakan. Lagi parah, azam tahun lepas dah la x buat, x ingat pon ape-ke-mende azam tu. See? How many of us taking new year resolutions seriously. Betul, azam ni akan jadi pembakar semangat utk kita maju. Cuma yg aku x faham, kenapa mesti dibuat bermulanya tahun baru? 


New Year 2012 Fireworks Trondheim
source