Saturday, 14 April 2012

Hutan Lipur Air Terjun Chemerong, selepas 10 tahun

Assalamualaikum,

boleh nampak air terjun di puncak bukit dari kejauhan
Kali terakhir aku ke sini lebih kurang 10 tahun lepas. Ye, dah lama. Tu pon, pegi sbb ikut trip sekolah. Netballers dgn girl basketballers trip. Diiring 2 cikgu perempuan, seorang coach basketball (lelaki) dan seorang pembantu coach. Dari rumah, perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit. Keadaan jalan boleh dikatakan baik. Cuma, suka utk aku ingatkan, berhati-hati dgn 'jerangkap samar' sewaktu drive. :P Kamu semua taknak tayar kereta cantik kamu di saluti dgn sisa kumbahan lembu. 





Haaa, jumpa je signboard ni, turn right dan bersedia utk menghadapi jalan yg bengkang-bengkok. Dan, juga dipenuhi dgn tompok2 hasil seni haiwan-haiwan ternakan penduduk sekitar. Adik aku terkejut besar bila tgk ade jugak org menempat kt kawasan tu (dlm hutan). Sumber air mereka, pastinya dari air terjun Chemerong. 

visitors kne report kt guard post sebelum masuk
Setahu aku, seperti air terjun - air terjun lain jugak kat dunia ni, Chemerong pon ada beberapa level air terjun. Berapa level exactly, aku x pasti sbb level ke-2 pon aku x pegi semalam disebabkan mak x berapa sihat dan x boleh berjalan jauh, makanya kami lepak di level bawah aje. Tak sempat nak bentang tikar pon lagi, adik-adik dgn ayah dah sibuk nak masuk dalam air. Aku x mandi-manda pon. Bukan nak kontrol cun (nak kontrol mende kalo dah mmg x cun?), tp segan la pulak nak main air kat public bila dah besar mcm ni. 

Rata-rata pengunjung yg hadir, terdiri dari golongan yg sudah berkeluarga. Ye lah, bila hujung minggu macam ni la nk spend masa dgn family, kan? Tak kurang juga kumpulan2 'photographer baru nak up' yg sibuk dgn dslr dan tripod masing2. Juga terdiri dari golongan2 pakwe-makwe yg nak berkepit-peluk dalam air. O_o

ni baru boleh ckp crystal clear water.. ekekeke



Seingat aku, dulu (ya, aku bercakap mengenai 10 tahun lepas) tiada kemudahan lengkap seperti yang aku lihat semalam. Dulu, ada la jugak kiosk2 kecik, tandas awam yg sedikit uzur, tapak perkhemahan yg ada sekadar cukup syarat. Tapi, semalam, kemudahan awam dah diperbaharui which aku x pasti dah berapa tahun pembaharuan tu dibuat. Tandas awam, kafetaria, tapak perkhemahan yg lebih selesa, surau, dewan, parking lot yg teratur dan pondok-pondok rehat utk pengunjung. Selain tu, kwsn persekitaran hutan lipur Chemerong juga dijaga rapi. Cantik. :)



FJ : Utk penggemar segiempat (baca: foursquare), di sini tiada network coverage, utk kamu semua terus mendaki tangga menjadi mayor sesuatu kawasan. 
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

2 Responses so far

  • cantik tempat dye.
    :)

  • Unknown says:

    ha ah.. cantik :)

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)