Saturday, 31 December 2011

#justsaying

Assalamualaikum,


Do you really want this?

FJ : different people act differently

Thursday, 1 December 2011

Blueberry Cheese Cake - bukan secret recipe

Assalamualaikum,

Pertamanya, I nk ucapkan selamat menyambut awal muharam kepada semua umat Islam 1Dunia. Semoga, dgn izin Allah, kita semua akan dikurniakan rezeki yg halal dan lebih dari tahun-tahun sebelumnya :)

Dah lame rasenye I x share recipe dgn u-ols, kan? Maklumlah.. I segan tahu. Bukan pandai masak or baking sgt pon. Tiba2 nk feeling share recipe bagai, kan? I ni, amatur cook je. Masak bagi kenyang perut mak ayah boleh la. 

Berminggu-minggu jugak la I ngidam nk makan cheese cake. Cheese cake buatan sendiri oke, bukan secret recipe ke, bakery ke. Tp asek tertunda2 je sbb susah nk dpt bahan. Ye lah u-ols, I ni duk kt kampung hokay. Xkan nk toreh cheese kat pokok getah pulak. So, terpaksa la I bersabar sket utk collect bahan2 tu. Bila dah dpt semuanya, I decide nak buat Blueberry Cheese Cake. Ouh, kalo ade vanilla sket, name dia jadi Vanilla Blueberry Cheese Cake? Eh, kalo bake, jadi Vanilla Blueberry Baked Cheese Cake? X kesa la nama ape2 pon u-ols. Yg penting, ade main ingredients, ade blueberry.

Thursday, 24 November 2011

Running Man Ep 69 Eng Subs [Grasshopper hunting] is out!!!!

Hello!

I was waiting passionately for this episode! It is finally out with English Subs! *happy to death* Thanks to KShowNow.net subbing team for this. Thanks again!

It's a 'payback' episode of Choi Min-soo taking his revenge towards Running Man, especially Yoo Jae-suk (grasshopper).

For those who might want to watch it, do visit Kore Anshownow facebook, and check out other shows too.

Running Man Episode 69 with English Subs
[1]  [2]  [3]  [4]  [5]  [6]  [7]

FJ : At least, there's something I could do to cheer myself up :)

Tuesday, 22 November 2011

Kita Satu - Spider



Seringku bertanyakan
Di manakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafazku bisikkan

Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia
Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

FJ : Dengar lagu ni first time masa tgk drama Cinta Elysa kt tv3. Tiap2 minggu tgk drama ni x pernah miss. Haha. Mula2 tgk dlu, mcm menarik pulak drama ni. Dah lama2 menyampah pulak aku dengan watak Elysa tu. Patut letak tajuk Cinta Aril, baru btol. ^-^

Emas untuk bola sepak Malaysia SEA Games 2011

Assalamualaikum,

Kalau dah rezeki tu Allah tentukan untuk kita, dengan usaha, semangat dan faith in Allah, rezeki tu tetap milik kita. Alhamdulillah, syukur. Akhirnya skuad Harimau Malaya berjaya meraih emas untuk Malaysia di SEA GAMES 2011. Tahniah untuk anda2 semua, jurulatih, juruletih, jururawat, jurusokong dan semua juru2 lain juga. Kalau x silap, ni emas ke-59 Malaysia dalam SEA GAMES 2011. Kalau silap, sila betulkan. 

Utk skuad Harimau Malaya, syabas sekali lagi. Hari rabu nanti, 23/11/2011 kita akan saksikan sekali lagi Harimau Malaya bertarung untuk kelayakan Olympic pusingan ke-3. Jadi, untuk masa yang ada, rehat secukupnya. Untuk penyokong-penyokong setia bola sepak Malaysia dan Harimau aum-aumm.. berikan sokongan anda sekali lagi dan lagi dan lagi untuk mereka. :)

FJ : Pertarungan malam ni, betul2 bawa erti pertarungan akhir. 

Sunday, 20 November 2011

kisah 1 hari dgn 4 kenduri kawin

Assalamualaikum,

Semalam, 19/11/2011 adalah hari aku attend kenduri kawin paling banyak so far - 4. Sebelum ni, paling byk pon aku pernah attend dalam 1 hari yg sama ialah 2. Salah 2 (bkn salah 1) kenduri tu, terdiri dari kalangan jiran-jiran aku. Satu jiran depan rumah, satu jiran sebelah rumah. Yg lg 2, kat area lain, tp xde la jauh sgt. Pukul 8.30 pg, mak dah ajak aku pegi rumah org depan ni. Nak tolong apa yg boleh katenya. Aku ikut je lah. Xde byk keje yg dah pon yg tinggal. Cuma dorang nk goreng ayam dgn buat rojak buah. So, aku tolong la potong buah2 tu dgn beberapa org makcik yg lain. Sambil potong, makcik2 tu sembang kemain lagi. Dah aku je yg xde geng nk sembang, so aku buat je la keje aku, sambil sekali sekala buah2 tu aku ngap jugak masuk dalam mulut. 

aku sgt jakun tgk bekas telur ni.. haha..
tp akak tu x letak telur dlm tu, dia letak 2 mini puddings 
Lebih kurg pukul 11 pagi, keje2 potong buah selesai. Lepas dijamu dgn karipap dan air teh O' yg sedap, aku dgn mak melangkah masuk ke dalam rumah, nak tengok pengantin. Pengantin baru lepas bersiap utk majlis akad nikah. Akak ni mmg creative lah. Seme gubahan hantaran dia buat sendiri. Pelamin, hiasan rumah, meja makan beradap, gifts, termasuk utk candy treats, dia usahakan sendiri! Kagum seh. Pelamin dia simple sgt, tp very nice. Lepas check out sane sini ala2 paparazzi, aku gesa mak utk balik rumah. Kami pulak yg perlu bersiap - nak pegi kenduri2 yg bersusun kadnya di rumah. Ade 7 kesemuanya, so terpaksa la dibahagikan kepada 2 team; team ayah dan team mak :P

Pukul 12 tgh hr, aku dgn mak gerak ke kenduri yg pertama, yg terletak paling jauh berbanding yg lg 3. Jemputan berkoyan-koyan tengah makan waktu aku smpi. X kurang jugak yg memenuhi ruang2 rumah pengantin. Lepas makan sket, jumpa pengantin, kami langsung ke wedding ke-2 pulak. Buat benda yg same. Makan sket, jumpa mak pengantin (kali ni x jumpa pengantin sbb dia tgh solat) then balik rumah. Waktu ni, perut aku dah mula bagi hint rasa x selesa - ruang udara x banyak dah. Disebabkan kami tggl kt kawasan perumahan, jalan menuju ke rumah kami mmg jamned teruk. Kwsn perumahan, jalan lebar mana la sgt. Dah la tu, elok plak ade kereta blok depan laman nk masuk parkir. Terbakar mak aku membebel. Dah nk buat mcm mana, kan. Adat lah kalo tempat sempit macam tu. Aku, tanpa buang masa, keluar dari kereta dan terus menuju ke arah kereta berkenaan sambil sinsing lengan baju. Ketuk2 tingkap kereta itu ala2 org dtg nk tarik kereta dan mintak budak kt dalam tu alihkan sket kereta dia. Chare, kan? 

tengok! dpt 3.. cute, kan?
Dah elok parkir kereta, aku dgn mak berlenggang, eh tipu x berlenggang sbb aku pegang hadiah, menapak ke rumah mak cik depan rumah kami. Jumpa pengantin lagi sekali - kali ni dia dah dalam persalinan bersanding, bersalam-salaman then baru g makan. Walopon perut x berapa nk ada ruang, aku tetap jugak makan. Hidangan yg tersedia sgt menarik2 aku utk ambil pinggan dan makan. Yg paling masyuk, siap ade air tebu! Ye, cni area kampung, tp aku duk kwsn perumahan. Ssh nk faham? Xpe, xyah faham pon. Mesti lah tambah lagi secawan kan. Rare kot kat kampung aku ni kalo kenduri org kasi minum air tebu. Mmg kaw air tebu dia. Manis dan pekat nya susah utk aku gambarkan dgn kata2.

Balik rumah, dah dekat pukul 1.15 pm. Pukul 2 nak gerak ikut rombongan lelaki jiran sebelah rumah pulak, ke kemaman. Sejam perjalanan dari rumah kami. Kemain lagi ayah, mak dan aku rushing nk bersiap. Mandi, smyg, borak. Ye, borak pon kne rushing sbb nk update team masing2 psl kenduri2 yg dah di-attend - x nyempat2, mcm x boleh nk tggu borak dlm kereta nnti. Tepat pukul 2 (kali ni tibe2 punctual pulak), berduyun-duyun kereta yg nk ikut rombongan mula serang rumah jiran sebelah. Jalan jadi makin sesak. Kereta ayah aku pulak yg x bleh kuwa dr parking. Ye lah, dgn kereta rombongan nk ke kemaman, kereta2 rombongan lelaki utk jiran depan rumah yg baru sampai, kereta2 jemputan nk pegi kenduri, kereta2 org awam yg nk lalu-lalang.. Lepas ayah aku dan sorg pakcik bertungkus lumus jadi polis trafik, reda la sket. Bleh la kami keluarkan kereta. Tambah dengan jamned kt area pembinaan jambatan baru kemaman, rombongan jiran aku selamat smpi kt rmh pengantin perempuan pukul 3.45 pm.

Si pengantin lelaki pulak belum bersiap. Kne pulak tggu dia bersiap dlu. Bunga telur utk hantaran pon belum disiapkan. So, lepas siap dah semua yg patut, baru la gerak selo-selo (read : slow) ke rumah pengantin perempuan. Masuk rumah pengantin, prung prang tgk pengantin bersanding, prung prang makan sket (kali ni makan bubur pulut hitam je sket), prung prang borak sepam dua.. Then, kami gerak balik. Masa tu dah pukul 4.30 pm. Ayah dah sound awal2 td, dia nk tgk bola semi-final pukul 5. Maksalahnya mmg x sempat la nk tgk dari pukul 5 kann..

Hari aku semalam berakhir dgn kesaratan perut dan kemalasan berganda sampai aku x keluar bilik langsung malam tu.

FJ : Hari ni, 20/11/2011 pasti lagi ramai org kawin. Tarikh cantik la katekan. Aku da x heran dah dgn tarikh cantik ke hape. 11/11/2011 hari tu dah bawak bala kt aku. 

Kenapa Samsung Galaxy S2?

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, Denaihati.com dah senaraikan aku sbg antara blogger yg berjaya utk ke stage seterusnya dlm Contest Gadget Idaman. Utk next task, peserta diminta utk nyatakan sbb apa dorang nak/impikan gadget-yang-dorang-nak-sangat-tu. 

contest gadget impian 300x250 Banner

Aku tetap dgn pilihan aku, Samsung Galaxy S2. Sbbnya?


  1. Alang2 org nk bagi free and aku nk mencuba naseb, mesti lah nk cuba dapatkan gadget yg blom ada lagi + dah lame nk beli tp ongkos nipis.. 
  2. Samsung Galaxy S2 xkan menang the best gadget kategori telefon bimbit terbaik 2011 for nothing, kan?
  3. S2 ialah sebuah smart phone yg guna latest OS ( prefer Android dari iOS), dgn pacuan mantap dual-core processor disamping ade bluetooth function - yg mane, function ni, sgt3 lah berguna utk aku (iphone pon bgs, tp bluetooth?? buat ape guna hp canggih manggih kalo hp tu x menepati kehendak dan keperluan kita, kan?)
  4. Lg 1, S2 ade organizer. Setelah sekian lame aku cuba utk mendisiplinkan diri dgn guna manual hand written organizer, nampaknya x membuahkan hasil. At the end of the day, aku akan selalu tertinggal organizer aku tu kt mane2 dan mula teraba-raba bila nk guna -.- Dan bagi aku, sgt x practical utk ade 2 gadget yg sebenarnya berfungsi lebih kurg je utk kegunaan yg x maximum. Mcm beli ipad utk jadikan organizer, tp dah ade iphone - mcm je ea, mcm.. Jangan nk sentap2 plak. Every individual needs are differ to each others. 
  5. Twitter dah jadi 1 medium communication yg sgt effisien utk aku. Bertwitter kat nokia 5800 sgt tidak syok berbanding dgn S2, tak gitu? (ye, twitter kt iphone pon syok juga, but again, no bluetooth function + x bape minat dgn iOS)
  6. I'm a video watcher. Dgn screen dimension- 4.3 inch yg superb, syok la nk tgk video - kalo tgk cite korea, siap boleh nmpk terang2 kot subs dia tu.. heee
  7. Lg? USB, secondary camera (opkos kalo ade secondary, mesti ade primary kan, and it's 8MP not bad at all!), talking and stand by hours yg lame dan kelajuan 4G download.
  8. InsyaAllah x lame lagi aku akan start keje. Being a teacher, surely aku akan deal dgn all sort of Office Pack. Kalo lah ada S2, kan senang2 je aku nk buat @ edit lecture slide aku kt mane2, without having to carry Vaio aku yg berat amat ni! :)

Hurm.. tu je kot. Oke, byk. Xpe. Semoga percubaan sulung aku ni, membuahkan hasil.

*****

Lg satu... sbb aku nk Samsung Galaxy S2 dari Denaihati.com ialah..

Anak : Mak, mak.. Mak tahu kan, along x keje.. 6 bulan dah duk tggu org panggil posting, tp x panggil2..
Mak : Ye, mak tahu.. Mak pon sedih jugak tgk keadaan kamu ni.
Anak : Kalo mak yg tgk sedih, along yg tanggung ni, lagi sedih mak. So, along igt, along nk tukar hp la.. bagi ceria sket jiwa ni..
Mak : Mcm tu pulak nk bagi ceria jiwa?
Anak : Jadi mak, along nak mintak duit dgn mak la, nk beli hp baru ni. Kira pinjam2 la mak. Nanti along bayar balik..
Mak : Eh, eh. Kamu nk ceriakan jiwa kamu, nak 'sapu' mak pulak? Tak boleh tak boleh.. Kalo dpt hp baru boleh ceriakan jiwa, mak pon nak beli hp baru jugak lah..
Anak : £$^&~@##

[keke.. bukan cerita asal]

Oh ye! Korang korang korang yg budiman sekalian.. Mahu mintak tolong sket~ hee..
Mohon jasa baik korang utk like, +1, Tweet atau comment kt entry ni ea.. Kalo setiap sorg buat kesemua 4-4 perkara ni pon lagi baik. Mana taw kot kalo la aku menang gadget idaman ni, korg yg byk membantu tu, dpt habuan jugak sket. Jeng jeng jeng! Terima kasih daun keladi in advanced! 

FJ : Oke, baru taw yg S2 comes with three colour! White, black and pink! Pink you ols! #oversudah. 

Tuesday, 8 November 2011

Contest Gadget Impian

Assalamualaikum and good day,

Denaihati.com tengah kencang anjurkan contest meletop; Contest Gadget Impian, di mana Denaihati.com memberi peluang utk bloggers sekalian mencapai hasrat utk memilik gadget idaman. Haaaa.. menarik, kan? kan?

Mmg dah agak lame jugak aku berhasrat nak beli gadget ni. Kalau ada rezeki (duit) lebih, mmg aku beli terus. Tapi, kalo Denaihati nak kasi free, lagi la syok, kan? :)

Teng teng teng...

Samsung Galaxy SII
Yezzaa... mmg dah lame berniat nk tukar hp, setelah pakai skrg ni selama 2 tahun 3 bulan.

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak.

Utk anda2 semua yg nak sertai contest ni sama, tarikh tutup penyertaan adalah pada 11.59 pm, 09/11/2011. Utk maklumat lanjut tentang penyertaan dan syarat2nya, sila lah ke Denaihati.com. Good luck! :)

FJ : Kalo la btol2 menang gadget ni, bleh la jual hp skrg. Kot boleh sponsor Denaihati sket utk next contest, kan. Mane taw? Hahahaaa... Oke, abaikan. Ini bukan jenaka 'mencucuk'. Zzzzzz...

Thursday, 27 October 2011

Things that trigger you to blog..?

Assalamualaikum,

Lame benar rasenye x update. <--- setiap kali nk update mesti guna ayat berbaur mcm ni, sbb gap entry yg terlalu lame antara satu sama lain -.- So, how are you folks? For those yg tggl kat pantai timur semenanjung, mungkin dah mula terasa kedatangan musim tengkujuh. Hopefully on the hari raya nnti, x hujan la.. At least not in the morning. Bkn ape, memudahkan keje2 qorban nnti, insyaAllah :) 

Actually, kalo aku selak balik blog draft aku, berlambak kot entry yg terabai/tergendala. Byk sgt smpi aku sendiri xtaw nk smbg yg mane. Kalo publish terus, kang nnti tergantung. X tercapai plak tujuan aku bersusah payah buat research n type entry tu kan.. *sigh* Idea byk je dalam kepala otak. Byk topik menarik yg boleh dikongsi. Tp, bila brain storm sorg2, idea tu dah mcm secara x langsung terluah. Then, bila nk type balik, semenye lesap hilang. Dlu, sbb selalu tweet, idea utk blogging dah merayau masuk dlm twitter. Tp, lepas slow down tweeting pon, still jugak beku kt blog. 

Back to main topic. You guys pnah perasan or maybe mmg dah taw, perkara2 yg jadi pencetus idea utk anda seme blogging? Yes, some people, they tend to make blog as their dairy, i.e everything happen on that day based on personal stuff akn jatuh hukum 'wajib' utk diblogkan. Setiap entry mmg semuanya berkaitan dgn dia dan dunia dia, xde entry yg berunsurkan lain. Wait. Aku x label ape2 ea. Cuma, maksud aku, things yg happen based on daily basis tu yg bagi idea utk that person to blog. Jadi, utk the other people yg out of that circle, apa yg trigger anda2 semua utk type entries? 

Most of the time, those entries yg kita type sebenarnya have been largely influenced by our daily activities. Interest, hobbies, routines, semua tu termasuk dlm daily activities. Let say, kamu mmg akan login facebook setiap hari, checking out the news feed, selak dinding kawan, then paapp! Idea dtg bila tgk si kawan tgh gaduh di facebook dgn si bf kawan. Kamu dgn secara terus terfikir, 'mungkin aku patut blog pasal bitter-sweet relationship hari ni..' Yeaa.. that's what I talk about. The contents of your entry mungkin xde kaitan pon dgn gaduh2 manja si kawan kamu tu. It's just that the fight itself trigger you to blog. 

what inspires you? [source]

Same goes to kalo kamu2 minat pada singing. You may want to blog about your karaoke session with friends atau the most popular singing reality show on-air this season. Ye lah, pasal nyanyian peserta2 dlm show tu, dorg pakai baju kaler ape, nyanyi lagu ape mggu ni, pasal juri yg being unfair, the tight schedule, etc. Cedok idea kat blog org pon boley ckp one of the thing that inspires you to blog/write. BUT BUT BUT, not the plagiarism thing, oke! Reading someone else blog may light the bulb in your head. Nak buat entry serang balas ke, atau nak tulis tntg topik yg same, cume dr your own perspectives, bukan copy bulat2 apa yg dah sedia ade. Tu org x panggil inspirasi.. orang panggil cilok! X baik mcm tu, tahu.. :)

It's time for bed now. Shall I leave you guys with a question. So, what trigger you to write an entry? Nyte2 bloggers!

FJ : Happy Diwali to all Hindus! 

Friday, 7 October 2011

Reality check



I'd like to run..
But, where?


FJ : But running wasn't always the best choice..       except for jogging :P

Thursday, 6 October 2011

Alahai KPM..

Assalamualaikum,

Hari ni aku bace utusan online. Kat ruangan forum, ade bdk2 TESL anta surat aduan kt utusan, perihal dorg dah setengah tahun menganggur, dan hal ehwal dorg x diambil peduli oleh KPM. What to expect? Aku dan rakan2 lain pon jadi mangsa kes yg same kot. Bila kitorg tny tntg bila kami akan mula keje, bila KPM akan umumkan penempatan, jawapan sama je sepanjang masa; tak tahu lagi. Ya, inilah dia Kementerian Pelajaran Malaysia. Sgt 'efisiyen' buat kerja. Peduli apa aku kalo ade org2 KPM bace ni pon. Selain aku, beratus-ratus lagi cikgu lain tgh tggu posting. Beratus-ratus lagi yg tengah menahan geram kat KPM. Selain bdk2 batch aku, bdk2 TESL tu, ade jugak budak2 program lain. Dr rakan2 aku yg buat french kt Besancon, dorg yg lepasan IPBA bulan june baru2 ni pon, hadapi masalah yg same. Dan alasan yg KPM bagi, juga sama; tak tahu lagi bila akan dpt penempatan. Bdk2 grad UPSI under scholar KPM pon mcm tu jugak. 

So, persoalan aku sekarang ialah; 

Kenapa KPM nak sangat sponsor budak2 belajar, kemudian ikat mereka dgn kontrak mengajar bertahun2 tapi lepas 3-4 bulan budak tu habis belajar, KPM still xnak panggil dorg utk mulakan perkhidmatan??? 

Kenapa susah sgt nk explain kepada kami semua tentang apa sebenarnya yg berlaku dalam kementerian yg menyebabkan penempatan kami semua ditangguhkan? Kalau lah pihak KPM cuba utk communicate dgn kami dan explain what's actually going on in the ministry, aku sungguh yakin, kami2 semua juga akan cuba memahami keadaan atau situasi tersebut. Maksalahnya, xde sebarang explanation pon. Sbb tu, kami marah sgt, tahu? 

Sampai bila kami semua perlu menunggu sedangkan pihak KPM ambil inisiatif utk berdiam diri? Betul, kami ni pendidik. Tapi, kami jugak manusia yg perlukan duit utk hidup. Dah besar panjang pon, xkan nk harapkan duit mak bapak lagi? Sedangkan, sepatutnya, kami2 lah yg bantu mak bapak pulak. Mcm yg student TESL tu ckp, disebabkan kami ni terikat dgn kontrak dan, xtaw bila la nk mula bayar kontrak tu pon, kami terhalang utk mintak kerja kt tempat lain. Sbb apa? Mana ade company yg nak ambil org keje utk sebulan 2 je? Kalau ada pon, masalahnya kami x boleh nk beritahun berapa lama kami boleh keja disitu. Faham x? 

Aku dan rakan2 diikat selama 8 tahun utk berkhidmat dgn KPM. Tapi, selepas 4 bulan grad, hari pertama utk mulakan perkhidmatan pon blom mula lagi. So, agaknya, umur berapa baru kontrak kami tamat, ye??

Orang boleh ckp, "sabar.. sabar.. nnti ada lah tu dorg panggil..." "ala.. cari je la keje kt company mana2 dulu.." Tapi, orang2 tu x faham. 

FJ : Ni semua agenda utk suck up BN dlm PRU13 ke??????????? 

Wednesday, 28 September 2011

#1 photo talks



FJ : like it or not, it's what people usually do

Thursday, 22 September 2011

Aku sangkal pendapat yg mengatakan lelaki adalah simple, tak seperti perempuan yg complicated

Assalamualaikum,

Selamat pagi. Aku ada bace satu entry kt #terfaktab. Macam biasa, kisah cinta. Bersegi. Dulu, aku pernah cakap kat diri aku sendiri, yg aku x faham macam mana sorg laki boleh sayangkan 2 org perempuan dalam 1 ms yg sama. Mcm mana sorg laki boleh decide yg hatinya dah terpaut pada 2 org perempuan yg berbeza dalam waktu yg sama. Aku x faham. Dan ada suatu masa, aku claim yg aku faham. Realitinya, aku masih mcm dlu, x faham-faham. Oleh sbb itu, aku sangkal pendapat yg mengatakan lelaki is simple, x mcm perempuan yg complicated. 

Dalam kisah di #terfaktab, sorang perempuan P bercinta dengan lelaki L. Si L dikisahkan adalah berstatuskan suami orang. Selama 8 tahun, P dan L menjalinkan hubungan. 8 tahun, bukan 8 bulan atau 8 minggu. Yg buat aku tambah x faham. Dalam tempoh 8 tahun tu, si L sebenarnya hidup bahagia dgn anak bininya. Ya, bukannya bini dia tak boleh beranak atau dia hidup x bahagia sampai nak cari kasih lain di luar. Apa yg dikisahkan, L adalah lelaki yg bertanggungjawab, penyayang, etc. Dalam tempoh 8 tahun tu, P dah tolak beberapa pinangan lelaki lain. Sebab ape? Tak perlu aku ulas kot. Si kawan kepada P risau tgk keadaan kawan dia, lantas mengajukan sedas soalan, "dia x pernah ajak ko kawin ke?" Kata P "dia mmg nak kawin dgn aku, tapi dia takut.. dia takut bila dia kawin dgn aku, dia akan compromise kebahagian dia dgn anak bini dia.." Oleh sbb itu, aku sangkal pendapat yg mengatakan lelaki is simple, x mcm perempuan, yg complicated. 

Secara jujurnya. Aku tahu apa yg perempuan tu rasa. Aku mungkin tak faham, sbb situasi kita masing2 berbeza sbb pengalaman tu berbeza, kan? Aku tahu kenapa dia bertahan selama 8 tahun. Sayang. Cinta. Rasa memerlukan. Keterbiasaan. Harapan. Aku tahu kenapa dia sanggup menolak pinangan lelaki-lelaki lain. Sayang. Cinta. Rasa memerlukan. Keterbiasaan. Harapan. Jawapan yg sama utk kenapa dia akan sanggup terus menunggu. Betul, mereka masing2 L dan P serious dalam hubungan mereka. Tapi kalau dah L hanya mengharapkan miracle (seperti mana yg aku baca) semata, ke mana akhirnya 8 tahun mereka? Dan miracle yg mcm mane yg dia harapkan utk selesaikan semua tu, aku x pasti. Mungkin miracle isterinya meninggal. Atau P meninggal. Atau dia sendiri (L) meninggal. Baru L x perlu compromise apa2. Baru dia x perlu lost apa2. Baru semunya selesai tanpa dia perlu buat keputusan. Oleh sbb itu lagi, aku sangkal pendapat yg mengatakan lelaki adalah simple, x seperti perempuan, yg complicated. 

Aku setuju dgn pendapat si kawan. 8 tahun dah cukup. Dah cukup utk membuktikan yg mereka masing2 menyayangi antara satu sama lain. Dah cukup utk membuktikan yg L pengecut utk buat keputusan. Dah cukup utk buktikan yg L sebenarnya selfish. Dah cukup utk membuktikan yg L sentiasa berada di sisi P. Dah cukup utk membuktikan yg P sepatutnya x perlu terlibat dgn semua ni dari mula lagi. Aku x menangkan P atau L. Dua-dua salah. Mungkin sebagai perempuan, aku kesiankan P. L tengah sedap-sedap tidur berpeluk-peluk dgn bini dia malam, tapi P makan hati sorang2. L tengah bahagia keluar jalan-jalan dengan anak bininya, P tengah menghitung hari bila agaknya dia akan berjumpa L lagi. L yang dah berjanji dari 2 minggu lepas utk jumpa P tiba-tiba kena batalkan janji sebab anak-anak L merengek-rengek ajak bapak dorang pegi tengok wayang. So, apa yg P rasa? Dalam sedikit rasa bahagia, P dah telan banyak derita. Aku tahu, dan aku boleh ckp, aku faham. Oleh sbb itu juga, aku sangkal pendapat yg mengatakan lelaki adalah simple, x seperti perempuan yg complicated.

Mungkin kamu kamu semua boleh sambung entri aku ni, dengan penilaian masing2. Sambung lah. Kritiklah. Apa2 pon yg terjadi, bila melibatkan hubungan dan org ketiga, masyarakat akan salahkan orang ke-3. Sementelah lagi orang ke-3 tu adalah perempuan. Orang akan kata. Perempuan tu gatal. Perempuan tu tak sedar diri. Perempuan tu perampas. Perempuan tu perosak rumah tangga orang. Orang tetap akan kata, even perempuan tu dah sah jadi isteri, isteri ke-2! 

FJ : Aku teringat cerita-cerita dahulu. 

Monday, 19 September 2011

Pemadam

Assalamualaikum, 

Banyak mana pun duit yg kau labur, banyak mana budi yg kau tabur, banyak mana kasih yg kau curah, banyak mana sabar yg kau tadah, banyak mana bantuan yg kau hulur, banyak mana semangat yg kau tebar, banyak kali mana pon kau mengalah, orang x kan ingat tu semua.. Orang takkan kenang. Yg orang kenang ialah, salah kau yg kau buat.. Salah 1-2 yg kau buat tu, akan padam semua kebaikan kau pada orang lain. Percayalah cakap aku.. 

FJ : Tapi, waktu akan tetap berputar.. 

Friday, 16 September 2011

The longest year

Assalamualaikum,

I remember when i was so eager to finish my pgce course - not because of my enthusiasm, but it due to my desire to return home badly. I felt like time was freezing or at least, it was moving too slow. Every day seemed to be so impossible. I couldn't descriptively tell how I was so devoted in counting months and days. The autumn was too long before winter fall. As the winter passed, and i was successfully done with my first placement, the time movement looked normal again, well, at least to me. And, I was told to be patient, not to think over it too much and enjoy my final year in UK. That was what I did. I felt live again. 

It's all happen about 9 months back. And now, i'm here. Waiting. 

FJ : Thanks. Those words were really helpful back then. :) I wish all the greatest happiness in the world for you.. 

Wednesday, 14 September 2011

Anak dara berseni

Assalamualaikum,

"Org zaman dulu kalo nk cari anak dara utk dipinang, dorg tgk cara anak dara tu buat keje dari depan rumah (laman) sampai la ke belakang rumah.."

Tu yg mak gua ckp pagi td, waktu kami bersantai2 smbil buat ape yg patut. Yg pasti, mmg la sepotong ayat tu, bukan dtg out of nowhere. Ada la scenario yg menjerumus kepada dialog tu. Waktu tu, gua tgh sidai kain, manakala mak gua bersenam-senaman membakar lemak sampah. 

Gua : Mak, ade kawan k.long ni cite, mak dia ckp yg dia xde seni sidai kain. Mak dia kate lg, kalo nk sidai kain, sidai la suwa dgn suwa je, baju dgn baju je.. Jgn campur2.. 
Mak : Btol la tu kate mak dia. Kalo mak sidai kain pon, mak akan sidai kain yg besar2 dlu, then baru yg kecik2.. Xde la sidai tuala, kain batik, suwa, pastu tibe2 setoet ade suwa dalam. Pastu, sambung balik dgn kain batik. X ke huduh tu..
Gua : Ye la.. Mmg la k.long x buat gitu.. Mak ni.. *sambil dalam otak duk pk, nak kne rombak ke susunan sidaian ni? rasa mcm da xde yg x kena dgn seni sidaian gua*

gua igt, sbb tu la kot, dia ni wat underware-showcase.. seni punye pasal
[picture from a famous blogger's fb]
Lepas tu la mak gua kasi dialog nun di atas sana. Gua mane boley dgn mak gua. Mesti nk argue punye. Gua ckp, "tu dlu mak.." Dan mak gua sgt pantang kalo gua rasa nk menang dgn dia. Dia counter gua balik. "Dlu ke, skrg ke, kalo benda yg baik tu, kita ikut salah ke?" Then gua malas da nk bazirkan air liur. Gua diam. Diam gua x bermaksud gua setuju. Bila gua ckp dlu lain.. Gua maksudkan org yg nak meminang tu. Dah kalo skrg ni xde dah anak dara yg berseni luwa ke dalam, ke luwa rumah balik, xkan la smpi mak bapak tu (org yg meminang) xnak pinang sape2 utk anak jantan dia, kan? Ade jumpe anak dara yg nk sidai kain di zaman skrg ni pon da ckop baik. Nak demand yg berseni-seni bagai pulak? Gua bukan la nk ckp gua ni moden ke hape. Gua org kampung je pon. Cume gua ckp berlandaskan realiti. 

Tu blom lagi nk cari anak dara yg pandai buat kuih tradisional. Jgn ckp nk buat, name kuih pon x taw. Yg lu org taw, macaroons, strawberry mille-fueille, choc mousse, vanilla puff, etc. Mane lu org nak kenal lompat tikam, kuih karas, tepung bungkus? Gua pon, takat kenal je la, nak buatnye x mahir pon. Tu baru sentuh pasal 2 isu. Belum sebut lg pasal memasak, memotong, menjahit, menyulam, mengait, mengemas, melipat baju, etc. Gua pon x rela nk kupas byk2, sbb ye la kan, gua bukannya pakar. Kehkeh.

FJ : Mak gua selalu ckp gua ni kedekut dgn brg2 gua. 'Heh, mak jgn x taw, kedekut tu pon seni tahu.. Seni jimat cermat.'

Saturday, 10 September 2011

Tahniah awak! Tolong tolong tolong bahagia untuk saya

Assalamualaikum,

Aku baca sepotong ayat ini di status #ym seorang kawan seuniversiti dlu. Tertarik dgn maknanya, aku rasa entri ini sesuai aku judulkan sedemikian.

Hari ini, aku dapat satu khabar gembira - khabar gembira bagi pihak seorang kawan. Tapi, x bermakna aku x gembira dengan pengkhabaran itu :) Dia dah bertunang! Haha. Siyesli, aku xtaw menahu pasal berita ni. Xde sesiapa pon yg inform aku (mungkin org lain pon  xtaw) sampai lah aku tgk updates kat #fb. Well, bukan x bleh jangka yg si kawan dan pasangan akan bertunang, cuma x tersangka secepat ini. Kepada kau kawan, aku doakan kau bahagia. X kesahlah kau tolak aku ke tepi (sbb x btaw hal ni kat aku) pon. Kau tetap kawan aku. Kawan yg suatu ketika selalu dgn aku. Faham susah senang aku, selalu tolong aku - tanpa syarat, tanpa perlu berkira wang dan masa. Selalu mendengar masalah2 aku. Kau jugak x kesah dgn kata2 maki-hina aku kat kau. Aku pon mcm tu. Aku taw, kita masing2 tak ambek hati. You're like a big bro to me. Really. Terima kasih utk itu semua. 

[source: icanread]
Aku x salahkan kau sbb dah jarang contact aku. Sbb aku pon mcm tu! Well, aku faham, kita masing-masing ada komitmen. Lebih2 lagi bila masing2 dah pulang ke tanah air. Jangan risau lah! Kau tetap kawan aku. :) Mungkin kerana dlu kita sama2 selalu berkongsi cerita, berkongsi waktu susah (same2 keje part time utk tanggung hidup kt tmpt org), berkongsi kisah gembira, aku rasa mcm nak minta tolong kau bahagia utk aku. Bukan aku kecewalah! Ko jgn nak mcm2.. haha. Mksd aku, smpi waktu ni, aku masih blom jumpa org yg boleh aku panggil #teman istimewa, sedangkan kau dah jumpa. So, kau tolong bahagia utk aku, sementara aku jumpa org tu, okayh? 

[source: icanread]
Last but not least, sekali lagi ucapan tahniah dari aku utk korang berdua. Jaga si tunang baik2! Dah2 la tu bergaduh. #djaman bercinta dlu xpelah, skrg da x boleh! heeeee... Sampaikan ucapan tahniah aku utk tunang kau tahu! Dan.. jangan lupa jemput aku untuk kenduri nasik minyak korang nanti. May Allah bless *big smile*

FJ : Life is full of unexpected things. You might think you know everything about people around you, but you're actually not. Be prepared with the surprises! 

Saturday, 27 August 2011

Kuih raya edisi khas *khas = malas*

Assalamualaikum,

first attempt kuih raya

FJ : They're cute and look yummy.. But they don't taste good.. Hahahaha

Thursday, 25 August 2011

Aktiviti Sosial & Sosoal #1

Assalamualaikum,

Lokasi : Di sebuah majlis berbuka puasa kurang sosial tapi byk sosoal.. 

Setibanya di majlis, aku sbg gadis melayu yg penuh tatatertib dan sopan tolong mak menyusun juadah2 berbuka yg kami bawa. Ouh, majlis ni ala2 pot-luck (setiap hadirin bwk juadah masing2 dan share dgn org lain). Lepas tu, aku berjalan lenggang menuju ke sekelompok wanita2 yg tak aku kenali sdg bancuh air. Ye lah,  kena la jugak beramah mesra sket kan, walopon dalam hati x eklas. Tak jauh dr aku, kelihatan mak aku sedang rancak berbual sakan dgn 2-3 org wanita lain yg juga tak aku kenali. Ayah pula sudah mula buka cerita ke-2. 

Puan A : Eh, Puan B dah sampai. Anak2 mana?
Puan B : Ada dengan suami kat sinun tu ha.. 
Puan A : (setelah melihat aku dgn raut wajah kurang pasti..) Eh, ni org rumah (wife) siapa? 

Ya, aku faham soalan tu ditujukan kepada aku. Dan.. aku agak tercengang dgn soalan yg aku kira agak tak munasabah itu.

Aku : Errr... Saya belum jadi org rumah siapa2 lagi. Saya anak Puan Nizan.
Puan A, B, C & D : *gelak berjemaah*
Puan A : Takde, tanya tadi sbb ingatkan org rumah staff lelaki yg kami tak kenal.. 
Aku : Ouh.. bukan2.. =.= 

FJ : "Ouh, sy isteri ##########, cikgu lelaki yg tgh duduk kt sana tu.." Ada org suh aku jwb mcm ni, bila aku kongsikan kisah tragis ini dgn dia. 


Monday, 22 August 2011

Beribu Sesalan


Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku terseu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi

Kisah janji dimungkiri
dimungkiri

Sia-siaku mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku retak hariku
Luka jiwaku dihiris pilu

Sia-siaku mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku retak hatiku 
Luka jiwaku dihiris pilu

Beribu sesalan..



FJ : Never realise this song is soo great. With great singers too :)

Saturday, 20 August 2011

Kisah 20 August 2011

Assalamualaikum,

Dah genap 11 minggu aku balik. Rasa rindu pulak nk return to UK. Kt UK, byk benda yg berbeza - in terms of situation. X mcm kat cni. Kat sane, aku rase aku lagi rapat dgn org lain berbanding bila aku dah balik. Mmg la jaraknya jauh, tapi masing2 saling berhubungan. X kire sibuk mana pon. Mungkin btol org ckp, jauh di mata, dekat di hati. Dah jauh beribu2 batu, baru nk ingat selalu. Bila dekat, ada mcm xde je....

Mlm td, b4 tdo, tibe2 aku teringat psl tarikh 20 August 2011. Tarikh passport aku expire. Dah genap usianya 5 tahun. Terus aku bukak drawer, ambek passport. Selak helaian2 passport dan tgk cop2 yg terpampang melekat kt muka surat passport aku tu. Betul, aku x boleh putar balik masa. Aku x boleh balik ke masa lalu. Bukan aku nk hidup dalam masa lalu. Cuma, kadang2 mengenang masa lampau mampu buat kita gembira dan tersenyum, kan? Setiap cop yg ada dalam passport aku, aku boleh ingat kenangan2 sewaktu di tempat2 tu. Dengan siapa aku pergi, apa yg sedih, apa yg happy.. Semuanya terlayar balik depan mata aku, mcm aku tgh tgk skrin layar. 

Bila tgk balik passport, aku jadi sedih. Rasa mcm dgn matinya passport aku tu, mcm kenangan2 yg ada kt situ pon mati jugak. Ya, aku tahu aku merepek. Suka hati aku la nk merepek ke, ape ke. Maybe sbb aku sedih bila fikir, lepas ni, aku da x bleh nk 'terbang' ke sana sini lagi. Unless aku buat passport baru la kan. Tapi, nk buat passport baru, busuk2 nak kne ade RM300. Utk seorang penganggur mcm aku ni, RM300 tu, sgt sgtlah tinggi nilainya. Lagipon, org menganggur, mana ade duit nk g makan angin, kan? Mimpi la ko wan... 

[source]
InsyaAllah, jika diizinkan-Nya, suatu hari nanti aku nk buat jugak passport baru. Aku akan teruskan kesukaan aku utk meneroka tmpt org. Tgk keindahan ciptaan Allah. Yg paling penting, aku nak tunaikan hajat nenek aku :) 

FJ : Life is too precious for you to upset with something. It's too short for you to regret things you've done.  

Tuesday, 16 August 2011

Buat kamu yang datang pada masa depan (4)

Assalamualaikum,

[source]

FJ : Is it really gonna be okay?

Monday, 15 August 2011

#mondayblues not for me - as for now

Assalamualaikum wbt, 

[source]
FJ : Yes, you'll wake up from your sleep and find that it's not weekend anymore. It's monday! :P

Sunday, 14 August 2011

Lee Chong Wei, jangan putus harap! Yonex #BWFWorldChampionship 2011

Assalamualaikum,

Baru sahaja tamat perlawanan akhir perseorangan lelaki Yonex BWF World Championship 2011. Ternyata, usaha gigih pemain perseorangan lelaki terunggul badminton malaysia, Dato' #leechongwei masih belum mampu menundukkan Lin Dan, sekaligus merangkul gelaran Juara Dunia utk tahun ini. Malaysia hanya mampu berpuas hati dengan gelaran Naib Johan. #leechongwei menang set pertama dgn mata 22-20, namun tewas pada set kedua dan ketiga dgn mata 14-21 dan 21-23. Kejohanan kali ini merupakan percubaan kali ke-6 oleh Lee Chong Wei dalam usaha meraih gelaran juara dunia. Apa-apa pun, syabas aku ucapkan kepada Lee Chong Wei kerana bermati-matian bertarung sebentar tadi. Mungkin bukan rezeki kita. Mungkin, Johan perseorangan lelaki badminton Olympic 2012 milik kita. Siapa tahu? Aku sgt2 berharap aku dapat tgk Olympic London 2012.

Aku tertinggal saat-saat awal permainan Lin Dan dan Chong Wei pada set pertama. Ada perkara yg perlu di uruskan. Aku mula mengikutui perlawanan sengit antara mereka pada saat akhir set pertama, yg menyaksikan kemenangan berpihak kepada Chong Wei. Pada awal set kedua, Chong Wei seakan-akan hilang fokus dan konsistensi. Mungkin dia masih terbawa-bawa dengan kekalahan set pertama. Apa yg nyata, Lin Dan dan Chong Wei masing2 sudah masak dgn rentak perlawanan pihak lawan. Namun, mereka kerap melakukan kesilapan demi kesilapan yg sama, terutamanya di bahagian jaring. Entah la, aku tak faham kenapa. Pertengahan set kedua, Chong Wei bangkin sedikit. Tapi, Lin Dan tak beri peluang yg lama untuk Chong Wei. Ada suatu ketika dalam set kedua, Chong Wei pandai menggunakan peluang utuk mendapatkan mata bila Lin Dan cuba mempertikaikan bola masuk-keluar dgn penjaga garisan. Namun, set kedua berakhir dengan kemenangan berpihak kpd Lin Dan.

Pada awal set ketiga, Chong Wei kelihatan tenang dan konsisten. Kemungkinan besar, kekalahan dalam set kedua tadi sedikit sebanyak menyedarkan Chong Wei tentang apa yg harus dia lakukan utk mendapatkan title #worldchampion utk kejohanan unggul ini. Keadaan semakin getir bila mana menghampiri mata akhir set ketiga. Penyokong-penyokong dari kedua-dua negara juga cemas menantikan milik siapakah mata akhir set penentuan. Aku kira, Chong Wei mampu utk tamatkan permainan dgn mata akhir berpihak padanya ketika kutipan mata 20-19. Mungkin belum masanya, utk Lee Chong Wei memegang title juara dunia. Lin Dan menjuarai kejohanan dgn 23-21. Jelas, Lin Dan berpuas hati dgn pencapaiannya sekali lagi di kejohanan dunia ini. 

Utk Dato' #leechongwei, kami penyokong badminton Malaysia (terutamanya #LCW sendiri), akan terus memberikan semangat dan sokongan dari belakang. Kami harapkan agar Chong Wei tak patah semangat atau putus harap dgn kekalahan tipis ini. :)


FJ : National Lottery (England) dan Beras Jati Malaysia Sdn Bhd adalah antara penaja kejohanan ini -.-

Thursday, 11 August 2011

Tips: Jahit beads (manik)

Assalamualaikum, 

Disclaimer:
Sebelum apa2 berlaku (just in case), nak btaw dlu awal2 ye. I'm not a beads-master nor a sewing teacher. Belum pernah pon bukak bengkel menjahit dan x pernah ade seorang pon anak murid. So, tips yg bakal saya bagi ni, mungkin x sehebat kaedah yg pernah anda2 semua belajar sebelum ni. I just wanna share my thoughts and knowledge here. Mana tahu, mungkin ada yg berguna, kan?

At last, alhamdulillah, dah siap (x siap lagi sebenanrnya, tp dah x sabar2 sgt nk type entry ni, terus declare dah siap) jugak akhirnya jahitan manik kt baju kurung hari tu. Here's the last result. 

inspired by Edisi Khas Ramadhan Nona, Ogos 2010 edition

Xde la cantek sgt kan. Tapi, boleh la.. Oke. I did this all by myself. Sbb tu, ade yg herot sket. :P Sekiranya uols boboi dan gegel berminat nk jahit beads mcm ni kalo baju memasing (kalo kat baju boboi, mak xtaw la kat baju ape boboi nak jahit -.-), first skali uols kne ade symmetry line (baca: garis tengah pembahagi) kt baju. Maklumla.. saya ni, cikgu maths, so guna maths terminology sket eayh. Make sure, gunakan kapur jahitan utk draw the line. 

Then, iron kertas gam (sorry, x sure istilah ni betul ke x dalam jahitan) pada bahagian baju yg nak dijahit manik. Sebab? Utk memudahkan kerja, elakkan baju rosak dan utk pastikan jahitan kuat dan tahan lama.

kertas gam tu, saya lapik balik dgn kain lebihan dari baju dan kelim tepi
Kemudian, uols boleh mulakan jahitan dgn the first bentuk. Saya mulakan dgn menjahit lorekan tepi corak sebelum mula 'mewarna' bhgn dlm corak tu. Sbb manik yg digunakan bersaiz kecik, so setiap selangan jahitan saya letak 2 manik. Kalo agak2 x berapa faham, sila click gmbr pertama n zoom in :)

Utk beginners mcm saya ni, saya nasihatkan, lukis dulu corak 'terung' tu kat kertas keras @ cardboard, potong kertas tu ikut bentuk, terap atas kain dgn menggunakan kapur sebelum start jahit. Bukan apa, ni utk memudahkan kerja kita. Kata beginners kan, xkan nak terus hentam je. Rosak pulak baju nanti. Utk design yg mcm kt atas ni, saya guna 2 size utk corak terung. Yg besar 1, dan yg kecik sket 1. Then, pandai2 la nk rotate few degrees or nak flip them around utk dapatkan susunan yg menarik. 

Mcm yg korg seme tgk dlm gmbr kt atas tu, the design wasn't symmetry at all. Well, yg ni bergantung kpd taste, creativity dan kehendak masing2. Kalo nak buat symmetry pon boleh. Xnak pon xpe. Bagi saya, selain jahitan kat luar, jahitan bhgn dalam pon perlu dititik-beratkan. Mmg la org x nampak jahitan kt dalam tu, tp kemasan yg kat dalam tu yg menentukan manik korang mampu bertahan lama atau mmg x tahan langsung. 

Kalo boleh, elakkan keserabaian benang2. Bawak2 la rajin sket nk memotong dan memintal balik benang tu. Malas nk potong2 benang, nnti byk benang berserabut kt sana sini. Dah pakai baju cantik2, jahit manik vogue2 tiba2, g majlis geren, manik gegel berteraburan depan khalayak ramai akibat benang tersangkut kat rantai. X ke malu dah tu? Hilang lah segala vogi-the-vast tadi kan. 


Lg 1 tips, selepas selang beberapa jahitan, saya nasihatkan supaya uols matikan jahitan (jelujur super halus 2x pon dah ok). Nanti, xde lah kalo benang berpintalan atau suddenly ade jahitan yg terputus, akan affect semua jahitan uols, kan. Ala, precaution steps omputeh kata. 

Rasenye tu je kot tips yg nak dikongsi. Now, let's talk about the cost. Nak siapkan design (mcm dlm gmbr), saya hanya guna 3 paket kecik (rasenye ni stendet size) manik. Setiap 1 berharga RM4. So, RM12 la kan? Igt nak tambah another outer line utk design kt atas yg saya anggarkan akan guna lg 1 paket manik. So, altogether, RM16. Belum masuk cost benang, kapur, cardboard, etc. Honestly, agak mahal jugak (mungkin bg org yg x keje mcm sy ni) cost utk jahit manik ni. Ni belum lg guna manik yg bersize besar ala2 diamond gitu. Buat sendiri dah RM16.. Kalo upah orang nak kne kira cost upah pulak kan. Setahu saya, harga manik di pasaran bergantung pd brand dan kualiti manik tu. Ala, pandai2 lah uols pilih. Pilih la beads yg shiny sket, baru la tahan lama. Xde la nanti 2-3 kali basuh, dah x bergemerlapan dah kilauannya. Membazir u!

Nota : Sila tinggalkan comment kalo dah try, atau ade tips lain jugak yg nk di tambah. 

FJ : Jahit beads mmg glemer benor lah bulan2 puasa ni. Kata nak pakai baju raya yg santek-berkilauan-sampai-buta-mata-orang-yang-pandang! Oh, ni bukan baju raya tahu.. :D

Sunday, 7 August 2011

Perbualan dgn mak #2

Assalamualaikum,

Lokasi : Dapur

Mak : Jom kita buat kuih puteri mandi hari ni.
Aku : Boley saje..

***

Mak : K.long ambek nyor (baca: kelapa) tu parut dengan mesin nyor. Nanti nak buat kuih.
Aku : Laa.. anak jantan ada, nak suruh anak pompuan jugak buat benda ni? Amat, meh k.long ajar mcm mane nk mesin.
Amat : Jom. Amat bukan x reti. Tapi, mak yang x bagi buat.
Aku : Hah? (dengan pandangan x percaya)
Mak : Eh, x boleh. X boleh. Anak laki mak ni kecik lagi. Nanti kena tangan, luka. Susah nak menulis kat sekolah nanti.
Aku : Mcm tu pulak? Dah tu, anak pompuan mak ni, nanti nak sarung cincin. Kalau luka kena mesin nyor, nanti tangan x cantik dah. Mak jugak yg nak sgt anak mak ni kawin, kan.. *sakarstik* 
high-5 dgn amat
Amat : Ntah. Betul3.

Mak jeling dgn riak tak puas hati, sambil melayangkan sedas cubitan di lengan kiri aku.

FJ : We combine sarcasm with jokes in our family :)

Friday, 5 August 2011

Beads on Kurung

Assalamualaikum,

Since it's fasting month and it's friday (which we at Terengganu got day off), plus my mom is busy with her sewing,  I shall say, it's the best time for me to sew beads on my new kurung :) I must say, this is my second attempt. And the first one was done about a week ago. 


I'll update the progress and the photo off course once it's done! *working hard*

FJ : Kalau rase2 mcm nak buat tempahan, contact sy ye.. keke (ouh, sy mmg tgh cari kerja skrg)

Wednesday, 3 August 2011

Tips: How can we save electricity

Assalamualaikum,

Having headache to pay your monthly bills? Water, electricity, home phone + internet, broadband, ASTRO, mobile phone bills?? May these tips help :)


Brought to you by TNBbuzz

FJ : Save your electricity, save your money (heh, mcm tagline #Heroes je -.-)

Monday, 1 August 2011

Welcome again, ya Ramadhan

Assalamualaikum,

[source]
Ramadhan is here again. Alhamdulillah, praise to the Almighty Allah for this opportunity, meeting the holy month again in my life. Most of the time, Meleis (read : Malays) people remind each other about the preparation to celebrate this fasting month. They talk about the foodstuffs, iftar, more (read : more-ray) sahur or sometimes about preparing the stomach from eating and drinking. Well, I don't blame them. But I've got few things to add:
  1. Drink a lot of water at night.
  2. Be wise in choosing your dishes - waste no more.
  3. Train yourself with good habits so you'll have the habits with you for the next 11 months after Ramadhan, not the other way around. 
  4. Ramadhan brings happiness, peace and prosperity for those who really appreciate it. 

Happy fasting to all muslims :)


FJ : It's not just about fasting as in not eating and drinking.. But it's FAST-en-ING your soul..

Saturday, 30 July 2011

Doa : bukan hanya untuk kita..

Assalamualaikum,

Pernah dengar tentang doa untuk org lain (yg tidak diketahui oleh org tersebut) adalah lebih dahulu diterima? Aku ingat2 lupa tentang ni. So, aku cari sket;
Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).
Jadi, apa tunggu lagi? :)


FJ : Tak akan putus-putus.. 

Tuesday, 26 July 2011

Mak mertua dlu2 vs Mak mertua moden

Assalamualaikum wbt,

*ini bukan entry troll mak mertua*

Pasar & Sepa

Dulu : Rosmah, kamu buat ape lagi tu? Cepat la sket.. Temankan mak pergi pasar.. Dah pukul berapa ni..

Moden : Mummy ingat nak pegi spa la esok. Dah lame tak massage badan. Roziey ikut mummy, ok?

Kasar & Halus

Dulu : Bagus betul anak kamu ni Romelah. Rajin buat kerja. Untung la anak aku nanti, dapat isteri yang pandai uruskan rumah tangga.. (sambil belek2 tangan bakal menantu yg dah kasar sket)

Moden : Amboi, kot lah iya pon kamu ni selalu buat chores, takkan lah tak reti nak pakai losyen. Kasi lembut sikit tangan kamu tu. Kalo takde losyen, nanti mak pinjamkan untuk kamu. Pakai yg ade aloevera lah. Boleh lembapkan kulit. Sapu 3 kali sehari, especially before tdo. 

Ahli musik & Artis top

Dulu : Pantang keturunan nenek moyang aku berkahwin dengan ahli musik!

Moden : Joe, anak Datin Dee tu artis top taw. Cantik. Sexy lagi. Bibir dia macam Kila Fairy tu haa. Beruntungnya mama kalo dapat bermenantukan dia.

Cucu & Society

Dulu : Rajin-rajin la sikit bawak Roslan tu balik rumah mak ni. Rindu pulak mak kat dia. Cucu dah la ada sorang je. Sekali sekala, nak jugak mak jaga dia, main-main dengan dia, lepaskan rindu. Lagi pon, kat rumah ni dah takde siapa dah. Tinggal mak dengan ayah kamu je. Kalo ayah kamu lepak main dam dengan kawan-kawan dia, sunyi pulak mak kat rumah ni. 

Moden : Mummy busy la Fatin. Sekarang ni, persatuan mummy nak buat projek amal. Selalu ada meeting. Kalo Fatin bawak Idham datang sini, nanti Fatin bawak balik semula la ye. Tak sempat la mummy nak tengok-tengokkan dia. Bibik pon busy dengan kerja yang berlambak kat rumah ni. Dah la. Mummy dah lewat ni. Kawan-kawan mummy dah tunggu nak mula meeting. Mummy pergi dulu.

Tradisional & Moden

Dulu : Latif, mak mertua kamu ada pesan jamu untuk isteri kamu. Mak dah tanya kat Mak Limah sebelah rumah. Katanya set bersalin Jamu Mustika Ratu dah habis. Tapi, set bersalin Jamu Mak Dara ada lagi. Cuma bengkungnya yang tak ade. Stok lama dah habis. Dalam minggu depan, stok baru sampai. Ye lah. Telefon ni dah berbunyi dah. Mak tak cukup duit syiling. Minggu depan mak telefon kamu lagi. *tutt tutt tuuuuutttt*

Moden : Dear Yuyu, how are you and baby? Yuyu dah boleh start ambek supplement yg ibu recommend hari tu. Tapi, ingat. Check with your doctor dulu. Gym dah register ke belum? Ibu cadangkan Yuyu register dgn Slimming World. Skrg ade promo utk new mummy, taw. 
Sent from my iPad.

FJ : Nanti kali rajen aku buat version menantu pulak. Keke.. 

Sunday, 24 July 2011

Perbualan dgn mak #1

Tempat: dapur

Mak : Sedapnya nampak gulai tu. Rasa nak makan nasi la pulak.
Aku : Bukan tadi kate baru lepas makan ke kat jamuan sekolah tadi?
Mak : Ye la.. Tapi gulai dalca tu nampak sedap.

Mak ambil pinggan, letak nasi dan mula makan.

Mak : Erm.. sedap2. Ni kalau dah pandai masak dalca sedap, dah boleh kawin la ni.
Aku : Takde duit.
Mak : Kalau kak long nak kawin, mak sponsor semua.
Aku : Time takde calon lagi boleh la nak cakap macam tu.
Mak : .....

FJ : Dah 4 hari berturut2 hujan lebat waktu petang..

Tuesday, 19 July 2011

Once upon a time: big hole in the middle of heart

Assalamualaikum,

Aku still igt kali pertama aku meraung kerana cinta. Dan seingat aku, itu kali terakhir. Waktu tu, bukanlah kali pertama aku bercinta. Tahun ke-2 aku di UK. Masih igt lg, kerana dek tak tertahan nk menanggung sorg diri, aku ke bilik rakan. Aku luahkan semuanya pada dia. Aku mula dgn esakan kecil, sampai akhirnya aku meraung x sedarkan diri. Walau raungan aku tu kuat, boleh didengari oleh rakan2 lain, aku dah x peduli. Yg aku taw, hati aku sakit dan aku x mampu utk tanggung bebanan perasaan. Aku x jadi diri aku. Irrational. Aku sedar waktu tu, hati aku mmg dah terlanjur sayang. Terlalu sayang. Tibe2, apa yg aku harapkan tak menjadi kenyataan. Takdir Dia, aku kandas sekali lagi dalam relationship. 

Bila aku fikir2 balik, aku sendiri pelik kenapa aku meraung benar waktu tu. Reaksi aku x seperti sebelumnya, waktu aku kandas bercinta, juga x seperti sesudahnya. Mungkin kerana aku anggap things we had were different. Different from my past or even my distant future. Bukan aku xtaw, kelakuan aku tu salah. Cume waktu tu, aku x boleh nk berfikir dgn betul. Bg aku, things should have not supposed to turn that way. Hati aku teramat sakit waktu tu. Pedih. Mcm disiat-siat, dikelar- kelar dgn pisau tajam. Hati aku rasa kosong. Mcm ade lubang besar yg baru ditebuk kt situ. Menangis jgn ckp lah. X surut air mata ni jatuh menuruni pipi. 

neveragainx0.tumblr via momoiya

Aku teringat ni seme waktu aku tgk movie Nur Kasih td. Ye, aku taw, aku ni x macam korg yg dah tgk cite tu. Korg kan advance.. First screening dah p tgk dah cite Nur Kasih tu. Sedar jek, aku tertinggal berkilo-kilometer di belakang -.- Ok, balik ke story aku. Dlm movie tu, byk bercerita soal kehilangan dan pengorbanan. Aku x faham mcm mane kehilangan secara zahiriah - mksd aku, org tu dah xde, dijemput Allah - sbb aku x pernah rasa seumpamanya. Tp, aku faham mcm mane kehilangan. Mcm mane rasa sakit dan perit dalam dada menanggung rasa sedih. Mcm mane fikiran aku lose focus dan x boleh berfikir dgn btol. Waktu tu, aku x kuat. Dan aku x dpt kekuatan dr sesiapa. Aku cuma kumpulkan apa yg ade dlm diri aku, utk aku hadam ape yg terjadi. Aku juga lupa, aku sentiasa.. sentiasa ada Dia. Tu silap aku yg paling besar. (_ _)

Kita hanya akan faham ape yg org lain lalui, jika kita pernah lalui perkara yg sama. Stakat ckp "ya, aku faham.. tp ko kne banyak2kan bersabar.." x bermakna kita faham ape yg org tu lalui. Betul la kata pepatah. Berat mata memandang dan telinga mendengar, berat lagi hati yang menanggung! Byk mende yg buat aku tersentuh tgk movie tu td. Antaranya; aku teringin ke tmpt2 yg dorg pergi dlm movie tu. Terutamanya satu tmpt istimewa tu. Nak sgt ke sana. 

Adam : Nur xkan sesat.. Sbb Adam akan cari Nur sampai bila-bila.. 
Adam : Ya Allah, ambillah apa saja.. apa saja melainkan dia.. 

FJ : Beruntung Nur, ada Adamnya.. 

Sunday, 17 July 2011

Kotak besar dengan keranda

Assalamualaikum,

*ehem* Biasalah, pagi2. Suara kne tune dulu. Dah lebih sebulan - atau lebih tepat dah lebih 7 minggu - saya jadi penganggur terhormat. Dalam bulan pertama pengangguran saya, saya sempat ke sana-sini dengan adik saya. Sekarang, tak de dah. Kalao ade sekali pon, dalam lingkungan kawasan berjejari 40km dari rumah. Itu sahaja. Tapi, bukan kerjaya tanam anggur yang nk diceritakan kat sini. 

***

Saya tengah rushing waktu tu. Ada hal penting yang perlu saya selesaikan dengan segera. Malangnya saya telah tersesat. Entah macam mana, dalam pada masa saya tengah pening tengok lakaran ringkas jalan di kertas kuning itu tadi, tiba-tiba saya sampai di sini. Suasana kawasan ini agak berlainan. Mungkin kerana jalannya menuju ke balik bukit sana. Mungkin kerana di kiri kanan jalan ada terlalu banyak pokok pisang. Atau mungkin kerana ini kali pertama saya sampai di sini. 

Ada sesuatu yang buat saya lalai tentang tujuan asal saya merentasi jalan ini. Tempat ini terlalu hijau. Kelekaan saya menyebabkan saya brek mengejut bila mendapati saya terlanggar sesuatu atau seseorang. Saya keluar dari tempat pemandu. Saya dapati, kereta saya dah 'tercium' satu kotak besar yang entah macam mana boleh tersadai di tengah-tengah jalan. Pelik dengan saiz dan rupa kotak tersebut, saya beranikan diri menyisip intai isi di dalamnya. 

"Ya Allah! Ada orang!" Saya tak dapat berfikir dengan tenang. Sekejap saya rasa saya hanya perlu tinggalkan kotak itu di situ dan cabut lari. Namun, ada juga rasa bersalah dalam diri saya. Mungkin orang dalam kotak tu mati kerana saya. Lalu, dengan kudrat yang ada, saya muatkan kotak tu ke dalam kereta. Entah apa yang menghasut saya supaya berani berbuat demikian, saya sendiri tak pasti. Yang saya tahu, saya perlu kebumikan mayat tersebut selayaknya. Saya padamkan ingatan saya tentang tujuan asal saya ke daerah itu. Kereta yang dipandu terus laju menuju ke rumah. 

Setibanya di rumah, saya keluarkan kotak besar itu. Saya takut untuk mencerikan hal sebenar kepada mak dan ayah. Takut dimarahi kerana kecuaian saya. Kotak besar itu saya letakkan di tepi garaj kereta. Dalam rancangan saya, petang nanti saya akan bawa kotak tersebut ke rumah pak imam kampung. Malangnya, hujan lebat turun mencurah-curah. Kereta pula tak ada. Mungkin adik yang guna ke pasar malam. Saya matikan niat ke rumah pak imam.

Keesokan harinya, disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja, saya terlupa tentang kotak besar itu. Setibanya di rumah, kata emak ada seorang perempuan datang ke rumah mencari saya. Katanya ada hal penting. Bila emak ke bilik mencari saya - mak fikir saya sudah pulang - tiba-tiba perempuan itu menghilang. Saya tidak mengesyaki apa-apa. Mungkin kawan sekolah. Timbunan kerja yang terlalu banyak buat saya terus lupa tentang kotak itu dan niat asal saya. Berhari-hari saya biarkan kotak itu di situ. Selama itu juga, kata ayah ada seorang perempuan yang datang setiap hari ingin menemui saya. Menurut emak, itu adalah perempuan yang sama yang datang pada hari pertama dulu. Aneh dengan apa yang baru saya ketahui, saya putuskan untuk tidak ke tempat kerja hari berikutnya. 

Saya nantikan kedatangan wanita itu. Dia datang tepat seperti waktu biasanya dia ke rumah mencari saya. Bila saya tanyakan apa yang dia mahu, dia halakan tangannya ke garaj kereta. Terperanjat besar saya bila mendapati ada sebuah keranda di situ. Entah dari mana datangnya, bila masa ia berada di situ, saya tidak pasti. Seperti selalunya, wanita tadi menghilangkan diri. Rasa takut datang menyelinap dalam diri saya. Lantas saya ceritakan semuanya kepada mak dan ayah dalam tangisan kuat saya. Perihal kotak itu, dan niat saya yang tertunggak. Ternyata, mak dan ayah terkejut besar dengan apa yang mereka dengar. 

***

Seram sejuk badan bila saya ceritakan semula ini semua di sini. Ya, ia mimpi. Mimpi itu terputus di situ. Saya sendiri tidak pasti apa kesudahan mimpi itu. Yang saya tahu, mimpi ini datang lepas saya sambung tidur, usai sahur.

FJ : siyes.. mimpi ni menakutkan aku