Tuesday 22 November 2011

Emas untuk bola sepak Malaysia SEA Games 2011

Assalamualaikum,

Kalau dah rezeki tu Allah tentukan untuk kita, dengan usaha, semangat dan faith in Allah, rezeki tu tetap milik kita. Alhamdulillah, syukur. Akhirnya skuad Harimau Malaya berjaya meraih emas untuk Malaysia di SEA GAMES 2011. Tahniah untuk anda2 semua, jurulatih, juruletih, jururawat, jurusokong dan semua juru2 lain juga. Kalau x silap, ni emas ke-59 Malaysia dalam SEA GAMES 2011. Kalau silap, sila betulkan. 

Utk skuad Harimau Malaya, syabas sekali lagi. Hari rabu nanti, 23/11/2011 kita akan saksikan sekali lagi Harimau Malaya bertarung untuk kelayakan Olympic pusingan ke-3. Jadi, untuk masa yang ada, rehat secukupnya. Untuk penyokong-penyokong setia bola sepak Malaysia dan Harimau aum-aumm.. berikan sokongan anda sekali lagi dan lagi dan lagi untuk mereka. :)

FJ : Pertarungan malam ni, betul2 bawa erti pertarungan akhir. 
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)