Thursday, 11 August 2011

Tips: Jahit beads (manik)

Assalamualaikum, 

Disclaimer:
Sebelum apa2 berlaku (just in case), nak btaw dlu awal2 ye. I'm not a beads-master nor a sewing teacher. Belum pernah pon bukak bengkel menjahit dan x pernah ade seorang pon anak murid. So, tips yg bakal saya bagi ni, mungkin x sehebat kaedah yg pernah anda2 semua belajar sebelum ni. I just wanna share my thoughts and knowledge here. Mana tahu, mungkin ada yg berguna, kan?

At last, alhamdulillah, dah siap (x siap lagi sebenanrnya, tp dah x sabar2 sgt nk type entry ni, terus declare dah siap) jugak akhirnya jahitan manik kt baju kurung hari tu. Here's the last result. 

inspired by Edisi Khas Ramadhan Nona, Ogos 2010 edition

Xde la cantek sgt kan. Tapi, boleh la.. Oke. I did this all by myself. Sbb tu, ade yg herot sket. :P Sekiranya uols boboi dan gegel berminat nk jahit beads mcm ni kalo baju memasing (kalo kat baju boboi, mak xtaw la kat baju ape boboi nak jahit -.-), first skali uols kne ade symmetry line (baca: garis tengah pembahagi) kt baju. Maklumla.. saya ni, cikgu maths, so guna maths terminology sket eayh. Make sure, gunakan kapur jahitan utk draw the line. 

Then, iron kertas gam (sorry, x sure istilah ni betul ke x dalam jahitan) pada bahagian baju yg nak dijahit manik. Sebab? Utk memudahkan kerja, elakkan baju rosak dan utk pastikan jahitan kuat dan tahan lama.

kertas gam tu, saya lapik balik dgn kain lebihan dari baju dan kelim tepi
Kemudian, uols boleh mulakan jahitan dgn the first bentuk. Saya mulakan dgn menjahit lorekan tepi corak sebelum mula 'mewarna' bhgn dlm corak tu. Sbb manik yg digunakan bersaiz kecik, so setiap selangan jahitan saya letak 2 manik. Kalo agak2 x berapa faham, sila click gmbr pertama n zoom in :)

Utk beginners mcm saya ni, saya nasihatkan, lukis dulu corak 'terung' tu kat kertas keras @ cardboard, potong kertas tu ikut bentuk, terap atas kain dgn menggunakan kapur sebelum start jahit. Bukan apa, ni utk memudahkan kerja kita. Kata beginners kan, xkan nak terus hentam je. Rosak pulak baju nanti. Utk design yg mcm kt atas ni, saya guna 2 size utk corak terung. Yg besar 1, dan yg kecik sket 1. Then, pandai2 la nk rotate few degrees or nak flip them around utk dapatkan susunan yg menarik. 

Mcm yg korg seme tgk dlm gmbr kt atas tu, the design wasn't symmetry at all. Well, yg ni bergantung kpd taste, creativity dan kehendak masing2. Kalo nak buat symmetry pon boleh. Xnak pon xpe. Bagi saya, selain jahitan kat luar, jahitan bhgn dalam pon perlu dititik-beratkan. Mmg la org x nampak jahitan kt dalam tu, tp kemasan yg kat dalam tu yg menentukan manik korang mampu bertahan lama atau mmg x tahan langsung. 

Kalo boleh, elakkan keserabaian benang2. Bawak2 la rajin sket nk memotong dan memintal balik benang tu. Malas nk potong2 benang, nnti byk benang berserabut kt sana sini. Dah pakai baju cantik2, jahit manik vogue2 tiba2, g majlis geren, manik gegel berteraburan depan khalayak ramai akibat benang tersangkut kat rantai. X ke malu dah tu? Hilang lah segala vogi-the-vast tadi kan. 


Lg 1 tips, selepas selang beberapa jahitan, saya nasihatkan supaya uols matikan jahitan (jelujur super halus 2x pon dah ok). Nanti, xde lah kalo benang berpintalan atau suddenly ade jahitan yg terputus, akan affect semua jahitan uols, kan. Ala, precaution steps omputeh kata. 

Rasenye tu je kot tips yg nak dikongsi. Now, let's talk about the cost. Nak siapkan design (mcm dlm gmbr), saya hanya guna 3 paket kecik (rasenye ni stendet size) manik. Setiap 1 berharga RM4. So, RM12 la kan? Igt nak tambah another outer line utk design kt atas yg saya anggarkan akan guna lg 1 paket manik. So, altogether, RM16. Belum masuk cost benang, kapur, cardboard, etc. Honestly, agak mahal jugak (mungkin bg org yg x keje mcm sy ni) cost utk jahit manik ni. Ni belum lg guna manik yg bersize besar ala2 diamond gitu. Buat sendiri dah RM16.. Kalo upah orang nak kne kira cost upah pulak kan. Setahu saya, harga manik di pasaran bergantung pd brand dan kualiti manik tu. Ala, pandai2 lah uols pilih. Pilih la beads yg shiny sket, baru la tahan lama. Xde la nanti 2-3 kali basuh, dah x bergemerlapan dah kilauannya. Membazir u!

Nota : Sila tinggalkan comment kalo dah try, atau ade tips lain jugak yg nk di tambah. 

FJ : Jahit beads mmg glemer benor lah bulan2 puasa ni. Kata nak pakai baju raya yg santek-berkilauan-sampai-buta-mata-orang-yang-pandang! Oh, ni bukan baju raya tahu.. :D

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

2 Responses so far

  • super likeeee! nak try la jugak :)

  • hee... sila2.. jgn malu2 :)

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)