Sunday 14 August 2011

Lee Chong Wei, jangan putus harap! Yonex #BWFWorldChampionship 2011

Assalamualaikum,

Baru sahaja tamat perlawanan akhir perseorangan lelaki Yonex BWF World Championship 2011. Ternyata, usaha gigih pemain perseorangan lelaki terunggul badminton malaysia, Dato' #leechongwei masih belum mampu menundukkan Lin Dan, sekaligus merangkul gelaran Juara Dunia utk tahun ini. Malaysia hanya mampu berpuas hati dengan gelaran Naib Johan. #leechongwei menang set pertama dgn mata 22-20, namun tewas pada set kedua dan ketiga dgn mata 14-21 dan 21-23. Kejohanan kali ini merupakan percubaan kali ke-6 oleh Lee Chong Wei dalam usaha meraih gelaran juara dunia. Apa-apa pun, syabas aku ucapkan kepada Lee Chong Wei kerana bermati-matian bertarung sebentar tadi. Mungkin bukan rezeki kita. Mungkin, Johan perseorangan lelaki badminton Olympic 2012 milik kita. Siapa tahu? Aku sgt2 berharap aku dapat tgk Olympic London 2012.

Aku tertinggal saat-saat awal permainan Lin Dan dan Chong Wei pada set pertama. Ada perkara yg perlu di uruskan. Aku mula mengikutui perlawanan sengit antara mereka pada saat akhir set pertama, yg menyaksikan kemenangan berpihak kepada Chong Wei. Pada awal set kedua, Chong Wei seakan-akan hilang fokus dan konsistensi. Mungkin dia masih terbawa-bawa dengan kekalahan set pertama. Apa yg nyata, Lin Dan dan Chong Wei masing2 sudah masak dgn rentak perlawanan pihak lawan. Namun, mereka kerap melakukan kesilapan demi kesilapan yg sama, terutamanya di bahagian jaring. Entah la, aku tak faham kenapa. Pertengahan set kedua, Chong Wei bangkin sedikit. Tapi, Lin Dan tak beri peluang yg lama untuk Chong Wei. Ada suatu ketika dalam set kedua, Chong Wei pandai menggunakan peluang utuk mendapatkan mata bila Lin Dan cuba mempertikaikan bola masuk-keluar dgn penjaga garisan. Namun, set kedua berakhir dengan kemenangan berpihak kpd Lin Dan.

Pada awal set ketiga, Chong Wei kelihatan tenang dan konsisten. Kemungkinan besar, kekalahan dalam set kedua tadi sedikit sebanyak menyedarkan Chong Wei tentang apa yg harus dia lakukan utk mendapatkan title #worldchampion utk kejohanan unggul ini. Keadaan semakin getir bila mana menghampiri mata akhir set ketiga. Penyokong-penyokong dari kedua-dua negara juga cemas menantikan milik siapakah mata akhir set penentuan. Aku kira, Chong Wei mampu utk tamatkan permainan dgn mata akhir berpihak padanya ketika kutipan mata 20-19. Mungkin belum masanya, utk Lee Chong Wei memegang title juara dunia. Lin Dan menjuarai kejohanan dgn 23-21. Jelas, Lin Dan berpuas hati dgn pencapaiannya sekali lagi di kejohanan dunia ini. 

Utk Dato' #leechongwei, kami penyokong badminton Malaysia (terutamanya #LCW sendiri), akan terus memberikan semangat dan sokongan dari belakang. Kami harapkan agar Chong Wei tak patah semangat atau putus harap dgn kekalahan tipis ini. :)


FJ : National Lottery (England) dan Beras Jati Malaysia Sdn Bhd adalah antara penaja kejohanan ini -.-
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)