Tuesday 26 October 2010

Ini Entri Peribadi | Jalan2 dengan kawan2!


Dua hari yang lepas, Ili dan Aliff turun London. Berjalan sakan jugak kitorang. Tengah hari itu, kami gather kat London Waterloo Station. Lepas contact Eddi, kami gerak ke destinasi pertama, yang tak berapa jauh dairi Waterloo. Mula-mula ke Covent Garden, sebab Ili ada appointment di Apple Store Covent Garden. Appoinment pukul 1. Kami yang terlebih punctual, sampai awal la plak. Maka, merewanglah kami di sekitar Covent Garden Market. Ade cookies stall yang jual the best cookies (kata Aliff) kat situ. Oleh sebab Aliff sungguh2 recommend, kami beli lah.


Ben Box from Ben's Cookies


Pukul 12.15 tengah hari, kami start jalan di sekitar kawasan Covent Garden tu untuk cari Apple Store. Tak nak lah nanti terlambat, kan? Jumpa! Dah alang2, takkan nak tunggu Ili je masuk dan kami tunggu di luar store, kan? Haha. Aku ni bukanlah peminat Apple. Satu gajet keluaran Apple pon aku tak ada. Jangan nak sebut Macbook Pro atau Ipad, Ipod paling cikai tu pon aku tak ada. Pun begitu, dah banyak jugak Apple Store yang aku masuk kat UK ni. Saja melihat2, kadang2 temankan kawan2. Apple store kat Covent Garden adalah store yang paling best yang pernah aku masuk! Ada upload sekeping gambar dalam store tu kat facebook, dan sorang kawan aku komen dia ckp "ye ke tu apple store? mcm library je!". Come on. Buat apa nak tipu. Ni cerita betul, bai. Siap ada workshop lagi kat situ. Dorang buat demo untuk Apple dummies, jawab semua kemusykilan yang bersarang di benak kita tentang product Apple. Memang terbaik! Staff2 kat situ pun bukan main friendly dan tekun buat kerja. Siapa la yang tak enjoy, kalau tiap hari asyik kerja dengan ipad, ipod dan macbook! 


 Ili

 ni gambar yang dikatakan macam dalam library tu

the 'library' staffs.. haha

Dah settle semua hal (termasuk Aliff yang tanpa diduga dapat iphone baru to replace iphone dia yang rosak wifi function), kami gerak ke Paddington. Kenapa? Untuk makan! Makan free pulak tu. Restoran Satay House ada buat open restoran. Semua pelanggan dapat makan free~ Yuhuuu! Disebabkan masing2 lapar, jadi tak ada siapa pun yang bother untuk angkat camera dan snap gambar while dining. Maaf diatas kelaparan kami. :)

Kami kemudian ke Soho, (Lomo + photography) Lomography Gallery Store. Ili punya pasal lah ni. Kami turutkan saja. Mula-mula ingat kedai tu boring gile. Rupanya, best! Siapa sangka, kan? Penggemar Lomography mesti dah biasa dengan kedai ni. Aku tak berapa minat dengan Lomo. Kata Ili, Lomo beri lebih banyak kepuasan berbanding dslr. Mungkin benar. Hasil photography dari Lomo memang memberansangkan!


@ Soho, Lomography Gallery 

Aliff with one of the Lomo.. Pink you! 

the wall of lomography

Dari Lomo, kami ke Hard Rock Cafe pula. Aku ngan Ili tak ikut pun. Aliff dengan Eddi je yang pergi. Ili ajak aku 'shooting' kat park. Memang takde kerja! Ili kata, ni autumn terakhir dia. Betul. Untuk aku jugak. Autumn terakhir. Macam sedih je, kan? Jadi, aku layankan saja lah Ili nak ber-posing di situ.

autumn Lomo


Dalam hujan renyai, kami bertolak balik ke rumah masing-masing. Happy. Dah lame tak menggila. Bila jumpa Eddi, Aliff & Ili, ada peluang menggila. Hope to do it again some other time guys! :)

FJ : Kalau kat UK, Apple Store terus akan ganti product baru on the spot bila kita bawa product Apple yang dah rosak ke mana-mana store mereka. X perlu bawak resit ke ape. Cuma bawa product yang rosak tu sebagai bukti. Macam kes Aliff, iphone dia dah out of warranty kot, still dpt new replacement. Best, kan? Kalau kat Malaysia macam tu jugak ke? Hurrmm.. 
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

2 Responses so far

  • lobos says:

    nak tumpang tanye buley? Peribadai tu ape? kekekeke~

  • Unknown says:

    hahaa.. adoi.. peribadai tu.. gabungan 2 perkataan.. peri+badai.. jadi lah peribadai
    wek

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)