Friday, 29 October 2010

Pasar jual bf, ade? | Entri lawak di malam hari.


Hahaha. Ini bukan entri pathetic, oke! Tadi, di TWITTER, aku dan adik-adik final year ada berdiskusi tentang bf - boi-friend, boyfriend, buayafriend, atau apa-apa saja yang kamu panggil. Seorang suruh aku cari, seorang suruh aku relax. Aku jawab;
kalau bf tu ada jual kat pasar, kak wan beli dah
Saja-saja aku melawak dengan mereka. Suasana agak riuh di timeline twitter aku, sebab tweet aku. Bermacam tweet balas yang aku dapat dari adik-adik final year. Kata mereka, kalau ada pasar sedemikian, dah ramai yang beratur untuk beli. Ada juga yang kata, boleh pilih-pilih dan bawa balik saja. Macam teddy bear, luah aku dalam hati. Lalu aku bayangkan kewujudan pasar itu. Tak berapa jelas untuk aku gambarkan kat sini. Ada deretan lelaki-lelaki berpakaian sopan dan kemas, berdiri gaya macho atau duduk di kerusi-kerusi yang ada di pasar itu. Mungkin ada sedikit kesamaan macam scene dalam filem P. Ramlee, 3 Abdul, tolak cara pakaian mereka :P Mungkin juga seperti pasar-pasar biasa. Cuma, pasar ini, tak perlukan meja dan barang jualan lain. Cuma, tak make sense la pulak, peniaga-peniaga tu jual diri sendiri, kan? Oke, cut this one out

Scene dari filem P Ramlee, 3 Abdul

Aku faham, kalian ada cara imaginasi kalian sendiri. Bayangkan pula, kalau pasar itu adalah 'pasar batu', maksud aku shopping mall. Ada butik yang jual bf. Bila ada sale? Hahahaha.. Kalau di Malaysia, mega sale, UK pula, waktu boxing day. Aku agak, kalau lah betul-betul ada, bf-bf ini akan mempersiapkan diri mereka sebaiknya untuk tunggu mega sale dan boxing day. Jaga muka, appearance, etc. Mana tak. Waktu macam ni la kedai-kedai biasanya habiskan stok. Kalau tak laku, mahu kena gelak dek bf lain yang dah disambar? Aku kira, kain baju di kedai, kalau mereka boleh gelak kat kain baju yang tak terjual, dah lama retailer shops bingit dengan bunyi gelak ngeri mereka. Tahap imaginasi aku kronik malam ini. Sangat menakutkan.

Maaf. Tak berniat untuk memperkotak-tinkankatikkan sesiapa. Sekadar entri menghiburkan diri dan rakan-rakan pembaca serta pelawat. Tidak berniat untuk offense sesiapa, apa pula menghina opposite gender. Jika ada yang tersinggung, sekali lagi maaf dari aku. 

*********

Musim luruh datang lagi. Seingat aku, ini adalah musim luruh ke-5 aku di sini. Tiada lagi musim luruh untuk aku selepas ini. Pada aku, musim luruh circulate perkara atau kejadian yang sama dalam hidup aku. Permulaan semester baru, scenery yang cantik walaupun ada waktu gloomy dan windy; daun kekuningan luruh, pokok-pokok mula botak tak berdaun, dan banyaknya burung yang berterbangan. Dan ada satu lagi perkara yang sama berlaku bila tiba musim luruh. Tak perlu aku beritahu di sini. Terlalu peribadi. Dah kat atas tu, melawak, sekarang serius semacam kenapa? 

Siang tadi, sempat ke Kingston. Melaksanakan niat yang dah 4-5 hari aku simpan. Sambil-sambil itu, sempat juga ambil gambar autumn scenery from Kingston Bridge. Cantik. 




FJ : Jika ditakdirkan akan ada musim luruh sekali lagi untuk aku, aku harap semua kesamaan itu tiada lagi. Atau sekurang-kurangnya yang satu itu. Happy autumn everyone. :)
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

2 Responses so far

  • i need that kind of pasar right now. i need to shop one. i need sale, but of course the thing must be high quality enuff. haha

  • Unknown says:

    haha.. i think i need that kind of pasar to.. or at least online shopping, where the 'item' will be delivered right to my door :)

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)