Assalamualaikum,
Bila sebut saja United Kingdom, mesti orang akan bercakap pasal London, Manchester, Cardiff, Edinburgh. Kalau dalam tahun ni (2012), United Kingdom sinonim dengan Olympics 2012. Tak pun, biasanya orang akan terbayangkan Old Trafford, Fish and Chips, All England Badminton Tournament atau mungkin syurga membeli belah di Oxford Street dan outlet-outlet tersohor di sana. Untuk yang ingin lari dari kelompok percutian biasa, apa kata cuba terokai tempat-tempat menarik di bahagian barat United Kingdom.
Kalau tak silap, 3 minggu sebelum cuti Easter 2010, aku dan kawan-kawan mula merancang aktiviti kembara kami. Masing-masing mahu lari dari tempat yang biasa dikunjungi pelajar-pelajar Malaysia di sana. France? Italy? Atau mana-mana lokasi lain di Eropah? Tak. Kami semua sepakat untuk tidak keluar dari United Kingdom. Idea untuk menjelajah ke barat Great Britain timbul setelah kami terpandang gambar sebuah keluarga melayu yang bercuti ke sana tidak lama sebelum itu. Tujuan mereka ke sana didorong oleh minat mereka dalam mengumpul cangkerang. Kami? Kami mahukan kelainan :P
Bersusah payah juga kami aturkan itinerary road trip 4 tu. Pun begitu, aku kongsikan di sini peta perjalanan jelajah kami selama 4 hari 3 malam - bukan route yang tepat seperti mana yang kami lalu. Mana tahu, kot ada yang nak jadikan peta ini sebagai rujukan road trip mereka pula. Kalau tengok peta kat bawah, mungkin korang dapat tengok serba sedikit tempat-tempat yang aku dan kawan-kawan singgah dan lawati. Dah ada peta, boleh lah buat jadual perjalanan,kan? :)
Day 1: Guildford - Cornwall
dari atas kanan dan clockwise: Porthcurno beach, Eden Project, Minack Theatre, Lands End. |
Kami mulakan perjalanan dari Guildford seawal jam 5 pagi. Masing-masing bangun awal atau mungkin ada juga yang tak tidur langsung. Kelengkapan semua dah siap, enjin kereta dah dipanaskan dan wuduk dah sedia ambil untuk memudahkan kami solat di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan. Siap bawa bekal nasi goreng untuk sarapan pagi lagi. Hehe. Destinasi pertama kami; tempat menarik di sekitar Cornwall. Pemandangan di kiri kanan jalan sangat memukau sepanjang perjalanan dalam county Devon dan Cornwall. Cantik teramat tapi dalam masa yang sama, menenangkan. Macam lukisan. Setibanya di Lands End, aku dan kawan-kawan bertambah-tambah teruja dengan apa yang kami tengok. Macam tak percaya! Cerunan tebing tinngi Lands End betul-betul di depan kami. Waktu tu, masih awal pagi. Belum ramai orang di sana. Jadi, kalau kami macam orang jakun sekali pun, kami tak kisah! :)
Puas bergambar, kami putuskan untuk ke Minack Theatre. Porthcurno beach tak termasuk pun dalam perancangan asal. Oleh sebab Porthcurno beach hanya bersebelahan dengan open theatre tu, apa salahnya melencong sekejap, kan? :D Laut yang mengelilingi Minack Theatre sangat bersih. Warna air laut tu nampak biru kehijauan. Walau pun nampak macam panas terik (tengok gambar), tapi tolong jangan tertipu. Angin yang bertiup kuat dari laut mampu buat aku menggigil juga walau dah pakai jaket tebal. Teater ni masih digunakan untuk pementasan. Mesti syok dapat tengok teater di tempat terbuka macam ni, Tepi laut pula tu.
Awan berat menemani kami separuh perjalanan ke Eden Project. Alhamdulillah, sesampainya di Eden Project, cuaca baik walaupun awan kelihatan sedikit mendung. Syukur tak hujan. Apa yang menarik pasal Project Eden ni ialah, pengunjung dapat merasai kelainan iklim di dalam glob hemisfera yang berlainan. Kalau di Malaysia, kita ada rumah 4 musim di Bukit Cerakah. Konsepnya sama. Selain itu, pelbagai aktiviti lain juga boleh dilakukan, terutamanya aktiviti untuk kanak-kanak.
Kami bermalam di Etap Hotel, Plymouth.