Wednesday, 9 May 2012

Pendengaran kurang jelas : Jangkitan pada telinga tengah

Assalamualaikum,

Semalam, aku ke sebuah ENT (Ear, Nose, Throat) Specialist Clinic - Klinik ENT Venka, Kuala Terengganu. Saja pegi nak buat check up telinga, sebab aku perasan yang these past few months aku mcm kurang dengar sket. Kurang peka dengan bunyi2 yg perlahan. Kadang2, kalau bercakap dengan orang pon, aku kne mintak org tu repeat balik apa yg dia cakap, which leads to annoying. Org yg kne repeat annyoed dgn aku sbb dia kne ulang2 byk kali, dan aku pon annoyed jugak sbb even dia dah repeat, aku still x dpt tangkap apa yang ckp. Some other times, aku silap dengar apa yg org lain ckp. Org tu sebut lain, aku dengar lain. Ada ketikanya, telinga berdengung dan sakit. 

sumber diagram : dangerousdecibels

Mula2, Dr Venka ada tanya beberapa soalan sebelum dia periksa keadaan telinga aku. Mungkin dia nak pastikan symptoms tertentu. 

Dah berapa lama masalah ni berlaku? - lebih 6 bulan.
Selalu dapat selsema ke? - tak.
Ada keluar nanah dari dalam telinga? - takde.

Then, baru la dia periksa telinga. Pemeriksaan dibuat menggunakan sejenis alat khas untuk telinga dipanggil otoscope. Menurut Dr Venka, ada pembengkakan dalam telinga aku. Dia xde pulak cerita mcm mana pembengkakan tu berlaku. Cuma, dia ada ckp, ada cecair dlm middle ear dan tiub eustacian tersumbat/bengkak. Dalam sesetengah kes, cecair ini boleh membawa jangkitan kepada telinga. 
pemeriksaan otoscopic [sumber]
Lepas dengar explanation dari doktor, aku tny sama ada keadaan ni serius atau tak. Dia ckp, biasanya tak serius. Lepas ambil medications, air tu akan keluar dan akan dapat dengar macam biasa. Tapi, jika lepas ubat dah habis (dia suro makan ubat selama 2 minggu - condition should've been fine lepas 2 minggu) dan keadaan masih sama, dia mintak aku jumpa dia sekali lagi. 

Malam tadi, aku google la sikit utk tahu lebih lagi berkenaan this condition. Hasil google tu, aku dapati apa yg jadi dikenali sebagai 'conductive hearing loss'.
Conductive hearing loss is the result of disorders in either the outer or middle ear, which prevent sound from getting to the inner ear. Voices and sounds may sound faint, distorted or both. - pamf.org 
Banyak sebab2 utk terjadinya hilang pendengaran seumpama ini antaranya mcm gegendang telinga berlubang, terdapat ketumbuhan, kerosakan pada ossicular chain atau ada objek asing pada telinga tengah. Dalam kebanyakan kes conductive hearing loss, cecair terbentuk dlm ruang telinga tengah akibat tiub eustacian yg tersumbat, yg menghalang pengaliran udara ke tekak/hidung. 

Keadaan fluid in the middle ear sangat biasa berlaku di kalangan kanak2 - kanak2 selsema dan telinga tengah mereka dipenuhi dgn cecair seperti mana hidung mereka. Kesannya agak serius jugak sbb akan mengganggu pertumbuhan minda kanak2 berkenaan. Mcm ada halangan dari segi pembelajaran dia sbb dia tak dpt mendengar dgn jelas, thus minda mereka x boleh bertumbuh dengan normal. Dari pembacaan aku, kalo ibu bapa ada terperasan psl kelambatan pertumbuhan anak2 mereka (mungkin baby tu, x react bila parent bercakap dgn dia, dia x peka dgn bunyi2 disekeliling, mungkin juga lambat bercakap), ibu bapa dinasihati utk buat pemeriksaan telinga anak2. Buat sendiri atau rujuk kepada pakar. 

ilustrasi cecair memenuhi telinga tengah [sumber]

doktor ade tunjuk gambar ni masa explained the situation [sumber

FJ : buat pemeriksaan telinga anda ;)  
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

7 Responses so far

  • pemeriksaan tu ada bayaran x ?

  • NISA_RIANA =)
    pemeriksaan kat klinik swasta mestilah ada bayaran

  • Berapa rm kene charge?? Sakit sngt ni..

  • X igt dah.. pegi dlu 2 tahun lepas

  • iqa feyqa says:

    Salam kos tu ad msuk bratus ratus rnggit x

  • Kos rawatan bergantung kepada jenis masalah/penyakit.. saya xtahu berapa.. bukan saya doktornya.. huhu

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)