Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, 4 December 2014

Jadual Tarikh pembayaran gaji bagi penjawat Awam untuk tahun 2015

Assalamualaikum,

Rujuk Jadual.

Bulan
Tarikh
Catatan
Januari
22.01.2015

Februari
12.02.2015
Tahun Baru Cina (19 & 20 Jan)
Mac
23.03.2015

April
23.04.2015

Mei
25.05.2015
Pesta Keamatan (30-31 Mei)
Jun
25.06.2015
Hari Gawai (1-2 Jun)
Julai
9.07.2015
Hari Raya Puasa (17 & 18 Julai)
Ogos
24.08.2015

September
17.09.2015
Hari Raya Aidil Adha ( 24 Sept)
Oktober
22.10.2015

November
23.11.2015
Hari Deepavali (10 Nov)
Disember
17.12.2015
Hari Krismas (25 Dis)

Tuesday, 8 April 2014

Belajar uruskan akaun bisnes kecil-kecilan. Bagaimana?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur sgt2 kepada Allah kerana Dia dah makbulkan doa hamba-Nya ini. Doa aku untuk memulakan bisnes kecik2 Dia makbulkan. Dia bantu aku. Selama ni, minat ada, tapi semangat xde. Skrg, semangat berkobar2. Mungkin Allah dah sematkan dalam2 kat hati aku yg aku akan ada anak yg akan jd tanggungjawab aku. Aku x boleh nk fikir diri sendiri dah. Mcm tu jugak dgn suami. Kami masing2 beri sokongan antara 1 sama lain.

Sejak aku terima order dan mula order stok, aku ade terfikir mcm nk mane rekodkan semua ni. Rekod yg aku buat sendiri nmpk mcm byk kekurangan sbb bila aku tgk, aku sendiri x faham. Jd, aku google sket cari info pasal cara nk rekod atau uruskan akaun bisnes kecil-kecilan. Sgt sikit bloggers yg tulis psl ni. Tp aku berjaya jumpa 1 entry yg bg aku penerangan yg dia bg dh cukup simple utk aku faham. Maka, terhasilkan jadual2 mcm kt bwh ni.



Menurut apa yg aku baca (x igt dah blog tu, dah check history nnti aku link-kan kat sini), sesebuah perniagaan perlu utk ada akaun khas utk perniagaan tu. Maksudnya JANGAN campur duit bisnes dgn duit personal. Then, perlu ada 5 jadual utk rekod cash flow.

♡ Belian (kos inventori) - utk rekodkan semua belian barang2 yg hendak dijual.

♡ Jualan - utk rekodkan semua jualan yg telah dibuat

♡ Lain2 kos - utk rekodkan kos2 yg bukan belian. Mcm sewa kedai, bil, postage, dll.

♡ Ambilan - utk rekod brg2 dr bisnes yg diguna sendiri (bisnes > personal)

♡ Modal - utk rekod masukan modal dlm perniagaan dari segi tunai mahupun bahan mentah (personal > bisnes)

Ok, yg ni dah cukup utk perniagaan kecil esp yg terlibat dgn online shop kan. X perlu nk belajar accounting smpi senak kepala utk uruskan akaun bisnes masing2. Then, aku terfikir pulak pasal pengurusan stok, harga dan tempahan pelanggan. Jadi, aku tambah lg 2 jadual.



Mungkin kemudian hari nnti, aku perlukan lebih jadual lg. Yg tu, nnti2 la fikirkan. Skrg dh ade 7 jadual. Dah cukup setakat ini. :)

FJ : ada terfikir nk tmbh bisnes.. apa kate tmbh bisnes servis utk download jadual2 ini? hehehe... yg simple2 kita jual murah je.. yg nak custom-made sekali dgn colour, logo bisnes n etc kita kire harga lain.. agak2 ade yg berminat x? hehehe..
posted from Bloggeroid

Saturday, 5 April 2014

Coming soon... lebih banyak akan datang

Assalamualaikum,

In sha Allah, akan ada lebih banyak produk yang akan membarisi produk2 dalam FJ Shoppe. Yang ready stock, sekarang dah ada juzQ30 dan Jamu Ratus Warisan Plus. Dan yg menariknya, FJ Shoppe bagi diskaun 10% utk FJShoppeR yg membeli produk juzQ30 dan Jamu Ratus Warisan Plus (JRWP). Jadi, harga dah jadi RM72 sekotak termasuk kos penghantaran!! Tawaran ni boleh cakap memang susah nak dapat dan ianya terhad kepada 40 kotak juzQ30 dan 30 kotak JRWP sahaja!! Lepas ni, harga akan balik ke normal iaitu RM80 sekotak. Alhamdulillah, harga promosi sudah mula mendapat sambutan. Semoga sambutan bertambah meriah. Amin... :)

Selain supplement, in Sha Allah, FJ Shoppe akan memperkenalkan beberapa produk dlm kategori tools, baby stuffs dan minuman berkhasiat. Tools kat sini maksudnya peralatan moden yg membantu aktiviti harian kita. Produk2 ini dah diperkenalkan di instagram fathiahjasni. Boleh intai2 dlu slow2.


posted from Bloggeroid

Monday, 31 March 2014

Testimoni pelanggan

Assalamualaikum,

Mungkin ramai yang berat hati, berat mulut dan berat tangan untuk bertanya lebih lanjut berkenaan produk yg FJ Shoppe perkenalkan. Oleh itu, meh saya tunjukkan sket testimoni pelanggan produk2 Jamu Ratus Warisan Plus, juzQ30 dan Kopi Pegaga Warisan.





Sebagai pengguna produk ini, saya akan bagi testimoni saya sendiri.

Sekarang ni saya tengah mengandung 5 bulan. Dari awal usia kandungan lagi, saya ada masalah sembelit yang teruk. Lepas saya mula amalkan juzQ30, dengan izin dan rahmat Allah, masalah sembelit saya dapat diatasi. Nak buang air dah tak seksa. Alhamdulillah. In sha Allah jika ada kesan baik yg lain saya akan kongsikan lagi.

Haaa.. Tunggu apa lagi? Contact sekarang! 0111-9722807 atau emel wanfathiah[at]gmail.com
posted from Bloggeroid

Cara Tempahan & Bayaran Pembelian Produk

Assalamualaikum,

Apa yg perlu dibuat jika anda berminat dengan produk dari FJ Shoppe?



Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui sms/whatsapp/fb/emel ke

0111-9722807
https://facebook.com/de.efjay
wanfathiah[at]gmail.com

Ingin ditegaskan disini, FJ Shoppe sama sekali tidak menerima pembayaran melalui cek. Kami menggalakkan para pelanggan yang budiman membuat pembayaran melalui IBG atau CDM.
posted from Bloggeroid

Tuesday, 25 March 2014

Setelah 1 tahun 8 bulan menanti induksi..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sekian lama tunggu nak induksi, akhirnya Allah makbulkan permintaan aku. Hari Isnin baru2 ni, tiba2 ada call dari PT, katenye pegawai yg uruskan PTM (Program Transformasi Minda, gantikan Kursus Induksi)maklumkan ada org tolak tawaran. So PT tanya nk ganti tmpt kosong tu ke x? Aku terus ckp nak. Yelah.. nak dekat 2 tahun dah keje, induksi blom lg. Ms tu pukul 3 ptg. Peserta2 lain dh mula lapor diri pukul 2 ptg. Terus aku balik rmh, packing apa yg patut utk 5 hari. Program start isnin, abes jumaat. Sbb kursusnya dkt je dgn tmpt tggl aku, makanya suami aku ckp dia nak hantar. Hehe. Beronok2 rase hati ni.

Smpi sane dah pukul 5.45 ptg. Peserta program tgh minum ptg. Aku inform pegawai bertugas. Dia suh aku masuk bilik dlu, masukkan brg2. Seme brg suami yg angkat. Dia x bg aku angkat. Risau katenye, sbb isteri dia kan pregnant. Hehee. Slot seterusnya mula pukul 8 malam. Lps suami dh balik, aku start iron baju. Kebanyakan peserta dh iron baju siap2 - aku nmpk dorg duk usung baju berhanger. Yelah, dorg kn dh tahu awal2. Lebih separuh peserta program adalah cikgu2 sekolah yg dh lama berkhidmat tapi baru lepas sambung belajar. Respek betul dgn dorg ni. Kuat semangat.

Kebanyakan slot berupa taklimat. Taklimat utk pengetahuan peserta selaku lantikan baru ke DG41 - dan dlm masa yg ms taklimat utk peserta kutip input nk jawab soalan ujian. Haaa, ada ujian ok. Kursus induksi yg sebelum2 ni ada assignment, tapi skrg dh xde assigment tu. 50 markah utk disiplin dan personaliti, 30 markah utk komitmen dan 20 markah dtg dr ujian. Di awal slot taklimat pertama, kami dibekalkan dgn set 50 soalan utk ujian PTM. Kiranya boleh kata soalan bocor lah. Haha. Tp soalan sahaja ok. Jawapan dia x bg. Kalau dia bg skali dgn jwpn, baik x payah g kursus kan. Haaa, kalau berminat nk set soalan tu, sila tinggalkan emel anda di ruangan komen (mcm biasa laa). Hehe, x pasal2 jadi pembekal soalan bocor Program Tranformasi Minda, kannn.. niatnya hanya utk membantu. Ok, kalo ikut set soalan yg aku dpt mase ujian hr tu 15 drpd 20 soalan yg keluar adalah berdasarkn set 50 soalan yg dibekalkan tu.

Apa aktiviti 5 hari 4 malam kami di sana?









Ada macam2. Senaman pagi, taklimat, aktiviti kumpulan, riadah, dan BBQ dinner. Jadual mmg penuh. Terasa jugak kepenatannya. Lagi mencabar waktu slot taklimat belah ptg, pukul 2 hingga 5 sebab mengantuk. Sbg cenderahati, AJK PTM siri kami sgt baik hati bg towel selai sorg! Heheehee



Lepas ujian dan sedikit ucapan penutup, peserta kursus boleh la balik..
posted from Bloggeroid

Wednesday, 8 January 2014

Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam bagi Tahun 2014

Assalamualaikum,

Akauntan Negara Malaysia telah pun mengeluarkan Surat Pekeliling Bilangan 4 tahun 2013, bertujuan untuk memaklumkan tarikh bayaran gaji bulanan bagi penjawat awam tahun 2014. Berikut adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2014.

Bulan
Tarikh
Catatan
Januari
23.01.2014
Tahun Baru Cina (31 Jan & 1 Feb)
Februari
25.02.2014

Mac
25.03.2014

April
24.04.2014

Mei
22.05.2014
Pesta Keamatan (30-31 Mei)
Jun
25.06.2014
Hari Gawai (1-2 Jun)
Julai
22.07.2014
Hari Raya Puasa (28-29 Julai)
Ogos
25.08.2014

September
25.09.2014

Oktober
16.10.2014
Hari Deepavali (23 Okt)
November
25.11.2014

Disember
18.12.2014
Hari Krismas (25 Dis)

Sumber : http://portal.anm.gov.my/public_html/pek/spanm42013.pdf

FJ : Boleh mula buat belanjawan keluarga/sendiri dan rancang percutian masing-masing :)

Tuesday, 20 August 2013

Pulau di Terengganu :: Pakej Honeymoon! Teringin!

Assalamualaikum, 

Dalam pada duk berusaha buat persiapan untuk majlis perkahwinan, aku pun duk sibuk jugak mengusha pakej2 honeymoon yang menarik hati. Ada beberapa tempat yang menarik hati. aku letak dua je lah kat sini yek.. 

1. Gems Island Resort and Spa Honeymoon Package (Pulau Gemia)

Details pakej aku ambek dari lovebulanmadu. Gambar2 seme aku ambek directly dari Gem Island Resort and Spa. According to contact person dari lovebulanmadu, pakej ni available until December 2013 dengan total kos RM 1830.



Sea View Room interior

Sea View's balcony








Tusita Wellness Spa 


2. Laguna Redang Island Resort Honeymoon Package (Pulau Redang)

Pakej yg ni lagi murah, depending on the room types. Aku berangan nak yang Deluxe Sea. Honeymoon mesti la nak bilik mengadap laut kan.. Kahkah. Harga pon lottss more cheaper than Gems, RM1237. Pakej yg ditawarkan pon menarik jugak. Unfortunately, untuk masa ni, x boleh nak pergi, sebab resort ni tutup bulan November. Tu lah, sape suh kawin hujung tahun kan... 



Quad share Deluxe Sea interior
Oleh sebab itu, terpaksalah kami beralih arah ke negeri lain. Sedih jugak rasenye sebab x dapat nk pegi Pulau Redang. Kalau Pulau Gemia, x berapa best kot. Sebab pulau tu, pulau kecik je. Wahai pulau-pulau yang cantik lagi indah di Terengganu, bilakan kita bakal bersua?

FJ : Nama je orang Terengganu. Tapi tak pernah sekali pon pergi pulau2 kat Terengganu.

Thursday, 1 August 2013

Perkongsian Ramadhan : Perasan tak?

Sekadar untuk tatapan hari ini....

PERASAN TAK?

PERASAN TAK ??PERASAN TAK?...
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya..

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam ..
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta 
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan 
3. Mimpi 
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorang :
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus ..
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur 
3. Jodoh 
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

FJ : sekadar berkongsi emel yang aku terima hari ini. 

Wednesday, 20 March 2013

First time order buku di mphonline

Assalamualaikum,

hambek.. RM405 engkau!
Hari khamis minggu lepas aku ada order buku online kt mphonline. First time sebenarnya order buku dengan mphonline. Buku2 yang aku nak tu memang susah sket nak dapat kat Malaysia - buku akademik A-Level published by UK Publisher. Godek punya godek merata2, jumpa la kat mphonline. Nak beli kat amazon, lepas tambah dengan shipment semua lebih kurang je dengan beli kt mph. So, kenapa nak tunggu lama2 kan? Order hari khamis (14 Mac), then hari Isnin buku2 tu dah sampai (18 Mac). MPH nampaknya nak jaga reputasi dorg, hehe - sebab dalam website ade tulis shipment within (3-5 working days). Bila dah tahu boleh diharap, ofkos customer akan order lagi, kan? Lagipun, buku2 tu dijaga dengan baik - siap alas2 dengan polisterin yang comel.

Oh, by the way, untuk students yang malas nak pergi kedai buku untuk belanjakan BAUCER BUKU 1MALAYSIA bernilai RM250 tu, boleh order buku dengan mphonline menggunaka baucer tersebut. Hit mphonline.com for further information. Ok, nak order buku lagi ni. Selamat meng-order!

FJ : Kalau beli buku atau majalah, simpan lah resit tu. Nanti2 boleh tolak untuk cukai pendapatan. Hehe

Tuesday, 12 March 2013

Bidaan untuk plat IM4U telah dibuka hari ini!!

Assalamualaikum,

Tadi, dah diumumkan yang tender untuk bidaan plat series IM4U telah mula dibuka bermula hari ini 12 mac 2013 hingga 29 mac 2013 sebelum pukul 5 petang. Sebanyak 9999 nombor plat kenderaan disediakan untuk bidaan sesiapa yang berminat. Harga bidaan bermula RM500 untuk nombor plat biasa, RM15, 000 untuk double digits, RM20, 000 untuk triple digits dan boleh mencecah RM200, 000 untuk nombor2 single digit. Bidaan boleh dibuat menerusi online dengan mengisi borang yang disediakan dan pembida adalah tertakluk kepada syarat2 yang telah ditetapkan.


Hasil kutipan bidaan akan digunakan untuk membangunkan lagi program2 dibawah kelolaan IM4U. Ok lah tu. Boleh jugak bantu membantu. Cantik juga sebenarnya plat IM4U ni. Well, aku tak ada pengalaman membida nombor plat kenderaan. Untuk pembida yang berminat, selamat membida!

FJ : ade bace somewhere yg IM4U 11 dah dibida oleh najib. Hehe

Saturday, 9 February 2013

Tips temuduga : Bahagian Matrikulasi KPM

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sejak aku share bahan untuk persiapan calon2 guru yang bakal ditemuduga oleh SPP utk jawatan DG41, ramai juga yang contact through comments dan message di facebook utk dapatkan bahan. Maaf sebab kadang2 tu bahan lambat diberi sebab kekangan masa. Ada jugak yang contact mintak tips temuduga. Nak kataaku ni banyak pengalaman tu tak lah jugak. Tapi pengetahuan yang ada boleh aku kongsikan serba sedikit untuk membantu.

Beberapa tahun lepas aku pernah menghadiri temuduga di Putrajaya. Temuduga untuk Program Tenaga Pengajar Matrikulasi. Tak ingt berapa orang calon yang ada. Sesi temuduga tu dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pihak bahagian. Kemudian, semua calon dikehendaki menulis sebuah essay dalam bahasa Inggeris. Tajuk ape, dah lupa sebab dah lame sangat. Kemudian, sesi interview individu dilakukan. Temuduga 100% dalam English. Macam biasa, perkenalkan diri dan jawab soalan yang ditanya oleh interviewer. Aku dlu diminta utk demonstrate sedikit teaching dalam kelas. Tanpa apa2 pengetahuan pedagogy, tanpa apa2 bahan yg appropriate, aku buat mock teaching free hand. Aku rasa, waktu tu interviewer tak expect much, sbb dorg tahu contestants seme terdii daripada untrained people. 

Lain sket kesnya kalo contestants terdiri daripada trained or experienced teachers. Aspek2 yg dinilai mesti lagi details. Lagi banyak criteria yang dititikberatkan. Beberapa minggu lepas, seorang graduate dari NZ kalo x silap, contact aku kt fb. Dia mintak tips utk temuduga di bahagian matrikulasi kpm. So, here what I told her; 

1. The interview session was organized by BMKPM, so BM must be expecting you to know things about BM.. things like what they do, what would their mission and vission be, who is the director - thus, pls study bahagian matrikulasi (BM) system.

2. BM mesti nak tahu kenapa the contestant is interested to be a part of the family.. so, show an proof your interest. How do you show it? It's up to your clever mind.

3. Pls prepare for a moch teaching session. You might be asked to do one (bila aku tny balik graduate tu, dia ckp mmg dia kena buat mock teaching). Be prepared and give your best shot.

4. And most importantly, watch out your language. Language and communication skills are the crucial part in any interview session. Apa lagi kalo interview for jawatan guru or lecturer. You are dealing with people everyday. And teaching is your core business. Thus, you need to posses great language and communication skills

Itu sahaja setakat ni. Lain kali aku share tips interview utk students nak masuk university atau yang nak apply for scholarship pulak ye. :) Utk tips temuduga SPP, aku dah pernah tulis post berkaitan itu sebelum ni. 

FJ : Esok dah kena bertolak balik.. 

Monday, 4 February 2013

Track your samsung device

Assalamualaikum and good day,

We have learned and heard of so much device robbery cases. We might also be one of the victims. As a smart device user, I tell u what. You must be much smarter than your device *wink*. I believe, most of the companies that produce smart device has very own way to track their products. As a Samsung user, I have just found out about this - SamsungDive and I'd like to share the benefits with others. May this information be useful to us in the future.


SamsungDive helps you to track your device remotely - with the condition you have already registered your device with Samsung. All you need to do is login to SamsungDive and you can start locating your devices.





Check out the 'remote' menu. Either you want to lock your mobile, ring it or even forward messages from the old mobile to the new one, it's all can be done. But, some devices may not be able to use the mobile version of SamsungDive. May this helps as a precaution step. Do not let yourself cry over the spilled milk.

FJ : track and control your mobile remotely, take actions smartly.
posted from Bloggeroid

Wednesday, 27 June 2012

Masalah pendengaran telinga bertambah baik

Assalamualaikum,

Semalam, berpeluang sekali lagi ke Klinik Pakar ENT Venka di Kuala Terengganu. Lawatan kali ni adalah untuk buat rawatan susulan lepas jumpa Doktor Venka kali pertama dulu. Alhamdulillah, masalah pendengaran yang aku hadapi dulu dah bertambah baik. Pemeriksaan dan ujian pendengaran dibuat. Kata doktor Venka, telinga tengah dah 80% pulih dan air ada sikit je lagi. Syukur sangat, ada progress. Doktor bagi ubat dan pesan; 

  • ubat kena habiskan
  • kalau selsema, keluarkan mukus melalui kedua-dua lubang hidung, jangan tutup salah satu lubang.

Tu je lah. Lepas rawat aku, Doktor Venka periksa telinga adik aku pula. Adik aku ada masalah telinga jugak. Selalu mengadu telinga dia sakit dan kadang-kadang berdarah. Masa betul-betul sakit, sampai ke rahang boleh rasa. 

Doktor periksa kedua-dua belah telinga. Dah tengok sendiri dalam telinga dan gunakan otoscopic, dia ambil satu tiub halus yang panjang. Dengan mesin dia yang aku sendiri tak pasti mesin apa, dia sedut keluarkan nanah dan darah dalam telinga adik aku. Lepas siap semuanya, then baru dia terangkan apa sebenarnya yang berlaku.

[Don't forget to check out the new poll -------->]

doktor ada tunjuk gambar yang lebih kurang macam ni kat kami
untuk terangkan situasi

Sunday, 24 June 2012

Bahan Bacaan Temuduga SPP untuk Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah DG41

Assalamualaikum, 

Lebih 2 bulan yang lepas, aku ada kongsikan pengalaman temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) DG41. Sejak kebelakangan ni, aku perasan, keyword berkaitan temuduga ni dah jadi hot di blog aku. Tak pasti kalau memang ada sesi temuduga baru untuk jawatan DG41 dalam masa terdekat ni, Yang aku perasan hari tu, ada sesi temuduga untuk jawatan DH41. 

Jadi, ada baiknya kalau aku kongsi kat sini, bahan bacaan yang aku guna untuk persiapan temuduga tersebut. Klik link ini. Walau pun bahan bacaan ini untuk format 2011, tetapi kebanyakkannya masih relevan.  Untuk memastikan kerelevanan maklumat dalam bahan ni, korang boleh semak di laman web KPM sendiri. 

Selain itu, aku dan kawan-kawan lain juga ada terima bahan dari bekas pegawai atasan di Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Masalahnya, aku tak dapat nak convert file tu (.ppt) kat google documents (gdoc), atas sebab teknikal. Bukan kedekut, ok? Dah try convert, tapi bila dah jadi gdoc, sesetengah input dalam file tu hilang - yang mana untuk mengesan kenapa benda tu hilang adalah diluar bidang kuasa aku. File tu berkenaan dengan dasar-dasar baru dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kalau ada yang berminat, drop emel kat comment section. InsyaAllah, aku akan emel file tu kat korang.  [updated 9/4/2014] bahan ini berkemungkinan besar tidak lagi relevan memandangkan sudah 2 tahun berlalu sejak bahan diedarkan. Mohon maaf. Pautan link yg disediakan In Sha Allah masih lagi dapat membantu. 

FJ : Good luck untuk semua calon yang bakal ditemuduga. :)

NANG this entry

Additional Note : I really really wanted to help you guys with the interview materials, and really did. I sent out the materials through emails. But you guys need to understand that I am not checking my mailbox like 24 times a day. Thus, patience please. T_T

Additional Note 2: For some tips preparing for an interview for a post in Bahagian Matrikulasi, kindly refer this entry.

Update [31.12.2013] : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1990 Kelemahan Calon-Calon dalam Urusan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Untuk Tujuan Lantikan ke Jawatan Tetap Perkhidmatan Pendidikan 

Monday, 14 March 2011

Tahniah Lee Chong Wei! Yonex All England Badminton Championship 2011

Assalamualaikum, 


*sigh* Aku x berpeluang menonton pertarungan akhir badminon men single Malaysia-China hari ni. Tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei yg menang straight set 21-17, 21-17 menentang Lin Dan di NIA, Birmingham td. Ini adalah kemenangan kedua utk Lee Chong Wei sejak beliau mula menyertai All England Badminton Championship pada 2004. Kemenangan pertama ialah pada tahun lepas, 2010. Di facebook, ribuan (malah jutaan aku kira) ucapan tahniah dan rasa bangga rakyat Malaysia utk Chong Wei. Walopon aku x berada di sana, aku boleh faham macam mana bangganya penyokong Malaysia di NIA tu td. 

aku da selongkar semua tmpt; external hdd, friendster aku, friendster kwn2, facebook utk cari gambar aku tgk All England 2007, tp xde... ni je yg aku jumpe; gmbr kwn2 yg turut serta menyokong
4 tahun lepas, pada tahun 2007, aku dan rakan2 lain menjadi saksi kemenangan regu lelaki Malaysia di NIA utk kejohanan yg sama; All England Badminton Championship. Waktu tu, Malaysia menentang China jugak. Regu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong beraksi, diiringi dgn laungan kata2 semangat oleh penyokong Malaysia. Kalo pemain bertarung tenaga, penyokong pulak bertarung sorak. Ada ketikanya, dah macam pertarungan psikologi pon ade. Sorakan lantang penyokong Malaysia sedikit sebanyak mengganggu kosentrasi regu China. Aku x pasti berapa ribu penyokong Malaysia yg hadir waktu tu. Yg aku taw, aku  hadir dgn 20 rakan2 yg lain. Tapi, kami semua (seluruh penyokong Malaysia) bersatu menyorak kata2 semangat. Tiap kali pasukan China score, kami tenangkan regu Malaysia. Beri mereka semangat utk lawan balik. Omputih2 yg ade kt situ pon, kagum dgn semangat kenegaraan kami. Kemenangan berpihak kpd regu Malaysia; menang straight set 21-15, 21-18. Lepas game, beberapa org kwn aku ade jumpe dgn Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong. Aku xtaw lah waktu tu aku tgh buat ape smpi aku x ikut serta dorg. Kien Keat dan Boon Heong ucapkan terima kasih atas sokongan kami semua. Terharu beb! Dorg ckp mcm tu in person. Tahun ni, regu lelaki Malaysia, Tan Boon Heong-Koo Kien Keat kalah di tangan regu Denmark. Regu Malaysia menang pada set pertama dgn 21-15 dan tewas pada set kedua dan ketiga dgn mata 18-21, 18-21.  Aku x pasti ni round mane. Kne check balik. tp mcm biasa, aku x berapa rajin.

Lee Chong Wei waktu tu (2007) sempat mara ke suku akhir je. Aku x tengok game dia, sbb hari lain. Tahun 2008, Chong Wei berentap di separuh akhir menentang Chen Jin dan tewas. 2009, beliau tewas di pertarungan akhir di tangan Lin Dan. Aku pasti Chong Wei puas hati utk tahun ni. Begitu jugak penyokong Malaysia, terutamanya yg hadir sendiri utk jadi saksi kemenangan td. Aku faham rs kepuasan mereka dan aku masih igt mcm mane rasa tu. Nway, tahniah sekali lagi kpd Lee Chong Wei. Semoga kemenangan ni akan berulang lagi tahun depan, terutamanya dalam Olympic London 2012. 

FJ : Kalo aku kt sini lagi tahun depan, kan da boleh tgk Olympic 2012. 

Sunday, 30 January 2011

7 Wonders of the World dan kemusnahannya

Salam, 

Malam masih muda, baru pukul 8 malam. Tapi, rasa dah macam pukul 12 tengah malam. Jadi, aku putuskan untuk mencoret sedikit di sini. Aku still ingat lagi, pertama kali aku dengar tentang '7 perkara ajaib di dunia'. Waktu tu, aku darjah 3. Cikgu bercerita tentang taman tergantung Babylon (Hanging Gardens of Babylon). Cara cikgu describe tentang taman tu, buat aku fikir macam cikgu pernah pergi sana je. Budak-budak lagi kot masa tu. Umur pun, dalam peringkat nak capai 'pangkat' mumaiyyiz. Bila dah besar sikit, baru la aku tahu keadaan sebenarnya. Korang tahu tak? Kalau tak tahu, sila google. Kehkeh. 

Merujuk kepada senarai The 7 Wonders of Ancient World, hanya ada 1 sahaja monument/wonder yang masih kekal hingga sekarang, iaitu The Pyramid of Giza. Yang lain, semuanya dah musnah. Kebanyakannya disebabkan oleh bencana alam. Ada 1 monument yang dimusnahkan oleh manusia. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, mari kita recall balik apa benda lagi 6 wonders tu - in case kalau korang tak tahu ingat.

Temple of Artemis
Hanging Gardens of Babylon
Statue of Zues
Lighthouse of Alexandria
Colossus of Rhodes
Mausoleum of Halicarnassus

Tengok nama kebanyakan monument ni pon dah boleh spot directly; most of them berkait dengan ketuhanan pada zaman mereka. Jadi, tak hairan lah kan kalau kesemuanya sudah tak ada lagi pada masa kini :)

foundation of the Temple of Artemis site
Pembinaan Temple of Artemis mengambil masa selama 120 tahun untuk siap sepenuhnya pada 550SM. Hampir seluruh pelusuk temple ini diperbuat daripada marmar. Kalau kita rujuk kepada lokasi pula, monument ini terletak di Turkey. Pada 356SM, temple ini musnah akibat kebakaran. Orang yang bertanggungjawab menyebabkan kebakaran itu, Herostratus dipercayai memang sengaja membakar temple tersebut. Sebab? Dia mahu dikenali oleh semua orang sebagai orang yang membakar temple tersebut. Dia sengaja commit crime tu untuk dapatkan publisiti dan fame. Disebabkan perbuatan tersebut, istilah Herostratic fame diperkenalkan untuk describe perlakuan yang seumpamanya - commit crime sebab mahu dikenali. Temple of Artemis dibina semula selepas kematian Alexander the Great pada 323SM dan dimusnahkan sekali lagi oleh puak Goth pada tahun 268. Ia dibina semula dan dimusnahkan sekali lagi.  

Hanging Gardens of Babylon dibina sekitar 600SM pada era pemerintahan King Nebuchadnezzar II. Taman ini dikatakan dibina oleh raja Babylon pada waktu itu khas untuk isterinya yang merindui persekitaran taman di negara asalnya, Persia. Taman ini musnah selepas beberapa kejadian gempa bumi sekitar abad ke-2 sebelum Masihi. Berikutan kurangnya fakta tentang taman ini, ia menimbulkan kontroversi tentang kesahihan kewujudannya.

Phidias adalah orang yang bertanggungjawab membina Statue of Zues di Olympia. Ia dibina pada 432SM more-less untuk penghargaan kepada tuhan Greek, Zues. Kemusnahan statue ini dikatakan mempunyai 2 kemungkinan. Namun, kedua-dua punca kemusnahan adalah kebakaran

Qaitbay Citadel, menggantikan rumah api Alexandria - google image
Terletak di pulau Pharos, the Lighthouse of Alexandria dikatakan menjadi bangunan buatan manusia tertinggi di dunia berabad-abad lamanya. Ketinggiannya mencecah 120-140m dan siap dibina pada tahun 267SM selepas 67 tahun dalam proses pembinaan. Rumah api ini musnah selepas 2 siri gempa bumi yang berlaku pada tahun 1303 dan 1323. Sekitar 1480, rumah api ini dimusnahkan dan bangunan lain dibina pada tapak asalnya. Saki-baki batuan yang tinggal dari runtuhan rumah api Alexandria digunakan dalam pembinaan bangunan baru tersebut. 

Satu lagi lambang ketuhanan Greek ialah Colossus of Rhodes, yang terletak di kota Rhodes. Proses pembinaannya mengambil masa selama 12 tahun dan siap sepenuhnya pada tahun ke-280SM. Pada 226SM, gempa bumi yang dahsyat melanda kota Rhodes yang memusnahkan sebahagian besar kota tersebut termasuklah pelabuhan Rhodes, bangunan komersial dan juga statue Colossus. Runtuhan dari statue itu terbiar sehingga 800 tahun sebelum dibeli oleh seorang Jewish. 

Mausoleum adalah sebuah makam yang dibina di kota Halicarnasus berhampiran Bodrum, Turkey (present day). Makam ini dibina sekitar tahun 350SM. Aku tak dapat cari fakta yang tepat tentang kemusnahan makan ini. Apa yang dapat aku kumpulkan, pendapat tentang kemusnahannya akibat banjir yang melanda kota Halicarnasus. Struktur bangunan baru untuk makam ini kemudiaannya dibina semula dan musnah semula dalam siri gempa bumi pada kurun ke-15. 

Kalau kita tengok balik, punca kemusnahan monumen-monumen dalam era ancient world, kebanyakkannya adalah bencana alam. Jelas dan terang Dia tunjukkan pada umat manusia, kemurkaan-Nya. Pada yang tak nampak dalam terang, mungkin mereka beranggapan kemusnahan monument itu sebagai 'big loss' dalam dunia kini. Dalam era Islam berkembang, banyak binaan-binaan Islam yang unik dan gah. Antaranya; Alhambra dan Medinat Azzahra. Sayangnya, Medinat Azzahra dah dimusnahkan. Personally, bagi aku, Alhambra cukup unik. Perasaan kagum yang teramat waktu aku jejakkan kaki ke situ. Alhambra ada rahsianya yang tersendiri dan seni binanya menarik perhatian ramai pengunjung, termasuk dari kalangan bukan muslim. 

self potrait at Alhambra
sumber: wikipedia
Ni untuk maklumat tambahan. Pada 7 Julai 2007, selepas mengambil kira segala aspek, 'New Seven Wonders of the World' diumumkan. 7 pemenang  daripada 177 monument yg dipertandingkan itu ialah; Taj Mahal (Agra, India), Machu Picchu (Cuzco Region, Peru), Great Wall of China (China), Colosseum (Rome, Italy), Chichen Itza (Yucatan, Mexico), Christ of Redeemer (Rio de Janeiro, Brazil) dan Petra (Ma'an Governorate, Jordan). Sebagai tanda penghargaan, satu-satunya monument yang masih kekal wujud dari '7 Wonders of Ancient World' iaitu Great Pyramid of Giza dianugerahkan sebagai 'honorary site'. 

*SM - sebelum masihi 

FJ : Setiap perkara yang terjadi, termasuklah yang tidak melibatkan diri kita secara langsung sebenarnya memberi impak pada diri kita sendiri. Yang tinggal hanyalah kemahuan untuk kita sedar tentang hakikat itu.