Wednesday 20 June 2012

Perlu atau tidak mekap tebal?

Assalamualaikum,

[sumber]
Selalu sangat kan, kita tengok perempuan-perempuan yang bermekap (make up) tebal? Mereka mungkin ada alasan mereka sendiri kenapa nak mekap macam tu. Sesetengah perempuan tak suka mekap terlalu tebal. Cukup sekadar oles apa yang patut untuk tambahkan seri wajah, tapi dalam masa yang sama tidak 'menyorokkan' keaslian wajah kurniaan tuhan. 

Ada juga jenis yang tak bermekap sebab si kekasih hati kononnya tak suka dengan perempuan yang bermekap tebal. Lebih teruk, yang langsung tak pakai apa-apa di wajah, walau day cream sekali pun, semata-mata untuk penuhi kehendak boyfriend. Serius aku tak buat cerita. Aku baca pasal cerita ni kat timeline twitter. *haih* Nak komen banyak pun, tak ada gunanya. Itu semua terserah kepada individu.

Walau bagaimanapun, personally, aku berpendapat, penting untuk kita jaga penampilan diri. Tak kira lelaki atau perempuan. Bukan orang perempuan je kena nampak cantik setiap masa. *ehem* Aku bukan jenis yang fashionable atau pun trendy. Jadi, seperti rendahnya diri ini, begitu rendah jugalah pengetahuan fashion aku. Makanya, aku nak berikan tumpuan tentang penampilan wajah. Mungkin tak menyeluruh (oleh sebab aku juga bukan pakar di bidang ini), cukuplah sekadar apa yang aku tahu dan amalkan.


Selaku pengguna setia skin care product dari bodyshop, rasanya aku dah jumpa product yang sesuai dengan kulit. Tak berani  aku nak recommend apa-apa jenis product pada sesiapa sebabnya setiap product ada kelebihan masing-masing dan kita sebagai pengguna kena cari produk yang sesuai. Nasihat aku, bila beli skincare, beli skincare set dari brand yang sama, walaupun dari range yang berlainan. Yang penting, ada facial wash, toner, day and night cream. Untuk rawatan tambahan, boleh beli facial scrub dengan masker

Untuk pengguna mekap, ada baiknya bagi anda untuk tidak skip daily routine. Make up product, terutamanya foundation dan compact powder boleh menyebabkan pori-pori wajah anda tersumbat. Kalau tak rajin bersihkan, nanti mengundang jerawat pula.

Bagi aku, tak perlu pun sebenarnya nak mekap tebal-tebal setiap masa. Apalagi mekap sebegitu semata-mata nak impress orang lain. Cukup dengan skin care asas dan sedikit bedak. Dan, tolong jangan lupakan spf cream - kat pasaran sekarang, ada macam-macam jenis krim yang ada spf. Sebabnya, spf cream ni bukan sahaja melindungi kulit dari jadi gelap, tapi juga mengelakkan pigmentasi (jeragat). *selingan* Takkanlah nanti nak pergi dating dengan muka berjeragat, kan? Kot ya pun taknak nampak over, dengan mekap yang sarat, cubalah fikir kebaikan skin care product untuk kesihatan kulit. Dalam banyak-banyak bahagian kulit, kulit mukalah yang paling banyak terdedah kepada habuk dan sinaran uv. Dan, muka jugalah yang mula-mula orang pandang, betul? :) 

FJ : Pergi facial kat salun atau spa pun sebenarnya bukan kewajipan. Kalau tiap hari buat rutin skincare kat rumah, tak perlu buang duit untuk facial di luar. Tak percaya, tanya Rozita Che Wan :P 

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

2 Responses so far

  • haha mane ko tau pasal cik ta? :P

  • Unknown says:

    kahkah.. aku rs, aku pnah tgk rancangan ape ntah.. nona ke mende.. cik ta ade ckp, dia mmg x pegi spa2, salun2 ni.. dia buat facial sendiri je, kt rumah.. keke

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)