Monday, 31 January 2011

Review Filem: Aku Masih Dara

Salam,

Seingat aku, ni adalah kali pertama aku buat review movie kt blog ni, walopon aku adalah peminat tegar movies. Ya, tahun ni, byk kali aku mencemar duli kt blog ni. Bukan ape, utk penuh resolusi jangka pendek blog aku je. Anyway, Aku Masih Dara adalah antara filem melayu arahan pengarah terkenal kat Malaysia, Ahmad Idham. Antara barisan pelakon yg menjayakan filem ni ialah Raja Farah, Asyraf Muslim, Diana Amir, Farid Kamil, Yana Samsudin, Riezman Khuzaini, dan beberapa org lain (hang pa check la sendiri). 

poster filem
Kalo tgk jalan cerita filem ni, x lari jauh pon dari line 'filem melayu'. Balik2 tang tu jugak. Plot berkisar tentang kerosakan akhlak muda-mudi melayu zaman sekarang dan bagaimana sesetengah dari mereka berubah dan kembali ke pangkal jalan. Sbb ape aku ckp muda-mudi melayu? Sbb pelakonnya semuanya melayu, watak utamanya semuanya melayu dan aku percaya staff produksi pon kebanyakannya melayu cuma producer je cina.
Aku Masih Dara mengisahkan tiga sahabat baik, Aleesya (Yana Samsudin), Sofea (Raja Farah) dan Hani (Diana Amir) membesar dengan latar keluarga yang berbeza. Kehidupan serba moden menyebabkan mereka leka dengan tuntutan agama lantas terjerumus dengan gaya hidup barat. Pergaulan bebas serta menghalalkan yang haram bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan mereka. Namun segalanya berubah apabila Firdaus (Asyraf Muslim) muncul di kalangan mereka sehinggalah terdetik hati Sofea untuk berubah menjadi kedamaian. - source : manggaonline
Penerapan nilai positif dalam filem ni aku boleh kasi markah up sket. Walopon begitu, nilai negatif dan sex sales dalam filem ni begitu ketara. Aku boleh ckp, kalo org tgk filem ni, mungkin ade yg timbulkan persoalan; "mmg mcm ni ke life remaja skrg?" atau mungkin ade jugak yg ckp, "ni baru sikit..".

snapshot dari utube, kualiti x berapa bagus
Ada beberapa perkara yg aku x suka/faham dgn filem ni. Aku taw niat Firdaus (watak dlm filem ni) baik bile dia ckp dia nk ikut cousin dia pegi club. Tp, setaw aku, niat x menghalalkan cara, kan? Pastu aku x faham, kot ye pon dia nk btolkan cara hidup cousin dia, dan nk tgk sendiri apa yg cousin dia buat kt club tu, tp cm x logik la pegi club pakai baju melayu n kopiah. Lagi 1 perkara cliche yg aku nmpk, asal org ckp baik, cukup pendidikan agama, mesti nk pakai baju melayu ngan kopiah. Kalo x pakai kopiah tu, dia x baik la? Mcm tu? Namun, aku pon faham, sbb sasaran filem ni utk remaja yg berbagai peringkat pendidikan dan berbeza tahap pemikiran. Nanti kang, kalo bagi watak (ustaz) Firdaus tu pakai jeans sempoi ngan t-shrt bese je, x nmpk imej org warak pulak ye? Timbul hal lain pulak ye? Hurmm.. org xnak pk jauh mmg mcm tu.

Tahap lakonan? Aku bagi full mark kat farid kamil. 3/4 full kat yana, asyraf muslim, raja farah ngn diana amir. For some reason, aku rs diana amir x mampu nk bwk watak dia to the fullest kot. Maybe sbb b4 ni seme watak yg dia bwk, watak baik. So, imej watak baik tu still ade lg kt dia. Ending filem ni aku klasifikasikan sbg 'safe ending'. Senang dan ringkas. Ptt boleh upgrade sket. Dan aku pelik sket. Seingat aku, watak Firdaus kne tikam kat perut. Alih2 last2 tu dia kuwa ngan tangan berbungkus pulak. Ouh, mungkin dia sprained his arm kot.

Filem ni jugak adalah salah satu filem yg aku boleh ckp, mencapai populariti melalui kontroversi (dahulu). Sbb ape aku ckp mcm tu? Sbb sebaris dialog 'aku sangap lubang'. Ye. Sbb sebaris dialog tu, kecoh satu industri filem. Ntah la.. Aku x reti nk komen ape. Byk lagi isu lain yg lg besar dr isu tu utk diketengahkan, utk dikecohkan. Hal tu jugak yg korg nk bangkit2.

Oleh kerana ni first time aku buat review, so aku akhiri kat sini je. Overall, aku kasi 3 stars (out of 5) je utk filem ni. Kira baik hati dah tu. Orait, thanks for reading. Len kali, kalo aku rajin aku review filem lain pulak ye. 

Sunday, 30 January 2011

7 Wonders of the World dan kemusnahannya

Salam, 

Malam masih muda, baru pukul 8 malam. Tapi, rasa dah macam pukul 12 tengah malam. Jadi, aku putuskan untuk mencoret sedikit di sini. Aku still ingat lagi, pertama kali aku dengar tentang '7 perkara ajaib di dunia'. Waktu tu, aku darjah 3. Cikgu bercerita tentang taman tergantung Babylon (Hanging Gardens of Babylon). Cara cikgu describe tentang taman tu, buat aku fikir macam cikgu pernah pergi sana je. Budak-budak lagi kot masa tu. Umur pun, dalam peringkat nak capai 'pangkat' mumaiyyiz. Bila dah besar sikit, baru la aku tahu keadaan sebenarnya. Korang tahu tak? Kalau tak tahu, sila google. Kehkeh. 

Merujuk kepada senarai The 7 Wonders of Ancient World, hanya ada 1 sahaja monument/wonder yang masih kekal hingga sekarang, iaitu The Pyramid of Giza. Yang lain, semuanya dah musnah. Kebanyakannya disebabkan oleh bencana alam. Ada 1 monument yang dimusnahkan oleh manusia. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, mari kita recall balik apa benda lagi 6 wonders tu - in case kalau korang tak tahu ingat.

Temple of Artemis
Hanging Gardens of Babylon
Statue of Zues
Lighthouse of Alexandria
Colossus of Rhodes
Mausoleum of Halicarnassus

Tengok nama kebanyakan monument ni pon dah boleh spot directly; most of them berkait dengan ketuhanan pada zaman mereka. Jadi, tak hairan lah kan kalau kesemuanya sudah tak ada lagi pada masa kini :)

foundation of the Temple of Artemis site
Pembinaan Temple of Artemis mengambil masa selama 120 tahun untuk siap sepenuhnya pada 550SM. Hampir seluruh pelusuk temple ini diperbuat daripada marmar. Kalau kita rujuk kepada lokasi pula, monument ini terletak di Turkey. Pada 356SM, temple ini musnah akibat kebakaran. Orang yang bertanggungjawab menyebabkan kebakaran itu, Herostratus dipercayai memang sengaja membakar temple tersebut. Sebab? Dia mahu dikenali oleh semua orang sebagai orang yang membakar temple tersebut. Dia sengaja commit crime tu untuk dapatkan publisiti dan fame. Disebabkan perbuatan tersebut, istilah Herostratic fame diperkenalkan untuk describe perlakuan yang seumpamanya - commit crime sebab mahu dikenali. Temple of Artemis dibina semula selepas kematian Alexander the Great pada 323SM dan dimusnahkan sekali lagi oleh puak Goth pada tahun 268. Ia dibina semula dan dimusnahkan sekali lagi.  

Hanging Gardens of Babylon dibina sekitar 600SM pada era pemerintahan King Nebuchadnezzar II. Taman ini dikatakan dibina oleh raja Babylon pada waktu itu khas untuk isterinya yang merindui persekitaran taman di negara asalnya, Persia. Taman ini musnah selepas beberapa kejadian gempa bumi sekitar abad ke-2 sebelum Masihi. Berikutan kurangnya fakta tentang taman ini, ia menimbulkan kontroversi tentang kesahihan kewujudannya.

Phidias adalah orang yang bertanggungjawab membina Statue of Zues di Olympia. Ia dibina pada 432SM more-less untuk penghargaan kepada tuhan Greek, Zues. Kemusnahan statue ini dikatakan mempunyai 2 kemungkinan. Namun, kedua-dua punca kemusnahan adalah kebakaran

Qaitbay Citadel, menggantikan rumah api Alexandria - google image
Terletak di pulau Pharos, the Lighthouse of Alexandria dikatakan menjadi bangunan buatan manusia tertinggi di dunia berabad-abad lamanya. Ketinggiannya mencecah 120-140m dan siap dibina pada tahun 267SM selepas 67 tahun dalam proses pembinaan. Rumah api ini musnah selepas 2 siri gempa bumi yang berlaku pada tahun 1303 dan 1323. Sekitar 1480, rumah api ini dimusnahkan dan bangunan lain dibina pada tapak asalnya. Saki-baki batuan yang tinggal dari runtuhan rumah api Alexandria digunakan dalam pembinaan bangunan baru tersebut. 

Satu lagi lambang ketuhanan Greek ialah Colossus of Rhodes, yang terletak di kota Rhodes. Proses pembinaannya mengambil masa selama 12 tahun dan siap sepenuhnya pada tahun ke-280SM. Pada 226SM, gempa bumi yang dahsyat melanda kota Rhodes yang memusnahkan sebahagian besar kota tersebut termasuklah pelabuhan Rhodes, bangunan komersial dan juga statue Colossus. Runtuhan dari statue itu terbiar sehingga 800 tahun sebelum dibeli oleh seorang Jewish. 

Mausoleum adalah sebuah makam yang dibina di kota Halicarnasus berhampiran Bodrum, Turkey (present day). Makam ini dibina sekitar tahun 350SM. Aku tak dapat cari fakta yang tepat tentang kemusnahan makan ini. Apa yang dapat aku kumpulkan, pendapat tentang kemusnahannya akibat banjir yang melanda kota Halicarnasus. Struktur bangunan baru untuk makam ini kemudiaannya dibina semula dan musnah semula dalam siri gempa bumi pada kurun ke-15. 

Kalau kita tengok balik, punca kemusnahan monumen-monumen dalam era ancient world, kebanyakkannya adalah bencana alam. Jelas dan terang Dia tunjukkan pada umat manusia, kemurkaan-Nya. Pada yang tak nampak dalam terang, mungkin mereka beranggapan kemusnahan monument itu sebagai 'big loss' dalam dunia kini. Dalam era Islam berkembang, banyak binaan-binaan Islam yang unik dan gah. Antaranya; Alhambra dan Medinat Azzahra. Sayangnya, Medinat Azzahra dah dimusnahkan. Personally, bagi aku, Alhambra cukup unik. Perasaan kagum yang teramat waktu aku jejakkan kaki ke situ. Alhambra ada rahsianya yang tersendiri dan seni binanya menarik perhatian ramai pengunjung, termasuk dari kalangan bukan muslim. 

self potrait at Alhambra
sumber: wikipedia
Ni untuk maklumat tambahan. Pada 7 Julai 2007, selepas mengambil kira segala aspek, 'New Seven Wonders of the World' diumumkan. 7 pemenang  daripada 177 monument yg dipertandingkan itu ialah; Taj Mahal (Agra, India), Machu Picchu (Cuzco Region, Peru), Great Wall of China (China), Colosseum (Rome, Italy), Chichen Itza (Yucatan, Mexico), Christ of Redeemer (Rio de Janeiro, Brazil) dan Petra (Ma'an Governorate, Jordan). Sebagai tanda penghargaan, satu-satunya monument yang masih kekal wujud dari '7 Wonders of Ancient World' iaitu Great Pyramid of Giza dianugerahkan sebagai 'honorary site'. 

*SM - sebelum masihi 

FJ : Setiap perkara yang terjadi, termasuklah yang tidak melibatkan diri kita secara langsung sebenarnya memberi impak pada diri kita sendiri. Yang tinggal hanyalah kemahuan untuk kita sedar tentang hakikat itu.

Wednesday, 26 January 2011

Jubilee Market, Covent Garden

Salam,

Dari smalam lagi aku nk update blog, tp mood kne cantas elok je. Ptg td pon mcm tu. Berkobar2 dah aku nk karang bunga2 mukaddimah utk entri baru aku (bkn yg ni), tp mood kne cantas skali lg dgn conversation yg memualkan. Sabtu lepas, aku g ronda2 check kawasan aku bertanding. Singgah la Jubilee Market. Alah, xde la spesel sgt pon psl market ni. Mcm market2 lain jugak yg kt uk, n x same sgt mcm market kt msia, di mana kita boleh jumpe Mami dan Combi bergossip psl gelang tangan baru mereka. Jubilee Market ni, one of the art craft market yg ade kt uk ni. Berlambak-lambuk lg market yg seumpamanya, tp aku x sempat nk cover sbb coverage x elok. Yg lecehnye, sesetengah tokei stall x kasi ambek gmbr. Adoi, I ni x reti pon nk tiru u olls punya craft yg unik tu. So, aku taruk kepingan2 gmbr yg aku sempat aku je ye. 





Serba warna warni, kan? Kat depan area pasar tu, ade sorg pakcik ni nyanyi. Boleh tahan juge suara dia. Hehe.. Pas ronda2 makan biskut sekeping dua, aku balik. Mule2 mmg igt nk ronda2 je, tp last2 beli gak mende ni, sbb comel sgt.



mcm horror sket mulut dia, kan.. gugugu
FJ : xtaw nk merepek ape dah.. nk smbg tgk variety show lah

Tuesday, 18 January 2011

Budak2 zaman aku VS budak2 zaman skrg

Salam, 

Dah pkol 1.30 pagi. Aku nk tdo, tp x bleh. Perut sakit, td makan limau byk sgt sambil layan variety show. Limau murah je, boleh tahan la rasa dia. Tu yg aku bedal byk. Alang2 dah x mahu lelap, update seperenggan dua, chare jugak dak? Sebelum aku masuk terus ke point2 penting aku, aku nk highlight-kan beberapa perkara, supaya korg seme noted dan paham, bila aku sebut istilah 'budak2 zaman aku'. Family aku skrg ni sederhana je. Kaya? Memang x lah! Dulu, masa aku kecik2, agak susah la jugak hidup. Tp, sesusah aku dlu pon, aku yakin, ade org lain yg lagi susah dr aku. Bila aku sebut 'budak2 zaman aku', aku mksdkan budak2 yg lahir lebih kurg era pertengahan ke lewat 80-an, (siap bagi range thn lahir lg tu, punya nk spesifik) yg mane, pengalaman tumbesaran dorg ni, lebih kurg same ngan aku. Pendek kata, ape yg aku alami dan ape yg aku nampak dari aku kecik, sampai la aku sekolah menengah.

Kain lampin & baju cap ayam VS pampers ultra dry (lampin pakai buang yg amat kering gile) & baju mahal
Masa aku kecik dlu, mak ayah aku x mampu nk afford beli pampers. Pendapatan cikgu waktu tu, bape la sgt. So, zaman kecik aku, aku x pernah merasa pakai pampers, ni mak aku yg bgtaw aku. Tiap malam tidur, pakai la kain lampin tu. Bgn pagi esok (kalo mak aku x tersedar tgh2 mlm), baru la mak aku tukar lampin tu. Dah tu, mula la naik ruam2 kat punggung. Eleh, x payah nak ckp, kotor ke ape lah. Mcm ko x pnah kencing je. Aku pon x malu nak cite. Sbb ape? Dah mmg aku dlu ssh, ckp je la ssh. Xkan nk blagak pulak. Lampin tu pulak, bape helai je lampin baru. Kebanyakannya, lampin2 lama, hasil sedekah dari sepupu. Xpon, yg pak su aku punya ms dia kecik dlu (beza umo pak su aku dgn aku lebih kurg 7 thn). Kain baju pon, mcm tu jugak lah. Budak2 zaman skrg? Jauh beza. Nak tgk mcm mane? Kat fesbuk sudah. Berlambak2 parents upload gmbr anak dorg, kan? Tgk la baju brand ape, pampers brand ape, tu blom ckp psl bawak anak p makan kat mane, stroller, brand susu lg. Era adik-adik aku, kalo dpt baju cap Ladybird atau Kikilala tu pon, dah tersohor sgt dh. Skrg? Aku igt, baju Ladybird pon org x pandang dah, kalo baju anak pon beli kat GAP, ZARA, etc. 

tambah la consoles sendiri ikut selera
Main kawin2 VS PS3
Bila dah besar sket, aku masuk tadika, mcm budak2 skrg jugak. Tp, ape yg dorg blajar dan ape yg ade kt tadika tu skrg, aku x taw lah beza dia mcm mane. Abes je tadika, dalam pkol 11 mcm tu, aku balik rumah jalan kaki dgn kwn2. Mak ayah keje. Ms tu, mak aku da mampu la sket2 nk bayar org utk baby sit adik aku. So, ade la org kt rumah bile aku balik. Sambil duk bjalan tu, menyembang ngan kwn2, "Hari ni, kite nak main ape awak?" Kawan aku pon, usul la, main kawin2. Padahal, hak tu la yg duk main tiap hari pon. Kdg, ade jugak la main tenteng, bola, sekolah2, etc. Smpi rumah, campak beg skolah, tukar baju, terus tggu member dtg. Pompuan pon seme, kdg2 je ade budak laki join. Main la kitorg kawin2 dgn hati yg gembira. Mula2 mak ngn ayah kawin, pastu ada anak, mak masak kat dapur, ayah gi kebun, yada yada. Budak2 skrg? Teknologikal abes! Aku agak, kalo ko sebut main kawin2 depan dorg, dorg bantai gelak berirama je. Adik aku yg bongsu, balik skolah asek duk cerita psl games je. Donlod kt internet la. Ambek installer dgn kwn lah. Laptop pon ade laptop sendiri! Ms dia darjah 5, kerajaan terengganu bg mini laptop kat budak2 darjah 5, sebijik sorg. Selain tu, korg name lah, dari computer games, membawak ke PSP, PS3, XBOX, Wii ape yg dorg x taw? Jgn ckp nk tggu smpi rumah, PSP tu dah prep siap2 dah letak dlm beg skolah sbb nanti nak main mase tggu ayah/driver dtg pick up kat tadika. Balik rumah, smbg pulak ngan PS3. Consoles pulak, seme jenis ade. Tu x perlu cite la.  Eh jap, ke PS4 dah kuwa? Aku mane taw sgt mende2 mcm ni. 

Duit belanja skolah hari2 VS elaun bulanan
Masuk skolah rendah, aku blajar kt skolah yg same dgn skolah yg mak ayah aku mengajar. Budak2 skolah tu slalu ckp, konon2 aku ni, senang kalo xde duit. Sbb boleh suke suki je g mintak kat mak ayah aku tang2 tu jugak. Dorg x taw, kalo aku gi mintak duit ngan parents aku kt skolah, silap hari bulan aku makan penampar hari tu. Ye, ayah aku garang. Sbb ape aku ckp mcm tu? Sbb pagi2 ms breakfast kt rumah, ayah aku dah bg aku siap2 duit belanje skolah. Ms tahap 1 (darjah 1-3), aku dapat 70sen sehari. Tahap 2, up sket, singgit. Kalo ayah aku lupa nk bg duit pagi tu, aku mintak kat mak aku, b4 klas start. Takut nk btaw ayah. Kalo duit tu tercicir, mmg aku senyap je lah. Sanggup berlapar atau g ngap sket bekal member dr g jumpe ayah aku dan btaw duit aku tercicir. Ketaq lutut org utara ckp. Budak2 zmn skrg, kebanyakan parents buat pelan sara hidup bulanan utk anak2 dorg. Tiap2 bulan bg duit masuk akaun. Pandai2 ko lah nk settle duit tu mcm mane. Ade baiknye jugak pelan mcm ni. Aku x ckp pon aku x suke. Tp, tgk la mcm mane bdk tu manage duit dia, kan? Tp, part yg aku berbulu sket ialah, elaun tambahan dari abg-kakak. Ade abg-kakak yg dah keje, murah hati nk bg adik2 dorg duit. Bgs tu bgs, sbb murah hati. Tp, adik tu, dah spoil pulak dgn lambakan kemurahan hati org di sekeliling dia. X payah tggu hari raya, tiap2 bulan pon dapat duit 'raya'. 

Walkman VS iPod/ integrated music player
Dlu, aku duk asrama masa skolah menengah. Nak kate aku ni student yg bgs, ikut seme peraturan, x jugak. Nak cakap jahat, mmg x jahat. Nakal jugak la. Skolah aku, ade undang2; x boleh bwk walkman masuk skolah. Tp, aku x bwk walkman pon. Bkn sbb saje xnak bwk, tp sbb xde! Zmn aku tu, walkman yg boleh masuk kaset tu la yg paling hebat, ko tahu? Sape ade walkman dgn kaset Sheila on 7 tu, mmg femes lah dlm hostel. Bila aku masuk form 4, cikgu2 ckp, boleh bwk walkman g hostel. Maka, ramai la kwn2 aku bwk. Aku je yg terkelip2 tgk dorg, kdg2 telan air liur jugak. Nk beli dgn duit blanje yg ayah bg, mmg x ckop ah. Sbb aku nak sgt walkman tu, aku try2 la nego ngn ayah aku. Ms tu, dekat nak exam, tp ade cuti balik kampung. Aku ckp kat ayah aku, "ayah, kalo kite dpt markah bagus exam kali ni, ayah belikan kite walkman eh?" Menggeletar jugak bdn nk tny ayat sebaris tu. Ayah aku ckp, "erm..." smbil smbg bace surat kabar. Bila result kuwa, ayah aku puas hati dgn result aku, so dia kasi aku duit lebih wat beli walkman. Sbb walkman idaman aku tu harga dia mahal sket, aku kne la support sket dgn duit blanje skolah yg ayah aku bg. Dah beli, mmg aku guna seoptima mungkin lah. Nak tayang kt kwn2 pon, seme org dah ade. Ms tu pulak, upgrade sket. Bdk2 start pakai discman. Smpi hari ni, walkman tu ade lg kat rumah, cume dah rosak. Budak2 skolah menengah zaman skrg, dah la elaun bulan2 masuk je (mcm org keje, tiap bulan dpt gaji), nak beli gadjet pon, mak bapak support pakai elaun entertainment pulak. Mane lah nk layan walkman ke, discman ke, malu nnti nk tayang kt kwn2. Mesti la nk ipod ke, sony mp3 player ke.. Koman spanar pon, pakai hp yg ade mp3 player. 

henpon SIEMENS dlu2
Nokia 3310 VS Sony Ericsson Cybershot
Sebut psl henpon, nak pulak aku story psl first henpon aku. Pnjg sket yg ni ye. Tabah la korg bace. First time aku sentuh henpon, seigt aku, ms tu aku form 3 rasenye. Henpon ayah aku, brand SIEMEN. Ayah aku beli yg 2nd hand. Lebih kurg mcm kt atas tu lah, tp len sket. Function mmg x byk. 3G? Heh, G pon xde. Tebal dia x payah ckp lah. Kalo korg gabung 2 ibu jari korg, haaa.. tebal tu lah. Korg genggam henpon tu dalam 2 tangan, baru boleh. * exaggerate* Pastu, ade punat kecik kt atas tu, ala2 arial nk cari coverage. Mmg waktu tu, jakun nk mampos lah. Pegang2 je, x reti nk usha. Kdg2 tlg pick up call. Ms tu, aku reti tekan 2 button je, button hijau ngan merah. Yg len, mmg ke laut. First time aku ade henpon sendiri, waktu tu aku nk masuk matriks (umo aku 18 thn). Lg 2-3 hari nk daftar, ayah aku bwk aku g kedai henpon. Tergezut den. First henpon aku, nokia 3310. Xde la canggih sgt waktu tu pon, bese2 je. Anak2 org berada waktu tu, dah ade la yg pakai nokia 7610. Pastu, yg x bleh blah, masuk je duit elaun matriks2, tukar lagi henpon baru. Tp aku x ek. Hehe. Mls lah nk cite pasal tu. Ouh ya, first henpon aku ni, smpi skrg pon ade lagi dgn aku. Masih elok, x rosak2 pon, cume aku tukar cover dia je (cover lame pon ade je lagi). *peace sign* Bdk2 skrg? Aish.. First time pakai henpon pon, di usia yg muda jambu. Henpon x nak yg cikai pulak. Kurg2 angkat sony cybershot, kan? Adik bongsu aku pon, darjah 4/5 dlu dah ade henpon. Skrg dia form 1. Even dia pakai henpon lame ayah aku pon, tp still, darjah bape baru, dah pakai henpon. Bkn duk hostel pon nk contact mak ayah. Anak2 atau adik2 org lain aku x taw lah. 

X byk point yg aku ketengahkan, tp aku elaborate agak byk, kan? Korg sendiri pon, boleh nmpk cara hidup budak2 zaman skrg mcm mane. Mungkin x notice sgt kot, atau korg x ambek tahu lgsg. Betapa lainnye dgn zaman aku dlu. Nanti, zaman anak2 aku pulak, mcm mane ye? Bdk2 skrg dah reti nak demand. Petik jari kat mak bapak, ckp nk tu. Nak ni. *mengeluh*

FJ : Dah nk dekat pkol 3. Sejam stengah aku duk menaip mende ni. Perut aku dah oke. So, aku nk tdo. Tggu episod retro yg lain pulak ye! Eh, aku buat variety show ke?

Monday, 17 January 2011

Kalo kau x bleh jadi fair, kau tu PENGECUT!

Salam,

Ape mcm tajuk aku bagi? Kasi peluh dingin kau org menitik x? Heh. *mari jadi sakarstik utk entri ini*. In real life, mungkin ade perkara yg setiap dari kite takut nk hadapi atau takut nk buat. Aku bg contoh simple; berenang. X seme org kondifen konfiden nk terjun dlm kwsn takungan air yg dalam, say 10m deep swimming pool. Ramai org yg takut, termasuk aku. Nk terjun, alah, kalo nk masuk pelan2 pon takut, bile fikir the fact yg masing2 x reti berenang dan riso nanti akan lemas. Bg aku, takut seumpama ni x dikategorikan sbg pengecut/coward. Sbb? Versi takut ni, kite boleh overcome. Berenang tu, contoh yg aku bagi je, nak kasi kau org warm up sket. Kau org takut nk masuk swimming pool yg dalam & x reti berenang, then belajar lah. Kau org takut duk sorg2 kt rumah, mintak la org lain temankan. Kau org takut tempat tinggi, belajar la naik tempat tggi sket2. See. Tu maksud aku. Kita boleh overcome. Kot mane2 pon, ade cara nk atasi, kalo btol2 nak

jangan terjun dr tmpt tggi sudah~
Tapi, jenis yg penakut versi pengecut ni, mmg x bleh blah. Benda yg x boleh overcome melainkan kau org sendiri ubah diri - which is ssh nak buat. Sbb ape? Dalam hidup kite ni, ada sesuatu yg lebih susah drpd susah, iaitu berubah. Ye, aku tgh nk tanamkn idea beza takut dan kecut (pengecut) dalam minda kau org nih. Dan aku yakin, kalo aku ulang 41,000 kali pon, kalo kau org xnak paham, mmg xkan paham jugak la sampai ke sudah. Ok, masuk bab pengecut @ coward ni plak, aku percaya mungkin kau org pernah secara tak lgsg terjebak dalam scenario yg melibatkan si coward ni. Bukan la aku ckp kau org si coward tu waloapon boleh jadi jugak mcm tu. Ape yg terang pada mata dan akal fikiran aku, biasanya, senang sgt nk spot org2 yg pengecut ni, lebih2 lagi kalo melibatkan situasi yg competitive. 

Si pengecut besenye akan rs x senang duduk bile dia ade competitor. Keje dia, nak sabotaj orang je. X boleh nk tgk org lebih dari dia, x bleh tgk org lain senang walopon org yg senang tu xde pon nak selak kain dia dan x confident dgn diri sendiri. Alah, bile dah x confident dgn diri sendiri la dia p sabotaj org. Katakan kau org kne buat paper work dan hantar kat bos. Then, bos kau org ckp, ade lg sorg makhluk lain yg buat paper work utk projek yg same. Bos kau org akan pilih the best from the two je. Sbb kau org x confident dgn idea dan kebolehan kau org sendiri, dgn senang hati, kau org gi sabotaj paper work makhluk yg lagi 1 tu. Org mcm ni mmg aku label coward. Menang dgn cara mcm tu, kotor kot. Taw x, kotor? Lagi baik kau kalah bermaruah dari kau menang kotor lah. At least, walopon kau org kalah, kau reti nk bersaing dgn adil, kau letak tinggi kepercayaan kt diri kau org sendiri dan kau tak pandang rendah kat org lain. Kalo kau menang dalam fair games, aku cakap, kau layak la angkat hidung kau tinggi2!

seperti gunting bersembunyi di belakang badan
Dalam bab cintan-cintun pon, golongan pengecut ni ade je di mana-mana. Dari pengecut nk ayat awek/balak atau nk confess sampai la pengecut nk tepek ayat dump kt muka pasangan. Oke, ayat aku kejam bunyinya. Aku x cakap bila kau dah xde perasaan kat pasangan kau org, dump adalah mesti dalam bentuk kejam. Ckp la elok2 dan ckp la hal sebenar. Cuma, personally, aku rs, baik la jadi pengecut nk confess dari jadi 2nd pengecut tu kan? Aku ckp pandangan aku je, kau org punya pandangan lain pon, aku xde kesah. Ahh, kita bukan nak cerita psl tu pon. 

Balik kat isu utama. Katakan, kau org bercinta, prum prang prum prang cecah la 2 tahun jugak. Smpi 1 ms tu, perasaan tu kat si dia dah xde. Xtaw lah aku hilang pegi mane. Tertinggal kat dalam LRT mungkin. Then, kau org baik punya jumpe org lain pulak. Ayat barang sebaris dua, dapatlah org baru tu. Pastu, dgn senang hati, kau bgtaw makwe/balak kau "Mak saya suruh saya tumpukan perhatian kat pelajaran dulu, kemudian baru la menggatai bercinta". Heh. Umo dah layak dapat anak, bg ayat mcm tu nak berpisah? Macam budak form 1 bercinta! Pasangan kau org tu pon, bukannye bodoh sgt nak telan kata2 kau tu bujur2. Xpon, cara yg lagi cheap, kau org suro member yg pass-kan berita perpisahan tu kt pasangan kau org. Yg ni, lagi ah coward, atau kita boleh panggil loser? Ni lah aku aku maksudkan tadi, pengecut nk tepek ayat dump kt muka pasangan. X perlu jadi all sakarstik, cume ckp kau org dah xde hati kat dia. 

Faham ke x ape yg aku cerita ni? 

FJ : X perlu la jadi terlebih berani pulak, sampai buat drama tepi jalan bertajuk 'dia pilih KLCC dowh!', kot ye pon xnak org ckp kau pengecut -_- Ibarat kate sorg blogger ni, "ade otak guna la, jgn simpan kat kepala lutut". 

Disclaimer : Byk daring words. Aku sedia maklum. Ouh, ya aku bukan dlm keadaan emosional masa aku tulis entri ni. 

Friday, 14 January 2011

Kecoh tentang dreams wedding kt fesbuk

Salam,

Semenjak CST Production rancak buat contest dan iklankan contest dorg, rata-rata pompuan kt dunia fesbuk aku, rancak duk bercerita pasal dreams wedding la, dreams love story la. Aishh.. teringin jugak nak masuk contest tu. Tp, ape kan daya. Xde dreams. Haha. So, duk sembang kosong baik punye pasal cite wedding ni, ade sumthing yg aku nk share ngan korg seme. 

Dia ni, classmate aku. Selalu je ckp mende yg x bape masuk akal sket. Bukan x masuk akal langsung, cume x berapa realistic lah. Kali ni, time kitorg bdk2 pompuan duk nyembang usik mengusik, dia join skali (mmg mcm tu  lah pon slalunye). Yg best nya, idea dia bernas x bleh tahan! Cuba tgk ni ek. 

utk tujuan data protection; dia kne jadi anonymous
Ade la jugak selingan dan maklum balas dr org lain, cuma aku x sertakan kt cni. Baik punye lah! Kitorg ade cadangkan dia masuk CST contest tu. Dah idea pelik mcm ni, mane taw boleh menang ke. Kebanyakan blog yg aku bace tulis pasal dreams wedding, seme nye cliche. Balik2 wedding dalam taman. Balik2 nak grand2. Balik2 nk pusing2 kampung naik kuda. Balik2 nak pakai 10 persalinan. Balik2 benda same je. Xde yg unik. Aku pon fedap nk bace. Kalo ckp nk photoshoot wedding tu ms bungee jumping ke, dalam kapal selam ke, kan ke lain dan unik tu. Aishh.. dorg ni.. Pandai je aku comment, masuk nye x. Xde ke, org lain yg nk tlg masuk utk sy? Atau menangkan hadiah tu, dan hadiahkan kt sy? Haha. Dalam mimpi pon blom tentu ade. 

FJ : Dah rase tiramisu smalam. Boleh tahan laa. Osmet ckp sedap, tapi kering sket. Len kali, kne improve ni. So, utk second attempt thn ni, sape volunteer nak rase angkat tangan. Heeee.. 

Thursday, 13 January 2011

Segmen dapur : my tiramisu

Salam,

Apa kabar semua? Chef harap para penonton semua sehat *wink sket kt camera man* Oke, hari ni chef nk ajar penonton semua mcm mane nk buat tiramisu. Resipi ni simple je taw. Kalo ibu2 duk sibuk masak main course kat dapur tu, anak2 boleh tolong buat dessert, kan? Resipi yg chef nk bagi ni, mmg simple je. Anak2 pon boleh buat. So, ape bahan2 nya?


soft cheese - chef guna tesco brand je
double cream - tesco brand jugak
esen vanila
sponge fingers
serbuk nescafe/coffee
gula
air panas
serbuk koko - chef guna maltesers sbb xde serbuk koko
chocolate bar - kalau nak

Mcm mana pulak nak sediakan? Senang je.

1. Bancuh air nescafe/coffee ikut selera penonton semua. Kalau x suka rasa nescafe yg berlebihan, letak sket je la serbuk nescafe tu. 
2. Masukkan soft cheese, esen vanila dgn double cream dlm mixing bowl. Pukul hingga kembang.

pukul dgn mixer
3. Celupkan sponge fingers ke dalam air nescafe yg dibancuh td. Jgn celup lame sgt, nanti sponge finger tu jadi terlalu lembik. Kemudian, susunkan dalam bekas yg sesuai. Atau pun, penonton boleh susunkan sponge fingers dalam bekas dahulu, kemudian tuangkan air nescafe td sedikit demi sedikit atas susunan sponge fingers. Pastikan jumlah air tidak berlebihan.

kalau guna bekas bentuk segi 4, senang sket nk susun spong fingers
4. Tuangkan adunan dari langkah 2 td di atas susunan sponge fingers dan ratakan. Ketebalan adunan cream tu bergantung pada penonton sendiri. Tak perlu tebal sangat, nanti tak sedap :) Siap lapisan pertama.

boleh taburkan serbuk kok di atasnya jika mahu
5. Ulang langkah 3 dan 4. Jika bekas yang penonton guna tebal/tinggi, boleh ulang lg sekali. Tgk keperluan. Kalau perlu, boleh buat. Biasanya, chef buat 2 layers je.

susun lapisan kedua
6. Parutkan chocolate bar td di atas top layer tiramisu anda. Boleh jugak guna dark/white chocolate. Ikut selera masing2. Chef guna Milka choc bar je. Heee.. 

taraaa... hasil akhir
Dah siap pon. Ni lah dia tiramisu yg chef dah buat! Belum sempat rasa lagi, sbb baru lepas buka puasa. Masih kenyang. Lagipon, biar dia sejuk sket. Ouh ya. Lupa pulak. Lepas dah siapkan, boleh masukkan dalam fridge selama lebih kurang 2 jam utk disejukkan - dlm masa yg ms utk pastikan sponge fingers td serap lebihan air. Senang x, nak buat? X perlu baking2 pon kan? Chef blajar buat tiramisu ni, dari kawan. Dah lame dah. Ada beberapa resipi lain lagi utk buat tiramisu. Cume yg ni version yg chef blajar dari kwn + video. 


Jenis2 soft chesee yg penonton boleh guna;
1. philadephia cheese 
2. mascarpone cheese

Antara version lain cara penyediaan tiramisu mcm dalam video kat bawah ni. So, penonton boleh tgk, dan compare dgn cara yg chef buat. Chef x ambek hati pon kalo penonton x ikut cara chef. Selamat mencuba! ^____^



FJ : Dah beberapa hari rasa nak makan ketam masak lemak. Haissshhh

Tuesday, 11 January 2011

London's food hunting : sushi!

Salam, 

habibi sushi, liverpool street
I've been craving for sushi since 1 month ago. After hearing some news about a halal sushi diner from friends, I couldn't stop myself thinking about the sushi. So, why is it important to find the halal one? Even though sushi are mostly made from sea foods, light vegetables and eggs, some of them still contain alcohol. Even in Malaysia, few types of sushi at Sushi King's contain small portion of alcohol. You can ask the Sushi King's staffs about it. They usually put up some notes at the entrance, te about these kind of things ahead. 

It was sunday. The weather was really nice and wasn't that cold even it's still winter. But, derrkhh... There's major engineering rail track works on sunday and the buses are not that frequent too. I hate these facts about sundays in UK, but I still had to bear it to fulfil my sushi desires. We took about nearly 2 hours to reach the sushi restaurant. I didn't even have my breakfast to make sure I had prepared my tummy empty to be filled with those yummy sushi. :) Due to long hours of journey, we (my housemates and I) couldn't really hold our hungers. My tummy started to produce weird sounds - singing unrecognized song unhappily. Once we reached Liverpool Street Station, it was cold and windy. But it wasn't a right time to give up. Just few steps ahead, and we're there!

ginger pickles, wasabi and ketchup
 They were having discounted hours price! According to the owner, the price for the menu depends on the colour of the plate. The range of prices were from £1.95 to £3.95 per plate. But, they had this buffet price, where each individuals can eat up until any 7 plates with the price of £10 each! *-* There were no other customers there and loads and loads of sushi before our eyes! Kikikiii.. 


the three of us
cute little froggy!


look! we've able to finish all the 21 plates!
I ate lots of sushi and tempura's. But I wasn't sure the name of the sushi and didn't take any pictures of them too. Hey, come on! Who's going to care about the pictures and stuffs anymore when you're that hungry and need to fill up your stomach? As a result of being too full, we couldn't walk fast. T.T I thought my tummy was about to burst, really! Apart from that, I was totally satisfied and definitely would come again some day! 

FJ : I know the fact that not everyone can stand the raw fish of sushi. I'm glad that I can! :)

Monday, 10 January 2011

Natural looking eye lashes or the fake looking one?

[WARNING : CONTENTS NOT SUITABLE FOR MEN/BOYS]

Salam, 

Ye. I dah letak warning awal2. Gedabak besar pulak tu. Entry ini seswai utk 18GG (gegirls 18 thn dan ke atas) shj. Harap maklum. Ehheemm.. btolkan suara sket. I'm gonna write sumthing about eye lashes and mascara today! *excited state increases* X pnah kot ade entri berkisar tentang looks atau mekap kat blog ni oke! Hari ni, nak mencemar duli berceloteh psl mascara pulak. 

fake or false eye lashes
I'm not a make up pro. Make up ala kadar boleh la. And I'm totally against heavy make up look. Entah laa.. nmpk mcm over dan 'berat' sgt. Oke2. Kalo u gegirls seme perasan, skrg false eye lashes dah jadi trend. X kira lah utk function atau casual look. Ada baaaaanyak sgt jenis false eye lashes kat pasaran skrg. Range harga, I x sure lah u. I've never purchase one. Sbb I x berminat. Kalu u-ols tgk pakej mekap pengantin pompuan skrg pon, false eye lashes tu mesti termasuk jugak. Ade yg bg 1 set, ade yg bg 2 set; depends on pakej yg pengantin tu ambek. 

Kalo u-ols selak majalah fashion pon, berlambak2 terpampang gambar model yg dress up bagai berserta false eye lashes tu. Ade yg sgt oveer gitu. Berwarna-warni dan mcm2 fashion eye lashes yg ade and they come with different lengths. Strip types, separate types, colors, extreme looked, etc. Pilih saje mana yg berkenan. 


cantik ke? mcm over je kan.. x berat ke, mate tu kak?
As for me, I definitely wouldn't choose any. I x suke la mende2 complicated sgt ni. Yelah, nk pakai false lashes ni nk kne glue-kan benda tu kat mata kita. Nak kate cantik pon, xde la cantik sgt. Mcm nmpk fake je. So, I lagi suka guna mascara aje. *senyum kedekut* Mascara pon ade byk jenis jugak. Depends mcm mana u gegirls nk menonjolkan mata u-ols and gegirls kne taw jugak jenis eye lashes gegirls mcm mane. Ye lah, kalo eye lashes tu dah mmg panjang, xkan nk gune lengthen mascara lagi, kan? Nanti da x nmpk natural dah. X somey! Heee.. 
nampak natural je.. 
Dulu, I guna mascara dr Clinique. X best. So, I x pakai dah. Dapat Super Volume Mascara free dari Estee Lauder pon I peram je sbb x suke dgn voluminous eye lashes. About 2 months lepas, I baca blog post dari kwn I yg duk mintak suggestion pasal clear mascara and dia stated about body shop clear mascara. So, lepas baca entry dia, I pergi la body shop. Cuba2 mascara yg dia ckp tu. Sambil2 tu, I cuba2 jugak mascara lain. I mmg suka body shop products taw. :D Then, I jatuh hati kat define & lengthen mascara dia! <3 <3 Eye lashes I pendek. So, this type of mascara sgt seswai dgn I. 

from body shop
Bila pakai mascara ni, eye lashes gegirls seme x nmpk fake taw. And eye lashes u-ols xde lah bertempek-tempek antara satu same lain dan x jugak sememeh. Kalo x caye, gegirls bleh tny kwn I. Ada sorg kwn I ni ckp, dia suke tgk my eye lashes. So, I btaw la dia I pakai this mascara. Harga? Affordable lg la.. (sbb duk UK, kalo duk msia, terasa jugak u-ols) Dalam £10. Kalo u, gegirls ni jenis yg suke buat drama, suke nangis, etc, bek la u ols prep siap2 pakai waterproof mascara. Kang nanti x pasal2 u-ols kelihatan horror gile dgn campuran mascara n air mata tu ms nangis. No no no! *sambil angkat jari telunjuk goyang kanan-kiri* 


heavy look (smokey eyes) but nice juge!
Ni seme pendapat peribadi I je. Kalo u gegirls x suke, I x kisah pon paksa. Sometimes, heavy eye make up pon nice jugak. Tgk la u-ols nk put on that type of make up pergi mane kan. Kalo kuwa hengaut dgn kwn2 pon nk buat smokey eyes, I x rase tu seswai. Kalo pegi event or dinner function, oke kot. :)

FJ : Siyes aku rase aku gedik mase type entry ni.. Sendiri pon, rase mcm nk muntah.. duuhhh... (_ _)

Saturday, 8 January 2011

CST Production anjurkan contest se-hot cili berapi!

Salam,

Semenjak 2 menjak ni, aku perasan, aku selalu bg salam bile mulakan blog entry. Which is, good, kan? B4 ni, xde pulak aku mcm ni. Oke, back to the title. I'm pretty sure uolls dah biasa dgr psl CST Production. Ala,, kat fesbuk kan berlambak2 video yg CST Production buat, org share. Biasanya video kawin. Tp, CST Production pon ade buat video clip lagu taw. Yang aku taw, video clip lagu Manifestasi Cinta dari Fiq & Mirwana. Dorg gune dslr utk record video ni. 


Agak memberangsangkan, kan? So, siapa sebenarnya CST Production ni? Hurm.. Yg aku tahu, CST Production ni, sgt popular dlm wedding videografi.
CST PRODUCTION is the leading in DSLR Videography industry. We provide videography service for many occasion such as WEDDING,VIDEO CLIP, "SAVE THE DATE" video, corporate and many more. We brought to you a new dimension of videography in artistic form. 
 from CST Production facebook
Video dorg power2, cantik2 dan smart2 taw! Dorg punye staffs pon berpengalaman dan ada kelulusan (degree) dalam field masing2. In a nutshell, they know what they're doing. Kalo korg nk tgk video2 yg pernah CST Production produced, korg boleh simply lawati dorg punye fesbuk page. :)


Terbaru, CST Production berkolaborasi dgn LyndaRahim KualaLumpur ade anjurkan 1 contest menarik! Apekah contest itu? Tadaaa~

What's hot is gettin' hotter!

Bagaimana nk sertai contest ni? Mudah je.

  1. Anda dikendaki 'like' cstproduction fb page dan LYNDARAHIMKUALALUMPUR fb page.
  2. Tukar profile picture fb anda kpd profile picture yg sama spt CST Production dan LYNDARAHIMKUALALUMPUR sepanjang contest ini berlangsung (6 Jan 2011 hingga 20 Jan 2011) - thumbnail picture mesti pada cili merah tu ye, dan boleh download gambar di sini.
  3. Update status mesej kt fb kpd 'What's Hot is Gettin' Hotter' dan tag CST Production dan LYNDARAHIMKUALALUMPUR
  4. Pilih salah 1 tajuk di bawah dan ceritakan sekreatif mungkin tentangnya di facebook note atau blog post anda.
  5. Di akhir penulisan, letakkan logo CST Production & LYNDARAHIMKUALALUMPUR dan linkkan ke facebook page mereka respectively - download logo di sini.
  6. Akhir sekali, emelkan penyertaan anda berserta details di bawah ke cstproduction[at]gmail.com;
  • Nama
  • No Telefon
  • Facebook ID
  • Link entry facebook note/ blog post
  • Tarikh Majlis anda (jika berkaitan)
So, tajuk yang diketengahkan oleh penaja ialah;
  1. My Dreams Wedding - ceritakan tentang konsep wedding yg anda impikan
  2. My Dreams Love Story - ceritakan tentang kisah cinta manis yg anda impikan atau yg sedang anda alami. 
Senang je kan?? Errmmm... mesti dah ada yg tersenyum sumbing duk berangan2. Hadiahnya? Menarik!!!

1 event full coverage by CST Production photo & video (majlis pernikahan / wedding reception / engagement / aqiqah / birthday, etc
1 set wedding dress bride and groom (worth more than RM4000) by LYNDARAHIMKUALALUMPUR

Penyertaan di buka pada 6 Jan 2011 dan ditutup pada 20 Jan 2011. Voting pulak akan start dibuka bermula 21 Jan 2011 hingga 31 Jan 2011. Pengadilan dibuat berdasarkan voting (70%) dan pendapat juri (30%). Hadiah valid sehingga 1 Jan 2012 shj. Dan menurut penganjur, hadiah boleh ditukar milik - korg boleh hadiahkan hadiah ni kat org lain. Adik-beradik yg nak kawin ke, kwn2 mungkin? Atau obviously boleh guna utk diri sendiri kalo dah nk kawin dalam tempoh ms terdekat ni kan. Best tuu hadiahnya. Kan? Kan? 




Wedding dress tu, mesti cantik, kan? Aci x tempah dlu wedding dress awal2? Tp, oleh sebab aku xde terfikir nk kawin pon dlm ms terdekat ni, so, ssh la nk dapatkan ukuran utk groom punye wedding outfit. Lg 1, kalo dah ade calon groom skrg sekalipon, x semestinya da nak kawin, kan? And, nnti, kalo buat dress awal2, by the time nak kawin, x fit mcm mane? Membazir la.. Aiishh. Hahaha.. byk pulak aku fikir, ye? So, nak join ke x ekk?? Ermm... tp bab2 contest ni, aku mmg x pnah menang pon :(

Friday, 7 January 2011

Soalan dari kawan, "best ke boxing day tu?" Mari baca!

Salam, 

Boxing day dah 2 minggu lepas. So, apekehal nk buat entri skrg pulak? Xpe, x basi pon.. charee.. Hari tu, aku ade ym ngan sorg kwn. Dia study kt uk jugak. Duk ketchup (catch up) itu, ini, so aku utarakanlah soalan femes season ni, "pegi shopping x boxing day?" memandangkan dia ni pompuan, dan pompuan sgt sinonim dgn shopping lagi2 kalo ade sales. Ni memang soalan biasa lah kalo musim2 krismes. Kalo musim lain, tny soalan ni, sgt rare dan x masuk silibus. Si kawan tu ckp, tak, dan dia tny aku balik, "best ke boxing day tu? brg2 mmg murah ek?". Perghh.. boleh dia x taw best ke x? *mata bulat sbb teruja*

Sila tinjau2 ini. Utk buat mata anda semua bulat seperti saya. 






aku x amek full shot, nnti golongan lelaki teruja pulak tgk yg ni.. -.-

So, x best? Jgn kelentong lah! Kalo Oxford Street kat london tu, time boxing day, nak berjalan pon ssh. Punye la ramai org. Tu belum cerita beratur nk bayar kt cashier lg. Kat Selfridges lagi, laaa.. Smpi boleh buat mood shopping hilang. Tu la yg aku x suke nak pegi sane. Kalo pegi time hari biasa, mane la ade duit setebal buku rujukan biologi SPM nk beli brg2 mahal kt situ. Time boxing day la nk dpt half price sales pon. 

Jgn x taw, ms boxing day la, org duk sibuk cari brg hantaran. Hahaha.. Aku x buat cerita ok? Dan aku pon x cerita berdasarkan pengalaman aku. Aku sembang lepas tgk kwn2 dan sahabat handai duk buat mcm tu. Org nak kawin, tunang, mesti nk cari brg2 branded letak atas dulang, kan? Nak beli time xde sales, kang kne puasa sebulan dan bukak puasa makan roti kering je. So, grab brg2 ms boxing day lah. Handbag harga £120, boleh dpt £60 shj. Perfume harga £45 boleh dpt dgn harga £22 shj. Ape lagi? Cincin? Baju? Jersey? Laptop?Seluar? Spender? Ha.. ape lagi org letak atas dulang? *oke, over sgt dah tu..* 

Kwn2 aku kt msia pon sibuk kirim brg time boxing day, boleh pulak dia yg duk uk x ambek endah psl boxing day?

FJ : 26 dec lalu boxing day terakhir aku kat uk. Lepas ni x bleh nk shopping boxing day dah. Rase cm sedih la pulak..