Sunday, 30 January 2011

7 Wonders of the World dan kemusnahannya

Salam, 

Malam masih muda, baru pukul 8 malam. Tapi, rasa dah macam pukul 12 tengah malam. Jadi, aku putuskan untuk mencoret sedikit di sini. Aku still ingat lagi, pertama kali aku dengar tentang '7 perkara ajaib di dunia'. Waktu tu, aku darjah 3. Cikgu bercerita tentang taman tergantung Babylon (Hanging Gardens of Babylon). Cara cikgu describe tentang taman tu, buat aku fikir macam cikgu pernah pergi sana je. Budak-budak lagi kot masa tu. Umur pun, dalam peringkat nak capai 'pangkat' mumaiyyiz. Bila dah besar sikit, baru la aku tahu keadaan sebenarnya. Korang tahu tak? Kalau tak tahu, sila google. Kehkeh. 

Merujuk kepada senarai The 7 Wonders of Ancient World, hanya ada 1 sahaja monument/wonder yang masih kekal hingga sekarang, iaitu The Pyramid of Giza. Yang lain, semuanya dah musnah. Kebanyakannya disebabkan oleh bencana alam. Ada 1 monument yang dimusnahkan oleh manusia. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, mari kita recall balik apa benda lagi 6 wonders tu - in case kalau korang tak tahu ingat.

Temple of Artemis
Hanging Gardens of Babylon
Statue of Zues
Lighthouse of Alexandria
Colossus of Rhodes
Mausoleum of Halicarnassus

Tengok nama kebanyakan monument ni pon dah boleh spot directly; most of them berkait dengan ketuhanan pada zaman mereka. Jadi, tak hairan lah kan kalau kesemuanya sudah tak ada lagi pada masa kini :)

foundation of the Temple of Artemis site
Pembinaan Temple of Artemis mengambil masa selama 120 tahun untuk siap sepenuhnya pada 550SM. Hampir seluruh pelusuk temple ini diperbuat daripada marmar. Kalau kita rujuk kepada lokasi pula, monument ini terletak di Turkey. Pada 356SM, temple ini musnah akibat kebakaran. Orang yang bertanggungjawab menyebabkan kebakaran itu, Herostratus dipercayai memang sengaja membakar temple tersebut. Sebab? Dia mahu dikenali oleh semua orang sebagai orang yang membakar temple tersebut. Dia sengaja commit crime tu untuk dapatkan publisiti dan fame. Disebabkan perbuatan tersebut, istilah Herostratic fame diperkenalkan untuk describe perlakuan yang seumpamanya - commit crime sebab mahu dikenali. Temple of Artemis dibina semula selepas kematian Alexander the Great pada 323SM dan dimusnahkan sekali lagi oleh puak Goth pada tahun 268. Ia dibina semula dan dimusnahkan sekali lagi.  

Hanging Gardens of Babylon dibina sekitar 600SM pada era pemerintahan King Nebuchadnezzar II. Taman ini dikatakan dibina oleh raja Babylon pada waktu itu khas untuk isterinya yang merindui persekitaran taman di negara asalnya, Persia. Taman ini musnah selepas beberapa kejadian gempa bumi sekitar abad ke-2 sebelum Masihi. Berikutan kurangnya fakta tentang taman ini, ia menimbulkan kontroversi tentang kesahihan kewujudannya.

Phidias adalah orang yang bertanggungjawab membina Statue of Zues di Olympia. Ia dibina pada 432SM more-less untuk penghargaan kepada tuhan Greek, Zues. Kemusnahan statue ini dikatakan mempunyai 2 kemungkinan. Namun, kedua-dua punca kemusnahan adalah kebakaran

Qaitbay Citadel, menggantikan rumah api Alexandria - google image
Terletak di pulau Pharos, the Lighthouse of Alexandria dikatakan menjadi bangunan buatan manusia tertinggi di dunia berabad-abad lamanya. Ketinggiannya mencecah 120-140m dan siap dibina pada tahun 267SM selepas 67 tahun dalam proses pembinaan. Rumah api ini musnah selepas 2 siri gempa bumi yang berlaku pada tahun 1303 dan 1323. Sekitar 1480, rumah api ini dimusnahkan dan bangunan lain dibina pada tapak asalnya. Saki-baki batuan yang tinggal dari runtuhan rumah api Alexandria digunakan dalam pembinaan bangunan baru tersebut. 

Satu lagi lambang ketuhanan Greek ialah Colossus of Rhodes, yang terletak di kota Rhodes. Proses pembinaannya mengambil masa selama 12 tahun dan siap sepenuhnya pada tahun ke-280SM. Pada 226SM, gempa bumi yang dahsyat melanda kota Rhodes yang memusnahkan sebahagian besar kota tersebut termasuklah pelabuhan Rhodes, bangunan komersial dan juga statue Colossus. Runtuhan dari statue itu terbiar sehingga 800 tahun sebelum dibeli oleh seorang Jewish. 

Mausoleum adalah sebuah makam yang dibina di kota Halicarnasus berhampiran Bodrum, Turkey (present day). Makam ini dibina sekitar tahun 350SM. Aku tak dapat cari fakta yang tepat tentang kemusnahan makan ini. Apa yang dapat aku kumpulkan, pendapat tentang kemusnahannya akibat banjir yang melanda kota Halicarnasus. Struktur bangunan baru untuk makam ini kemudiaannya dibina semula dan musnah semula dalam siri gempa bumi pada kurun ke-15. 

Kalau kita tengok balik, punca kemusnahan monumen-monumen dalam era ancient world, kebanyakkannya adalah bencana alam. Jelas dan terang Dia tunjukkan pada umat manusia, kemurkaan-Nya. Pada yang tak nampak dalam terang, mungkin mereka beranggapan kemusnahan monument itu sebagai 'big loss' dalam dunia kini. Dalam era Islam berkembang, banyak binaan-binaan Islam yang unik dan gah. Antaranya; Alhambra dan Medinat Azzahra. Sayangnya, Medinat Azzahra dah dimusnahkan. Personally, bagi aku, Alhambra cukup unik. Perasaan kagum yang teramat waktu aku jejakkan kaki ke situ. Alhambra ada rahsianya yang tersendiri dan seni binanya menarik perhatian ramai pengunjung, termasuk dari kalangan bukan muslim. 

self potrait at Alhambra
sumber: wikipedia
Ni untuk maklumat tambahan. Pada 7 Julai 2007, selepas mengambil kira segala aspek, 'New Seven Wonders of the World' diumumkan. 7 pemenang  daripada 177 monument yg dipertandingkan itu ialah; Taj Mahal (Agra, India), Machu Picchu (Cuzco Region, Peru), Great Wall of China (China), Colosseum (Rome, Italy), Chichen Itza (Yucatan, Mexico), Christ of Redeemer (Rio de Janeiro, Brazil) dan Petra (Ma'an Governorate, Jordan). Sebagai tanda penghargaan, satu-satunya monument yang masih kekal wujud dari '7 Wonders of Ancient World' iaitu Great Pyramid of Giza dianugerahkan sebagai 'honorary site'. 

*SM - sebelum masihi 

FJ : Setiap perkara yang terjadi, termasuklah yang tidak melibatkan diri kita secara langsung sebenarnya memberi impak pada diri kita sendiri. Yang tinggal hanyalah kemahuan untuk kita sedar tentang hakikat itu.
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)