Showing posts with label malay movie. Show all posts
Showing posts with label malay movie. Show all posts

Friday, 13 May 2011

Juvana - surat Aim untuk mak

Assalamualaikum,

Korang follow x drama juvana? Aku x sure drama ni disiarkan kat tv berapa, pukul berapa. Tapi, bile aku start tengok episod 1, aku rasa, ceritanya menarik. Apa? Korang x layan drama melayu? Puhliss! Episod terbaru, episod 3, berkisar tentang minggu pilihan raya kt sekolah. Setiap calon, kena bagi ucapan kt perhimpunan pagi. Tapi, instead of bagi ucapan, salah sorang calon tu, baca surat ni; which aku rs tersentuh gile bile dengar. 
Mak, 
Bila mak nak datang sini? Aim rindukan mak.
Hari ni Aim tengok budak kena paksa makan makanan atas lantai.
Ada hari yang Aim tak boleh tidur. 
Nak tidur je, ada budak yang kena pukul 
Dia jerit mintak tolong, tapi takde siapa yg berani tolong.
Apa salah budak tu, mak?
Mak, 
Aim tak nak duduk sini lagi. 
Tiap-tiap hari, Aim doakan mak datang selamatkan Aim. 
Tapi mak tak pernah datang. Tolong Aim mak.
Cakap dengan dorang, Aim tak buat salah. Aim budak baik. Aim anak mak.
Kalau mak tolong Aim keluar, Aim sumpah takkan sakitkan hati mak lagi. 
Aim sumpah tak nak buat jahat lagi. 
Cakap kat dorang, Aim budak baik. Cakap kat dorang, Aim anak mak. 

Kalo nak taw ape sebenarnya yg jadi, korg tgk la sendiri drama tu. Kalo seme aku nk cite, bek aku karang novel, kan?

FJ : The letter is sounded so pure and innocent. 

Monday, 31 January 2011

Review Filem: Aku Masih Dara

Salam,

Seingat aku, ni adalah kali pertama aku buat review movie kt blog ni, walopon aku adalah peminat tegar movies. Ya, tahun ni, byk kali aku mencemar duli kt blog ni. Bukan ape, utk penuh resolusi jangka pendek blog aku je. Anyway, Aku Masih Dara adalah antara filem melayu arahan pengarah terkenal kat Malaysia, Ahmad Idham. Antara barisan pelakon yg menjayakan filem ni ialah Raja Farah, Asyraf Muslim, Diana Amir, Farid Kamil, Yana Samsudin, Riezman Khuzaini, dan beberapa org lain (hang pa check la sendiri). 

poster filem
Kalo tgk jalan cerita filem ni, x lari jauh pon dari line 'filem melayu'. Balik2 tang tu jugak. Plot berkisar tentang kerosakan akhlak muda-mudi melayu zaman sekarang dan bagaimana sesetengah dari mereka berubah dan kembali ke pangkal jalan. Sbb ape aku ckp muda-mudi melayu? Sbb pelakonnya semuanya melayu, watak utamanya semuanya melayu dan aku percaya staff produksi pon kebanyakannya melayu cuma producer je cina.
Aku Masih Dara mengisahkan tiga sahabat baik, Aleesya (Yana Samsudin), Sofea (Raja Farah) dan Hani (Diana Amir) membesar dengan latar keluarga yang berbeza. Kehidupan serba moden menyebabkan mereka leka dengan tuntutan agama lantas terjerumus dengan gaya hidup barat. Pergaulan bebas serta menghalalkan yang haram bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan mereka. Namun segalanya berubah apabila Firdaus (Asyraf Muslim) muncul di kalangan mereka sehinggalah terdetik hati Sofea untuk berubah menjadi kedamaian. - source : manggaonline
Penerapan nilai positif dalam filem ni aku boleh kasi markah up sket. Walopon begitu, nilai negatif dan sex sales dalam filem ni begitu ketara. Aku boleh ckp, kalo org tgk filem ni, mungkin ade yg timbulkan persoalan; "mmg mcm ni ke life remaja skrg?" atau mungkin ade jugak yg ckp, "ni baru sikit..".

snapshot dari utube, kualiti x berapa bagus
Ada beberapa perkara yg aku x suka/faham dgn filem ni. Aku taw niat Firdaus (watak dlm filem ni) baik bile dia ckp dia nk ikut cousin dia pegi club. Tp, setaw aku, niat x menghalalkan cara, kan? Pastu aku x faham, kot ye pon dia nk btolkan cara hidup cousin dia, dan nk tgk sendiri apa yg cousin dia buat kt club tu, tp cm x logik la pegi club pakai baju melayu n kopiah. Lagi 1 perkara cliche yg aku nmpk, asal org ckp baik, cukup pendidikan agama, mesti nk pakai baju melayu ngan kopiah. Kalo x pakai kopiah tu, dia x baik la? Mcm tu? Namun, aku pon faham, sbb sasaran filem ni utk remaja yg berbagai peringkat pendidikan dan berbeza tahap pemikiran. Nanti kang, kalo bagi watak (ustaz) Firdaus tu pakai jeans sempoi ngan t-shrt bese je, x nmpk imej org warak pulak ye? Timbul hal lain pulak ye? Hurmm.. org xnak pk jauh mmg mcm tu.

Tahap lakonan? Aku bagi full mark kat farid kamil. 3/4 full kat yana, asyraf muslim, raja farah ngn diana amir. For some reason, aku rs diana amir x mampu nk bwk watak dia to the fullest kot. Maybe sbb b4 ni seme watak yg dia bwk, watak baik. So, imej watak baik tu still ade lg kt dia. Ending filem ni aku klasifikasikan sbg 'safe ending'. Senang dan ringkas. Ptt boleh upgrade sket. Dan aku pelik sket. Seingat aku, watak Firdaus kne tikam kat perut. Alih2 last2 tu dia kuwa ngan tangan berbungkus pulak. Ouh, mungkin dia sprained his arm kot.

Filem ni jugak adalah salah satu filem yg aku boleh ckp, mencapai populariti melalui kontroversi (dahulu). Sbb ape aku ckp mcm tu? Sbb sebaris dialog 'aku sangap lubang'. Ye. Sbb sebaris dialog tu, kecoh satu industri filem. Ntah la.. Aku x reti nk komen ape. Byk lagi isu lain yg lg besar dr isu tu utk diketengahkan, utk dikecohkan. Hal tu jugak yg korg nk bangkit2.

Oleh kerana ni first time aku buat review, so aku akhiri kat sini je. Overall, aku kasi 3 stars (out of 5) je utk filem ni. Kira baik hati dah tu. Orait, thanks for reading. Len kali, kalo aku rajin aku review filem lain pulak ye. 

Saturday, 4 December 2010

'Kau Laksana Bulan' buat aku terpikat pada Firas!

Salam,

Korg pnah tgk x drama 'kau laksana bulan'? Dramanya ni, adaptasi dari novel Kau Laksana Bulan, hasil karya Aina Emir. Aku x pnah bace novelnya. Tp, aku suke sgt3 ngan dramanya. Cuma, ending dia mcm x berapa kemas. X pasti sama ada itu adalah ending asal seperti mana dlm novel, atau ending tu yg edited version utk drama tersebut. Barisan pelakon dlm drama ni pon x kurang hebatnya. Ada Ayu Raudah (Adriana @ Ana), Zul Huzaimy (Firas), Fizow Omar (Syafiq), Ashraff Muslim (Razif), Dian P. Ramlee (mak Ana) dan ramai lagi.

Aku sukakan watak Ana dan terus terang aku ckp, Ayu seswai bawa watak Ana. Macam tu jugak dgn watak Firas. Aduuuh.. Slalu je cair dgn perwatakan dan personaliti Firas. Cool, bersahaja dan nakal. Walaupun begitu, aku rs, Firas perlu utk tunjukkan sedikit perasaan dia. Muka dia slalu tak berekspresi. Terlalu cool lah pulak rasenya. Tp, mata dia.. Mata dia.. auww! Hahaa.. Mcm dah angau sgt dah dgn Firas ni. Aku x ckp watak Firas ni perfect, sbb ade waktunya aku geram jugak dgn perangai dia. Oh ya! Dalam drama ni, Firas adalah seorang peguam yg handle byk kes2 jenayah. 



Ana pulak, rajin, tekun, manja dan pemalu. Dia seorang penulis novel. Mmg biasa aku bace dlm mane2 novel, penulis akan kaitkan novelnya itu dgn novel lain. Ntah. Salah satu strategi utk publisiti mungkin. Perangai dia pon ada kalanya, mcm2 jugak. Suka melayan. Tp aku kagum lah dgn usaha dia nk siapkan projek2 novel dia. Bgs btol buat research.

Ouh, ya! Da tgk blom video atas tu? Hahaa.. Ade style ouh, cara Firas ngorat! Org cool lah katekan. Byk dialog2 dlm cite ni best. Dialog mak Ana pon sempoi jugak. Aku suke watak mak Ana, lepas Firas. Then, baru Ana. Nak taw kenapa? Apa kate korg tgk drama ni. Pnjg sgt, so maybe korg xkan tgk kot. Ade 13 episod. Perkara lain yg buat aku suke drama ni, sbb soundtracknye. Byk yg best2. Tp, aku x sempat nk muatkan dalam video ni. Ouh ya. Collection ni, aku buat sendiri oke! :P

FJ : Encik Firas satu, boleh? *malu*

Saturday, 30 October 2010

Cuti-cuti Cinta - Movie Trailer



Someone told me to watch the trailer of this movie. Kinda funny. Definitely will check out the movie. Yuhoooo!

Wednesday, 12 August 2009

Rasa nk tgk

Cite ni da kuwa lame.. Rs nk tgk pon da lame.. tp......

Friday, 23 January 2009

Review : KAMI The Movie

1 lagi update. Heh~ mcm ade peningkatan kan? Poyoo~ [wutever] I watched KAMI The Movie just now. Well, not bad. Jalan cerita, ringan, dan mesej terus smpi kpd penonton. Bg aku, dlm muvi tu, byk yg betul dr yg salah. Mksd aku, betul pada hakikat, bkn betul pd 'right'. Errmm,, jelas lagi, kalo aku kate, the whole story psl realiti hidup hari ini, apa yg terjadi hari ni, mungkin tak pada aku, kamu yg membaca, tp pd org lain. Itu mksd aku, bile aku kate betul pada hakikat.

Hakikatnya skrg;
Ramai remaja yg 'kusut', sbb punca utama dr rumah; family x stabil. Betul.
Jual dadah sbb cr duit, amek dadah sbb stress. Betul.
Pukul, guna senjata utk tujuan ugut. Betul.
Curik2 keluar rumah mlm buta. Betul.
Curi brg kat kedai lepas tu ckp kt member, 'skali ni je!'. Betul.
Judge org tua sendiri sesedap rase hati. Betul.
Lepas lari dr tanggungjawab sendiri. Betul.
Tapi, pd erti kebenaran tu sendiri, semua ni, SALAH!

Aku cume x bape suke ngan ending muvi ni. Mungkin sbb kita ni dah biasa sgt disogok dgn happy ending bile tgk muvi, so sad ending kinda x bape nk best. Papepon, sad ending muvi ni, bwk story line ceritanya lebih nyata. Byk rahsia yg dah x jd rahsia. Well, kalo seme x terbongkar time tu gak, mau kluwa KAMI series season 2 plak, ye dak? Ade 1 scene excident, Boy kne langgar dgn moto, waktu tu Ali ade gak kat situ. Sbb rs geram yg ade dlm diri dia (dendam pon boleh laa), dia pi blasah si Boy yg mmg dah separuh ke 'sana' tu. Ishh,, kalo aku jadi Ali pon, aku bubuh! Geram wooo.. X kn nk biar Boy lepas gitu je lepas bunuh kwn sendiri. <-- hanya betul pd hakikat.

Aku x reti nk rate muvi ni camane. Walopon basically apa yg dorg tonjolkan tu, berkisar psl teenagers zmn skrg, tp byk yg terkesan kt hati. Tengoklah sendiri~

Wednesday, 14 January 2009

Pengembaraan geng [upin dan ipin]



Akan menemui akan di pawagam pada 12.02.2009

p/s: mcm knal je tarikh ni StickingOutTongue

Wednesday, 6 August 2008

'SEPI' menghantui aku


Ngee~ Nak tgk cite ni lagi!! Nak lagi! Pesal xde org upload kat mane2 ek? Oppss.. Sorry. Bkn x support industri filem tanah air, tp kat sini, mane nk cari cite2 melayu selain dari internet, kan? So, kat mane nk tgk cite ni lagi???

p/s: puisi dia best~

Monday, 4 August 2008

Malaysia FIlm Week + Malaysia Week 2008

Salam to all. Kames, 31 July 2008 aku, ac and basyeer p Malaysia Film Week + Malaysia Week 2008 London. Kitorg gerak lewat sket ari tu dr Guildford, sbb nk dpt tiket train super off peak. Jimat beb. Smpi Odeon Covent London, mase tu dah pkol 1 lebey. Sesat jugak la nk cari, sbb kat situ, ade 2 odeon. Smpi2 je depan pintu odeon, aku nmpk sorg yg cm familiar jek. Riezman rupenye. Tibe2, sorg lady, pusing. Maya Karin! Ngee~ Excited state la plak. Pastu dorg insist kitorg msk tgk 'Duyung'. Dgn muke ceria, kitorg masuk la. Mase mata duk melilau cari counter nk dptkn tiket, aku dgr 1 suara ni. "Haa, korg gerak, ikut kiri, pastu ikut kanan, pastu ikut suke." Mcm familiar jek ngan ayat ni. Aku pon pusing kepala ala2 heran.. "APEEEK!!" Excited state naik 1 level lagi. Tibe2 nervous la plak. Lawak btol. Apek duk tenangkn aku, "Jgn nanges dik, jgn nanges." Walhal, aku x nanges pon. Tergezut sket je. Then, kitorg p dptkn tiket. Actually nk tgk cite 'Sepi'. Skali tiket 'Sepi' dah abes. Masuk jek la tgk 'Duyung' walopon dah pnah tgk. Ala, tiket free.

Vanidah is really beautiful

Apek x abes2 'kacau' kitorg, tp lawak dia best~


X ramai sgt pon dlm panggung tu. Abes 'Duyung', kuwalah kami bertiga dgn perot yg lapar. Alhamdulillah, chance nk tgk 'Sepi' x tertutup gitu je. Ade org distribute tiket 'Sepi' kat foyer lepas kami abes nonton 'Duyung'.Then, Basyeer p jumpe Zeddie. Maka, tinggallah aku ngan ac, duk menggedik kat situ. Xde la gedik pon, cume duk grab the chance nk amek gmbr ngan pelakon2 Malaysia. Lupe plak. Petang tu, ade Opening Ceremony. Segala dato' datin yg terlibat, ade. Pelakon plak ade, Dato' Mustapha Ma'arof, Vanidah Imran, Maya Karin, Saiful Apek, & Riezman Khuzaimi. Opening Ceremony, mesti ade mkn free kan. Kami yg tgh lapar gile, ambek kesempatan, makan free. Segalanye free.. Bahagianye hidup. Kah3.

Tibalah masa utk 'Sepi'. Fuuuh~ Filem yg bagus utk dibanggakan!! A smart start with touching ending. Sekalipon kne beli tiket, korg x kan nyesal punye tgk cite ni. (Mmg aa kan, sbb aku dpt tiket free :P) Opps, lupe plak. Kak Dila n Pian@Sufi pon ade join kitorg tgk 'Sepi'. We continued our journey to Lilly's White. Beli jersey pesanan Anas. After dat, solat kat MSD.

On the way nk gi tapak pameran, sempat snap mereka2 ini.. x taw ape yg mereka buat..

Da sampai kat tapak pameran


Around 8 p.m, kitorg tiba kat tapak Malaysia Week 2008 London. Da xde org sgt pon. Sgt frust actullay, sbb aku dah search merata-rata, nk taw tentatif utk hari tu. Yela, sape nk miss event yg best2, kan? Ketibaan kami disambut oleh alunan lagu melayu. Kemudian, ada tarian tradisional berbilang bangsa, tentunya dari Malaysia. Tarian dorg menarik, cume kurang elemen tradisional, sbb byk sgt serap elemen kontemperari. Ade byk booth kat sane. Satay House, booth batik lukis + baju2 nye, booth buah2an, booth kebaya nyonya, and etc. Aku agak, suasana agak meriah waktu pagi ngan tengahhari, sbb kebanyakan booth (esp makanan), dpt smbutan. <-- dari ape yg aku observe, 'sisa2' jualan x byk. Haa, ade 1 booth ni kan, dia amek tempahan buat kebaya nyonya. Siap amek ukuran lagi. X taw la sempat siap ke x tempahan tu. X sempat nk interview org yg jaga booth tu. Dalam pkol 9 lebey, kitorg gerak balik~ End.

Thursday, 5 June 2008

Gubra (2006)


You can download the files below to watch the movie

part1
part2
part3

I got all the files from 'Malay Warrior'

Monday, 21 April 2008

Ayat-ayat Cinta

"antara cinta dan keinginan untuk memiliki, tidak sama"




Desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku diantara
cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat ayat cinta bercerita
cintaku padamu

bila bahagia mulai menyentuh
seakanku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

Saturday, 12 January 2008

Otai

Staring: Saiful Apek, Nasha Aziz, Salleh Yaacob and Azean Irdawati
Video from veTeran1986