Thursday 13 January 2011

Segmen dapur : my tiramisu

Salam,

Apa kabar semua? Chef harap para penonton semua sehat *wink sket kt camera man* Oke, hari ni chef nk ajar penonton semua mcm mane nk buat tiramisu. Resipi ni simple je taw. Kalo ibu2 duk sibuk masak main course kat dapur tu, anak2 boleh tolong buat dessert, kan? Resipi yg chef nk bagi ni, mmg simple je. Anak2 pon boleh buat. So, ape bahan2 nya?


soft cheese - chef guna tesco brand je
double cream - tesco brand jugak
esen vanila
sponge fingers
serbuk nescafe/coffee
gula
air panas
serbuk koko - chef guna maltesers sbb xde serbuk koko
chocolate bar - kalau nak

Mcm mana pulak nak sediakan? Senang je.

1. Bancuh air nescafe/coffee ikut selera penonton semua. Kalau x suka rasa nescafe yg berlebihan, letak sket je la serbuk nescafe tu. 
2. Masukkan soft cheese, esen vanila dgn double cream dlm mixing bowl. Pukul hingga kembang.

pukul dgn mixer
3. Celupkan sponge fingers ke dalam air nescafe yg dibancuh td. Jgn celup lame sgt, nanti sponge finger tu jadi terlalu lembik. Kemudian, susunkan dalam bekas yg sesuai. Atau pun, penonton boleh susunkan sponge fingers dalam bekas dahulu, kemudian tuangkan air nescafe td sedikit demi sedikit atas susunan sponge fingers. Pastikan jumlah air tidak berlebihan.

kalau guna bekas bentuk segi 4, senang sket nk susun spong fingers
4. Tuangkan adunan dari langkah 2 td di atas susunan sponge fingers dan ratakan. Ketebalan adunan cream tu bergantung pada penonton sendiri. Tak perlu tebal sangat, nanti tak sedap :) Siap lapisan pertama.

boleh taburkan serbuk kok di atasnya jika mahu
5. Ulang langkah 3 dan 4. Jika bekas yang penonton guna tebal/tinggi, boleh ulang lg sekali. Tgk keperluan. Kalau perlu, boleh buat. Biasanya, chef buat 2 layers je.

susun lapisan kedua
6. Parutkan chocolate bar td di atas top layer tiramisu anda. Boleh jugak guna dark/white chocolate. Ikut selera masing2. Chef guna Milka choc bar je. Heee.. 

taraaa... hasil akhir
Dah siap pon. Ni lah dia tiramisu yg chef dah buat! Belum sempat rasa lagi, sbb baru lepas buka puasa. Masih kenyang. Lagipon, biar dia sejuk sket. Ouh ya. Lupa pulak. Lepas dah siapkan, boleh masukkan dalam fridge selama lebih kurang 2 jam utk disejukkan - dlm masa yg ms utk pastikan sponge fingers td serap lebihan air. Senang x, nak buat? X perlu baking2 pon kan? Chef blajar buat tiramisu ni, dari kawan. Dah lame dah. Ada beberapa resipi lain lagi utk buat tiramisu. Cume yg ni version yg chef blajar dari kwn + video. 


Jenis2 soft chesee yg penonton boleh guna;
1. philadephia cheese 
2. mascarpone cheese

Antara version lain cara penyediaan tiramisu mcm dalam video kat bawah ni. So, penonton boleh tgk, dan compare dgn cara yg chef buat. Chef x ambek hati pon kalo penonton x ikut cara chef. Selamat mencuba! ^____^



FJ : Dah beberapa hari rasa nak makan ketam masak lemak. Haissshhh
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

4 Responses so far

  • lobos says:

    :t sy mau~~~~~~~~~

  • Unknown says:

    hehe.. mari2.. ade lg kt dapur ni :k

  • mintak sket................. sedappppppp..

  • Unknown says:

    dok tahu nok wi mcm mane.. haha

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)