Showing posts with label b2b. Show all posts
Showing posts with label b2b. Show all posts

Thursday, 5 June 2014

Free Design Template untuk DIY sticker bulat

Assalamualaikum,

Lately, ramai bride-to-be yang mintak template utk sticker bulat. Bare in mind, template itu ialah template kosong ye! Tak ada apa2 design. Dalam entry ni, I nak share antara simple design yang bride-to-be sekalian mungkin boleh pakai utk template kosong sticker bulat korang. Template ni hanya ada design sikit2. Ada juga design utk sticker petak (square sticker). Atau kalo korg nak pakai square design tu utk buat benda lain pon boleh. Words korang kne type sendiri la ye. Guna la apa2 software yang ada. Kalo terdesak sangat, paint pon bolehhh. Then, utk jadikan dia sticker bulat, sila crop sendiri.

Ni antara design yang ada. Kalo nk download, link ada disediakan di bawah. Bukan semua warna ada, ok. Kalo warna idaman hati takde, minta maaf la. I ols buat mende ni suka-suka je. Kalo nak lebih2, sila order dengan orang yang buat bisnes mende ni.


baby pink - brown

navy blue - cream

Antara design yang ada:
  1. baby pink - brown
  2. black - cream
  3. hot pink - turqoise
  4. lilac - maroon
  5. maroon - baby blue
  6. peach - tiffany green
  7. navy blue - cream

Disclaimer : 
  • I ols x bertanggungjawab di atas mana2 broken link utk design ini. 
  • Design adalah scrap work dari I ols.
  • Sebarang request tidak akan dilayan.

Sunday, 18 August 2013

Persiapan #7: HIV dan Thalasemia Screening

Assalamualaikum,

Dah jadi 1 prosedur kawin kat Malaysia setiap pasangan yg bakal berkahwin kena jalankan HIV screening. Cik abg dah buat lama sbb kena settelkan borg pihak lelaki dulu. Aku baru buat hari ni. Oh, utk yg kawin dgn pasangan dr mukim lain, ikut prosedur kawin, kena settlekan borg pihak lelaki dulu baru settlekan borang pihak perempuan. Kalo mukim sama senang je. Sbb tu kami x buat hiv screening sama2.

HIV Screening boleh dilakukan di mana2 klinik, poliklinik atau hospital kerajaan. Bawak skali borang ujian saringan HIV yg pejabat agama bagi. Dah smpi klinik nnti, nurse akan bg 1 lg borang. X fhm kenapa perlu ade 2 jenis borang padahal maklumat yg nk diisi tu same je. Layankan je lah. Nak kawin kan..

Alang2 buat HIV screening, aku buat Thalasemia Screening terus. Oh ya, aku buat ujian kt Poliklinik Bandar Pusat Jengka. Dapat keputusan TAK SAMPAI 10 minit pon! Ade kwn aku btaw, dia buat HIV screening kt Hospital Dungun, sebulan baru dpt result. Lama weiii.. Jadi korg, ambek taw lah sket berapa lama tempoh utk result HIV screening keluar utk melancarkan proses utk mohon kebenaran berkahwin masing2. Kalo result screening ambek masa yg lame, masalah nnti.

Alhamdulillah.. results ok.. yeay! Boleh kawin!!!

doktor bg eye ointment sbb masalah yg aku hadapi
setiap tahun dengan jangkitan eye lid

FJ: opsss
posted from Bloggeroid

Thursday, 15 August 2013

Persiapan #6 : kad jemputan dah tempah! Tips sikit!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, lepas keje ptg td dah siapkan urusan kad kawin. Syukur kt bandar pusat jengka ada company yg buat kad kawin. X payah pegi jauh2. Harga pon murah. I mean, cukup berpatutan dengan apa yg aku nak. Nak lawa2, full color bagai tapi nak harga murah mane nk jumpa weiii.. buat sendiri la kan. Aku x ambek full color pon. Ambek yg 2 colors je. Ok, aku ade personal opinion psl kad kawin.

1. Tak perlu spend too much kt kad jemputan

Sbb kuantiti yg aku tempah, agak byk - combine kad dua-dua pihak terus, jadi utk reduce cost, kad yg aku pilih murah je. Rm0.30/pc. Kad lipat yg jenis panjang tu, 2 colors.

2. Tak perlu terlalu fancy

Mungkin ade pengantin nak jadikan kad jemputan perkahwinan mereka sbg kenangan. Bagi aku, selain kad, byk lg kot item lain yg bleh dijadikan kenangan. Oleh sbb tu, kad jemputan x perlu too fancy. Sedap mata memandang cukuplah. Hot stamping mmg lawa meletop. Tp, paling murah pon yg aku taw, kad hot stamping dlm RM0.70/pc. Sobsss.. x taw la kalo ade yg lg murah kan...

3. Tak perlu ada gambar pengantin

Mcm aku ckp td, ade org nk jadikan kad jemputan sbg kenangan. So, dorg akn letak gambar dgn pasangan di kad. Aku x sanggup nk buat mcm tu. X sanggup sbb nnti kad tu, org buang je dlm tong sampah. X sampai hati nak bygkan muka kita dgn cik abg dlm tong sampah. Baik aku tempah bunting. Sendiri simpan, x terbuang.

4. Lengkap semua info yg diperlukan

Yg penting dlm kad ialah tarikh majlis, nama pengantin, nama ayahanda bonda, alamat, aturcara ringkas, contact person dan.. MAP! Tolonglah draw map yg ringkas tp jelas dgn main check point. Benda2 yg senang nk spot mcm sekolah, stesen minyak, masjid, balai polis, etc. Lagi2 kalo rumah pengantin kt kwsn yg byk simpang. Igt tu ye bakal2 pengantin sekalian.

5. Tempah sebaik dah confirm tarikh

Yg ni sepatutnya jadi point utama. Tp sbb aku pon tempah lewat, so tips ni aku letak last skali. Haha. Certain printing company ambek ms sedikit lama utk siapkan tempahan. Lagi2 kalo time tu ramai tgh buat tempahan. Kaji lah sikit sebanyak berapa lama tempoh utk siapkan kad. Kalo kad simpan lambat, nnti x sempat pulak nk jemput org. Lagi2 kalo yg melibatkan pos sana sini kan..

Ok, ckop sampai sini dulu. Doakan persiapan kami berjalan dengan baik. Amin...

FJ : bln lepas ade contact 1 company kad kawin ni kat fb dorg.. dorg ckp 'kami akan hubungi cik semula dlm ms terdekat'.. tapi smpi hari ni.. haroommmm.. nan hado hubunginya...
posted from Bloggeroid

Wednesday, 14 August 2013

Persiapan #5: Goodie Bags Items

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, beberapa pihak yang aku contact berkaitan dgn items utk goodie bags dah bagi feedback. Company yg supply brg yg aku nak tu pon dah emelkan invoice. Dalam sehari dua ni, akan buat payment utk proceed orders. Syukur, Allah mudahkan jalan. Walau pon blom settle semuanya, at least we are making progress. Ade lg byk perkara yg x settle psl goodie bags. Utk packaging, blom beli lg paper/kanvas bags dgn kain organza. Kalo kain organza mahal sgt, aku cari net yg murah2 je sudah. Korg kalo ade taw mane2 online store yg jual organza dgn harga berpatutan tlg inform ek..

Ribbon pon x beli lg. Ribbon senang je nak cari, cuma nk cari yg lebih murah tu mungkin x berapa senang. Igt nk letak jgk small items mcm sweets or candies. Tgk lah mcm mane nnti. Mcm mane ghopenye goodie bags aku tu, dah lepas majlis nnti baru nk tunjuk. Awal2 dah show off sane sini x surprise la kan.. surprise lah sgt kawwww..

Kalo sempat order/buat small sticker rectangular size 5 cm × 2 cm, x pon round sticker yg kecik2, ok jgk kan. Boleh main tampal2. Haha.. yg tu kne kira budget dulu. Stakat yg aku jumpe skrg, stickers bapak la mahalnya..

Bak kata nenek aku, zaman skrg ni, kalo ade jumpe brg harga MURAH, btaw lah dia.. hahahaa

FJ : dah masuk waktu zohor, moh segerakan solat.
posted from Bloggeroid

Tuesday, 13 August 2013

Persiapan #4: Bridal dan pakej kawin (Dungun)

:: entry tertunggak ::

Assalamualaikum,

Alang2 cuti lama sket, aku ambek kesempatan serba sket utk buat apa yg mampu utk persiapan majlis nanti. Ahad dan isnin baru2 ni aku sempat usha beberapa bridal kt Dungun. Nak cari pakej yg memuaskan hati dgn harga murah, mmg xde la kan. So, be realistic bride-to-be sekalian. Hari tu aku ada fikir jgk utk DIY byk benda termasuk deco utk bilik tidur dan meja makan beradap. Cuma, benda2 DIY ni kena fikir jgk actually. Kita duk ckp DIY byk jimat kan.. Tapi kalo dah terpaksa beli mcm2 utk buat deco, pastu brg2 deco tu x pakai dah lepas majlis, membazir jgk sebenarnya. So, nak DIY pon fikirlah mengikut kesesuaian.

Balik pada bridal, lepas usha2 tmpt2 yg aku familiar dlm area Dungun, bridal pertama aku pegi ialah Nazana Bridal, kt area TM Point Dungun. X pasti lah berapa jenis pakej yg ada kt situ, tp owner dia Puan Hana ade btaw pasal pakej RM1890, pelamin, meja makan beradap dgn bilik tidur. Harga x termasuk kos transportation. Kos transportation yg dinyatakan pon x jelas. Yg disebut, 'dalam RM200'. Baju2 x berapa lawa pada pandangan mata aku. Pelamin pon x berkenan. So, I passed.

Next, Zeela Wedding House, berlokasi di bangunan niaga baru sebaris dengan Kamdar Dungun. Masa aku sampai, ada customer tgh try baju. Nak bertunang katanya. So, owner bridal sgt sibuk. Jd, aku layan diri je lah. Tengok2 baju yg ada. Boleh tahan design baju yg ada. Pelamin kt bridal ni pon lawa2. Harga dan pakej yg ada x sempat nak tanya. Boleh tgk kt fb dorg gambar2 majlis yg dorg pernah handle. Nak tanya lebih2, mmg x dapat. Quotation pakej pon x sempat diberi. Jadi aku moved on to bridal lain.

Kat deretan kedai D' Sura Gate, tingkat atas bangunan pizza hut, ada 1 bridal kt situ. Kalau x silap, Anjung Sri namanya. Waktu aku sampai, bridal tu buka dan ada sorang perempuan kt situ. Aku syak, tu pekerja bukan owner. Sebab apa? Sbb budak tu x friendly langsung. Ada ke org dtg nk tanya pakej, dia hulur katalog gambar2 yg bridal tu ada, tanpa sepatah pon explanation? Dik, keje kt bridal x bleh bisu dik. Customer lari nnti. Kena sembang2 dgn customer, tanya dia nak yg pelamin mcm mane, majlis dia bila, bajet dia berapa. Lepas selak2 katalog tu, aku jumpe 3 jenis pakej. Pakej paling mahal harga RM2500 kalo x silap, then RM2200 then RM1900. Aku tanya dia 'baju pengantin kaler ni ada?' Sambil tunjuk hp kt dia. Dia ckp 'xde'. Aku tny lg 'kalo customer request baju baru?' Dia jwb 'kita x buat baju ikut request customer'. Pulak dah. Pelik dah aku. Kalo x buat baju ikut request customer, abes tu, ikut sape? Ikut suka awk ke dik? Malas nk tanya byk2 kt org yg x friendly, so aku cabut.

Salah satu pakej dari Anjung Sri

design pelamin yg belum siap sepenuhnya dari Eja's Pesona Butik

Pastu, aku pergi pulak Eja's Pesona Butik. Bridal ni kt area Taman Jejawi, Dungun. Dekat2 dgn SK Pusat. Haaa.. owner bridal ni, abg Syed, bg layanan terbaik antara bridals lain yg aku pegi. Mcm bridals lain, dia tunjuk kt aku katalog yg dia ada. Pelamin yg up-to-date dlm lappy dia pon dia tunjuk. Ada lah 1 pelamin ni, aku jatuh hati benor. Lawa yg amat dan blom pernah lg aku tgk pelamin yg cenggitu gayanya. Menepati ciri2 yg aku nak - bukaan pelamin besar dan unik. Gitu kaww.. kalo dah berkenan kan? Aku btaw dia kaler yg aku nak (tunjuk gmbr dlm hp). Kaler tu xde, tp dia willing utk design baju baru utk aku, ikut taste aku. Wohooo.. and aku ade tgk jgk deco meja makan dan bilik tidur. Boleh tahan jgk. Lepas belek2, selak2, aku tny la.. regenya kan. Dia ckp, all in.. dia bg RM2700. Takkan lebih dr tu. Dlm kepala aku, xde la smpi byk tu kan.. bajet aku bwh sikit je. Lepas fikir2 balik, kalo aku nak yg tu, aku kena rasional la. Nak lawa2, baju baru, tp nak murah? Sape nak bg kan.. So, abg Syed ckp aku fikir dulu dan survey dulu tmpt lain. See.. professional noks! Kat atas tu, salah 1 gmbr pelamin yg blom siap, abg Syed tunjuk kt aku. Nk letak yg aku berkenan dan lain2 pelamin, tkt dia x izin pulok. Kalo nk tgk lebih2, bleh google ye Eja's Pesona Butik.

Tulah yg stakat ni aku usha. Ade lg, nnti aku update.
posted from Bloggeroid