Tuesday 13 May 2014

Suka makan kerabu tak?

Assalamualaikum,

Minggu lepas, waktu balik rumah mak di Terengganu, sempat jugak singgah rumah tok. Tok tu biasalah. Kalau kitorg dtg, ade je yg nk dia bgi buat bekal balik. Kali ni, kitorg dibekalkan dgn 3 beg plastik besar mangga muda! Aku xtaw nk masak apa dgn 3 beg plastik besar mangga tu. Nak mkn colek, I am not really into colek even tgh pregnant. So, aku putuskan utk bahagi2kan mangga tu. Bagi jiran sket, bagi tokwan sket, tinggal utk mak sket and buat jeruk manis. Since nak makan jeruk yg kt kedai tu x boleh (sbb byk sgt pengawet), aku buat sendiri je lah.

Then, mak ckp nak makan kerabu. Aku ni x lah pakar pon buat kerabu. Setakat nk makan sket2 bolehlah. So, bahan2 yg diperlukan ialah;

Secawan kelapa parut (fresh)
5 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam
3 ekor ikan kukus saiz sederhana
- boleh guna selayang atau kembung
Semangkuk taugeh
Kacang botol - lg byk lg sedap
Sebiji mangga muda saiz besar
Sedikit gula
Garam secukup rasa



Cara2:

1. Gorengkan kelapa parut sehingga kekuningan. Tumbuk sehingga menjadi halus. Asingkan.
2. Tumbuk bawang merah, lada hitam dan ikan kukus sehingga lumat. Asingkan.
3. Basuh taugeh dan kacang botol. Potong kacang dgn ketebalan yg sesuai - halus sgt pon x sedap.
4. Parutkan mangga muda.
5. Gaulkan semua bahan2 dari 1-4. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.

Dah siappp. Heee. Kerabu mcm ni boleh jumpa kt terengganu dgn kelantan je taw. Kalau negeri2 lain buat kerabu biasanya mmg takkan letak ikan. Cara utk kukus ikan senang je. Bersihkan ikan. Masukkan dlm periuk dgn jumlah air yg sedikit. Masukkan garam kasar, asam keping dgn hirisan lengkuas. Pastikan periuk ditutup. Masak dalam 10 minit. Ikan x ambek masa yg lama pon utk masak.

Selamat mencuba! Sorry, gambar yg dah siap gaul xde. Hehe..

posted from Bloggeroid

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)