Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Thursday, 5 June 2014

Free Design Template untuk DIY sticker bulat

Assalamualaikum,

Lately, ramai bride-to-be yang mintak template utk sticker bulat. Bare in mind, template itu ialah template kosong ye! Tak ada apa2 design. Dalam entry ni, I nak share antara simple design yang bride-to-be sekalian mungkin boleh pakai utk template kosong sticker bulat korang. Template ni hanya ada design sikit2. Ada juga design utk sticker petak (square sticker). Atau kalo korg nak pakai square design tu utk buat benda lain pon boleh. Words korang kne type sendiri la ye. Guna la apa2 software yang ada. Kalo terdesak sangat, paint pon bolehhh. Then, utk jadikan dia sticker bulat, sila crop sendiri.

Ni antara design yang ada. Kalo nk download, link ada disediakan di bawah. Bukan semua warna ada, ok. Kalo warna idaman hati takde, minta maaf la. I ols buat mende ni suka-suka je. Kalo nak lebih2, sila order dengan orang yang buat bisnes mende ni.


baby pink - brown

navy blue - cream

Antara design yang ada:
  1. baby pink - brown
  2. black - cream
  3. hot pink - turqoise
  4. lilac - maroon
  5. maroon - baby blue
  6. peach - tiffany green
  7. navy blue - cream

Disclaimer : 
  • I ols x bertanggungjawab di atas mana2 broken link utk design ini. 
  • Design adalah scrap work dari I ols.
  • Sebarang request tidak akan dilayan.

Sunday, 18 May 2014

Go! DIY bantal kekabu baby

Assalamualaikum,

Bila balik rumah mak, barulah projek menjahit utk baby jalan. Kt rumah sendiri takde mesin jahit. Kalo kt rumah mak, mesin ada, tok guru pon ade. Kali ni, aku buat bantal kekabu. 2 bantal peluk. 1 bantal tidur.

Bahan2 & alat2 yg diperlukan;

Kain cotton (aku guna cotton flannel)
Kertas (aku pakai surat khabar lama)
Benang
Mesin jahit
Kekabu
Gunting

Caranya,

Mula2 aku lukis pattern dlu atas surat khabar. Sbb aku ni mmg bkn pro menjahit, jd pattern tu penting. Kalo nk guna pattern aku pon boleh. Tp simple je la. Kt bwh ni ukuran utk bantal peluk yg aku buat. Bantal peluk aku x buat bentuk bulat pon. Sentiasa kne spare utk basi bila menjahit. Kalo x, ukuran akan jd salah nnti.



Untuk ukuran bantal tidur, aku buat (14 inci × 10 1/2 inci termasuk basi 1 inci setiap pnjang dan lebar). Dah siap buat pattern, tekap pattern pada kain dan boleh start gunting kain. Kain tu, terbalikkan siap2.



Then, bleh start jahit. Ingat ye. Basi 1/2 inci setiap side ye. Salah 1 side kain2 tu jangan jahit penuh. Spare ruang di tengah2 untuk masukkan kekabu. Ruang tu mestilah cukup untuk saiz tangan kita. Jangan spare ruang di hujung kain. Sbb, nnti bucu bantal jd x berapa cantik.





Dah siap semua sarung, skrg masanya utk masukkan kekabu. Untuk bantal peluk, boleh isi kekabu penuh supaya bantal jadi padat. Untuk bantal tidur, isi kekabu secukup rasa je. X boleh padat, sbb nanti bantal jd terlalu keras untuk baby. Baby newborn x sesuai bantal padat. Gunakan hujung gunting utk bentukkan bucu bantal supaya cantik. Isi kekabu pada bucu bantal. Kalau x isi, bucu bantal x nmpk kemas.





Dah siap isikan kekabu, jahit semula di ruangan yg terbuka td. Jahit tangan boleh, guna mesin pon boleh. Siapkan ke 3-3 bantal. Skrg, dah siap bantal kekabu untuk baby mama!!





2 jenis kain lagi tu, aku ingat nk buat sampul bantal dan cadar baby. Kain 1.5 m yg aku beli utk buat sarung bantal ni pon ade baki lg. Kekabu pon berlambak. So, boleh buat dimple pillow dgn nursing pillow. Semoga terbuat.
posted from Bloggeroid

Wednesday, 14 May 2014

Berusaha siapkan printable new born check list utk baby

Assalamualaikum,

Hari ni adalah hari gigih aku nak siapkan design utk my baby's checklist. In Sha Allah akan dikongsi (atau dijual?? Heeee) bersama readers yang lain. Check list ni aku sediakan untuk kegunaan aku sendiri. Actually x taw lagi gender baby, boy or girl. So, ingatnya nak prepare 2-2 design kalau sempat. Banyak blog sebenarnya dah buat checklist ni. Tapi sikit sangat yang offer printable version. Printable New Born Baby Checklist ini In Sha Allah akan membantu mama2 dan papa2 diluar sana dalam membuat persiapan untuk menyambut ketibaan baby anada nanti. Senarai yang aku sediakan adalah berdasarkan keperluan hampir lengkap untuk semua parents. Tapi, tak semua yang merasakan semua barang2 perlu untuk disediakan. 

Keperluan barang baby sebenarnya bergantung kepada 2 faktor utama. Pertamanya, mestilah melibatkan kewangan ibu bapa. Faktor kedua ialah situasi ibu bapa itu sendiri. Ok, malas nak cakap banyak. Jom sneak peak!! 


Haaaa.. amacam? Comel tak? Heee.. aku bukanlah pro designer pon. Aku siapkan ni pon untuk diri sendiri. Design still lagi dalam proses editing. So, yang ni bukan final design. Aku ada masa dalam setengah jam lagi untuk siapkan benda ni Harap2, sempat laa... 

Aku akan notify balik once check list ni dah siap, ok? 

FJ : berusaha!

[updated 14/05/14 4:45 PM] yeaaayyy!!! check list dah siap!



Monday, 12 May 2014

Chest drawers untuk baby, checked! !

Assalamualaikum,

Dalam pada duk fikir2 apa lagi yg perlu dibeli (again, PERLU dibeli) utk baby, hampir2 terlepas pandang part clothes storage. Waktu otw nk pegi KL, tiba2 terlintas dalam kepala ajak suami singgah kedai perabot. Bincang2 dgn suami, kami setuju utk beli chest drawers yg plain, bukan yg cartoon2 tu. Keperluan utk beli full hanging wardrobe blom ade. Sbb bg kami, yg cartoonize tu after years akan jd x relevan. Haha. Terlalu jauh kami fikir. Well, otg yg berduit boleh la kan. Mula2 beli yg utk baby, pastu beli yg sesuai utk kanak2, lepas tu beli yg utk remaja pulak. Hohohoo.. kami x boleh mcm tu. Ok, balik pd cerita td, jumpa la 1 chest drawers ni, plain tp nmpk elegant la jgk. White-dark brown. 4 levels dgn top level ade 2 drawers. Harga boleh runding katenye. Lepas rundingan damai, dapat RM450. X beli terus.

Kami teruskan perjalanan ke KL. Dalam kereta, I asked suami to visit IKEA. Dia setuju. Alhamdulillah, hajat ke IKEA tercapai. Hari ahad, lepas program di Palace of the Golden Horses, my bff bwk pegi IKEA. Rambang mata jgn ckp lah. Banyak kali jgk duk tukar2 dari satu ke satu chest drawers. Sampailah kami putuskan utk beli BREMNIS chest of 3 drawers. Ade 3 kaler. Suami pilih warna merah since kitorg blom ade furniture warna merah. Haha. X fikir pon sesuai ke x dgn baby. Main pilih suka hati ikut taste mama dgn abi je. Ouh ya, it costs us RM299.



Sampai je kt self collection department, kami x jumpe yg warna merah. Dah la susunan x ikut pon nombor rak. Hampa jugak la di situ. Since my bff and her hubby dah lama menunggu, kitorg rembat je lah yg warna hitam. Dah selamat bawak balik ke rumah pon. Petang td, bermulalah our first experience assembling the parts together. Before this, kalau beli perabot mesti yg dah siap pasang. Gigih lah kitorg duk pasang parts yg ada ikut instructions manual.



Lama jugak duk mengadap benda ni. Sempat lenguh2 pinggang jugak. X boleh biar suami buat sorg2, sbb nnti dia serabut. Hehe. 2 org buat kerja cepat la sket siap kan.






After all the hardwork.. taraaaaa!!



For the time being, kitorg decide utk letak chest drawers ni dalam bilik kitorg. The only furniture yg warna hitam dalam bilik. Yg lain seme putih. Though, it still looks good. Heeee...

FJ: ni yg rasa nak tambah koleksi perabot lg ni.. hehehehee..
posted from Bloggeroid

Monday, 21 April 2014

Projek hari jumaat : blueberry cheese tart

Assalamualaikum,

Hari jumaat lepas, aku sempat lg buat blueberry cheese tart waktu rehat tgh hari. Biasanya mmg waktu rehat tgh hr aku dan suami akan balik rmh. Memandangkan rasa nk makan cheese tart yg tggi, maka aku dah tempah 80 tart shell dgn sorg colleague. Nak buat sendiri, acuan tart shell tu xde. Nak cari beria kt kedai malas la pulak. Lagipon colleague tu jual 30 sen je 1 shell. 40 dah selamat dikorbankan untuk mentee2. So, ade balance 40 lg utk aku buat nk makan sendiri, bg MIL dgn mak kat terengganu.



Ini bukan entry resipi, sbb aku x buat sendiri 100% tart ni. Aku buat filling dia je. Taruk blueberry filling sket, lepas tu cheese filling. Cheese filling tu aku beat 250g cream cheese, 2 tablespoon butter, dan confectioner sugar (yg ni bleh taruk ikut taste sendiri). Dah nmpk light and fluffy, masukkan 3 tablespoon wipping cream, sebiji telur (aku pakai telur itik) dan 1 teaspoon esen vanila. Beat lg smpi sebati. Then, boleh pipe ke dalam tart shell.





Dah siap, bakar dlm oven selama 20 minit dengan suhu 185°C. Nnti korg akan nmpk kegebuan tart korg. Hehe. Lepas dh siap, aku pipe lg sekali blueberry filling atas cheese filling tu. Org lain biasanya akan ukir2 seni khat dlu atas tart tu sebelum bakar. Aku ni mmg x reti nk buat seni halus ni. Colour yg sesuai pon xde. Makanya, aku buat style aku je lah.



Bluberry filling yg aku beli ni mmg dh manis (masam2 manis). So, aku punye cheese filling tu aku x buat manis. Jimat sket gula aku.

FJ : berat badan naik mendadak. Sebab tu kne kurangkan gula. Tu sebenornya. Bukan aku kedekut gula tahu.

posted from Bloggeroid