Tuesday 12 March 2013

Bidaan untuk plat IM4U telah dibuka hari ini!!

Assalamualaikum,

Tadi, dah diumumkan yang tender untuk bidaan plat series IM4U telah mula dibuka bermula hari ini 12 mac 2013 hingga 29 mac 2013 sebelum pukul 5 petang. Sebanyak 9999 nombor plat kenderaan disediakan untuk bidaan sesiapa yang berminat. Harga bidaan bermula RM500 untuk nombor plat biasa, RM15, 000 untuk double digits, RM20, 000 untuk triple digits dan boleh mencecah RM200, 000 untuk nombor2 single digit. Bidaan boleh dibuat menerusi online dengan mengisi borang yang disediakan dan pembida adalah tertakluk kepada syarat2 yang telah ditetapkan.


Hasil kutipan bidaan akan digunakan untuk membangunkan lagi program2 dibawah kelolaan IM4U. Ok lah tu. Boleh jugak bantu membantu. Cantik juga sebenarnya plat IM4U ni. Well, aku tak ada pengalaman membida nombor plat kenderaan. Untuk pembida yang berminat, selamat membida!

FJ : ade bace somewhere yg IM4U 11 dah dibida oleh najib. Hehe
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)