Tuesday, 30 November 2010

the first snow this winter for me is here!

quick snap from teachers training school, the St Clare

Ni dia.. salji sudah turun.. kat twickenham td xde la lebat.. smpi New Malden agak lebat juge.. heeee

Letakkan malu pd tempatnya. Malu pon nak hak dia jugak!

Tak malu;

  • untuk berpakaian seksi, terbuka sana sini, dan berparty sakan 
  • maki-maki dalam LRT sbb tengah marah sgt dgn boipren
  • pinjam duit dgn org, pastu buat2 lupa utk bayar balik
Tapi, malu;
  • nak tanya rakan sekelas, pendapat berkaitan study/research
  • bg sedekah kt org yg mengemis di tepi jalan
  • nak lintas jalan sambil pimpin tangan nenek sendiri yg dah tua
malu lah kt monyet ni kalo xnk malu kt org lain pon..

Korang seme pernah jumpa contoh macam ni? Bertaburan kot, kan? Contoh yg aku bg ni, sgt common. Bahkan aku yakin, korang dah jumpa byk lagi contoh2 yg gempak dan memberangsangkan. Aku pon x berapa faham attitude mcm ni. Malu tak kena pada tempat dia. Buat ape lah nak malu kalo dah terang2 taw mende tu baik atau membawa kebaikan? Bukan kt org lain pon, kat diri sendiri jugak kan? Mcm yg lintas jalan tu. Dah pakai cantik2, mekap lawa2 or smart2, pimpin tangan nenek lintas jalan, kt seberang jalan sana ade mamat hensem @ awek cun sedang memerhati. Tak ke market naik tu? Kot time tu tgh single ke, xde ke ade can nk tak-single lg?  (tak ade la plak aku ckp kne niat atau berharap mcm tu.. ni contoh je -.-)

Bayangkan kalo 'malu' tu boleh berkata2 dan berperasaan. Aku rs, dia dah menangis meraung dah. Kesian kt diri dia diperlakukan mcm tu oleh manusia. Agaknya, kalo dalam contoh tak malu mcm yg no 2 tu, 'malu' dah maki dia balik kot. Huh! Ouh ya, aku pnah tgk video kt utube psl sorg minah ni x benti2 maki boipren dia (dorg the on the phone, n ntah sape yg record n upload) dalam LRT. Duh, malu kot. Seme org pandang. 

Ni baru ckp pasal malu kat orang lain. Belum sentuh lagi pasal malu pada diri sendiri atau pada pencipta. Bila sifat perasaan malu, akan hilang jugak byk lg sifat2 +ve yg lain. Kalo dah makin berkurang, makin berkurang. Lame2 tinggal byk sifat -ve je la, kan? Agak tidak sihat kalo mcm tu. 

Yg buat menda2 yg bukan2 mcm ni, biasanya mmg bukan budak2. Mmg biasanya, org2 dah besar, dah dewasa, yg org kate, dah matang pemikirannya yang berkelakuan mcm ni. Alah, biasa mende2 pelik mmg datang dr org yg dah matang pemikiran, tp x appreciate kematangan tu. Setuju? Tak setuju pon xpe. Hehe.. 

FJ : Entri ini adalah salah satu drpd plan tak-mo-biar-blog-terbiar FJ. So, it's a scheduled entry. Ok la kan, dr biar je blog sepi dalam 1-1 ms, atau blog tlalu byk entri dlm hari yg same. 


Monday, 29 November 2010

The Best Entry With Sinar Raudah


Blog Sinar Raudah buat give-away! Jadi, sbg peminat GA tegar, nak juga masuk contest ini. Heee.. Syarat yg sinarraudah letakkan taklah susah. Cuma, aku rs mcm susah pulak bagi aku untuk cari entri mane yg aku rs best, sepanjang penglibatan aku dalam dunia blogging ni. Mungkin sbb, slame ni, aku byk merapu kot.. 

Jadi, aku putuskan utk pilih entri ini; West Midland Safari, Birmingham.

entri snapshot
Jadi, kenapa entri ini? Tak ada apa yang istimewa sgt. Entrinya pon pendek saje. Cuma, entri ini mengingatkan aku kenangan dgn kawan2. Aku sukakan keceriaan waktu itu. Aku sukakan cuaca waktu itu di musim panas. Walaupun aku sdg menghadapi waktu perit dan susah aku ketika itu, aku masih ada kawan2 yang sudi ceriakn hari-hariku. Kak Min dan aku menang cicak hari tu, over basketball shoots. Terer x? Hehe. Kak Min cakap, tak aci, sbb aku netball shooter, sbb tu aku dpt score. So, dia mintak Khai yang shoot-kan utk dia. Boleh pulak macam tu. Waktu ni, semua orang ada. Basyeer, Am, Kak Min, Kak Ina, Kak Fataya, etc. Skrg? *senyum* Tak sama dah. Entrinya mungkin tak istimewa, tapi kenangan waktu tu berbekas kat hati aku. Mcm boleh terbayang-bayang lagi semuanya...

Mcm tu lah serba sedikit. Harapan utk menang pon, xde lah tinggi. Aku taw, aku masuk contest ni pon, dah last minute. So, kpd mereka2 yg aku tag ni, sorry lah, kalo korg x sempat nk buat entri atau join.
tag : CikYah, Danial, Izs
FJ : Dah lama x fikir, dah lama tak rindu. Tapi mlm ini, rindu dtg lagi.. 

Melawat Guildford Lagi Sekali..

Salam, 

It was a cold day. Temperature dlm -2 to -3 degree Celcius walaupun siang hari masih bermandikan cahaya matahari. Yes. Temperature drop makin hari makin menjadi-jadi. Northern UK, tak payah cerita lah. Banyak tempat dah snow. Orang-orang belah southern jugak telan air liur nak merasa snow, walaupun snow kali ini, dah snow yang kesekian kalinya semenjak di UK. Adatlah. Bukan tiap hari pun, salji turun. 

Semalam, warga Guildford buat majlis sambutan hari raya korban. 95% wanita yang hadir berbaju raya. Yang lelaki, toksah cakaplah. Malas nak komen. Aku tak tergolong dalam 95% tu. Sejuk sangat, jadi aku putuskan untuk tak pakai baju kurung. Dah lah ambil masa yang agak lama untuk sampai Guildford, due to rugby game in Twickenham. Sesak jadinya. Buses were delayed, and so were trains. Rugby fans from all over UK came to watch the game. Polices with yellow bibs were everywhere near the train station. Somehow I felt relief seeing them there, in duties. 

Keadaan di Clapham Junction train station juga sesak. Aku merayau-rayau sebentar atas platform bridge sementara tunggu train sampai. "Twickenham.. Twickenham.. Platform 6." Itulah yang aku dengar banyak kali lepas mereka semak platform board. Kebanyakan mereka nak ke Twickenham. Aku sedia maklum, rugby. 

at Clapham Junction
Sampai je di Guildford train station, Alip text bertanyakan lokasi. Aku sempat tanya, sama ada mereka dah mula makan atau belum. Haha. Bukan tanya pasal ceramah. Bertuah betul. Lapar! Kata Alip, ceramah belum habis. Keluar je dari train station, aku nampak ada bas yang sedang ambil penumpang. Berlarianlah aku. Nasib tak kena langgar dek kereta waktu kelam kabut lintas jalan. Aku memang clumsy -.- Setibanya aku di tempat event berlangsung, terserempak dengan Kak Amal. Sempat borak dengan dia. Katanya, next week dia sekeluarga akan berangkat pulang ke Malaysia. Aku doakan yang terbaik untuk dia dan keluarganya. :) Sempat dengar ceramah sekejap je. Bukan. Tak sempat dengar pun. Sempat dengan Q&A session sahaja. Itu pun, hanya satu soalan. Kemudian, aku join mereka makan. Heeee.. 



Tak ada lah makan banyak sangat pun. Kebanyakan menu yang dihidangkan berasaskan lamb. Kurang sikit dengan lamb, bukan tak makan langsung. Lepas makan, macam biasa. Borak-borak. Catch up itu ini. Bergambar. Bergosip. Macam-macam. 
i know it's not a good reflection


i like this scene.. just happen to snap the moment..

this guy is in massive diet.. nak kawin katenya.. heeee
Habis majlis, Ili bawa aku ke rumah dia. (hostel lah sebenarnya) Ili cakap, dia nak ke town, beli bunga. Aku tak membantah. Walaupun sangat sejuk kat luar tu, aku rasa keluar adalah solution terbaik. Bukan untuk aku. Tapi untuk Ili. Tak perlu cerita kenapa. Cukup sekadar aku cakap, dia stress. Alip buat hal. Taknak pergi katanya. Aku pujuk-paksa dia ikut kami berdua. Haha.

aku suka gambar ini
Orang yang pada mulanya bersungguh-sungguh taknak ikut, tiba-tiba bersemangat pulak ke starbuck lepas aku cakap aku nak belanja minum. Apa-apa sahajalah kawan-kawan.


Dalam pukul 5.30 petang, aku ambil bertolak balik. Alhamdulillah, tak perlu menunggu lama di Clapham Junction. Di Twickenham, menggigil juga aku waktu tunggu bas. Sejuk. Macam tak cukup tebal baju yang aku pakai. Game yang siang tadinya berlangsung, dah habis. Jadi, manusia berpusu-pusu menunggu train di Twickenham station. Depan station pun sesak. Takut juga aku dibuatnya. Dah la sorang-sorang. Dalam pukul 7.00 malam, aku selamat sampai di rumah. 

Sunday, 28 November 2010

Kisah cinta mereka-mereka. Aku doakan kalian bahagia.

Aku x taw la, tp for some reasons, kwn2 di sekeliling aku sering 'datang' pada aku dan kongsikan kisah cinta mereka. Walopon dorg ckp aku ni garang, moody, etc2, tp dorg tetap cari aku, dlm hal2 mcm ni. Ada yg mengadu tentang itu, tentang ini, bercerita apa yg mereka rasa, apa yg terjadi, etc. Tak kurang jugak yg bertanyakn pendapat. Kadang2 aku rs mcm aku ni bertauliah sgt dah dalam hal cinta, smpi org dtg tny pendapat dan mintak nasihat. Pengalaman tu, ada lah. Tapi, skrg ni, aku sendiri pon, tak berpasangan. Bkn tak mahu mencari.. Eh, dah keluar topik pulak dah. ^.^


Adat dalam berhubungan, mmg bermacam ragam, kan? Kalo dah kawan2 dtg, mengadu, bercerita, aku dengar. Kalo tny pendapat, aku bg ikut kesesuaian. Kdg2 aku tak bg pon. Bkn kedekut, oke. Cuma, mungkin pendapat aku akn memburukkn lagi keadaan atau tak bersesuaian dgn masalah yg diceritakn tu. Aku tak nak la jugak nnti, bile jd ape2, name aku pulak yg panas mcm pisang goreng.
[equation]Publisiti murahan tidak same dgn FJ, oke! Please take note. 
X rimas ke? Bukan krismas.. adoii.. Rimas. Tengok la jugak keadaannya. Kalo dtg ms tgh serabut, angin juga. Buat la ape yg stakat mampu. Borak sket2, then kasi mereka faham, yg aku pon ade tanggungjawab lain, yg lebih utama. Walopon begitu, aku hargai mereka. Sbb aku sendiri belajar dr mereka. Sbb mereka masih ingat dan anggap aku sbg kwn mereka. Sbb aku rs happy bila dpt bantu (mendengar pon, bantu jugak, kan?). Kita gembira bila kita dapat bantu orang lain, kan? Tapi, mcm mane kalo kita dah bg nasihat, org yg mintak tu, xnak dgr atau ikut? Hahaa.. Cite lain. Biarkan soalan itu mati di situ sahaja.

Aku doakan kwn2 aku bahagia. Aku x kejam, nk pisahkan kwn2 aku dgn pasangan mereka sbb aku dengki aku tak ada pasangan. Aku x bg nasihat yg bukan2. Aku byk blajar tntg nasihat dr seorang kwn.

FJ : I'm not afraid to try again. 

cuba nasib lagi | Lucky Draw from Heze Suze

Salam,

Well, Danial yg perkenalkan LD ni kat aku about a week ago (I think). Skrg baru teringat psl tu, dan alhamdulillah, masih ade peluang lagi kalo nak masuk :)

Ouh, ya. Hadiahnya? Heee.. RM50. Xde org nk bg free2 RM50 kan? :P

inilah dia akak Heze
Oleh hal yg demikian, sy mao mengetag CikYah, Misz, dan Angah utk join lucky draw ini.. heeee

Friday, 26 November 2010

Detective Conan @ Case Closed - Si Conan yg cute!

after got hit by a soccer ball
I have been watching this manga series since I can't remember! Yosh! Conan is cute, and the story lines are interesting. Well, the series would be more interesting if Hattori Heiji shown up! Gegege.. Tak ade ape sgt nk cerita pon, cume nak share gambr conan yg kiut miut ni. 

Well, I dun care pon kalo ade org nk ckp, 'how childish..' or what-so-ever.. Every one have at least an odd part in life. So, maybe, this one is mine! Shuuhh you go if you dun like it. :P

Award by CikYah

Assalamualaikum semua,

Dah hampir seminggu blog ni terbiar sepi. Bukan xnak update. Cuma, kekangan masa. Jadi, utk entri pertama mggu ini, kite cite sket psl award yg dah lama kite dpt dari CikYah ye. Mintak maaf CikYah, kite baru buat entri ni. Awak jgn marah oke?

To be honest, ni lah pertama kalinya blog kite dapat award. Happy taw~ So, skrg mari tgk apa lg yg perlu kite buat. Share the feelings, spread the love! 

Thanks the person who gave you this award & link them
Tqvm CikYah! Kamu pemberi award pertama utk blog kite. Heee~~


Spread the award to other awesome bloggers
Daoz Razak - I hope this award will boost your energy to blog more and more!
Danial - walopon CikYah dah bg kat awak, kite nak bg lagi skali jugak :P
Lord Zara - blog awak awesome gile!! Kite suke 
Misz - blog awak cute! 

7 things about yourself?
Kite ni clumsy -.-
kite suke sepahkan bilik, pastu kite kemas la balik
suke muvi dan buku Harry Potter
slalu lupe mane kite letak brg2 kite
tak suke sejuk (cuasa-wise)
kite ni rendah, tak ckop tinggi :(
kite suke sgt ngan cici

Oke! dah siap.. heeeeeee

Sunday, 21 November 2010

Kes buang bayi di Malaysia, apa kesudahannya?

Aku masih ingat, beberapa minggu yang lepas, perbualan antara aku dengan seorang rakan tentang tindakan kerajaan menubuhkan rumah perlindungan khas untuk bayi-bayi yang tak dikehendaki (dalam kes buang bayi). Kalau tak silap aku, rumah perlindungan khas (OrphanCare) ini dah mula beroperasi sejak Mei lepas. Rakan aku tak bersetuju langsung dengan langkah tersebut. Aku hairan kenapa dia mesti tak bersetuju. Tak ada rasa kasihankah dia? Katanya, penubuhan pusat sedemikian akan menggalakkan lagi kes buang bayi di Malaysia. Aku tak setuju langsung dengan pendapat dia. Kami berdebat. Walau apa pun, aku berdiri utuh atas alasan aku sendiri. 
  • Jika rumah/pusat sedemikian tak ditubuhkan, akan berkurangkah kes buang bayi di Malaysia? 
  • Aku sama sekali tidak menggalakkan perbuatan buang bayi. Tetapi, tidak adil aku rasakan jika ibubapa bayi yang bersalah, bayi itu pula yang menerima hukuman (mati sia-sia)
  • Sekurang-kurangnya, dengan adanya pusat perlindungan tersebut, bayi yang tak dikehendaki tu, ada peluang untuk terus hidup. Bayi tu tak bersalah, oke!

Dalam youthsays.com, ada satu poll yang sangat menarik perhatian aku. Tentang kewajaran murid sekolah yang telah mengandung bersekolah. Aku andaikan, mengandung yang di maksudkan, mengandung tanpa nikah. Lebih 70% yang bersetuju (wajar) dan sebahagian dari jumlah itu menyarankan mereka di tempatkan di sekolah khas. Namun, yang menarik perhatian aku, sebilangan yang tidak bersetuju, dan ada juga yang langsung tidak peduli! 

Poll dari youthsays.com
Aku pasti, 100% yang mengambil bahagian dalam poll tu, rakyat Malaysia. Betapa masih ada sebilangan yang hanya mementingkan diri dan tak berusaha meletakkan diri dalam situasi orang lain. Memang la, nak cakap "padan muka! sape suro ko menggatal? pastu dah mengandung, terkedek2 nak mintak tolong orang lain!" Aku nak tanya sikit la. Kalau kau yang buat salah, kau tak terkedek-kedek nak minta orang lain maafkan ke? Kau tak rasa menyesal ke? Kau tak rasa nak diterima sekali lagi ke? Aku berani bertaruh, kau akan merayu-rayu minta bos kau jangan buang kau dari kerja kalau hari tu, kau lewat datang pejabat, dan polisi syarikat menggariskan, mana-mana pekerja yang datang lewat, akan terus dibuang kerja! 

gambar hiasan


Di UK, fenomenanya lain. Walau pun institusi perkahwinan dah lama runtuh di sini, namun masyarakatnya tak menghina golongan yang ber-anak tanpa perkahwainan. Di Malaysia, lain kisahnya. Sebab itu, wujudnya kes buang bayi. Wanita atau gadis yang mengandung tanpa suami mendapat malu, cacian, herdikan dan pandangan jijik dari masyarakat. Apa yang membezakan kedua-dua situasi ini? Agama dan cara pemikiran. Masyarakat Malaysia umumnya berpegang kuat pada agama dalam konteks ber-anak tanpa kahwin (dalam konteks lain, boleh cakap ada yang buat tak endah pun!). Dan, idea seorang wanita mengandung tanpa suami memang ditentang keras oleh masyarakat Malaysia, terutamanya dikalangan melayu. Kat UK, tak ada siapa pun yang peduli untuk bertanya mana-mana ibu muda yang menolak stroller baby, "kamu dah berkahwin?" Itu cerita lain. *tarik nafas dalam*

Namun, dengan penubuhan pusat perlindungan ini sama sekali tidak bererti, usaha membanteras perbuatan yang menyebabkan lahirnya bayi luar nikah dihentikan terus. Susah aku nak berbincara tentang ini. Semua perkara yang terjadi, salah dan betulnya semua berbalik kepada diri sendiri. Kalau cikgu dalam kelas berhempas pulas mengajar, bagi bermacam bentuk soalan latihan, adakan kuiz, buat tuisyen, tapi murid acuh tak acuh je seriusnya dalam belajar, semuanya sia-sia, kan?

FJ : Aku kesian sangat dengan bayi-bayi yang kena buang. Mak aku selalu cakap, "kalau tak nak sangat, tinggal kat depan rumah aku tu haa..." tiap kali kami lihat paparan tentang kes buang bayi di kaca tv. 

Friday, 19 November 2010

Dunia seperti tak berputar sama 'adil', hanya berlegar di sekeliling aku.

Alhamdulillah. Assignment dah anta. School placement utk mggu ni dah abes. Ouh ya. Aku dpt girls school. Holy Cross Catholic namenye. Sekolah 'agama' pompuan kt New Malden. Jauh juge journey ke sane; 1 jam lebih. Klas pon da abes utk mggu ini. Ulangan, mggu ini. Mggu depan, benda yg same jugak kne buat, minus the assignment. Tp, akn dpt assignment baru lg. *deep breath*

Dunia seakan hyn berputar disekeliling aku sejak awl mggu ni. Siyesli aku mmg x ambek taw langsung hal lain. Hal org lain, berita dunia, kejadian-tak-serupa-biasa kt sekeliling aku, gosip, blog, even facebook.  Masak pon tak! Tu plg teruk ah. Mkn ape yg ade, atau beli. Dah beli camera baru pon, xde can nk guna. Jadi hiasan dalam drawer bedside table je (lepas aku type ayat ni, aku terus g check drawer tu, tgk camera tu ade lg ke x.. siyes lame dah x usik). Kalo aku ckp x ade mase, maknenye aku selfish. So, baik aku ckp x sempat. Tiap2 hari, balik rumah bdn penat gile, mcm baru lepas buat cleaning job 8 jam tanpa henti. Ade 1 hari tu, pkol 6.30 ptg aku smpi rumah, pkol 9 mlm aku da tdo. 

So, bile tibe hr jumaat, aku rs bahagia. Ade ruang nk rehat2 dan bersuka ria. Plan esok? Ofkos la g tgk wayang. Harry Potter release kt uk start esok. Dah lame tggu saat2 ini. *muka bahagia* 

Skrg? Waktu utk layan detektive conan dan landing2. Aku taw, entri ni berbau sgt personal dan syok sendiri. Xpelah, bukan slalu boleh buat mcm ni. Lgpon, rs sgt puas dan relief lps dpt lontarkan hasrat hati. Len kali, aku cite kt cici je kalo korg x suke baca, ok? Off dlu. Ucapan selamat aku utk semua. :)

Wednesday, 17 November 2010

Entri ringkas; saya teringin..

Teringin nak baca semua blog2 yg sy subscribe mcm yg biasa saya buat.
Teringinn nak update blog psl mcm2 perkara yg terjadi dlm hidup skrg.
Teringin nak makan rendang daging, satay dan kuah kacang pada hari ini (hari ni hari raya oke!).
Teringin nak ada masa rehat panjang2 mcm sblom2 ni.
Teringin nak tdo lmbt dan bangun lmbt pagi2.
Teringin nak marathon drama mcm mggu2 sudah.
Teringin nk join contest dan lucky draw kat blog.
Teringin nak pegi ambek angin dan shopping2.
Teringin nak photo-walk.
Teringin nak ym dan webcam dgn mak.
Teringin nak borak dgn family lame2 (dorg seme tgh cuti oke! saya jeles)

FJ : Selamat hari raya aidiladha utk semua umat Islam di seluruh dunia. Bagi yg menjalankan ibadah korban, semoga korban itu diterima oleh Allah swt. Kepada ahli keluarga tersayang, IMYSM! Ceriakan harimu dan nikmati waktu senggangmu sebelum datang waktu sibukmu :)

Saturday, 13 November 2010

Is it true that loneliness could kill your emotion?

maybe cici need her partner too?
There are time when we need someone to comfort us, to tell us that everything is going to be ok, to lend the ears for listening, to share the happy moments and to 'not only accept, but also give'. I feel sad for not having that someone. I got jealous for nothing when seeing others have another person for them, and they're telling the world that they're happily together. I dun even have the right to feel that way, am I? *smile sadly to myself* But living in this world of mine isn't that bad at all. When there are time I feel like talking about my feelings, I usually rather put it in words than saying it. ( I blogged or wrote) Or, I'll talk to cici. I know she won't talk or even listen to me. But I'm so grateful for the fact that she's there. If she ever could talk, I think she'll tell me how boring the stories she used to listen from me. 

Dear cici, there's nothing I could say to you. Just a very sincere thank you from me.. 

FJ : Part of me says I'm doing great by myself, and the other part says how sad am I to be alone..

Thursday, 11 November 2010

Industri baru : penternakan lemak dalam badan. Apa kata anda?

Badan rasa lemau, bermalas-malasan. Walhal, ade essay yang mesti disiapkan. Disebabkan ketepuan dan tak sanggup lagi untuk meneruskan perjuangan dalam industri penternakan lemak yang bermula sejak hampir 2 bulan yang lalu, aku putuskan untuk keluar jogging. Pkol 2 ptg, lepas solat asar, aku kuwa jog pelan2 dari rumah ke tesco. X pasti tujuan asal untuk ke tesco, atau jog. Aku hayun kaki dan badan yg sarat dgn lebihan lemak ni perlahan-lahan. Lepas 5 minit, aku semput. Nafas x berapa betul, pening2 lalat sket dan rs sakit dada. Berhenti kejap jog smbil jalan laju2, then smbg balik. Sedikit memaksa diri. Biarlah.

Suhu 8 darjah celcius walopon sunny. Sejuk. Tapi, aku teruskan jugak. Tak ada siapa yg hiraukan aku. Kalo kat malaysia, pkol 2 tgh hr, matahari tgh terik memancar dan aku jog kt kwsn perumahan org mcm yg aku buat td, mmg dah byk mata-mata yg memandang dan label aku gila. Kat sini, xde sape yg peduli. Kalo ade pon, aku yg x peduli kt dorg. Lgpon, aku mesti jugak kuwa. Perlu cari ilham mcm mane nk mulakan essay. Then boleh pulak pegi update blog dlu. Essay? Kena segarkan otak dan badan. Mungkin aku perlu 'putus asa' dgn industri penternakan lemak aku tu. Hasil tak lumayan, kan? Hehe

Smpi tesco, beli brg sepam dua, then gerak balik. Lepas kemas brg2, aku putuskan utk keluar lg skali. Cuma walking. Grab camera dan gloves (sbb sejuk sgt), kemudian melangkah keluar. Suhu turun 1 darjah celcius lagi. Jam menunjukkan pkol 3.15 ptg. "Lg sejam nak maghrib. Patutlah makin sejuk." Jalan2 x jauh pon. Snap gmbr 10-20 keping, dan balik. Tak tahan. Sejuk sgt. Ouh ya, psl camera. Dah beli camera baru :P Sebab aku beginner je, so hasil 'tangkapan' xde lah semenarik mana. 




keluar sorg diri, sape nk tlg ambekkn gmbr, kan? mcm ni lah jadinya

nearly sunset


FJ : I do not autumn that much. The wind, the coldness, the gloominess. But the fact that it looks golden-yellowy with brown leaves falling from the tress, make it beautiful and unique. :)

Monday, 8 November 2010

Star | Bintang dalam diri perlu di gilap


I feel the wind blow in this place
There I see the stars beyond this window pane
Shining so bright, here in this night
Here I feel a sense of love
Deep in my heart I cry for you
Every tear that falls feels like a wound
The stars in the skies
Gently shines, taking away my pain
I hear a voice gently saying
"Don't be afraid"
I feel the warmth come over me
As I sleep in their embrace
And even though
I do not have the strength to go on
Even though I try to hold on
This love will never ever be meant for me
But I'll keep on smiling
Even though my dreams won't come true
I'll remember every moment with you
Like the stars that shine forever
I'll treasure my love for you

FJ : You're a star. You just need to be patient and work hard to shine bright :) You'll shine others around you in the darkness of night and help them find their way home. 


Sunday, 7 November 2010

Turn back in time. How bad do you wish for it?

Selamat datang November. Seperti baru sahaja aku mengusun atur barang-barang di dalam bilik ini, selepas pulang dari bercuti di Malaysia. Rupanya sudah 5 6 7 hari dalam November. Seakan pantas rentetan peristiwa dalam hidup aku berlalu. Namun, masih panjang untuk aku tempuh, dengan izin-Nya. 


Ramai yang berbicara tentang masa lalu; bagaimana mereka sesal akan masa kini mereka dan berharap dapat memutar waktu ke masa lalu dan perbaiki semuanya. "Kalaulah dapat aku putarkan masa.." Tidak aku tolak bahawa tanggapan sedemikian pernah juga singgah di benak. Ingin perbaiki kelemahan dan perbetul kesalahan, atau paling tidak, untuk tidak melakukan kesalahan itu. Konon hidup akan lebih sempurna dengan pembaik-pulihan itu. Norma manusia, sesal selalu datang bila ada yang tidak kena pada pertimbangan akal sendiri.

Sejauh mana kita akan menjadi kita yang hari ini jika kita kembali ke masa lalu, ubah cacat dan hitam corak hidup yang dulu? Aku tidak mampu memberikan jawapan pada kamu semua. Bagi aku, kemungkinan besar aku tidak menjadi seperti diri aku sekarang jika aku tak memanjat gunung berliku dan redah lurah berduri dalam masa lalu. Dalam usia awal 20-an, aku akui, telah banyak yang aku tempuh dalam hidup. Aku pernah berdiri teguh, terjatuh dan merangkak semula untuk bangun. Payah dan peritnya tidak semua orang faham. Mereka mampu pandang dan berkata mereka faham. Cuma, 'rasa' faham itu tidak sama. Pasti, antara kamu juga ada yang pernah merasainya. 

Hidup tak semuanya manis, senang dan lancar perjalanannya. Ada kala hujan dan panas. Ada waktu turun dan naik. Mungkin waktu duka itu perit, waktu kecewa itu pedih untuk ditanggung. Susah sehingga nafas pun tersekat-sekat dan otak tidak mampu berfikir dengan betul. Makan tidak menentu, diri sendiri pun tak terurus. Namun, turun-naik itu yang mencorak dan memberi motivasi untuk bangkit semula. Perasaan apabila berjaya bangkit itu lain, sungguh! Manisnya tak dapat didefinisi. Mungkin jika bukan kerana kecewa, duka dan susah di masa lalu, hari ini tidak seindah ini. Bagaimana pula jika perit dan pedih itu ditanggung sekarang? Allah itu Maha Adil. Hari esok kamu, akan Dia kurniakan sebaik-baik kegembiraan setelah kamu sabar dan gigih 'bertarung'. 

Jadi, masih mahu kembali ke masa lalu dan ubah semuanya? Jika kamu ajukan soalan ini kepada aku, "tidak.." :)



Wednesday, 3 November 2010

autumn walk

Any beautiful autumn scenery park for cool photo shoots in england? 

Monday, 1 November 2010

Ladybird Series

This is part 2, the sequel of their love story.


FJ : cute, isn't it? heeeeee..