Sunday, 21 November 2010

Kes buang bayi di Malaysia, apa kesudahannya?

Aku masih ingat, beberapa minggu yang lepas, perbualan antara aku dengan seorang rakan tentang tindakan kerajaan menubuhkan rumah perlindungan khas untuk bayi-bayi yang tak dikehendaki (dalam kes buang bayi). Kalau tak silap aku, rumah perlindungan khas (OrphanCare) ini dah mula beroperasi sejak Mei lepas. Rakan aku tak bersetuju langsung dengan langkah tersebut. Aku hairan kenapa dia mesti tak bersetuju. Tak ada rasa kasihankah dia? Katanya, penubuhan pusat sedemikian akan menggalakkan lagi kes buang bayi di Malaysia. Aku tak setuju langsung dengan pendapat dia. Kami berdebat. Walau apa pun, aku berdiri utuh atas alasan aku sendiri. 
  • Jika rumah/pusat sedemikian tak ditubuhkan, akan berkurangkah kes buang bayi di Malaysia? 
  • Aku sama sekali tidak menggalakkan perbuatan buang bayi. Tetapi, tidak adil aku rasakan jika ibubapa bayi yang bersalah, bayi itu pula yang menerima hukuman (mati sia-sia)
  • Sekurang-kurangnya, dengan adanya pusat perlindungan tersebut, bayi yang tak dikehendaki tu, ada peluang untuk terus hidup. Bayi tu tak bersalah, oke!

Dalam youthsays.com, ada satu poll yang sangat menarik perhatian aku. Tentang kewajaran murid sekolah yang telah mengandung bersekolah. Aku andaikan, mengandung yang di maksudkan, mengandung tanpa nikah. Lebih 70% yang bersetuju (wajar) dan sebahagian dari jumlah itu menyarankan mereka di tempatkan di sekolah khas. Namun, yang menarik perhatian aku, sebilangan yang tidak bersetuju, dan ada juga yang langsung tidak peduli! 

Poll dari youthsays.com
Aku pasti, 100% yang mengambil bahagian dalam poll tu, rakyat Malaysia. Betapa masih ada sebilangan yang hanya mementingkan diri dan tak berusaha meletakkan diri dalam situasi orang lain. Memang la, nak cakap "padan muka! sape suro ko menggatal? pastu dah mengandung, terkedek2 nak mintak tolong orang lain!" Aku nak tanya sikit la. Kalau kau yang buat salah, kau tak terkedek-kedek nak minta orang lain maafkan ke? Kau tak rasa menyesal ke? Kau tak rasa nak diterima sekali lagi ke? Aku berani bertaruh, kau akan merayu-rayu minta bos kau jangan buang kau dari kerja kalau hari tu, kau lewat datang pejabat, dan polisi syarikat menggariskan, mana-mana pekerja yang datang lewat, akan terus dibuang kerja! 

gambar hiasan


Di UK, fenomenanya lain. Walau pun institusi perkahwinan dah lama runtuh di sini, namun masyarakatnya tak menghina golongan yang ber-anak tanpa perkahwainan. Di Malaysia, lain kisahnya. Sebab itu, wujudnya kes buang bayi. Wanita atau gadis yang mengandung tanpa suami mendapat malu, cacian, herdikan dan pandangan jijik dari masyarakat. Apa yang membezakan kedua-dua situasi ini? Agama dan cara pemikiran. Masyarakat Malaysia umumnya berpegang kuat pada agama dalam konteks ber-anak tanpa kahwin (dalam konteks lain, boleh cakap ada yang buat tak endah pun!). Dan, idea seorang wanita mengandung tanpa suami memang ditentang keras oleh masyarakat Malaysia, terutamanya dikalangan melayu. Kat UK, tak ada siapa pun yang peduli untuk bertanya mana-mana ibu muda yang menolak stroller baby, "kamu dah berkahwin?" Itu cerita lain. *tarik nafas dalam*

Namun, dengan penubuhan pusat perlindungan ini sama sekali tidak bererti, usaha membanteras perbuatan yang menyebabkan lahirnya bayi luar nikah dihentikan terus. Susah aku nak berbincara tentang ini. Semua perkara yang terjadi, salah dan betulnya semua berbalik kepada diri sendiri. Kalau cikgu dalam kelas berhempas pulas mengajar, bagi bermacam bentuk soalan latihan, adakan kuiz, buat tuisyen, tapi murid acuh tak acuh je seriusnya dalam belajar, semuanya sia-sia, kan?

FJ : Aku kesian sangat dengan bayi-bayi yang kena buang. Mak aku selalu cakap, "kalau tak nak sangat, tinggal kat depan rumah aku tu haa..." tiap kali kami lihat paparan tentang kes buang bayi di kaca tv. 
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

2 Responses so far

  • mantap! aku tengok, kebanyakan idea yang graduan luar negara bagi biasanya akan dipandang sinis, dan kebanyakan akan mencebik "budak oversea"

    aku suka apa yang ustaz hasrizal cakap,
    presenting problems, real problems - lain tu.

  • Unknown says:

    taw xpe.. bukan nk berlagak.. tp bile kite dah tgk sendiri persekitarannya, then kite taw.. bkn sekadar buat cerita ikut logik dan sedap rase.. =.=

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)