Salam,
It was a cold day. Temperature dlm -2 to -3 degree Celcius walaupun siang hari masih bermandikan cahaya matahari. Yes. Temperature drop makin hari makin menjadi-jadi. Northern UK, tak payah cerita lah. Banyak tempat dah snow. Orang-orang belah southern jugak telan air liur nak merasa snow, walaupun snow kali ini, dah snow yang kesekian kalinya semenjak di UK. Adatlah. Bukan tiap hari pun, salji turun.
Semalam, warga Guildford buat majlis sambutan hari raya korban. 95% wanita yang hadir berbaju raya. Yang lelaki, toksah cakaplah. Malas nak komen. Aku tak tergolong dalam 95% tu. Sejuk sangat, jadi aku putuskan untuk tak pakai baju kurung. Dah lah ambil masa yang agak lama untuk sampai Guildford, due to rugby game in Twickenham. Sesak jadinya. Buses were delayed, and so were trains. Rugby fans from all over UK came to watch the game. Polices with yellow bibs were everywhere near the train station. Somehow I felt relief seeing them there, in duties.
Keadaan di Clapham Junction train station juga sesak. Aku merayau-rayau sebentar atas platform bridge sementara tunggu train sampai. "Twickenham.. Twickenham.. Platform 6." Itulah yang aku dengar banyak kali lepas mereka semak platform board. Kebanyakan mereka nak ke Twickenham. Aku sedia maklum, rugby.
at Clapham Junction |
Sampai je di Guildford train station, Alip text bertanyakan lokasi. Aku sempat tanya, sama ada mereka dah mula makan atau belum. Haha. Bukan tanya pasal ceramah. Bertuah betul. Lapar! Kata Alip, ceramah belum habis. Keluar je dari train station, aku nampak ada bas yang sedang ambil penumpang. Berlarianlah aku. Nasib tak kena langgar dek kereta waktu kelam kabut lintas jalan. Aku memang clumsy -.- Setibanya aku di tempat event berlangsung, terserempak dengan Kak Amal. Sempat borak dengan dia. Katanya, next week dia sekeluarga akan berangkat pulang ke Malaysia. Aku doakan yang terbaik untuk dia dan keluarganya. :) Sempat dengar ceramah sekejap je. Bukan. Tak sempat dengar pun. Sempat dengan Q&A session sahaja. Itu pun, hanya satu soalan. Kemudian, aku join mereka makan. Heeee..
Tak ada lah makan banyak sangat pun. Kebanyakan menu yang dihidangkan berasaskan lamb. Kurang sikit dengan lamb, bukan tak makan langsung. Lepas makan, macam biasa. Borak-borak. Catch up itu ini. Bergambar. Bergosip. Macam-macam.
i know it's not a good reflection |
i like this scene.. just happen to snap the moment.. |
this guy is in massive diet.. nak kawin katenya.. heeee |
aku suka gambar ini |
Dalam pukul 5.30 petang, aku ambil bertolak balik. Alhamdulillah, tak perlu menunggu lama di Clapham Junction. Di Twickenham, menggigil juga aku waktu tunggu bas. Sejuk. Macam tak cukup tebal baju yang aku pakai. Game yang siang tadinya berlangsung, dah habis. Jadi, manusia berpusu-pusu menunggu train di Twickenham station. Depan station pun sesak. Takut juga aku dibuatnya. Dah la sorang-sorang. Dalam pukul 7.00 malam, aku selamat sampai di rumah.
Post a Comment
Have something to say? ;)