Tuesday 28 September 2010

Karma yg dibual-bualkan sgt tu..

Situasi : 
Minah A baru je break up dgn bf dia. Break sbb memang dr awal, dia x pnah suka apa lagi sayang pon dekat laki tu. Then, dia couple mamat B yang dah lame ade hati dekat dia (minah A). Minah A ni memang giranglah, sbb dia pon mmg suke kat mamat B. Kawan minah A, iaitu minah C, bleh pulak ingatkan minah A, jgn seronok sgt, kne ingat dunia ni ade hukum karma. Aku yang mendengar perbualan tu? "Huh??!!£$%£$^&*^"

Kemendelah yg nak ditaksubkan sgt dgn hukum karma tu? (Aku ckp mcm ni sbb mmg slalu sgt dgr si budak tu duk sebut2 pasal hukum karma) Kalo dia tu beragama Hindu, len kisah. Duk sebut beria hukum karma tu apa, taw ke?

"Jgn seronok sgt, kne igt, dunia ni ada hukum karma. Hari ni, kita tinggalkan orang, esok lusa orang plak tinggalkan kita." 

Oke, ayat kedua tu, aku setuju. Ada kes mcm tu. Tp, part hukum karma tu, aishh. Meh akak nk cite ye dik. Hukum karma tu, kepercayaan org yang beragama Hindu, bukan orang Islam. Dalam Islam, xde pon sebut psl hukum karma. Yang ada balasan Allah. Sbb apa hukum karma tu x relevan dgn Islam? Pertamanya dah mesti-mesti je sbb xde hadis pon yg sebut psl hukum karma. Oke, boleh la ckp, x seme org expert bhgn hadis2 ni. Still, boleh fikir, kan? Hukum karma adalah pembalasan perbuatan manusia di dunia (sama ada balasan utk perbuatan baik, atau perbuatan buruk), yg mana berkait jugak dengan past -and present life (apa yg dia dah buat kt past life dia, kalo x dpt balasan lg, akan dpt balasan dlm present life dia). Dah terang2 dalam Islam xde diajar pon psl past life kemende tu. Dah x percaya wujudnya past life, buat ape plak yg ko g percaya hukum karma? Adoii.. ni yg buat aku x phm sgt ni. 

Lg satu, sepanjang pengetahuan aku (dlm pengetahuan agama yg x seberapa ni), dalam Islam, ada 3 jenis balasan yg Allah 'bayar' utk perbuatan manusia.
  1. Allah balas sama seperti apa yg kita beri/buat - contoh : hari ni ko langgar lari sorg budak skolah, esok lusa ko plak kne langgar dek lori balak.
  2. Allah ganti dengan benda lain - contoh : semalam ko bagi kucing yg ko jumpe tepi jalan makan wiskes, 2 mggu lepas tu ko menang peraduan teka silang kata, dapat hadiah kereta sebijik.
  3. Kalo 2-2 dia atas balasan di dunia, yg ketiga ni, balasan di akhirat - semestinya ganjaran syurga atau balasan neraka.
Xdenye ko diberi option utk pilih sama ada nak percaya hukum karma atau x. Yg pasti, hukum karma tu mmg x bleh caya. Then ko tny, "pastu, nk percaya hukum mana?".. der.. hukum Allah kan, ade! 


aku kritik apa yg aku taw dan apa yg aku mahu
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

2 Responses so far

  • lobos says:

    tp hukum karma dier tu mcm best jugak.. kekee :P

  • Unknown says:

    erk.. hukum karma sape plak?

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)