Saturday, 18 September 2010

Bau Tanah Inggeris..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Selamat juga aku jejakkan kaki ke tanah Inggeris ini, sekali lagi. Ada terfikir-fikir untuk selitkan entri raya kat sini. Tapi, baik ditangguhkan dulu kot. Sebenarnya, ada banyak lagi entri-entri lain yang tertangguh, aissshhh.. Udara musim luruh kali ini agak berbeza dari yang sebelumnya. Daun-daun masih belum gugur sepenuhnya ke bumi, sama seperti September lepas. Sejuknya juga tak jauh beza dari September yang sudah-sudah. Redup-terangnya juga tak ubah seperti luruh yang lalu. Cuma, masih ada yang berbeza. Mungkin kerana persekitaran baru yang belum dapat dibiasakan lagi. Mungkin kerana belum bersedia untuk mulakan kelas. Mungkin juga sebab hati tak rela.. 

Rumah baru? Not bad. Cukup lah untuk dibuat tempat berteduh, mandi, makan, tidur. Kemudahan asas dan tak asas pun dekat dengan rumah. Bus stop depan rumah, tesco pun tak berapa jauh, post office-farmasi-kedai runcit bawah rumah je. Syukurlah, tak perlu banyak bersusah. 10 bulan je pun. 10 bulan. Macam sekejap, tapi lama. 5 hari yang berlalu sekarang pun, macam agak terseksa, ni lagikan pula 10 bulan. Orang kata, lagi dihitung, lagi terasa,kan? 

ini adalah barang2 yang berjaya dibeli untuk 'tempat' baru.. duit pun banyak habis

Aku memilih untuk tidak meng-upload gambar bilik for safety reason. Manalah tahu, kan? Bilik kali ni, memang besar. Double room. Wardrobe dia super duper besar. Barang-barang yang selama ni tak muat nak disimpan dalam bilik, kali ni berjaya dimuatkan semuanya dalam wardrobe itu, DAN ada spare spaces! Bayangkanlah. Hehe.. Sangat berpuas hati walaupun kena bayar lebih sikit. Tapi, belum ada internet. Bertalian sekarang pun, pakai top up. Ouh, pasal bayaran, berkait rapat dengan elaun. Sekarang dah pertengahan bulan September. Tapi, kami semua masih belum menerima barang se-pence pun dari penaja. Adakah pegawai-pegawai yang budiman sekalian masih lagi bercuti raya? Kami semua amat-amat memerlukan elaun itu untuk membayar sewa rumah. Mood sedih melayang masuk tanpa dipinta. 

-off to maghrib prayer-


If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)