Monday, 27 September 2010

Kenapa kamu lupakan saya?

Hari ini, 18 Syawal, dan rumah - rumah masih 'terbuka' menerima tetamu. Meriah kan, sambutan Syawal? Kat facebook jangan cakap la.. News Feed penuh sesak dengan perkataan 'rumah terbuka', 'open house', 'berkumpul', 'baju raya'.. Gambar-gambar yang baru di-upload pun, kebanyakannya berkisar tentang suasana open house - worldwide. Tak percaya? Tengok la korang punye News Feed sendiri. Sure heboh! 

Kamu semua tahu, setiap kali puasa atau raya, atau hari-hari biasa pun, saya selalu rasa diri saya dilupakan. Contoh? Katakan esok hari pertama puasa. Hari ini, kamu mesti sibuk nak wish kawan-kawan atau saudara-mara kamu 'selamat berpuasa'. DAN, kamu lupa untuk wish pada saya. Macam tu jugak kalau hari raya. Kamu akan tanya kawan-kawan kamu, 'eh, baju raya ko kaler ape tahun ni?' 'ko raya kat mane ek?' 'kuih raya buat ke beli?' Tapi, tak ada yang nak tanya saya semua tu, melainkan saya yang tanya mereka dulu. Sedih, kan? *bukan nak mintak simpati, tapi memang selalu macam tu* Kalau bukan saya yang mulakan dulu, tak ada yang nak ingat saya. :(

Hari raya ke-2 baru-baru ni, saya temankan adik-adik saya beli barang di Mesramall. Dalam pukul 7 malam macam tu, kitorang nak gerak balik. Elok je saya tengah tunggu lagi 2 orang adik kat kereta, saya nampak sekumpulan manusia (yang ada antaranya saya kenal dan masih cam - sebab dah bertahun-tahun tak jumpa). Aaaaaa~~ Tu geng-geng sekolah rendah dulu! Boleh dorang buat gathering TANPA ajak saya? Sangat kecik hati. 'Eh, kitorang tak tahu pun ko ade balik..' Ok, fine lah untuk yang tak tahu. Tapi, ada yang tahu. Siap jumpa kat masjid tiap-tiap malam masa terawih. Boleh dia tak ajak? *Sedey*

Kawan-kawan SELALU sangat tanya, 'bila ko nak balik weh?' Dan saya sebagai kawan yang baik akan jawab soalan mereka walaupun, dah 10 kali ditanya soalan yang sama oleh orang yang sama. Saya faham, mereka bukan catat dalam diari pun. Dekat-dekat tarikh nak balik, saya akan inform besties saya. Akan tetapi, tiap kali saya balik, memang saya je lah yang akan lawat mereka. Betul! Tahun lepas je la kot, pertama kali kawan-kawan datang ke rumah. Tu pun, lepas disogok dengan makanan-makanan yang banyak. Saya yang akan melawat laina dulu. Saya akan jumpa haini dulu sebelum dia jumpa saya, walaupun kami tinggal dalam daerah yang sama. Ke rumah dayah, walau dia tinggal nun di hujung belah sana negeri Terengganu. Ke Shah Alam.. etc. 

Tak adalah nak cakap saya berkira dengan semua ni. TAK PUN! Cuma, selalu terasa sedih bila mana mengingatkan yang tak ramai pun orang yang ingat pada saya. Ermm.. tiba-tiba rasa sayu yang teramat. 
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

2 Responses so far

  • xpe mc wan. ada kadang tu kite dilupekan, mungkin sebab kita x cukup igt dorang. mungkin jgk bagi dorg, cukup sekadar bertanye khabar. mungkin jgk dorang segan nak jumpe ko sebab ko 'lebih' sikit dari dorg (aku refer geng sek rendah ko). takpon, take it as a +ve sight, maybe sebab ko blaja kat ovc dorang tak expect konye timeline cane. as u said, not everyone wanna nak letak kite dalam reminder henpon dorg. :)

  • uhuu.. mmg sayu ah cikyah.. tp xpe.. aku ttp cool.. nk wat cane.. ni time toucing.. haha

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)