Aku bukanlah orang yang pakar dalam memperkatakan tentang agama, atau apa sahaja. Tertubuhnya blog ini pun, sekadar untuk aku kongsi pendapat aku dengan bloggers yang lain. Cuma, tak ada lah aku cakap, yang semua benda yang dipaparkan kat sini adalah nonsense semata. Percaya akan pambaca dan bloggers lain sudah cukup matang untuk nilai baik buruk, aku kongsikan apa yang terdaya.
Dua tiga hari lepas, mailbox aku penuh dengan notifications dari sorang blogger @ blogdrive. Memang dah lama betul tak baca tulisan-tulisan dia, yang kebanyakkannya merupakan e-novel. Terbaru, blogger ini menulis lagi. Kali ini berkisar tentang ramadhan al-mubarak. Cantik susunan plot dan garapannya. Pendek kata, aku memang dah lama jatuh hati dengan penulisannya. Berkisar tentang ramadhan, dalam satu bab, penulis ada bercerita tentang budaya ramadhan. Lama aku ulang baca perenggan tu. Antara amalan agama di bulan ramadhan, dan budaya ramadhan masyarakat kita hari ni.

"Ramadhan tu bukannya diertikan dengan bazar Ramadhan.Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita.Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung.Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel.Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV.Tapi benda-benda tu la yang dah jadi definisi Ramadhan kat Malaysia."
Dan banyak lagi contoh lain yang nampak nyata oleh kita semua sendiri. Keghairahan orang buat kuih raya, jahit baju raya, sampai tinggalkan terawih. Macam yang dah aku nyatakan kat first paragraph, aku bukanlah orang yang berpengetahuan luas tentang agama. Pengetahuan ada, mungkin tak banyak macam orang lain, dan ada yang aku sendiri tak amalkan. The least thing I could do is, share the knowledge I have."Contohnya kalau buat sambutan berbuka puasa.Memang la bagus nak meraikan buka puasa tu.Tapi cara nak meraikan tu pun kena la appropriate jugak.Yang kita tengok kebanyakan orang buat sambutan buka puasa ni campur je lelaki perempuan dah gaya orang buat catching-up kat mapley pun ada.Pergaulan tak jaga,layan dengan sembang-sembang kosong.....patutnya boleh buat pahala tapi dah tak jadi makna apa la kalau macam tu gayanya."
Aku hanya pengutara pendapat. Kamu, penilai yang baik, nilaikan.
Post a Comment
Have something to say? ;)