Selamat ulang tahun Malaysia! Aku lupa bila kali terakhir aku sertai sambutan kemerdekaan di Malaysia. Ambang merdeka terakhir pun, tak pasti bila yang terakhir. Ok, tipu. Malam semalam yang terakhir. Tak rancang pun sebenarnya. Tiba-tiba saja ayah ajak pergi. Layan saja. Lagipun, bukan ada buat apa sangat kat rumah malam-malam buta. Cuma, ada jugak rasa tertanya-tanya, "Bulan puasa pun, ada jugak ye, sambutan macam ni?" Selepas solat isyak kat masjid, Imam masjid dah bagitahu awal-awal, untuk jemaah sekalian, sama-sama solat hajat sempena dengan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Alhamdulillah, masih ada sambutan seumpamanya.
Sambutan ambang merdeka yang aku pergi tu, kat kemasik. Pantai Kemasik. Sampai kat sana, majlis dah separuh bermula (kalau tak silap). Kami tak berkesempatan pun nak park kereta kat parking area yang disediakan. Terpaksalah park jauh sikit. Ayah ada cakap, "ADUN kita siap buat jamuan sahur lagi.." Ouh, patutlah ramai teramat orang yang datang. Lagi-lagi budak muda. Nak makan free rupanya. Macam malas je nak bercerita panjang, jadi kam,u kamu dan kamu semua, silalah lihat gambar-gambar yang ada.
ada Kuiz Merdeka, dan budak baju hitam-putih kotak-kotak tu,
sanagt bersemengat angkat tangan nak jawab semua soalan
kualiti gambar teruk.. minta maaf
ada sorang pak cik tak sedar, dia dah kibarkan jalur gemilang yang terbalik!
munge apiiiii...
Setiap tahun orang memperkatakan tentang merdeka. Pengertian merdeka, kesan kemerdekaan, sejarah merdeka dan macam-macam lagi. Tak perlu kot untuk aku ulang balik semua tu, sebab walau diulang sebut berapa kali sekalipun, tapi kalau tak 'melekat', habuk pun tarak! Jadi, apa-apa pun, semuanya kembali kepada diri sendiri.
Untuk semua rakyat Malaysia, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53. Bebas itu, besar definisinya, dan terpulang kepada anda untuk manfaatkan kebebasan yang anda miliki sekarang. :)
nape kene ckp munge api? eish...
oke.. oke.. bunga api.. :P
bile nak activate facebook cik wan?
errm.. lg 2-3 hari kot..