Sunday, 24 February 2013

Projek menjahit #1

Assalamualaikum,

Happy sunday. Weekends kadang2 dipenuhi dengan unexpected things rather than planned things. So, I planned to spend the weekend over at mom's relaxing and luangkan masa dengan family. Turned out, I start my delay project on sewing! 2 minggu lepas, I hit sebuah kedai kain yg baru dibuka in Dungun town. Yeah I know, dungun je pon. Bukan ade kedai kain hebat. Whatever. Kami beli few type of fabrics; untuk buat langsir, baju kurung, sarung kusyen empuk lagi melenakan, dan simple dress.



Langsir aku dah siapkan 2 minggu lepas. Right after balik dr kedai kain, aku terus start menjahit. It was really a simple set or curtain for my rumah sewa. Despite that, I was proud that I could sew it. So, malam td I learned another new things on sewing. How to make a pattern for a simple dress. Mak ajar mcm mane nk buat ukuran and which part of my body need to be measured. Stakat yg dah terhasil skrg, aku boleh ckp yg walaupon dress ni simple je, nak jahit dan potong kain x lah sesimple tu. Mungkin sbb aku baru nak belajar.



Sadly aku x sempat nak siapkab jahit baju ni. I will post up the complete version of it once its done.

FJ : kalau dari dulu belajar menjahit bersungguh2.. mesti skrg dah expert..

posted from Bloggeroid

Friday, 22 February 2013

Review buku pertama : Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman dari Dr. Shah Ibrahim

Assalamualaikum,

Ehem *clear throat*. Ini kali pertama aku tampil dengan ulasan buku. Harapnya aku boleh ulas dengan baik. Cumanya, aku takkan buat sinopsis. Sebab macam tak adil pulak untuk penulis.



1. Fizikal.

Secara individu aku akui, kulit buku Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman simple dari segi pemilihan grafik dan juga warna yang digunakan, tapi sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa novel grafik ini adalah kisah tentang si penulis, kisah si #flowerman. Dan aku tabik usaha penulis utk guna kertas tebal dan berkualiti untuk novel grafik ini. Walaupun dah sampai setengah novel aku baca, aku masih lagi cuba menggentel2 setiap helaian dari novel ini untuk pastikan aku tak miss 1 muka surat pon. Sebab apa? Sebab kertasnya tebal. Memaksa aku buat gentelan tersebut. Siyes.

2. Grafik

Aku bukan mahir bab2 grafik. Sumpah tak. Tapi apa yang nampak, aku ulas la serba sedikit. Bagi aku, grafik hasil seni Dr Shah agak bagus dan masih boleh ditambah baik ke-osemannya. Memang tak boleh nak dibandingkan dengan grafik2 yang power, tapi lukisan yang dipersembahkan tidak mengecewakan. Sudah cukup untuk menyampaikan jalan cerita seiring dengan ulasan tulisan. Yang paling aku suka ialah, grafik yang ditonjolkan nampak real pada aku. Mungkin sebab aku kenal sedikit sebanyak tempat yang dilakarkan. Jadi, 'cerita' yang diketengahkan sedikit dekat dengan aku dari segi geografi. Babak2 yang terpapar jelas menunjukkan emosi penulis. Waktu angau, waktu stress dengan timbunan tugas, juga saat2 rabak. Bila tengok, pembaca boleh faham, adegan tu adegan ilustrasi atau adegan betul. Lagi satu, penulis bijak menyusun grafiknya. Kat page yang terlalu banyak ayat, penulis akan tumpukan pada tulisan. Dia akan minimumkan grafik jika perlu atau tidak letakkan grafik langsung.



3. Intipati

Jelas. Bahasa yang digunakan mudah difahami. Tahap bahasa yang aku rasa bagus - penulis hanya gunakan bahasa pasar dalam dialog2 grafik, bukan dalam tulisan jalan cerita. Yang mana aku rasa si flowerman ni respect adab penggunaan bahasa yang betul. (Sebab aku pon x guna bahasa yang btol). Ada jugak diselitkan unsur humor untuk neutralised tahap 'bunga' atau seriyes cerita yang disampaikan.

4. Pengalaman

Penulis banyak berkongsi. Berkongsi kisah susah derita hidup di tempat asing. Tentang ilmu fizik yang aku tak pernah tahu apalagi faham. Tentang rasa cinta yang datang waktu kita x berapa memerlukannya. Penulis juga ada beri 1 'pengalaman' penting. Sooner or later we have got to accept the fact (of failure) and move on. The thing is, why choose later when later will give you nothing better? Satu benda yang buat aku tertanya2. Adakah ending yang dipaprkan sengaja dibiarkan begitu untuk unsur suspen atau mungkin penulis nak pembaca fikir lebih. Yang pasti, aku tak berapa gemar ending sebegitu. Keke.

Do hit MrFlowerManStudio facebook or website to purchase your copy. Happy reading!

Aku harap Dr Shah Ibrahim takkan berhenti setakat Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman sahaja.

FJ : saya sokong komik tempatan!
posted from Bloggeroid

Wednesday, 20 February 2013

Buku dari MrFlowerManStudio

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, order aku dah sampai. Novel graphic pertama yang aku beli. Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman sangat menarik perhatian aku lepas pertama kali aku tgk instagr.am sorg blogger famous terfaktab. Tengok kulit dia pon dah jatuh hati. Jadi, aku terus usahakan mcm mane nak dapatkan buku ni. Belum abes bace, so xbleh review lagi. InsyaAllah aku akan buat 1st book 1st book review dari buku ni. Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman ade uniknya. Kenapa? Haaa.. nanti2 aku cerita. Oke.. nak sambung bace! *ditch all the work loads*

FJ : Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman adalah sebuah novel grafik dari Dr. Shah Ibrahim. Ya, Dr. He is a PHD holder. It's about life and love and something between them.
posted from Bloggeroid

Saturday, 16 February 2013

Penat

Mungkin dulu,
Ke hujung dunia pun aku sanggup pergi
Gagahkan kaki berlari
Redahi jutaan batang tubuh ke sana sini
Berkejar ke kaki pelangi mencari kamu
Namun tiada.

Mungkin dulu,
Kau yang aku tunggu panggilannya tiap hari
Penuh mengharap
Menggenggam erat telefon tangan
Namun tiada deringan.

Mungkin dulu,
Aku bentang kasih seluas alam
Untuk kamu semai rasa cinta juga sayang
Mereka tahu kamu enggan
Mereka senyum sinis padaku
Gila, aku degil.

Malam tadi,
Aku sedar
Yang aku telah penat
Penat berlari berkejaran mencari bila kamu hilang
Penat menunggu tika kamu janji untuk datang
Penat menabur kasih yang entah kamu tahu wujudnya entah tidak
Lantas aku tekad
Esok bukan lagi harinya untuk kamu
Bukan juga lusa dan hari-hari yang bakal mendatang
Biar semalam jadi hari terakhir untuk aku kenang
Yang aku pernah jadi penanti
Penanti yang telah penat.

Atasi had limit



FJ : hujung minggu berseorangan memang bosan

posted from Bloggeroid

Friday, 15 February 2013

Kering



Jika boleh dikira titis hujan yang menerjah bumi tika ini, dia rela.
Lebih rela dari menanggung ini lebih lama.
Dunianya sudah bertahun kemarau.
Kemarau harapan.
Tapi banjir dengan derita.
Mahu ditinggal tak sanggup.
Mahu dipikul tak mampu.
Andai hujan bakal turun 1000 tahun lagi, akan dia tunggu.


posted from BloggeroidSumber gambar

Thursday, 14 February 2013

Di negara sendiri, tak sama macam di negara orang

Assalamualaikum,

Dah setahun setengah kalau tak silap, aku tinggalkan bumi Britain. Rasa rindu nak kembali ke sana ada lah jugak sikit2. Mungkin sebab tak banyak perkara lagi yang perlu dikenang, maka tak ada sebab solid untuk aku kembali ke sana. England pernah jadi tanah yang pujuk rajuk aku. Pernah jadi tempat aku himpun kisah manis. Pernah juga jadi tempat aku belajar menjadi kuat tempuh duri hidup. Orang yang tak pernah tinggal di negara lain, lebih2 lagi England selalu cakap "waahh bestnya duduk di UK". Selalu aku terima ayat sebegitu. Atau "best kan dapat g uk? dpt shopping, jalan2, main salji". Respon aku biasa saja. Ada lebih dan ada kurangnya tinggal di sana.

Cuma 1 perkara ketara yang aku belajar, kita akan lebih menghargai negara sendiri bila kita berada di negara orang. Kita akan nampak istimewanya negara sendiri bila kita jauh di negara orang. Akan lebih hargai baik buruk negara sendiri. Dan, timbul rasa bangga dengan negara asal kita. Kadang2, bila jumpa barang2 yang 'made in Malaysia' kat sana pon dah jadi bangga. Apa lagi bila orang dari negara lain sebut2 tentang Malaysia, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu (KK). Bangga bila nampak kereta buatan Malaysia gah di atas jalan raya mereka. Sedangkan orang Malaysia di Malaysia pulak, sibuk mengkritik, mengutuk, kereta buatan tempatan.

Bangga bila tengok jalur gemilang berkibar megah di tengah kota London. Sedang rakyat Malaysia sibuk membakar jalur gemilang. Bangga bila kawan2 dari negara asing menyebut2 tentang Tun Dr Mahathir. Tapi di Malaysia sendiri ramai yang menghentam beliau. Orang2 di Malaysia sibuk nak makan western dishes, Arabic dishes, padahal mat2 saleh, kat sana suka sangat dengan masakan Malaysia.

Betul, di negara sendiri tak sama macam di negara orang lain. Memang betul lah orang kata, bila dah jauh dari mata, baru kita belajar menghargai...



FJ : aku ade kenal seseorang yang selalu menghargai apa yang dia ada.. dan aku kagum dengan dia

posted from Bloggeroid

Saturday, 9 February 2013

Tips temuduga : Bahagian Matrikulasi KPM

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sejak aku share bahan untuk persiapan calon2 guru yang bakal ditemuduga oleh SPP utk jawatan DG41, ramai juga yang contact through comments dan message di facebook utk dapatkan bahan. Maaf sebab kadang2 tu bahan lambat diberi sebab kekangan masa. Ada jugak yang contact mintak tips temuduga. Nak kataaku ni banyak pengalaman tu tak lah jugak. Tapi pengetahuan yang ada boleh aku kongsikan serba sedikit untuk membantu.

Beberapa tahun lepas aku pernah menghadiri temuduga di Putrajaya. Temuduga untuk Program Tenaga Pengajar Matrikulasi. Tak ingt berapa orang calon yang ada. Sesi temuduga tu dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pihak bahagian. Kemudian, semua calon dikehendaki menulis sebuah essay dalam bahasa Inggeris. Tajuk ape, dah lupa sebab dah lame sangat. Kemudian, sesi interview individu dilakukan. Temuduga 100% dalam English. Macam biasa, perkenalkan diri dan jawab soalan yang ditanya oleh interviewer. Aku dlu diminta utk demonstrate sedikit teaching dalam kelas. Tanpa apa2 pengetahuan pedagogy, tanpa apa2 bahan yg appropriate, aku buat mock teaching free hand. Aku rasa, waktu tu interviewer tak expect much, sbb dorg tahu contestants seme terdii daripada untrained people. 

Lain sket kesnya kalo contestants terdiri daripada trained or experienced teachers. Aspek2 yg dinilai mesti lagi details. Lagi banyak criteria yang dititikberatkan. Beberapa minggu lepas, seorang graduate dari NZ kalo x silap, contact aku kt fb. Dia mintak tips utk temuduga di bahagian matrikulasi kpm. So, here what I told her; 

1. The interview session was organized by BMKPM, so BM must be expecting you to know things about BM.. things like what they do, what would their mission and vission be, who is the director - thus, pls study bahagian matrikulasi (BM) system.

2. BM mesti nak tahu kenapa the contestant is interested to be a part of the family.. so, show an proof your interest. How do you show it? It's up to your clever mind.

3. Pls prepare for a moch teaching session. You might be asked to do one (bila aku tny balik graduate tu, dia ckp mmg dia kena buat mock teaching). Be prepared and give your best shot.

4. And most importantly, watch out your language. Language and communication skills are the crucial part in any interview session. Apa lagi kalo interview for jawatan guru or lecturer. You are dealing with people everyday. And teaching is your core business. Thus, you need to posses great language and communication skills

Itu sahaja setakat ni. Lain kali aku share tips interview utk students nak masuk university atau yang nak apply for scholarship pulak ye. :) Utk tips temuduga SPP, aku dah pernah tulis post berkaitan itu sebelum ni. 

FJ : Esok dah kena bertolak balik.. 

Monday, 4 February 2013

Track your samsung device

Assalamualaikum and good day,

We have learned and heard of so much device robbery cases. We might also be one of the victims. As a smart device user, I tell u what. You must be much smarter than your device *wink*. I believe, most of the companies that produce smart device has very own way to track their products. As a Samsung user, I have just found out about this - SamsungDive and I'd like to share the benefits with others. May this information be useful to us in the future.


SamsungDive helps you to track your device remotely - with the condition you have already registered your device with Samsung. All you need to do is login to SamsungDive and you can start locating your devices.





Check out the 'remote' menu. Either you want to lock your mobile, ring it or even forward messages from the old mobile to the new one, it's all can be done. But, some devices may not be able to use the mobile version of SamsungDive. May this helps as a precaution step. Do not let yourself cry over the spilled milk.

FJ : track and control your mobile remotely, take actions smartly.
posted from Bloggeroid