Saturday, 25 January 2014

Senarai harga barang di Pasar Malam dan Pasar Karavan Jengka selepas kenaikan harga

Assalamualaikum,

Aku ingat nk mulakan projek baru. Projek survey harga makanan di Jengka. Kat sini, ada UiTM Jengka, Kolej Sentral dan Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang selain penduduk felda setempat dan golongan yang berkerja. Boleh dikatakan permintaan tinggi untuk sesuatu barang (bukan semua). Tapi, lepas kenaikan harga minyak, harga makanan memang naik. Aku xtaw nak mengharapkan apa dari projek ni. Cuma mungkin rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan2 lain boleh join dan inform harga makanan kat tempat masing2. Peningkatan harga utk jenis2 makanan tertentu ade yang capai hingga 50% yang bagi aku sangat tinggi. Aku akan cuba update post ni dari masa ke semasa. Kalo ade student2 uitm jengka yang nak join, bagus jgk. Tekanan kenaikan harga makanan sedia masak paling dirasai oleh golongan students sebenarnya.

Ok, kita mulakan dengan dapatan hari ni


Pasar Malam

[Update pada 25/1/2014]
Air balang (cup kecil) RM1.50 (bulan lepas RM1.00) disesetengah gerai
Murtabak ayam RM4.00
Murtabak daging RM5.00
Air cendol (cup kecil) RM.150
Coconut shake RM2.00 (bulan lepas RM1.50)
Putu bambu RM1.00 (bulan lepas 5 ketul, skrg 4 ketul)
Kuey tiaw goreng Che Wan Fried RM3.00 (bulan lepas RM2.00)

Pasar Karavan

[Update pada 9/1/2014]
Nasi kukus RM6.00 (harga pada 2/1/2014 ialah RM5.00)
posted from Bloggeroid
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)