Wednesday, 22 February 2012

Relationship : siapa pilih siapa?

Assalamualaikum,

gambar hiasan [sumber gambar]

Pernah tak kamu-kamu semua terfikir, dalam satu-satu hubungan, 'kuasa' memilih tu ada pada tangan siapa?  Maksud aku, jika seseorang itu mempunyai lebih dari satu pilihan dan calon pasangan tu pon sama, ada lebih dari satu pilihan, siapa yang sepatutnya ambil langkah pertama untuk buat pilihan? Sama ada si lelaki yang pilih, dan jika pilihannya bukanlah perempuan berkenaan, maka kemudian perempuan itu pula yang membuat pilihan, setelah menolak (atau ditolak sebenarnya) lelaki tadi. Ya, aku rasa aku dah cuba susun ayat terbaik untuk convey maksud pertanyaan aku tadi. 

Sepanjang pengetahuan dan pengalaman aku, minda kebanyakan orang dalam masyarakat kita telah disogok dengan idea 'lelaki yang memilih perempuan', terutamanya di kalangan masyarakat melayu - dan aku rasa (lagi sekali, aku rasa,) idea yang sama tertanam dalam otak wanita-wanita di asia. Kita sekarang sedang mempersoalkan isu ni dalam konsep perhubungan, bukan cari kerja, bukan pilihan raya atau hal-hal lain. 


ini bukan pasal 'i choose you -pokemon proposal' [sumber gambar]
Tak salah jika aku katakan bahawa, dalam dunia yang telah mengalami perkembangan pesat sekarang, tidak perlu untuk wujud pihak tertentu yang memegang 'kuasa' untuk tujuan demikian. Aku tak pernah fikirkan hal sebegini secara serius - mungkin sebab aku tak pernah berada di dalam situasi yang aku harus memilih atau dipilih, atau mungkin aku sebenarnya tak sedar bahawa aku juga sebenarnya ada 'kuasa' memilih, sehingga lah suatu hari dalam dua atau tiga tahun lepas, point sebegini dipersoalkan oleh seorang rakan. Katanya, kenapa perempuan biarkan lelaki yang memilih, dan biarkan diri mereka diletakkan sebagai calon pilihan? Katanya juga, bagi dia (seorang lelaki), perempuan lebih punya hak memilih pasangan berbanding lelaki. Disebabkan lelaki punya kuota empat (yang mana, idea ini buat aku sedikit meluat), lelaki sentiasa ada peluang untuk buat pilihan lain, sedangkan untuk perempuan membuat pilihan lain sekiranya dia tidak berpuas hati dengan pilihan pertamanya, adalah sangat sukar - aku tak pasti penjelasan berkaitan kuota itu adalah penjelasan serius atau main-main.

Aku cuba rasionalkan idea itu; perempuan lebih punya hak memilih pasangan berbanding lelaki. Bercakap tentang membuat pilihan, subjek akhir dari pemilihan itu biasanya adalah yang terbaik dari kalangan pilihan-pilihan lain yang ada. Jika yang dipilih itu adalah telefon mudah alih, telefon itu mesti mempunya ciri-ciri yang diidam-idamkan, atau sekurang-kurang hampir dengan ciri idaman; skrin sentuh, skrin lebar 5 inci, kapasiti memori yang besar, kecekapan processor, aplikasi-aplikasi yang boleh dimuat-turun dan sebagainya. Konsep yang sama diterapkan dalam hal memilih pasangan. Pilihan kamu kamu biasanya adalah yang terbaik. untuk kamu. Maka, jika yang memilih adalah perempuan, dan dia telah memilih seorang lelaki yang dirasakan terbaik untuk dirinya, adalah menjadi tanggungjawab lelaki tersebut (dalam soal rumah tangga) untuk cuba membimbing perempuan yang telah memilihnya tadi sebagai pasangan yang terbaik untuknya juga, kan? 

Itu yang aku mampu takrifkan dari idea rakan tadi. Kamu kamu semua fikir, bagaimana?

FJ : Setahu aku, Islam (aku sebut pasal Islam sebab aku beragama Islam, jadi penting untuk aku tekankan hal ini) pon tidak memberi 'kuasa' kepada mana-mana pihak tertentu untuk membuat pilihan mutlak dalam soal perhubungan (perkahwinan khususnya). Tidak si lelaki atau si perempuan. 
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)