Cuaca hari ni memang panas. Tak macam semalam. Ke, perasaan aku je? Entah. Yang aku taw, memang panas. Semua orang tengah tidur. Maklum, bulan puasa dan penat balik dari sekolah. Macam ni lah hari-hari berkerja. Oleh sebab tak tahan sangat dengan lekitan-lekitan peluh, aku mandi. Hah? Baca macam kotor + geli? Ye lah, aku orang kampung, memang cakap macam ni. Lagi pulak, macam la bila berpeluh ko tak rasa melekit. (-.-)" Dah mandi pun, masih rasa macam tadi lagi.
Lebih kurang 20 minit sebelumnya, aku buat aktiviti yang paling malas sekali aku nak buat bila aku kat rumah; lipat baju. Yang lain, korang nama lah, dari basuh baju membawak ke sidai baju dan angkat jemuran aku buat, kemas rumah, basuh pinggan, macam-macam lah, semua aku rajin - aku buatlah maksudnya. Tapi, 2 perkara yang aku tak berapa rajin (alias malas); lipat baju dengan gosok baju. Peliknya, tiap kali aku buat aktiviti sedemikian, pelbagai benda akan datang kat fikiran aku. Bukan cerita hantulah! Maksud aku, otak aku aktif waktu tu. Fikir nak update blog lah, fikir isu semasa lah, macam mana nak tolong kawan lah.. Betul! Aku sendiri cukup heran dengan perangai aku yang satu ni.
Adakah disebabkan masa tu, hanya tangan-tangan sahaja yang tengah buat pergerakan, maka otak aku yang tengah bersenang lenang berehat pon turut sama nak 'bergerak'? Mungkin. Sebelum-sebelum ni, macam mana ek? Pernah tak masa duk khusyuk gosok baju tiba-tiba idea mencurah datang nak blogging? Tak ingat. Ke, sebab tempat atau lokasi aku gosok dan lipat baju tu? Nota ringkas: selalunya, aku lipat baju atas iron board.
Blog dah jadi dunia aku sejak seminggu yang lepas (kalau tak silap). Dan untuk mengatakan yang aku benar-benar ketagih dengan blog, aku sendiri kurang pasti. Facebook lenyap seketika. Kebarangkalian untuk mengisi masa dengan melayari mukabuka jatuh pada nilai 0. Jadi, ke sini lah aku setiap masa. Ada ketikanya, masa-masa kosong yang dibuat-buat itu aku gunakan untuk merayau-rayau di bandar blog-blog manusia lain. Oh, ya! Ada satu blog menarik yang aku nak kongsikan bersama anda. Apa kata aku bagi sedikit intro.
Baru satu malam satu hari berkenalan, seakan-akan dah jatuh hati dengan blog ni. Istimewanya blog ni terletak pada lakaran-larakan comel seperti yang korang lihat. Kreatif, kan? Aku memang tak mampulah nak punya daya kreativiti seumpamanya. Mampu baca dan gelak je lah. Kalaulah aku sekreatif ni, aku dah jadi kartunis terkenal macam Dato' Lat tu kot. Hihihi..
Sedang asyik berblog, kedengaran orang memberi salam di muka pintu. Hurmm. Jemputan majlis kahwin. Dan ini bukan yang pertama. Yang lawaknya, aku boleh pulak nak masuk dapur buat air. Apa yang pelik? Bulan puasa lah woi! Memang aku lupa terus, ni bulan puasa. Maklumlah, tuan punya badan tak puasa. Ye lah, dah terbiasa, kalau orang datang, buat air terus. Kali ni, silap perhitungan pulak. Mak seronok melayan mak cik yang datang. Aku ni pulak, tadah je telinga dengar perbualan dorang. Menginjak ke pukul 5, langit mendung. Nak hujan! Tengah hari tadi bukan main panas lagi. Kuasa tuhan, kan?
Foot note : So, ni kira macam aku kena angkut iron board mak aku pegi UK, ke macam mana?
Post a Comment
Have something to say? ;)