Dah lebih separuh bulan Ramadhan berlalu. Namun, baru semalam kitorang sekeluarga berkesempatan berbuka puasa kat rumah tok - orang terengganu panggil nenek, tok. Mak dengan aku dah siap-siap masak kat rumah. Biasalah, mak tak nak susahkan tok. Tahu-tahu je lah orang tua, dengar saja anak cucu nak balik kampung, habis lah semua lauk, segala jenis kuih nak dimasaknya. Semua jenis periuk, pinggan mangkuk yang selama ni 'buat tunjuk' pun, dibawa keluar dari almari, nak diguna waktu makan bersama. Selalunya, macam tu lah. Alah, tok nenek korang semua pun macam tu. Ye idak? Cuma, kali ni, mak kata, biar kita lah pulak bersusah untuk tok. Tak ada salahnya pun, kan? Aku ikut je.
Waktu berbuka kat rumah tok, lauk yang dihidang atas meja, macamlah gaya kat gerai di bazar ramadhan. Penuh! Gaya macam nak jual, bukan nak dibuat makan. Aku memang menggeleng je tengok. Mahu tak, ada jugak yang masuk tong sampah nanti, kes tak habis. Mak senyum je. Aku faham dah maksud senyum mak tu. Mak nak sampaikan kat aku, "Tak apa lah sekali sekala banyak pun. Membazir sikit apa salahnya.." Macam tu lah maksud senyuman mak tu. Sebab apa? Kat rumah, sempena bulan Ramadhan ni, aku memang menentang keras pembaziran. Bukan tu saja, kualiti masakan pun, aku jaga - ada gaya food inspector, tak?
"Mak, tak elok lah letak ajinomoto banyak-banyak, nanti botak kepala tu. Tu satu hal, nanti ada penyakit lain pulak, kan susah."
"Hari ni tak payah buat kuih banyak-banyak. Buat cukup-cukup nak makan je. Kalau nak hantar jiran, boleh la buat lebih sikit. Membazir nanti."
"Hah, santan kita letak tak payah banyak sangat. Santan tu pekat. Masak gulai cair sikit pun, apa salahnya."
"Gula tu, kurang lah sikit. Nak merasa ibu jari kaki kena potong ke?"
Macam tu lah dialog aku. Boleh dikatakan setiap hari macam tu. Sakarstik. Mak dah faham sangat. Kadang-kadang, bertekak manja jugak dengan mak kat dapur. Mak cakap, aku kedekut. Aku buat pekak. Baiklah jadi kedekut dari dapat penyakit free je. OK apa, aku cakap semua tu. Makan adik aku yang bongsu tu pun, aku suruh dia control. Mahu tak, umur baru 12, tapi, badan macam orang dah 20 tahun kawin! Mak kata, aku tak sayang adik aku, sebab tu tak bagi dia makan banyak-banyak. Aku jawab, "Sebab sayanglah tak bagi dia makan banyak-banyak sangat. Mak nak ke, anak mak, muda lagi dah banyak penyakit? Nanti nak belajar pun susah."
Aku banyak menjawab, kan? Semua tu, untuk kebaikan dorang jugak. Ayah dengan mak bukan sihat sangat. Dah aku ada kat rumah ni, aku jaga la apa yang patut. Bukan nak derhaka.... (_ _)
Tok super happy dapat buka puasa ramai-ramai. Biasanya, bertiga atau berempat je. Aku layankan je lah. Malam tu, kitorang berterawih di Masjid Biru. Pertama kali berterawih kat situ. Imam malam tu, dengarnya orang Arab. Patutlah lain sikit style terawih dan bacaan doa dia. Takpe lah. Janji namanya terawih. Minggu depan, adik-adik balik. Tok suruh buka puasa dengan dia lagi sekali, bawa budak-budak yang baru balik tu. Aku jawab, "tengoklah dulu," tak reti nak berjanji. Nanti kalau tak jadi, tak ke merajuk orang tua tu?
Post a Comment
Have something to say? ;)