Ramadhan dan musim perayaan sangat sinonim dengan resipi pelbagai juadah dan kuih-muih, terutamanya juadah berbuka puasa. Tidak ketinggalan, di musim seperti ini, resipi kek dan biskut raya juga meningkat popularitinya. Sudah beberapa saya bercadang untuk menulis entri ini. Namun, berikutan masa yang tidak sesuai dan kesibukan menukar template baru blog, saya tangguhkan dulu perkongsian ini.
Kek Coklat Kukus Sangat Simple
Bahan-bahan:
- 2 cawan gula kastor
- 1 cawan minyak mazola
- 2 biji telur
- 1 tin susu cair (evaporated milk)
- 2 cawan tepung kek (biasanya guna tepung bluekey)
- 1 1/2 cawan serbuk coklat/koko
- esen vanila
Cara-cara:
- Panaskan pengukus.
- Masukkan gula kastor, minyak mazola dan telur ke dalam mangkuk adunan. Putar kesemua bahan-bahan sehingga sebati.
- Masukkan esen vanila dan susu cair ke dalam adunan dan putar hingga sebati.
- Ayakkan tepung kek bersama serbuk coklat ke dalam adunan. Gaul/putar sehingga adunan menjadi sebati.
- Masukkan adunan ke dalam bekas/loyang dan kukus selama 2 jam.
Siap! :)
Maaf kerana tak dapat sediakan gambar. Selamat mencuba!
Post a Comment
Have something to say? ;)