Tuesday 17 April 2012

Wahai mahasiswa yang suka berdemo..

Assalamualaikum, 

demonstrasi [source]
Sejak kebelakangan ini, banyak benar berita-berita perihal mahasiswa berdemonstrasi. Demonstrasi pelbagai, yang menuntut bermacam hak dan untuk kepentingan bermacam pihak! Secara peribadi, aku rasa kesal dengan terjadinya demonstrasi-demonstrasi ini. Bukan kerana perjuangan atau tuntutan mereka, tetapi kerana cara yang digunakan. Sudah pula, kebanyakan demonstrasi-demonstrasi ini berupa demonstrasi jalanan. Yang melibatkan pihak berkuasa untuk dileraikan. Yang jadi tontotan orang awam di sekeliling persekitaran. 

Mahasiswa-mahasiswi harapan nusa bangsa ini sedang sibuk berdemo menengakkan sesuatu yang dikatakan hak mereka. 
Mahasiswa-mahasiswi kebanggaan ayah bonda sedang bersungguh-sungguh melaung slogan maki hina di jalanan. 
Mahasiswa-mahasiswi tonggak negara sedang berpimpin tangan, berganding bahu mempamerkan kecetekan akal mereka kepada umum.


Sedih. 

Oleh kerana perlakuan sebilangan mahasiswa ini, nama gah mahasiswa negara tercemar. Golongan mahasiswa yang selama ini dianggap golongan intelek yang bakal menerajui pembangunan negara, mula di pandang serong. Orang ramai hilang hormat pada mahasiswa. Ibu bapa yang punya anak bakal mahasiswa mula terdetik rasa ragu-ragu untuk menghantar anak-anak ke menara gading, bimbang akan si anak juga berkelakuan sedemikian kelak. 

Wahai mahasiswa,
Bertingkah lakulah kamu semua selayaknya seorang mahasiswa.
Letakkan diri kamu pada tempat yang sepatutnya.
Bukan di jalanan, meraih perhatian murahan.
Jangan biar mereka fikir kamu bodoh.
Jangan biar mereka ingat kamu senang dipengaruh!

Wahai mahasiswa,
Manfaatkan hari-harimu sebaiknya menuntut ilmu.
Gunakan akal bijak itu untuk menilai sesuatu tindakan.
Rebut peluang dan ruang untuk jadi insan penuh wibawa.
Jangan tiba suatu masa, tangisan darah tiada gunanya.

Pada siapa lagi negara hendak bergantung harap jika tidak pada mahasiswa-mahasiswi kebanggaan negara? Bila masyarakat memandang kalian sebagai golongan bijak yang berpotensi besar, buktikan pada masyarakat, yang kalian sebetulnya memang golongan bijak pandai. Bukan budak hingusan yang senang diperlekehkan.

FJ : Aku harap, mahasiswa-mahasiswi berfikir lebih panjang sebelum membuat sesuatu tindakan. Fikirlah risiko dan kesan yang bakal ditanggung atas satu-satu tindakan. Sebetulnya, masa depan kalian lagi panjang, lagi jauh untuk diterokai. Sayang, jika dibazirkan sekarang. 
If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

4 Responses so far

  • This comment has been removed by a blog administrator.
  • denaihati says:

    Ada pihak yg gunakan Mahasiswa untuk naikan semangat Rakyat Malaysia seperti di Mesir tapi mereka lupa keadaan kita lansung tak sama dengan Mesir atau negara arab yg lain.

  • Bapa borek anak rintik..
    Apa nak dikata, mahasiswa kita memang mudah utk dipergunakan

  • Unknown says:

    betul tu denaihati.. rakyat Malaysia secara amnya tak sama macam rakyat di negara2 lain.. perbezaan mentaliti paling ketara.. :)

    x semua mahasiswa kita mudah dipergunakan Wira Nordin.. masih ramai yang tahu nak prioritize things :)

  • Post a Comment

    Have something to say? ;)