Thursday, 19 January 2012

Segmen dapur : Kerapu stim

Assalamualaikum,

Dah lama rasenye aku x share resipi memasak kat sini. Asyik share baking recipes je, bosan jugak, iya dak? Sebagai serirumah yang talented, aku fikir, ade baiknya aku share resipi ni dengan kome2 semua. Kot ada yg nak terai ke, kan? Kalau kome tanya kenapa kerapu ni aku stim, aku akan jawab; sebab semalam aku dah masak kerapu 3 rasa, xkan hari2 nak masak 3 rasa? 


Bahan2 yang diperlukan;

2 ekor ikan kerapu (saiz sederhana besar)
3 sudu minyak jagung (utk menumis)
4 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji tomato (dipotong dadu / cincang)
1 biji limau nipis
Cili padi (bergantung kpd tahap pedas yg dikehendaki)
2 sudu besar sos tiram
2 batang serai (dititip)
2 helai daun limau purut
3 sudu besar kicap cair
1 inci halia (dihiris nipis)
1 1/2 cawan air
1 keping nenas sederhana tebal (di potong dadu)
Garam (jika perlu)
Sedikit daun sup

Kaedah;

  1. Bersihkan ikan kerapu. Gunakan 1/2 dari limau nipis utk rendamkan ikan kerapu - tujuan : hilangkan bau hanyir ikan.
  2. Tumis bawang putih, tomato, halia dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Kacau sebentar, kemudian masukkan air. 
  3. Perahkan baki limau nipis ke dalam kuali. Masukkan serai. Sebelum matikan api dapur, pastikan kome rasa dulu kuah ikan ni. Kalau tak cukup masin, taruk la garam sket.
  4. Panaskan steamer kome. Bilas ikan kerapu tadi. Letakkan ikan tu dalam bekas yg tahan panas di dalam steamer.
  5. Curahkan kuah yg ditumis tadi ke dalam bekas ikan. Stim selama 15 minit.
  6. Selepas 10 minit, masukkan nenas, sambung stim balik. 
  7. Hidangkan di dalam bekas. Tabur sedikit daun sup yg telah dimayang halus ke atasnya. 
Dah pon siap ikan stim kome. Oke, kalo kome perasan, kt bahan2 tu, ade bahan yg aku highlight dgn kaler ijo. Bahan2 tu jenis acidic @ masam. Tomato dgn limau nipis dah masam, kenapa nak tambah nenas lg, kan? Xnak letak nenas pon, suke hati kome la. Bagi aku, nenas tu, rasa masam dia lain macam sket sedapnya. Haha. Kalo terus letak nenas tu awal2, nnti by 15 minutes, nenas tu lembik sgt. X berapa sedap tekak aku nak makan. Kehkeh. 

Kalo suke kuah lebih, pon boleh. Kome kne la tambah air dgn bahan perasa lebih sket (kicap cair atau garam). Ikut suke kome la nak buat macam mane pon. Kome jugak yg nak makan nanti, kan? Itu saje lah dari aku. Kome cuba nanti, share la dgn aku, macam mane rasenye. Hehe. 

Selamat maju jaya dalam bidang memasak. ^_^




If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site

Post a Comment

Have something to say? ;)